Mata keempat #kisah1

Nama aku Cantik. Bukan nama sebenar sebab nama sebenar aku Jelita. Gurau saja. Panggil saja aku Cantik sebab memang ada yang panggil aku dengan nama tu. Aku sigle lagi tau. Tengah menunggu Putera idaman hati tak tau pi mana. Tak muncul-muncul lagi. Umur aku 27 tahun. Doakan aku jumpa jodoh yang baik-baik, okey? Haha…

Ramai sangat orang share kisah kat FS ni, aku pun nak share jugak. Seram ka dak bagi hangpa, terpulang pada penilaian hangpa. Awai-awai aku nak habaq, aku ni penakut ya amat. Anak tunggal pompuan daripada 10 orang adik beradik. Hang rasa? Aku ni lemah gemalai ka kaki pukul? Hahaha… Jangan letak harapan tinggi untuk cerita aku. Ni semua based on apa yang aku lalui. Tu pun kalau admin approve la kalau dia nak tayang kat hangpa, kalau dak.. dia baca sorang-sorang.

Ni kisah aku : Apa yang aku alami, apa yang aku nampak dan apa yang terlintas dalam kepala aku masa aku menaip ni aku nak share.

Aku ni bukan orang pandai agama pun. Nak baca sana baca sini, puih sana puih sini kalau orang kena sampuk ka apa aku memang tak reti. Aku tengok saja.

Kisah 1 : Hijab terbuka.
Since when, aku tak berapa pasti tapi yang aku pasti masa form6 aku dah boleh nampak real benda-benda ni. Masa ni, kisah pelik-pelik bermula.
Dulu masa form1 sampai form5, aku ni malas belajaq sungguh. Serius tak tipu. Bukan belajaq saja pemalas, semua perkara aku malas. Kadang tu nak makan pun malas. Dan sebab malas aku tu, result spm aku kelaut dalam.

Masa tu nak menangis ayaq mata d***h pun tak guna oiii. Pikiaq punya pikiaq tentang masa depan, aku pun dapat tawaran pi form6. Dengan ragu-ragu aku pi daftar. Result tak elok wei, malu kat orang. Dah daftar, aku pun mulalah pi sekolah macam biasa. Sekolah badawi. Kain warna hijau pucuk pisang. Orang Penang hat dok Kepala Batas mesti tau. Jarak rumah aku dengan sekolah, kalau naik moto tu dalam 15 ke 20 minit. Muhasabah diri aku tinggi masa tu, aku berubah 360 darjah wei. Aku ambik kelas syariah. Belajaq hadis, ayat al quran. Beza gila dengan zaman sebelum ni. Kat situ aku jumpa ramai orang baik-baik.

Aku ingat lagi, aku banyak berubah sebab terikut-ikut dengan gaya lemah lembut sorang senior ni. Nama dia Husna. Luaran dia saja serupa tu tapi jiwa rock. Haha.. bolehlah ngam dengan aku hat baru nak keluar dari dunia jahiliah aku ni. Kat situ jugak aku kenai Cik Yah yang banyak jugak ubah aku. Mungkin sebab kian lama aku kian kembali ke pangkal jalan, tiba-tiba Allah bukak hijab pandangan aku. Dengan tiba-tiba wei. Ketaq lutut-lutut.

Bangunan form6 dekat blok E, blok hujung alam dalam sekolah tu. Satu hari tu aku nak pi tandas, lalu kat koridor aku nampak dari sisi kiri ada sesuatu dok terlompat-lompat tepi semak. Aku pun toleh. Dia tak dak. Aku jalan, dia lompat lagi. Aku toleh, dia tak dak. Hareyyy sungguh, dia dok main-main dengan aku. Aku dapat rasa, ada sesuatu. Aku masuk tandas, tandas paling hujung. Kegemaran aku tandas paling hujung sebab besaq sikit. Nah, nuuu… dia ada atas dah aih wei. Main cak-cak sungguh la. Apa yang nak terkeluaq habis terbantut.

Mujoq dan basuh. Aku lari, tapi bila dah keluaq pintu tandas… aku jalan relaks ja. Tak mau bagi orang lain nampak. Takut depa takut, kesian pulak pakat tahan kencing berak segala lepas ni. Padahal aku punya ketaq jangan cerita.

