Manin

Terima kasih page Fiksyen Shasha kerana selalu memberi ruang dan peluang untuk aku menerbitkan kisah kisah seramku yang sebelum ni.nama Aku lin. Yang ni kisahku semasa di bangku sekolah.

Petang yang tenang ,aku dan mak ku luangkan masa bersembang sambil minum kopi di ruang tamu. Sembang punya sembang tak sedar pulai dah masuk topik seram seram. Pada mulanya,mak tanya “adik kat asrama tu,duduk bilik yang mana satu?” aku jawab, “erm, bilik A7 mak.” lalu mak kata, “adik nak dengar tak kisah bilik tu?” aku pun jawab “boleh jugak, ceritalah mak.” Lepas tu mak mula menceritakan kisah bilik tu.

Menurut mak, masa dia tingkatan 2 dulu ,ada seorang perempuan,nama dia Manin(bukan nama sebenar) m**i beranak. Perempuan tu tingkatan 4 masa tu, kira 2 tahun lebih tua dari mak. Bilik mak ku tingkat atas,dan bilik perempuan tu tingkat tengah(bilik A7 tu laa).

Mak cakap perempuan tu mengandung sebab kena rogol abang tiri dia. Perempuan tu sangat pandai di kelas dan boleh dikatakan pelajar harapan sekolah.Cikgu2 masa di sekolah pun sayang sangat dan respect dengan Manin ni. Sampaikan waktu Manin meninggal,satu sekolah berkabung dan bendera sekolah turun setengah tiang.

Tapi yang peliknya, masa dia m**i tu, dia dikuburkan di tengah2 hutan sorang2. Kesian si Manin ni. Masa malam pertama dia dikuburkan tu, Manin ni datang asrama tau ganggu budak lain . Siap bawak baby tu lagi.

Dia datang ke asrama mengetuk bilik A7 tu sambil nangis2 cakap “bukalah pintu ni, aku nak belajar lah. Kerja rumah tak siap lagi.tolong lah..” siapa lah yang berani buka pintu tengok si Manin ni datang gendong bayi dengan kaki yang tak jejak lantai tu.

Dan bilik tu mereka tidur berhimpit-himpit,siap 3 orang satu katil disebabkan takut. Menurut mak , lepas tu hantu si manin ni pergi pulak ke rumah pengetua dok panggil2 pengetua. Tapi, pengetua tu rilek je keluar tengok si Manin ni. Si Manin tu mengadu kat pengetua sebab kawan di asrama tak nak buka pintu. Pengetua tu pun cakap “Manin, kita dah tak sama alam lagi, pulanglah ke tempat asal, sini bukan tempat kamu lagi, jangan ganggu mereka, kesian mereka.” lepas tu si Manin pun menghilang.Aku dok layap tadi sampai tak sedar air kopiku pun habis.

Masa rehat di sekolah, aku pergi ke perpustakaan ,bukan untuk merajinkan diri membaca buku, tapi saje jer nak belek majalah sekolah . Tapi yang jaga perpustakaan tu dok letak majalah kat rak yang tinggi, punyalah payah aku nak tarik majalah 2010, masa aku tarik majalah tu, taapppp!! Jatuh pulak majalah sekolah lama. ‘Majalah sekolah 1987′ ehh, macam best je majalah ni.

So, aku simpan majalah 2010 tu balik dan aku ambik majalah 1987. Aku tengoklah majalah tu, terjumpa pulak muka mak ku tingkatan 2 ,punyalah lawak muka mak ku kat situ, dengan rambut style lama dia. Tiba-tiba, aku teringat sesuatu. Ya!Manin. Aku pun carilah gambar tingkatan 4. Yes ,jumpa pun . Manin 4A. Mak aih, cantiknya perempuan ni, nampak macam pendiam je muka, aku belek setiap lembaran majalah tu sampai ke muka surat belakang .

Biasanya kan kalau majalah sekolah, di lembaran belakang ada hasil karya pelajar, karya guru, pantun ,lukisan apa semua. Aku tengoklah hasil karya psv cikgu Jemat. Cantik betul lukisan cikgu tu. Tapi, dalam banyak-banyak lukisan ,ada satu lukisan pelik disitu . Cikgu ni suka sangat lukis benda yang pelik-pelik seakan akan ada maksud tersirat disebalik lukisannya Lukisan gambar perempuan besar perut dan menangis. Tajuk lukisan tu (Gadis termengandung yang berharap) .Aku pun terkejut! Kalau majalah 1987 tu Manin tingkatan 4, maknanya kematian Manin tu berlaku tahun 1987 ni lah? Tapi kenapa hasil karya cikgu Jemat ni lain macam ek? Seakan-akan sama dengan kisah Manin. Inilah yang menjadi persoalan hingga sekarang.

Malam tu, aku tertidur. Aku ni suka sangat tidur meniarap,tak tahulah kenapa.Mungkin dah jadi tabiat kot. Tiba-tiba,seperti ada sesuatu yang menindihku, berat sangat. Sampaikan mukaku tersembam ke dalam bantal.susah sangat nak bernafas. Masa aku kena tindih benda tu, di telingaku kedengaran bunyi perempuan ketawa mengilai bercampur bunyi bayi menangis.Automatik dalam fikiranku, Manin???serius wei, tak larat nak bergerak. Aku sangat lemah masa tu. Nak jerit sekuat hati tapi satu bunyi pun tak keluar dari mulut ku . Badanku pun tak dapat gerak dan nafasku pun sesak sangat. Tiba-tiba aku teringat petua orang tua,tak tau lah betul ke tidak. Mereka cakap, (kalau kena tindih benda halus, geserkan kedua-dua ibu kaki) Aku cubalah petua tu, serta

-merta benda tu hilang. Aku taklah cakap petua tu lebih berkuasa .Tapi itu saja yang aku mampu buat masatu.

Pengajarannya disini ialah, jangan terlalu fikirkan benda tu dan jangan terlalu mengenangkan mereka yang dah tak ada takut nanti lain pula jadinya. Okay ,setakat ini saja ceritaku .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lin Patrick

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

6 thoughts on “Manin”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.