Waktu sekolah rendah, aku suka betul bila sekolah anjurkan hari sukan. Rasa macam pergi pesta. Pesta? Yalah, aku bukannya bersukan pun. Paling tidak, aku beratur sebelah lori Milo sampai lima kali.
Antara perkara yang menarik perhatian aku waktu sukan juga adalah maskot sekolah kami (yang dipakai oleh cikgu PJK) yang suka benar menari pelik-pelik. Terhibur jugalah. Tengok arnab sebesar manusia tergelek-gelek depan kitorang.
Tapi sebenarnya, bila sebut tentang maskot ni, ada benda yang aku nak cerita dekat korang. Perkara ni berlaku tiga tahun lepas. Waktu aku darjah tiga.
Aku ingat lagi hari sukan pada tahun tu. Sebab pada hari tu aku perasan ada maskot kedua pada hari tu. Mungkin juga tak ramai yang perasan. Yang aku tahu, satu yang dipakai oleh cikgu PJK aku, Cikgu Jazlan. Yang satu lagi tu, nampak jauh lebih lusuh. Entah muncul dari mana.
Tak macam maskot sebenar kami yang asyik cuba hiburkan orang, dia ni asyik duduk dekat blok hujung. Jauh dari padang. Aku perasan kewujudan dia pun sebab aku sengaja duduk jauh dari padang, nak mengelak dari dipanggil masuk acara. Aku perhati saja maskot ni. Dia tak bergerak-gerak sangat. Cuma sekali-sekala dia gerak-gerakkan kepalanya.
Mungkin baru sedar yang aku tengah perhatikan dia, dia lambai dekat aku. Aku pun lambai semula. Kemudian, dia buat isyarat tangan suruh ikut dia. Aku pun bangun, nak ikutlah. Dia dah jalan jauh ke depan. Lepas tu aku nampak dia masuk ke dalam stor penyimpanan perabot lama. Lama aku tunggu, dia tak keluar-keluar.
Baru aku nak jenguk kepala, aku dengar orang panggil aku dari jauh, “Samad!” Aku toleh, tengok-tengok Cikgu Disiplin.
“Orang suruh pergi padang, kamu duduk terhendap-hendap dekat sini buat apa?!”
“Saya… saya…” tangan aku dok tuding-tuding pintu stor tu.
“Saya, saya. Saya apa?! Dah, pergi!” Jerkah Cikgu Disiplin yang memang sengaja cari alasan untuk marah orang. Aku, apa lagi? Mencanak-canak ke padang. Sempat aku toleh, tengok cikgu tu buka pintu stor tu, dok tinjau-tinjau. Mungkin dia nak tahu apa yang aku nak tunjuk tadi.
Okay, selesai cerita hari sukan tahun tu. Mana part seramnya? Tiga hari selepas hari sukan tu. Isnin. Hari yang lebih aku ingat berbanding hari-hari lainnya.
Budak-budak blok hujung complaint, kata mereka asyik terhidu bau busuk. Sampai cikgu-cikgu yang mengajar pun turut tertanya-tanya puncanya. Selepas dapat aduan, makcik-makcik cleaner pun jalankanlah tugas diorang. Cari dari mana arah punca bau tu.
Rupa-rupanya bau tu datang dari dalam stor penyimpanan perabot. Bila mereka periksa, dalam bilik tu ada sarung maskot lusuh yang kelihatan kotor dan basah. Yang peliknya, gaya maskot tu duduk bersandar atas kerusi, macam ada orang dalam tu. Mereka syak sarung itulah punca baunya.
Makcik-makcik tu tak berani nak dekat, cikgu-cikgu lelaki pun dipanggil untuk periksa. Cikgu Jazlan sebagai cikgu paling berani dan macho pun dengan selambanya buka kepala sarung tu.
Tercampaklah kepala sarung tu dari tangan Cikgu Jazlan bila dia tersadung-sadung berlari keluar. Terbalahak dia muntah dekat longkang luar stor tu.
Berdasarkan cerita diorang, masa mayat Cikgu Disiplin tu dijumpai,seluruh badannya dah semakin reput menggelembung. Cecair dah mula keluar dari rongga-rongga badan. Mungkin disebabkan udara dalam sarung tu terlampau berbahang, mayatnya rosak lebih awal dari yang sepatutnya.
