Mata Batin

Assalamualaikum readers and admin. Nama aku Ahmeng. Berketurunan melayu jawa bugis minangkabau dan bermata sepet macam cina. Cerita aku ni dah lama aku pendam. Nak bilang orang pon tak semuanya boleh faham. Stress jugak bila tak dapat luahkan maka aku pilih untuk menulis kisah ni untuk bacaan kalian. Semoga kuranglah sikit tekanan. Kisah ni agak complicated dan berhubung kait dengan kisah mistik aku yg lain. Tapi aku akan ceritakan satu per satu supaya tak mengganggu hubungan sel otak kalian. Be seated for take off and here we go.

Mata aku ni unik sikit dari orang lain. Kadang-kadang bila calibration dah tak betul aku boleh nampak benda yang tak sepatutnya. Nampak sekilas lalu tu banyak kali tapi kali pertama sharingan aku mempamerkan kehebatannya yang sebenar pada tahun 2009 ketika aku berada di sekolah asrama. Pagi sabtu, minggu tak balik kampung. Lepas subuh aku sambung tidur. Pukul 8 bangun balik call mak bagitau hari ni boleh outing. Tujuan call tu nak minta simpati supaya mak datang hostel ambik aku. Lagipun pada hari kejadian family aku ada buat makan-makan sempena kakak sepupu graduate master dari universiti mana tah. Waktu tu mak kata nanti kaklang datang ambik. Okay gembira. Namun lepas lebih sejam kaklang tak sampai-sampai aku rasa pelik. Sekolah aku around 20 minit je dari rumah takkan lah tak sampai-sampai. So aku tertidur lagi. Tiba-tiba aku didatangi seorang wanita bertelekung bagi salam. Kat situ dah start seram sebab aku sorang je ada kat dorm pada waktu tu.. kawan yang lain semua buat hal masing-masing. Ada yang kat padang, ada yang dah keluar dan ada yang sedang bertugas di pejabat asrama. Wanita ni betul-betul di depan katil aku. Baju putih dia macam telekung, macam jubah abaya pon ada. Senyuman dia manis lagi lawa dari crush aku. Suaranya lembut cukup buat aku berasa selesa dan tak jadi nak seram.

Aku beranikan diri bukak mata seraya bau harum menyapa. Aku memandang wajah yang sangat menyenangkan. Wanita cantik ini mulakan bicara “assalamualaikum, ahmeng sihat? Belajar rajin-rajin. Banggakan mak abah, tolong adik beradik. Tugas ni berat. Tapi kamu boleh. Assalamualaikum” that’s it. Simple message tapi sangat bermakna. Dia cantik sangat masa tu.

Then aku terbangun dari tidur. Rupanya tadi tu mimpi je. Yang peliknya, bau harum tu tetap ada. Mata aku dah start bergenang teringat nasihat tadi. Sorang kawan dorm sebelah datang kat aku nak ajak lepak dorm dia main poker. Pada zaman tu aku champion kat aras aku dalam category royal flush. Aku tanya dia ada bau apa-apa tak. Dia kata tak ada. Aku bergegas turun bawah berbekalkan syiling lima posen untuk call kaklang kat public phone. Plan nya nak maki lah sikit apasal tak sampai-sampai. Orang dah lapar tahap tak boleh bincang dah ni. Jangan main-main dengan orang lapar. Dah la lauk tengahari kat dewan makan hari ni ikan kicap. Aku sorok pin tudung kau kang. Oh sorry emosi pulak. So aku call kaklang, dia kata tak dapat ambik. Satu family kitorang termasuk makcik pakcik dan sepupu yang lain kena bertolak ke melaka secepat mungkin. Kaklang bagitau, kakak sepupu yang dalam perjalanan ke rumah kami telah terlibat dalam kemalangan di highway. Keadaannya teruk akibat impak yang kuat. Arwah meninggal di tempat kejadian. Mendengar tu semua, tak jadi aku nak maki. Sikit je lagi aku nak jadi adik derhaka yang sah. Sejak kejadian, mata aku dah mula melihat benda macam ni. Tak sentiasa nampak tapi kerap jugak.