Tak lama lepas peristiwa tu, aku jadi pengawas sekolah. Berdedikasi habis. Mai sekolah awai. Maklum, nama aku selalu naik jadi MC perhimpunan. Sora aku sedap kot. Haha.. Sebenaqnya cikgu kata sora aku kuat, orang dengaq macam tegas. Tu pasai…

Dipendekkan cerita, 1 hari tu aku keluaq awai nak pi sekolah. Dalam 6.30 pagi kot. Relaks-relaks aku bawak moto sambil nyanyi, aku ambik jalan pintas nak pi sekolah. Nama jalan tu jalan permatang bogak. Perghhh… sekali belah kiri jalan aku nampak rumah lama dalam pagaq, cantik gila wei. Macam istana di zaman silam bak kata adabi. Cantik sungguh. Aku tak pernah nampak pun sebelum ni kalau aku ambik jalan ni. Dalam dok rasa teruja tu, tiba-tiba sebelah kanan jalan aku nampak sepasang suami isteri tua sangat dah dok jalan berpimpin tangan. Bongkok dua-dua orang sampai muka lepas paras lutut punya nak terang kata bongkok.

Depa pakai baju warna putih. Ketara sekali nampak yang perempuan tu dok pimpin lelaki tu. Jalan slow sangat. Aku perhati sampai lepas. Aku rasa nak tengok muka depa, aku pandang side mirror. Wei, tak dak dah aih. Depa pi mana?! Kalau lari, tak padan dengan bongkok aih! Takpa, biaq pi depa. Aku rasa aku tau dah apa. Ketaq memang la tapi nak buat apa lagi. Berhuhu saja la yang aku mampu.

Lepas tu, aku jumpa lagi. Time magrib, gedik pi hantaq sepupu aku balik rumah dia. Aku lalu betoi-betoi simpang gelong bubu pekan darat, nah… berdiri tegak sekoq benda hitam setinggi pokok besaq tepi tu kat jalan masuk kampung tu. Aku rasa dia penjaga situ. Wallahualam. Aku tengok saja, mata dia merah. Aku tak kacau dia dan dia tak kacau aku. Cukup rahmat dah tu.
Masa ni, permulaan aku baru-baru boleh nampak. Tak ekstrem lagi jalan ceritanya. Biasa-biasa ja dia tunjuk.

Yang jadi luar biasanya start malam ni…
Memandangkan aku anak tunggal pompuan dalam keluarga, makanya aku ada bilik sendiri. Opkos aku tak tidoq sorang-sorang. Mai malam saja aku lari pi tidoq dengan mak aku. Sebab arwah abah aku meninggal masa umoq aku 4 tahun, jadi mak aku pun tidoq tak berteman. Buat apa nak membaziaq elektrik bukak kipas semua bilik, baik aku tidoq dengan mak. Jimat sikit. (Konon la). Rumah aku ada 6 bilik, jarak dari bilik pertama nak ke dapur, kalau hang cirit tu aku rasa dah terpercik sikit dah dalam spenda. Aku pun kadang-kadang scary. Tepi rumah ada pokok buluh, rumah jauh sikit dari rumah orang.

Kat situ ada banyak rumah tapi tak rapat-rapat. Bila tengah malam hang terjaga, dengan perut memulas. Masa tu la angin bertiup dan bunyi pokok buluh bergeser… masa tu la jugak bunyi zink rumah kena pokok buluh tu. Anak musang menangis bunyi macam baby (serius sama, sapa pernah dengar dia akan tau) dan tambah menyeramkan bila musang tu musang pandan. Dia punya bau… wangi sungguh la. Perasaan tu, hang cuba bayang…

Okey, berbalik kepada cerita. Sedap punya tidoq tiba-tiba aku terasa macam terapung-apung wei. Allah! Apakah?! Tak lawak wei bila hang terapung atas katil, tengok sebelah kiri bawah mak hang tidoq baik punya. Sapa yang dukung hang wei? Dalam dok mamai tu, aku pejam mata kalut. Pura-pura tidoq. Sebab aku tak nampak sapa yang angkat aku. Masa ni Allah saja yang tau perasaan aku. Aku baca segala ayat yang aku tau, pelan-pelan ‘dia’ letak aku semula tapi kaki kiri aku dia dok pegang lagi woi.

Aku mintak Allah jauhkan aku dari segala benda hat tak elok dan aku tak mau tengok ‘dia’ tu apa. Dalam sekelip mata, Allah makbulkan. Kaki kiri aku tu ‘dia’ letak semula dan terus blah. Aku pun terasa macam baby yang mak dia letak dalam babycot, elok saja mengerekot dan aku terus diam tak gerak-gerak sampai subuh.