Selepas polis datang soal siasat, rupa-rupanya selain aku ada juga beberapa orang pelajar yang nampak maskot tu pada hari sukan tu. Sama juga, maskot tu cuba panggil-panggil diorang. Tapi diorang jauhkan diri, tak mahu. Sampailah aku pula yang dipanggilnya.
Katakanlah pada hari sukan tu Cikgu Disiplin tak terserempak dengan aku. Akukah yang akan berada dalam sarung tu?
Sekejap… masa Cikgu Disiplin tanya aku buat apa hari tu, aku yang dok tuding-tuding bilik stor tu. Kemudian, barulah cikgu tu jenguk ke dalam stor.
Jadi… Cikgu Disiplin tu m**i sebab aku ke?
Tamat.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seremnye gambar…
Huishh…seram tul gambar tu
ehh, garang kan cikgu disiplin dulu2? aku dulu kalau bertembung dgn cikgu disiplin, ketooooo lutut2.
kalau ko tanya aku, ye, mmg salah ko. hahahhahah
~aku komen bila free je, bila takde keje. huhu
~malam2 aku komen kalau takde benda nak buat yelah, bujang kan, takde komitmen
eh medicak… yang komen ‘~’ & ‘~’ tu utk sape??
untuk sesiapa yg ada persoalan dan ragu2. hahahaha
cakap siang2, takut nanti ada yg ingat aku kat sini 24 jam. huhu
hahaha mesti dah terasa aura akan ditanya tu kan??
hahaha. takut kena kecam.
kecaman tu lumrah medicak.. hahahaha
Man baca je ni.
Takpe Allah tahu isi hati hambaNya~
~
~
~
alhamdullilah
~man, awok takde keje ke ni? kang bos marah pulak. huhu
hai cucu nenek…kihkihkih..
Lama tak nampak nek Sakit ke Raya?
ada je cu…semalam nenek mc..batuk2 n selsema…lagipon lately nenek da malas nak mengomen cu..semenjak kemunculan org tua yg menggunakan “nama “belakang” yang sama seperti nenek…huh! i hate that org tua!
La ye ke nek sian nenek. Atuk tu klua kubo nak mengomen nak buat camana ignore je la nek
Maira paling takut dengan benda-benda maskot ni… gambar tu boleh buat mimpi ngeri tau!! hahahaha
kalau nenek, cu mimpi ngeri tak? uhuk3x…
Nicee story
errr, maaf kalau bertanya di sini.
soalan, korang punya phone, ada masalah mcm aku tak? kena bukak app whatapps dulu baru whatapps masuk?
#tanyajer
#jgnkecam
#huhu
ada juga medicak.. tp x selalu. maira pun x tahu kenapa
dah update dah semua, tapi tetap mcm tu jugak. huhu.
kau kena tuka phone baru medi. hahahaha
tak kan nak tukar handphone vertu mcm sajat kot?? hahahaha
yelah kot. hahaha amboi kau dah jadi top 5 pengomen sekarang erk. hahahahaha
tahniah pada diri sendiri. hahaha
Padan muka
eleh, syuh syuh!
Janganlah garang garang. Ingat comel ke?
alahhh, nak puji, puji jelah. hahahaha
wei faz, lagi sikit aku nk pintas ko.
Pintas lah kalau itu yang membuatkan kau bahagia. Dah dah adakah dengan no 4 kau akan jadi lebih baik dari sekarang? ?
Mestilah. Aku akan jadi lagi hebat
Hebat dari segi?
Hebat dari faz Ahmad le.haha
Semakin hebat semakin lupa diri aku tengokkan kau ni. Terus ajak hisap gam ?
Ko pernah try tak hisap gam?
Jom la try.hahahaha
Astagfirullahaladzim. Ape ni dah top5 terus ajak buat bukan bukan ni. Baru top5. Kalau pintas Singkong & Keju makin menjadi jadi agaknya kau ni kan kahkah
Alah bergurau je pun..
Oklah jom minum ketum..huhu
Takpe kau lah minum sorang ye huhu
WAH NI KO LEBIH2 NI. ADMIN, SAPE YG CLONE AKU NI? MELEBIHLAH NI SIAP KETUM BAGI.