Pernah sekali aku terserempak dengan satu kemalangan yang baru berlaku. Aku turun dari motor untuk melihat keadaan mangsa. Then ada sorang manusia kat situ kata mangsa dah meninggal. Aku sempat bertanya macam mana kemalangan berlaku. Manusia tu ceritakan kejadian dari awal sampai habis. Lepas beberapa minit, polis sampai bersama ambulance. Mereka periksa keadaan mangsa. Kemudian salah seorang anggota polis datang ke arah aku. Ingatkan dia nak tangkap aku. Rupanya cuma ambik kenyataan. Aku ceritakan semuanya. Komunikasi selanjutnya macam ni. Polis tu tanya,

“awak saksi kejadian?”
“tak, tapi amoi ni bagitau tadi”.
“Amoi mana? dah tengok keadaan mangsa?”.
“Belum. Saya baru je sampai sini”
“Okay tenangkan diri, selawat banyak- banyak. Mari ikut saya”

Aku tercari-cari mana amoi tadi. Dah hilang. Yang ada cuma beberapa budak sekolah tengah tunggu bas dan sorang pakcik jual kerepek. Polis tu perlahan-lahan buka plastik hitam yang menutupi mangsa. Goosebump, jasad itu adalah si amoi tadi. Ironinya, semua cerita dia adalah benar based on rekod cctv dari kedai berhampiran. Ada juga kejadian lain, aku lepak kedai makan dengan kawan-kawan. Kami berborak tentang haiwan ghaib ternakan nenek moyang dorang pada zaman jepun dulu.

Tengah rancak dengar dorang sembang pumpang, mata aku teralih pada satu budak kecil yang sedang berlari-lari di sekitar depan kedai. Sesekali dia berhenti berlari dan hantuk-hantuk, teleng-teleng kepala dia macam orang nak keluarkan air dari telinga dok ketuk-ketuk kepala. Aku ingat dia autism tapi bukan. Lari punya lari boleh pulak dia punya track menuju ke arah meja kitorang. Dengan senyuman dia yang macam ju-on dia menjerit berlari ke arah aku. Time tu aku dah melompat berganjak dah dari meja tu. habis bersepah roti canai kuah banjir kena kat kawan aku sebab aku jatuh dari kerusi then tersepak meja. Sakit keting aku. Dia punya mencarut kat aku jangan cakap lah. Sampai habis kuota dia mencarut.

Aku explain lah budak tu buat aku seram dan aku terkejut sebab dia tiba-tiba menjerit. Kuat pulak tu. Aku baru nak makan dia datang laju-laju macam tu kejadahnya. Korang pon akan bersilat punya lah. The best part is, semua kata tak ada pon budak seperti yang aku maksudkan. Nice lah. Aku terus start motor dan terus balik. Malu semua orang nampak aku jatuh haha. Antara yg lain, aku pernah nampak orang bercakap sorang-sorang, padahal dia bukan gila. Aku nampak dengan siapa dia bercakap. Yang lain-lain nanti lah aku cerita. Seram pulak aku nak taip.

Macam aku cakap tadi cerita ni ada hubung kait dengan kisah mistik aku yang lain. Jika diizinkan panjang umur, aku akan ceritakan bagaimana aku pernah bermimpi didatangi orang-orang yang dah meninggal minta tolong kat aku. Dan kalau ada kesempatan lagi, aku akan jelaskan bagaimana semuanya bermula. Dalam penjelasan ni jugak aku akan selitkan tentang alam lain yang juga dihuni oleh manusia seperti kita.

Akhir kata, aku berdoa semoga arwah kakak sepupu diampunkan dosa-dosanya dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana. Oh ya, pakaian graduation kakak sepupu aku adalah jubah abaya berwarna putih bercorak bunga pink purple dan aku masih boleh bau haruman yang sama setiap kali aku melangkah ke bilik arwah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.8]
Ahmeng

19 thoughts on “Mata Batin”

  1. sila cerita kesemuanya dan sila jangan culas dalam update kitorang dari semasa ke semasa. harap2 semoga penulis baca ni. terima kasih, penulis.

    Reply
  2. Ahmeng, cer cari post kt FS yg bertajuk ‘Surat untuk kamu’. Surat tu utk awk, zul cr awk dlm post tu.

    By the way, teruskan bercerita ya, sy nk tahu mcm mana awk boleh jd mcm ni. Sbb sy beberapa kali juga bermimpi saudara terdekat nk meninggal atau sakit, bila call mak mmg betul saudara yg dimimpi tak sihat sedang sakit, yg mimpi meninggal pula, 1-3 bulan lepas tu mmg betul terjadi, org yg dimimpi akn pergi. Sy sdg mencari jawapan. Semoga Ahmeng baik2 saja

    Reply
  3. Tak sabar nk baca cerita pasal orang yg dah meninggal minta tolong Ahmeng. Sebab dalam ni ada post ahli keluarga yang meninggal tu.

    Reply
  4. ada lagi ke bolh tahan juga kisah ni dan bolh than juga kau bertahan dgan kelebihan mcm tu..kita doakan yg terbaik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.