Mata Ketiga

Assalamualaikum. Perkongsian mata ke 3 dapat melihat makhluk Allah alam ghaib.

Kisah 1 – Qarin.
Sentiasa berada di sisi, menyerupai diri sebijik. Dia selalu tanya nama siapa? Bila aku jawab, dia kata samalah! Sekarang ni dah takda. Tak tahu sebab apa. Tapi aku selalu diamkan je. Nanti orang ingat aku gila.

Kisah 2 – Roh Tak Tenteram.
Pernah sewa hotel di Sungai Petani. Ada roh tak tenteram datang nangis mendayu-dayu. Time tu husband keluar sat pergi beli makanan. Aku bersihkan diri dsn solat isyak dalam bilik hotel. Elok bagi salam yang kedua, dari ekor mata dah nampak “dia” duduk di kerusi belakang aku. Aku pun tak berani beralih. Mampu berzikir kuatkan iman. Tiba-tiba suami balik, dia tanya kenapa bilik panas je. Aircond buka. Aku kata ada “benda”. Terus suami azankan dan buka tingkap bilik. Suami pesan suruh keluar. Suami kata rasa ada angin lalu menyapa pipi dia. Aku beralih tengok kat kerusi tu, “dia” dah takda. Ingat habis dah tak datang dah. Dalam jam 2 pagi, aku dengar pulak bunyi orang menangis, aku buka mata sikit, aku nampak “dia” masuk pulak melayang-layang mendekat. Aku memang tak layan. Seram gaun putih dengan rambut panjang ada darah.

Kisah 3 – Gangguan.
Time ni aku PJJ dengan suami. Jadi aku duduk sorang-sorang di rumah sewa. Aku ni mengajar Al-Quran di rumah-rumah. Jadi kebiasaan aku habis mengajar jam 10 malam. Aku drive sorang. Rumah sewa kampung time ni, jadi balik malam tu macam biasa. Tapi bila park kereta, tersuluh kain lusuh di depan pintu rumah. Cepat-cepat aku matikan lampu kereta. Tak berani nak tinggikan lampu. Takut tersuluh “muka dia”. Dah agak lama (10 minit), baru aku berani keluar dari kereta. Nak bersihkan diri, tiba-tiba pintu bilik air digoncang dari luar. Aku spontan jawab, “sat, sat!”

Bila pikir balik, aku duduk sorang ja. Lupa…

Dah siap-siap nak tidur, mata pulak tak mengantuk. Sebijik-sebijik dengar ada “orang” susun pinggan dekat dapur. Time ni nak baca ayatul Qursi pun tak ingat, sampai kena buka app Al-Quran cari. Dengar pulak ketawa mengejek. Banyak lagi gangguan yang aku kena semasa duk sorang-sorang. Pernah time asar terlelap, suami kerja takda di rumah. Terjaga sebab dengar suara budak perempuan cina nyanyi-nyanyi. Cukup sayu dan pilu lagunya walau tak faham. Dengar jelas di ruang tamu, tapi tak berani nak intai. Time maghrib, pernah juga suami dah keluar ke masjid, aku pun masuk ke bilik air bersihkan diri dan berwudhuk. Aku dengar ada orang ketuk pintu depan. Aku pun kalutlah ingat suami tertinggal barang atau apa. Tapi aku tanya dulu, “abang ke?”

Terus diam tak ada orang ketuk dan azan maghrib. Meremang rasa.

Time subuh pun aku penah kena. Aku tidur berdekatan pintu. Kira suami tidur tepi dinding. Aku terjaga awal. Aku tengok dekat pintu, suami aku lengkap berjubah duk tengok aku. Aku tanya, “abang nak pi masjid dah ka?”

Diam ja.

Aku beralih ke dinding, tengok-tengok elok suami aku tengah tido. Cepat-cepat aku tengok dekat pintu, dah takda siapa. Mungkin nak kejutkan tahajud.

Kisah 4 – Teguran.
Time ni aku sakit. Time tu aku niat nak qoilullah sat, tido jam satu tengahari. Zuhor dalam 1:20. Bulan puasa baru ni. Waktu tu suami kerja. Aku dah pindah masuk kuarters. Suami aku dah kerja pegawai agama merangkap imam. Aku terkejut terjaga jam tiga petang. Itu pun sebab ada “sesuatu” tengah solat tepi aku, tapi tengah rukuk membelakangkan kiblat. Terlompat jugaklah aku. Terus ambil wudhuk dan solat zuhor.

Kisah 5 – Hospital.
Time ni admit wad sebab masalah kesihatan sikit. Dua, tiga hari takda apa. Tapi jam tiga, empat pagi aku mesti terjaga buang air kecil. Adik aku jaga dekat wad, sebab suami dan orang lelaki tak dibenarkan masuk. Adik aku pergilah ambil kerusi roda nak bawak aku pergi toilet. Time balik, ada pulak yang berpaut dekat kerusi roda. Orang panggil “hantu kesot”. Kesian adik aku tolak kerusi roda melilau kiri kanan. Tapi lepas tu, “hantu kesot” tu balik semula ke toilet tu. Lagi satu nama dia “Kenanga”. Orang lama dekat wad tu. “Dia” selalu tunduk dan tengok aku dari jauh ja. Katanya dah lama duduk dekat wad tu. Wad pun nama Kenanga. Dia tak kacau orang.

Cukup kot. Nanti aku kongsi lagi. Ada banyak lagi. Ini first time aku share. Selalu suami aku ja mangsa nak dengar semua ni. Yelah, orang lain tak percaya. Kata mereka, aku berhalusinasi.

 

26 thoughts on “Mata Ketiga”

  1. Blh tahan jgk gngguan..hrp puan jgn ada rasa ‘tak berani’ psl mkhluk halus ni tahu sejauh mn seseorg tu berani ke tak dan mereka akan kacau org yg takut je..lgpn puan guru al quran..bila ada ilmu al quran di dada, ianya sbg kekuatan bg kita utk hadapi apa cabaran pn..bina keyakinan dgn al quran..remove rasa ‘tak berani’ tu dlm diri puan dan hadap je jika kna kacau lg dgn kekuatan dan kemuliaan al quran..ye sy tau bkn senang nk kentalkan semangat..tp pd awalnya je..bila puan dh biasakan diri, xsusah mana pn..perasaan ‘tak berani’ tu xakan ada lg bila puan kental lawan gangguan² yg dtg..kemenangan di pihak puan insyaallah

    Reply
  2. kisah 4 tu buat aku teringat balik masa zaman form 3-4 mcm tu kot.. dalam keadaan mamai aku nampak mcm sorg laki bbaju melayu kuning bkopiah, nmpk dari belakang je, paling muka nmpak sebelah.. seolah2 nk kejut aku bangun subuh.. masa tu ayah aku outstation, tinggal mak dgn adik2 je.. dah sape yg kejut tu smpai skrg aku tak tahu..

    Reply
  3. Kisah ke3 tringat plak saya ktka blaja dulu.balik hostel.ingatkan roommate dah pulang,mls nk keluarkan kunci.ketuk je dari luar.dengar suara cakap.”ye tunggu sekejap,nak bukak la ni”+dgr org trn dri katil.lama punya tgu.xbukak2.last2 decide bkk pntu gune kunci sndri.slgkah msok.blik gelap.rpanya member xbalik lg.apa lg tros kuar,tgu member balik bru msok.😅

    Reply

Leave a Comment