~ADMIN, TOLONGLAH CHECK IP ADDRESS SAPE NI
MELAMPAU2 PULAK
bukan ko sorang je yg kena cu..nenek pon da banyak kali kena..tp cucu2 nenek kenal the originality of nenek…hehehehe..sayanggg cucu2 nenek… mmmuah…hahahaha…ayamiii!!
mmg lah nenek, tapi masalahnye, org tu siap guna username n email yg sama. pastu, mmg terang2lah DP alien ni yg sama. Yg tak bestnya, main komen bukan2 pulak dengan budak2 ni. kalau aku tukar nama, dia pon tukar. macam tak bestlah dekat situ.
better cu guna je email add lain…settle….nenek pon menyampah jugak dgn org tua yg guna last name sama ngn nenek…sampai nenek hilang mood nak komen lagi..harap org tua tu baca komen berang aku ini! huh!
atuk kebayan ke? hahahhaa. ingatkan dia ex nenek. kahkahkah. dah tukar email n nickname lain.
#sedih
#takde dalam carta
usaha tangga kejayaan medicak.. hihihi
haah…wei cu…cu ni laki ke pompuan? nmak mcm lelaki…kalau lelaki, nek nak tanya, tak pergi masjid ke? hahaha… takpe, nenek pon da takde dlm carta, tp nek ilekkk je..hahaha….built nama balik…jgn jd mcm org tua tu, tumpang glemer org, huh! i hate that org tua!
dy tu gegurl nek.. tapi gaya tak berapa nak ayu… hihihihi
owh yeke…huhu…macam style nenek masa muda2…hahaha
ooo patut la dia layan boboi saja..
mana ada melurq. semua aku chat. huhu. aku ada balas komen ko. ko yg tak layan aku. tak baik tau tuduh aku mcm tu.
Assalamualaikum cucu nenek…
Waalaikummusalam. Dekat Faz ke dekat dak medical ni nek? Nek tak sayang faz lagi ke. Sampai t kan
dekat cu faz laaa….nenek merajuk beberapa hari ni..uhuk2…batuk pulak makin menjadi…
Waalaikumusalam nenek..bz merayau naik penyapu ke?lama nenek ilang..misschu nenek..?
waalaikumsalam nenek….
cikbambam.. nenek rindu Faz je.. kita2 ni nenek lupe.. huhuhu
eh, kat komen cu maira kan nenek da reply rindu tadi..huh…suka fitnah nenek..kang nenek merajuk lagi kang….
hahaha tak perasan la nek.. ampun nek ampun..takmo merajuk ea?? nenek takde x best.. atuk kebayan tu x sebest nenek.
huh…kalau ada dia, for sure nenek takkan komen cu…uhuk2…yeke cu ni? sengaja nak beli jiwa nenek kan? nak ngecek duit kwsp nenek la tu kan? tghari ni nek lunh kepsi sawadeekap masuk pintu keluar tingkap…cu nak? meh kongsi..
laaa jangan la mamacm tu nek.. atuk tu garang sangatla nek.. x penyayang macam nenek. hihihi.. alah nenek ni.. duit kwsp tu banyak tau… x kan la nak kongsi kepsi tu..
tak baik membazir…lgpon nenek nak mkn sayur hancur2 ni je..yg lain cu mkn la…
idok ler cu tembam…nenek merajuk plus tak sihat….uhuk2…
Berbalas komen dengan kau cik tomboi wahai medical student aku perhati je ramai yang dok vote down kita dua ni medic. Tak boleh jadi ni bahaya kalau terus berbalas komen dgn budak medic ni.
BUKAN AKU DOH YG BALAS KOMEN2 KO. LAST AKU BALAS KOMEN KO AKU NAK PINTAS KO JE. TU JE.
balas komen yg berisi dan bermotivasi cu..usah dikejar trophy yg tak membawa keuntungan, hanya sekadar nama semata2…jadi lah seperti resam padi..semakin berisi semakin menunduk…
#jgn cakap nenek tak nasihat..nenek ckp jer…uhuk3
huhuhu. kite saje je nek kejar tropy bagai. mencipta nama. kahkahkah. takde apa pon sebenarnya. huhu
mari kita berluma lari..tgk sape plg pantassss…zasssss!
cu pakai TV KECIK jenis ape? ada sesetengah tu mmg kna bukak apps wassap baru noti masuk…
iphone 6s plus nenek. kena bukak whatsapp dulu baru ada whatsapp masuk. kalau tak bukak mmg takde. sampai membe call maki, asal ko tak reti2 bukak whatsapp? hahaha.
yeke cu? adik nenek pakai tv kecik tu ok jek..ada je terpapar kat luar skrin tu haaa…cu pakai clone punya kot…hahahaa… marilah bertukar ke Huawei….