Pagi esok tu, tak menyempat aku cerita ke mak aku. Dia macam nak percaya tak percaya sama banyak. Abang aku lagilah, dia tak percaya langsung. Kuangsam betoi. Aku pasrah bila orang tak percaya cakap aku. Ditakdirkan Allah, tak lama lepas tu abang aku hat tak percaya sangat kat aku tu pulak kena. Padan muka dia. Dia cerita lagu ni…

“Cek tidoq, tiba-tiba terasa terapung. Terkejut ngan kita. Bukak mata, benda tu dok kat hujung kaki cek dengan rambut panjang, baju putih. Memang huduh. Cek tak boleh nak baca apa-apa, macam tersekat. Last-last cek laung Allahhuakhbar dan tendang dia sekuat hati. Dah cek dok kat bawah dah, cek lari pi bilik adik.”

Masa dia cerita tu, lepas kami tangkap dia menyelit tidoq dengan 2 orang adik aku kat bilik depa. Muka dia cuak gila masa tu.

Aku suka sebab dia kena jugak. Ya la, sapa suruh ejek-ejek cerita aku. Dah kena sendiri, baru percaya. Ini orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Orang tak kena dia tak tau.. bila dah kena, hehehe… percayalah! Baru tau langit tu tinggi ka rendah.
Pernah sekali tu aku try nak tidoq sorang-sorang dalam bilik aku. Maklum la, aku dah dewasa kononnya. Lepas masuk form6, kan aku kata aku berubah 360 dah. Jadi sebelum aku tidoq, aku bacalah segala doa apa yg aku tau untuk pagaq diri. Senang saja pun, fatihah, ayat kursi, 3 qul, doa tidoq dan doa mintak jodoh yang baik2 aku selit jugak (harus ni). Lepas siap baca, aku aminkan dan sapu ke seluruh badan.

Bismillah 21x dan aku tidoq. Aku ni selesa tidoq melentang. Orang kata tak elok tapi hat tak elok tu la aku suka buat. Haih, ketegaq. Jadi, ambik habuan ni..

Bilik aku betoi-betoi tepi pokok buluh tu wei. Dok tidoq, tiba-tiba aku dengaq bunya sesuatu terhempas atas bumbung betul2 bilik aku dan tempat aku tidoq ni. Mata aku serta-merta terbukak luas bila dengar “PANG!” Kuat wei, tak tipu. Bumbung rumah kampung, zink wei. Kuatlah bunyi. Dalam 3 ke 4 saat lepas tu bunyi jeritan kuat macam nak pecah gegendang telinga aku. Jeritan macam orang sedang tahan kesakitan yang amat sangat. Mengelupoq atas tu. Allah! Hati aku tak sedap sungguh.

Telinga dok dengaq ni. Jantung aku dub dab dub dab laju gila. Aku terus bangun bukak lampu. Bunyi tu dah tak dak. Aku syukur.. aku baring balik tapi peluh bercerau basah habis. Aku cuba tidoq semula dengan lampu terbukak. Tiba-tiba berdiri tegak segala bulu yang ada. Mata aku tak berani bukak bilamana aku rasa ada sesuatu dalam bilik aku. Aku paksa diri lagi untuk tidoq, aku rasa ada kat sebelah kanan aku pulak dah! Aku ni, boleh nampak dan dapat rasa kalau dia ada. Tapi aku tak boleh nampak sentiasa.

Kadang-kadang waktu yang Allah pilih saja. Tapi kali ni, lain macam sungguh.. Aku bukak mata, dia tak dak! Aku pejam, aku rasa dia ada sebelah. Masa tu pukul 2 pagi, sebab apa aku tau sebab jam dinding tergantung kat hujung kaki saja. Masa tu la segala bunyi jarum jam aku dengar sama naik kuat dengan bunyi jantung aku. Aku bertahan setengah jam jugak wei. Main pejam celik, pejam celik sampai aku buat keputusan tak mau pejam dah. Nak celik dan cabut saja. Bila celik, kali ni dia ada hujung kaki sebelah pintu. Allah, Allah, Allah! Mengucap panjang aku. Rupa dia, muka harimau. Aku tak pikiaq lama, apa pun jadi aku kena keluaq.

Terus aku bangun dan terjah saja pintu. Aku tak toleh belakang dah. Aku lari pi bilik mak aku, aku ketuk pintu sambil panggil mak aku. Ya Allah, masa ni la mak aku tak sedar aku panggil… aku panggil lagi dan lagi sampai dia sahut. Dia bukak pintu, aku lari naik atas katil tarik selimut. Mak aku pelik, dia tanya “awat ni?” Aku jawab “tak dak apa, saja nak mai tidoq dengan mak” aku pun terus mengeras kat situ. Tapi aku dengar mak aku keluaq bilik dan pi ke bilik aku. Aku dengaq dia tutup suis lampu dan pintu bilik aku. Lepas tu dia diam dan sambung tidoq tak sampai 5 minit dah lena. Huhuhu… Pagi esok tu, aku cerita ke mak aku apa yang jadi. Mak aku diam, dia macam pikiaq sesuatu.

