MATA GHAIB Akhir

Disebabkan semua nak aku cerita sampai penamat cerita. Aku terpaksa cerita. Aku buat part by part sebab aku nak cerita detail apa yang berlaku dalam hidup aku. Tapi takpalah aku cerita terus sampai penghujung.

Hidup aku sekarang dah tak sama macam dulu. Waktu aku sihat. Aku rindu aku yang macam dulu. Aku rindu kehidupan aku yang dulu. Bahagia, tenang, seronok. Tapi kali ni banyak duka.
100% aku tak gila. Doktor tak sahkan aku gila. Ayah dengan ibu bawa aku merata tempat terutama hospital. Ayah aku tak puas hati pasal apa yang jadi kat diri aku. Ayah aku pergi merata tempat sampai satu Malaysia. Semua jawapan yang diorang dapat semua sama.

“Anak encik scizophrenia.”

Ya, aku bukan macam tu. Aku rasa diri aku tak macam ni. Ni semua salah. Salah sangat-sangat. Aku tak gila. Aku Cuma nampak benda-benda yang bukan-bukan secara mata kasar. Ibu dengan ayah aku bawa aku pergi berubat dengan ustaz-ustaz, tapi apa yang di9orang boleh buat. Cuma tenangkan aku. Naikkan semangat aku yang lemah, yang lama dah hilang. Tapi pandangan aku tetap tak kuat. Kadang aku tak nampak sepenuhnya.. Cuma sekilas. Tapi gangguan yang ada masih sama. Masih sama tak ada yang berubah.

Aku jadi tertekan, sampailah sekarang. Sampai aku dah bekerja. Aku still rasa yang sama. Takda perubahan sikit pon. Aku Cuma nak longsikan kisah aku dengan korang semua apa yang aku hadapi sebelum ni.

Macam mana aku nampak kelibat yang wujud depan mata aku, macam mana dia ganggu aku depan mata aku, macam mana dia minta tolong dengan aku depan mata aku sendiri. Sebab tu cerita aku berepisod.

Cuma dekat sini aku Cuma nak bagitahu. Aku dah tak duduk dengan ibu dan ayah aku. Ibu aku dah meninggal dunia. Meninggal waktu dalam kemalangan. Aku sakit, ayah aku jugak sakit. Dia tak larat dan muntah-muntah tanpa henti sampai badan dia jadi lemah. Ibu aku yang bawa kereta masa nak ke hospital. Ibu bawak dalam keadaan yang sangat cemas.Masa ni aku juga sakit dalam perut macam ada yang siat-siat perut aku. Apa yang aku dapat rasakan, satu tangan yang sangat menggerutu usik perut aku sampai tembus dalam-dalam.

Aku tak tahu kat siapa aku nak minta tolong. Cuma ibu, ibu je yang tahu aku macam mana. Selepas nak hantar ayah ke hospital. Ibu bercadang nak hantar aku kat rumah Ustaz Kamil. Dia yang mampu ubat aku.

Tapi, saat perut aku macam kena siat dengan benda tajam. Aku menjerit kuat-kuat dalam kereta. Aku dengar ada benda yang mengilai waktu yang sama. Ibu pula terkejut dengan apa yang jadi kat aku. Ibu toleh seat belakang. Aku dah betul-betul mengerang sakit. Ibu tak sedar ada yang tengah menunggu kami semua depan jalan.
Pin!!!
Ya, kami berlanggar, berlanggar antara satu sama lain. Ibu tersasar jalan yang betul. Ibu cedera parah hingga meninggal dekat tempat kejadian. Ayah pula hilang ingatan. Ayah tak kenal aku sama sekali. Sejak dari tu, aku menangis. Menangis macam orang gila dengan apa yang jadi.

Aku Cuma patah tangan dengan kaki. Aku masih sedar. Cuma ibu dengan ayah je yang dalam keadaan teruk. Sekarang ni aku duduk dengan pakcik dengan makcik aku dekat alor setar. Aku duduk dengan diorang selepas aku dapat sambung belajar di alor setar. Di salah sebuah koleh pembantu perubatan. Aku juga bekerja di kedah di salah sebuah hospital.

Aku sembuh setelah setahun, kaki aku dibedah dan tangan aku pulih. Aku masih dalam keadaan yang sama. Dengan fikiran dan penampakan yang sama. Mata aku hijab terbuka. Aku Cuma mampu tenang dan sabar dengan apa yang tuhan uji aku sekarang ni. Aku tak minta untuk semua ni. Aku tak minta. Aku mampu redha. Takdri dah menyebelahi aku.

Waktu aku dekat kolej, macam-macam benda yang aku lalui. Macam-macam benda yang aku nampak. Sampaikan aku dah lali. Aku sebenarnya nak cerita perlahan-lahan soal apa yang aku lalui dari mula aku pergi sungai sampailah aku bekerja di hospital.

Ya, pasti semua yang aku lalui ngeri, nampak tubuh itu dan tubuh ini. Kalau korang nakkan apa yang aku lalui tiap hari, aku tulis dekat Fb page aku Uja Hamza.
Dekat situ semua aku cerita apa yang terjadi dulu-dulu, dan sekarang. Aku jadikan certot untuk korang semua.

Hidup aku taklah sengeri orang lain. Hidup aku Cuma berbeza dengan orang.Berbeza sikit dari apa yang korang lalui. Setiap yang ada di antara kita semua pasti ada yang terselit sesuatu. Apa yang aku cuba sampaikan adalah bukan cerita semata-mata. Cuma perkongsian dan nasihat yang berguna sahaja.

Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
UJA HAMZA

8 thoughts on “MATA GHAIB Akhir”

  1. Apa yang saya difahamkan oleh Dr Indra Permana, perukyah dari Pontianak, Indonesia. Hijab mata terbuka sebenarnya ada jin yang mendamping, cuba cari channel beliau di youtube. Ada satu video beliau merawat sambil menerangkan perkara ni..
    semoga dipermudahkan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.