Ya Allah tergelak2 saya baca komen dr atas. Sangat menghiburkan hahaha
jgn sampai tersedak ye cu nurul…
Huawei best wei nenek…hahahah…kita pon huawei gak
best kan huaweiii….ada 4 camera…wuhuuuuu
Ada jugak lpas click icon wasap baru le mesej masuk.
tghari tadi langsung tak boleh wasap.
nak kata tade line, fb ada ja noti baru.
wasap vengong seminggu dua ni.
Geram aku ngn admin FS ni tau.. asal pilih gambar je blh bt mimpi ngeri.. Mana dpt gambar2 ni ntah la ye?
7/10
aiii singkong, dah kena tegur dgn man, serius pulak ko bagi rate. hahahaha
Abang singkong kalo ari jumaat je serius..ko ape tahu..hahaha..isap gam je tahu..ish3
Isap gam je pun..bukan isap dadah.
Cikbambam pun hisap gam jugak kan.hahahaha
medicak… kalau ada yg kecam medicak isu isap gam ni.. jangan bagi statement sedih2 pula nanti okay…
Ala..nanti cakap la akaun kene hack.huhu
hahahaha.. ade je idea budak ni tau
INI BUKAN AKULAH YG KOMEN. HUHU
actually cu, koraang bole detect samada dia yg komen atau org lain berdasarkan makhluk asing yg kat nama korang tu…kalau makhluk asing tu sama je, bermaksud org yg sama…ini berdasarkan pemerhatian nenek laa…
masalahnya nenek, haritu jurifs tepek sy punya email kat ruangan komen ni. masa admin naik taraf blog ni. masa tu pulak ada technical problem, sape nak komen ada email n nickname org lain.
entah malaun mana yg guna email yg sama n nickname yg sama buat onar kat sini. hehhhhh, geram pulak aku. sengajalah tu.
~ dia ingat senang nk ada dalam carta? huhuhuhu
nasebbaik nenek tak kena gitu..ada sehari tu langsung tak bole komen sbb ape ntah..nek ada jugak try sign in, tapi tak bole…huhu..
ko pakai la balik nick tu, komplen kat admin suh buat something link ko nyer email. si clone tu tade passwork ko nye email kan?
Hahaha..ade aku sekeh budak ni kang..byk bnd lain ko boleh isap..gam jgk yg ko pilih..ish3
seramnyaaaaa! Cikgu disiplin tu masok bilik tu ke? Macam mane die ade dalam maskot tu? huishhhh.
Aku ade perasaan takut dengan maskot. Dulu waktu aku konvo tadika 6 tahun, ade maskot ayam kepsi happy meal tu, kawan2 aku yang lain semua dok seronok pi dekat maskot tu. Aku pulak pi duduk sorang2 tempat jauh dari maskot. Ape yang takut sangat dgn maskot tu aku pun tak tahu. Sampai sekarang jugak aku masih ade rasa takut2 dengan dak dak maskot ni walaupun aku tau manusia yang ade dalam maskot tu.
hahahahahhahahahha k bai
Wah angker betul maskot tu. Sampai sekarang ke misterinya tu? Memang kalau dah kau ikut maskot tu masuk memang dah arwah rasanya. Btw dapat rasakan jalan cerita ni seram walaupun pendek tapi padat.
hi faz…u dah sihat hehe…nah?
Hi isya. Alhamdullilah baik baik je ni yang tak baik kaki je huhu. Eh cik Isya jgn begitu kang kena kecam Faz tak tahu?
hihihi.. kalau Isya kena kecam.. harap bertabahla ye.. Maira dah merasa. tak pasal2 Faz terlibat sekali.. sorry ye Faz..
Hahaha Maira chill. Faz tak paham ada je mata mata yang memerhati sebenarnya. Harap takdelah lagi lepasni. Padahal Maira comment biasa biasa je pun hahaha. Sampaikan dekat comment Faz pun ada je yang bash sama macam Maira kena. Tak pasal2 Maira takut agaknya nak comment Faz lagi kan kan
agak takut juga la… hahaha gigih tau si pengomen tu nak baca komen Maira yg ‘gedik’ tu.