Lepas tu dia kata

“mak dapat rasa dah apa yang jadi, tu mak tak tanya banyak”

Aku terus soal tu, soal ni. Mak aku bukak cerita, rupa-rupanya sejarah keluarga belah abah aku memang ada yang merawat orang. Keluarga sebelah mak pulak atas-atas dulu jadi mak andam. Mungkin, ada yang datang ziarah… Aku??? Cuak sampai biru!

Kalau admin approve cerita ni, aku akan sambung lagi. Sebab ni hanya mukadimah kisah aku. Sekarang aku dah kerja. Aku ada kisah di universiti, kisah di rumah sewa, kisah di ofis… Aku sendiri pun pelik kenapa aku nak share. Masa aku tengah taip ni, hujan lebat kat luar sana. Kilat dan guruh berdentum-dentam. Tu aku terpaksa stop kat sini. Jumpa lagi nanti. #cantik

#Cantik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

76 thoughts on “Mata keempat #kisah1”

      • Oi cntik.cmna nk knai hg ni.mnrik sgguh cta hg.aku org pmtg tok gelam.syok plak jpa org kg ni.hg pnya cqita…aku blh byg lau hg ckp ngn tgn kpla siap.bnyk pot angker.mklomla kg.ada pluang kta kopi shre story

        Reply
      • Besaa la tu, depa x paham loghat utagha, hohoho
        untuk kesenangan bersama, bahasa baku pon bolehh
        tulihh macam skrg pon takpa, selit sikit2 la. ahaha
        boh #cantik, senang nak engat, boh #mata keempat pon bolih aihh, cerita hangg kan, hahaha
        aku follow saja mana pon

        Reply
  1. Hai Cantik…
    Nama akk Kak Yulie…
    Tapi kadang2 org panggil CUN…
    Nak lg kepoh panggiller Mok Cun…
    Untung2 akk bg bedak sejuk free, hahahahah…

    Akk ni adek badek 4pompuan 3lelaki…
    Tp sbb mse wktu membesar nk bina jati diri tu byk dgn abg nan seorg tu, makanye nilai2 lemah gemalai tu mmg xde dlm diri akk…
    Ghase kdg2 mcm komando pon ade gak…
    Kot jd mcm ko ni yg satu lawan sembilan, mau akk jd pembunuh bersiri kot…
    Hahahahahaah…

    Reply
    • Uiitttt…???!!!!
      Agak2ler dik jd peminat akk plaaakkk…
      Siapalah aku ini~~~
      Hahahahhahha…
      Akk selalunye akan komen citer yg best2, yg memusykilkan, yg ade kesalahan perkataan bersesuaian atau sebok nk membizi body nk menjwb soalan org…
      Ehhhh nmpk gaya mcm semua citer akk nk mengomen2…
      Hahaahahaah…

      Reply
  2. Syoq baca crita hang.. Kena plak oghang utaqa. ..pekat sungguh no… Lawak pun ada seram jd x seram.. Teruihkan lg no.. Baguih

    Reply
    • Hihihi… Guna dialek sendiri lebih feel noh tapi ada pulak orang tak berapa paham, lepas ni kena guna bahasa baku la gamaknya.

      Reply
  3. Aku belah tokwan da saka kturunan nenk moyang,saka rimau. Tokwan aku prnah dok brubat org dlu. Aku qajin juga mimpi kucing ngan, harimau. Ajak mak p berubat,ustat sruh kmpul smua ahli kluarga. Mslahny yg dok kacau aku la ni bkn rimau tu tp nenk. Tensyen btui la. Haha sj kogsi.

    Reply
  4. Best story hang. Cuma ayat wei woi tu kurangkan dah okay dan cerita akan lebih cun dan cantik mcm hang. Ni belum masuk fb, sat g dah masuk fb mampoih depa pakat komplen ayat wei woi hang tu. tapi apa pun BEST??????

    Reply
    • Hihi.. tu masalahnya. Dalam penggunaan seharian memang guna wei, woi tu.
      Mesra.
      Nak mesra dengan pembaca fs jugak.
      haha…
      Takpa, lepas ni cuba elakkan.