I dah biasa kena kecam š
Sukatilah hahaha
Lol kalau korg nk tau yg gmbar tu killer bunny pmbunuh dlm deepweb dia bnuh org yg rsa dia ptut ada 1 family dia bnuh dah sruh si bapa makan daging isterinya sendiri…
Ya..btul tu..tp ada ksilapan d situ..killer bunny nie sbenar nya pmbunuh upahan scara percuma..tp yg teruk nya..pas dia dpt b***h sorg target tu..dia minta pula target org lain tuk d b***h..klau x org yg request tu akan d b***h..
Yg 1 family tu maskot lain..diorg jg sorg pmbunuh..suru suami mkn sup usus istri nya dlm mangkuk..
Yep bro aku pernah baca cerita ni. Tapi tak pasti sebab banyak versi dan yg kau cakap ni di antara versi2 tersebut lah.
Hantu ???
Maira share dekat sini je la ye. Sebab tak panjang mana pun..
Ceritanya, sehari sebelum cuti Deepavali hari tu, Maira nak balik kerja dalam pukul 7pm macam tu. Tiba-tiba kereta tak boleh start. Maira decide balik naik bas. Tapi tunggu bas smpai dua jam lebih. lastnya Maira balik jalan kaki je la. Sebab dari office ke rumah tak jauh mana sebenarnya. Kalau naik bas pun tambang RM1 je.
Nasib tak berapa baik malam tu, time Maira naik jejantas tiba-tiba bunyi macam orang seret kasut. Bila toleh belakang tak ada sesiapa. Bila jalan lagi, bunyi lagi. Maira jenguk juga ke bawah, kut la ada orang sebelah bawah ke. Tapi memang tak ada, kereta yang lalu lalang je.
Maira terus buka langkah seribu bila bunyi tu makin dekat. Sampai dekat bawah jejantas tiba-tiba terbau wangi. wangi macam bau bunga. Dari kawasan bawah jejantas tu memang tak ada sesiapa dekat atas jejantas tu. Pelik! Bunyi tu dari mana???
weiiii, seram tu.
aku syak hantu tempang tu. huhu
hahaha.. maira yang terseliuh malam tu.. kureng punya hantu
“Dia”nak ikut maira balik rumah tu disebabkan selipar dia dah putus maka diseret seretnya lah selipar dia tu untuk bagi hint akan kewujudan dia. Kot ler. Maira dah lah sorang sorang masatu berani tak berani agaknya ya dat time dgn segala bunyi bunyian angker semua tu.
of course la tak berani Faz.. Maira ni super penakut.. haha. lari turun tangga sampai terseliuh kaki. nasib tak tersungkur..
Memang takut sangat kalau dah sampai berlari turun tangga sampai terseliuh kaki tu. Sebelum ni pernah ke balik waktu macam tu? Atau haritu je nasib tak best?
selalu tak pernah balik lambat sampai macam tu.. maira salahkan bas.. sebab tunggu bas tp xde. hahahaha & memang haritu nasib sangat tak best
“Pelik! Bunyi tu dari mana???”..of course lah dari hantu tu..haha
Spatut nya..”Pelik! Mana hantu tu???”..hahaha
Dulu teringin nk join maskot konon boleh buat perangai gila2, menari gelek tonggek sakan sbb orang tak nampak muka. tp skrg pun ada perasan teringin, lepas baca cerita ni pun, masih teringin jugak. HAHA
amboiiii gambar dp kau lebih seram dari maskot tu hahahaha
Muka ko lagi seram. Macam pontianak
amboi kau medi… Dah jadi top 5 terus jadi medically high eh? haha
Ok2 aku tukar nama balik. Huh
BUKAN AKU KOMEN LAH. AKU TAK TAHU SAPE YG CLONE AKU.
dp hang plak manih melecaih kikiki
manih tang mane?? Mata kite sama je valak. hahahahhah
mata hg besaq nala bulat eloq.. valak penuh eyebag. hihihi
hahahahahha dua dua seram. kalau di gabungkan mata kite ni, boleh jadi macam oma bertha kot. hahahahahha
seram nenek tgk dp cu…nama pon seram cu…huhu……
haha saya follow fs ni lama dah pastu tgk para pengomen kui sakan ni tu kena join sekaki
hahaha…joint cu…mimpi ngeri la nek mlm ni terbayang2 gambar valak ni…hahaha
sweetnightmare ye nek. kita dating mlm ni.kikiki
jom..kita dating mlm ni…naik penyapu nenek…..zassss~
kita jln kaki dh la nek.. londeh kain valak ni sheksi nanti.
nenek tak kuar nak berjalan cu…sbb tu nenek naik penyapu ni..lagi best..bole tgk pemandangan kota raya waktu mlm..yihaaaaaaaaa ~~
ala nekk.. habaq ja la kaki nek dah expired.. tggu la nti valak shopping on9 kt zalora beli legging baru boleh tumpang penyapu nenek.
alaa cu ni…kaki nenek sakit..terseliuh..da laa nenek ni bongkok..jln slow kang mcm totis..
Aku pernah jd maskot doraemon. Kemain gila perangai time tu duk gelek 2 menari dpn vvip. Berani sbb org x kenal aku. Pastu masa kawad tu di bwah terik matahari aku dengar org panggil bila toleh semua bdk tgh focus kt pengetua. Tiba ii bau wangi je. Time keluar baris nk bkk maskot tu x boleh weyh padahal kepala doraemon tu besar boleh goyang2 lg. Perasaan time tu aku mcm nak gerit panggil mak aku je. Tak pepasal kepalla doraemon tu kene gunting,maka kantoilah aku yg dalam maskot tu
hahaha tudia smpai kena gunting buang. hangat smpai pecah peluh noh btoi dak?
Sampaii skrgg aku traumaa nk pakai maskot lg
Inspnurul. cube inspekter siasat sapa yg dok meyamar si medic tu.
tiba2 si medic ada hantu raya
Tak mauu lahh . Buatnyaa hantu raya betoi
Jom layan hisap gam duluu
Kena hack ke?
tak ada maknanya Faz medicak ni kena hack.. dy saja tukar nama sebab dah duduk top5 tu..hahahaha
Terus lupa diri dia ye. Budak ni nak kena ruqyah dengan Adam baru betul agaknya dia ni.
BUKAN AKU LAH YG KOMEN KALAU CAKAP BUKAN2 NI. HARITU JURIFS DEDAHKAN EMAIL AKU. AKU TAK TAHU SAPE YG GUNA EMAIL AKU NI. BUAT ONAR PULAK,
Serious lah medical? Juri Fs dedah email kau? Macam mana dia boleh dapat? Pelik aih. Ada kena mengena dengan dia ke?
HARITU MASA ADMIN TENGAH NAIK TARAF BLOG NI. DALAM PADA MASA YG SAMA, KITA NAK KOMEN, AKAN KELUAR NICKNAME DAN EMAIL. SI JURIFS TU PEGI TEPEK EMAIL AKU DEKAT RUANGAN KOMEN NI. AKU TAKTAHU LAH SAPE YG CLONE AKU NI. TAPI AGAK2 LAH, EHHH, MARAH PULAK AKU, DAHLA CAKAP BUKAN2. MENJATUHKAN NAMA AKU PULAK.
Hahahahahahahaha kenapa aku rasa lawak sangat ni hahahaha. Makanya siapa yang terperasan email kau tu dia copy paste lah agaknya macam tu? Dah juriFS letak kat comment email kau tu so sampai sekarang lah ada kan comment yg ada email kau tu? Mak aih. Bahaya weh siapa siapa je boleh jadi dak medical yg sebenarnya.
Faz haritu masa admin tengah setting page FS ni.. memang byk email org lain yg keluar time kita nak komen. email & username. kebetulan JuriFS dedahkan email medicak dekat komen dy.. entah pasal apa entah masa tu medicak ngn JuriFS kecohkan.. maira pun tak baca sangat..
Dan si medical pun mengaku ke tu email dia atau juriFS yang kantoikan dan try log in guna username dan email budak tu? Ramai kena macam ni? Atau dia sorang je?
ramai yg kena. maira pun perasan. time nak post komen.. keluar username & email sape ntah. terus delete je. Tp nasib medicak tak berapa best sebab JuriFS terus tepek email & username dy dekat komen & medicak memang cakap tu email dy.
tak baik menipu
ish2…
6/10
Lain mcm j.abistu ap dapatan sisatan polis tu.xkn kes dtutup cmtu j.pak2 ust xkata apa2? Pakguard xkan xperasan kete cikgu tu ada kt skola 3 hri?