      Reply
  5. Yang komen2 dekat fb macam agak poyo ye. Baca depa punya komen macam good2 je. Yang komen2 dekat fs paling sempoi. Cantik teruskan next story. Seronoq baca cite ang

    Reply
    • Sbb tu kat FS ni para komentar boleh bergurau berborak berkeep in touch saling merindui wpon x kenal satu sme lain…
      Kaaannn…
      Hehehehehe…

      Reply
      • Macam-macam ragam pembaca.
        Takpa, cuba yang terbaik lepas ni.
        Gud gud saja untuk next.. Tapi kalau terlepas loklaq tu maafkan patik. hahaha

        Reply
    • engatkan aku ja yg perasan benda ni, hahahha
      betoii, sbb tu lagi suka bukak kt FS ja.
      komen2 membina, suci murni gittew, hahaha

      Reply
  6. lawakk citer kau kak ? best baca..org ckp loghat kau pekat smpai ada org tak phm..even aku sabahan,aku phm jer..huhu smbung la lagi..?

    Reply
  7. Hai cantik saya kacak….
    Owg nogori… belum ada jodoh..(perasan den nie)
    Best cerita teruskan lagi ky…tunggu kisah 2 lak…. moga2 doa cari jodoh2 diperkenankan..

    Reply
  8. aduhh,,pe rasaa cantik bilee ade kelebihan camni?seriau pulak..tkdee ke nakk jumpaa ustaz ke ustazah mintakk ikhtiar buang kelebihan ni,,ataupun cantik redho dengan sumee ni?

    #peminat fs

    Reply
    • Kak Jah, saya rasa takut. Y_Y
      Ada jugak ikhtiar supaya tak nampak lagi tapi sebab bukan sentiasa nampak, tak mengganggu sangat walaupun seriau menggunung.

      Reply
  9. dulu time pernah keje kilang… de kwn panggil kak Comel… last2 1 kilang tu panggil CuTe… teringat kenangan lama ?
    family saya pulak… saya dok dgn nenek angkat yg kadang2 urut org… dia bg kat saya gelang kaki lama2 utk org kawen tu… kwn pernah scan dia cakap de putri jaga gelang tu… saya pernah mimpi putri tu… dan meke cakap de rimau jugak emm…

    Reply
  10. dulu time keje kilang… de kwn panggil kak Comel… last2 1 kilang tu panggil CuTe… teringat kenangan lama ?
    family saya pulak… saya dok dgn nenek angkat yg kadang2 urut org… dia bg kat saya gelang kaki lama2 utk org kawen tu… kwn pernah scan dia cakap de putri jaga gelang tu… saya pernah mimpi putri tu… dan meke cakap de rimau jugak emm…

    Reply
  11. Puaihnya baca ceghita hang. ayat sebijik2. mcm hang tgh dok citer berdepan dengan akak ja dik.
    ayat abang hang:
    “Cek tidoq, tiba-tiba terasa terapung. Terkejut ngan kita.
    terkejut ‘ngan’ tu sangat lah utaghanya….
    akak sukerr
    kipidap ya Cantik… insya Allah nanti jumpa la jodoh yang baik, beriman, hensem dan kaya

    Reply
    • Dua kali dh Tengku macing Cantik…
      Ehem eheeemmmm…
      Haaaaa ngorat ekkk…

      Klu nak citer psl 6th sense, baik borak ngan M atau CarlitoRocker…
      Lagi cengginiiiiii bak ang…
      Hahahahahha…

      Reply
      • Baru nk try gak,tp k.yulie telah bjaya mengantoikn,tajam sungguh deria kekantoianmu kak ui haha.so xjdlah nk try haha.canteekkkkk

        Reply
      • hahahaa kak x der nk try kak..nie btl2 punye..sye ade 6th sense tu..n sye ade kembar sye yg hlg mse 7bln dlm kndungan..org len xblh nmpk die klu die x tnjuk..nie kturunan..

        Reply
    • Tengku, ya saya kat sini. Nak contact lagu mana? Saya ni tak boleh membantu orang pun.
      Share cerita suam-suam kuku boleh la. ^_^

      Reply
  12. weiii syok cerita hang Cantik oiii… aku pon dok penang jugak, dengaq nama2 tempat yg hangg mentioned tu, teroih terbayangggg nokkkk… nanti sambung naaa… yeahoooo

    Reply
  13. bedekah tanpa bunyi sambil terangkat bahu aku baca kisah hang ni. sangat best wei. nasib la office tak ramai manusia harini. boleh la aku layan kisah2 hang yang seterusnya 😀

    Reply
  14. ‘Rumah aku ada 6 bilik, jarak dari bilik pertama nak ke dapur, kalau hang cirit tu aku rasa dah terpercik sikit dah dalam spenda’…
    bedekah cikwansiti gelak baca part ni…
    Cara cerita tu, rasa mcm Cantik mai sembang depan2..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.