Detektif conan da akak..huhu
3 tahun lepas,time hang darjah 3.
Jangan cakap aku,penulis ni umuq 12tahun.
Perghhh. Menangis cikgu BM baca karangan tahap dewa hang ni diknon.
Power kan penulis ni
rilek ah saya umur 13 thun.ada hasrat jugak nk hntr cerita kat sini.insyaallah nnti saya hntr klu ada masa.
Yeye je umur 13? Kalau betul. Cubalah hantar ramai je yang boleh comment dan nilai penulisan adik kat sini. Hahaha. Cuba jangan malu malu ya Aziq
13tahun?? subjek BM memang high score ea? hihi takpa dik.. share je.. jangan malu2.
Ni kalau maira jadi cikgu BM.. maira hantar nama budak ni untuk kelas lompat terus..
serius.sebabtu nama saya letak aziq 004.sebab saya batch 04
10/10 ?
Cerita btul ke ni??!?
ishhh ishhh…cerita benar ke nie cu? kalau cerita benar nenek nak cari sekolah mana…hihi…
nenek dlu kat sekolah suka masuk acara lari2, mmg semua acara nenek sapu..hehehe..tandas sekolah nek dlu pon mmg angker,,satu hari tu nenek nak pegi tolet, ajak kwn nek teman kan…tgh syok2 layan “bnda” ni nak kluar, tetiba dengar org ckp, “cantikkkk…cepatttt..” ulang 3 kali.. suara nya sayup n meleweh2 (mendayu)..nek pon cakap la, kejap wei, kejap.. sekali kluar tgk takde org.. nek pi la tanya kat kawan nek, wei safiah, ko ke yg panggil aku suruh cpt td…mana ada, aku da blah tggal kan ko td, lama sgt.. siot ko erk.. da tu, sape yg panggil nama aku suruh cepat, cepat td…ishhhh…
sejak aritu, nenek telah bersumpah, takkan ke toilet walau ape pon yg terjadi…huhuhu…
NENEK!!!!!!!!! i miss u
So jadinya dulu nenek pergi sekolah pakai pampers lah?
ishh cu ni…takde la pakai pampers…nenek simpan kencing berak bawak balik ke umah je,,,kang nenek menghilang lagi kang…huh….uhuk2
ADMIN, BOLEH KOT AMBIK TINDAKAN NI. BUKAN AKU YG KOMEN NI. MELEBIH2 PULAK AJAK HISAP GAM KETUM BAGAI.
~WEI, KO, TAK BEST KOT MAIN2 CLONE MCM NI. KO DAH TAHU EMAIL AKU, TAK PAYAHLAH GUNA. NAK KETUM KE, DADAH KE, GUNALAH NICKNAME KO SENDIRI
Siyess ahh medicakk..cara ayat sama mcm ko je..aku pun konpius aku komen ngn sape ni..ko kan kuat merepek..aku igt tu ko..kakakakakaka
SUMPAH BUKAN AKU. DAH DIA TIRU GAYA AKU SEBIJIK2. MELAMPAU PULAK. AKU TAKDE MASE LAH NAK PUBLISITI MURAHAN NAK HISAP GAM MINUM KETUM BAGAI.
ko panggil Adam je la mai buang hantu raya sekor tu
medicak.. seriusla kena hack? maira kompius la.. dah tak boleh bezakan medicak real @ fake.
Kan cik bambam aku pun ingat benda yg sama. Mmg macam dia so mcm susah sikit nak caye budak ni yang sebenarnya yg mana satu.
KORANG TAK CAYE SUDAH LAH. AKU TAKDE MASA NAK MEREPEK BUKAN2.
TO ADMIN, MINTAK TOLONG YE REVEAL SAPE YG GUNA EMAIL DAN NICKNAME SY NI. SY CUMA NAK TAHU JE SAPE YG PERANGAI MCM CETAN NI.
Izzi 93? Ni nama kau betul ke apa medical?
Izzi 93 ni medicak ke??
nama betul aku lah ni. ni baru aku. yg komen gam ketum bagai tu, bukan aku. entah malaun mana yg mcm cetan perangai.
Okay medicak.. takpe kitorang fahamlah..
org yg clone aku tu, ada je kat sini, aku tukar nama izzi, dia pon tukar. serius aku rasa tak best. aku cuma nak komen2 n buang masa je kat sini.
~ bukan apa weh, kalau aku tukar nama n email lain, aku takde dalam carta. hahahahaha
Hang on medicak. jgn mengaku kalah. ko biar dia jgn tukar email lagi. nanti ko naik carta sambil admin buat apa2 yg patut.
padan muka hantu raya tu.
haha..tau xpe..ayat pun lebih kurang je..merepek meraban nye pun sama..
ish3..kite berkomen2 ngn medicakk klon ke dr tadi??hahaha
best cerite kau dik.aku yg umur 13 tahun ni pon takde idea nak menulis mcm kau.otak aku ni tepu.
yeahh finally.. last cerita utk harini saya baca. Nampak gaya lepas lunch baru start buat keje.
seram
Comelnye maskot rabbit tu!! Mata diaaaa. Btw seram bila timbuk persoalan gitu. Jeng jeng jeng.. memang dia panggil sebab nak b***h kot..
mmg nampak comel tapi dia sebenarnya pembunuh upahan yg pakai maskot arnab..nama dia mask rabbit silap sbb ig @fuckta_creepy ade up ttg benda ni….
dpt bayang2 gaya maskod arnab tu
seram!! papapapapannnndaiiiiiiii adik nulis. kakak suka!
slalu kalau jumpa maskot msty rasa geram..rasa cm nk pijak2 ja kaki dia …tapi lpas nih larikkkkkkk dulu laaa….huhuhu
NBA punya mascot best .hahahaha
Betul tu kak yulie.gambar pun seram.Kisah benar ke?menakutkan.
Kita bg 5 bintang aka10/10.
Sumpah seram,, ada sambungan please sambung ???
sapa yang b***h???
Allah bg peluang kau nk bertaubat lg lah tu
ohhhh my …
yg ni seram
woahh thriller!
Anti maskot and clown. Huhh!
#sevenovertenbow
seram….kalo maskot dlm gambar tu lagi seram tengoknya….huh..
BENCI MASKOT!
Budak darjah 6 ke tulis cerita ni,, power betul
Time skolah dulu x pernah skola aku sediakan maskot. Untungla skola penulis ni ada maskot, bertambah meriah sukan skolah.
Tapi dulu kalau ada maskot pun, aku tak sempat jugak nak gi bergambar, semua acara aku nak masuk. Hahahaha..
Best doe XD
cerita pendek je weh . tapi agak scary ah . after tahun tahun seterus nya takda kes lagi ke ? kisah zaman silam sejarah maskot tu ke ? takde pape ke . aku curios sehh
Nice..simple tp seram..pmbunuh misteri..masi bebas..mungkin salah 1 ahli deepweb yg pakai maskot tu..hehe
mungkin…peminat deepweb ke
Ada kemungkinan jg lah..part paling “best”..orgĀ² (ahli) atau pminat deepweb nie sukar tuk d tangkap..
Seram gambo
NK BGI RATEE
Ewwew.. btw seram dohh
Gambar tu bkn ke gambar mask rabbit ke???
Tu ar jd cikgu disiplin tu jgnlah garang sgt…
Sesekali cubelah dgr penjelasan anak2 murid…
Jgn main tengking dan hukum jer…
Udahnye makan diri sendiri…
Dik…
Atau lebih sesuai, anak…
Iyeke ko ni darjah 6 skrg???
Tgk elookkk jer karangan ko ni…
Kompem UPSR BM dpt A ni…
Iyee lah kn.. betul ke darjah 6 skrng? Aku baca part ne “Perkara ni berlaku tiga tahun lepas. Waktu aku darjah tiga.” Terus aku dok pikir,betul ke neyh??
ko umur 12 tahun ke sekarang ni dik?
hebat cerita kau ni! tpi cerita ni real atau fiksyen? hmmm
Dik tiga tahun lepas ko darjah 3.tahun ni upsr?trauma x (>.<)
3 tahun lepas. waktu darjah 3. 3 hari lepas hari sukan. 3 is a lucky number in Chinese culture. #justsayin
?
mula2 keliru bila baca part last…
ok, mmg nice story!