Mata Merah Si Saka

Aku mmg perminat setia fs. Kalau cerita aku ni dipublish kan terima sangat ².Nama aku Zatul. Aku sekeluarga pindah ke temerloh dan duduk di area Jalan Bahagia. Rumah kitaorang okey jer smpai kan satu hari mak aku start berniaga. Mak aku ni dia berniaga kat depan rumah, so rumah kitaorang ni mmg bnyk barang lah kat luar. Sampai satu hari tu, aku dengar macam orang punggah barang-barang lpstu letak kat tmpt tinggi. Aku jerit lah “Ma!!! Buat pe tu nk adek tolong ke?” (ank rajin nih hihihih). Tapi mak aku diam je. Aku pon keluar pergi tgk. Takde sape pon kat luar. So aku fikir positif lah, aku ingat kucing. “kucing kot”

Aku pon nak masuk bilik semula, tapi sebelum aku masuk bilik aku kena lintas master bedroom. Rumah aku ni master bedroom nya, depan pintu akan nmpk lorong dan dalam lorong tu ada la lagi dua bilik dan dua bilik air. So masa aku nk lintas master bedroom aku nampk kucing hitam lari keluar dari bilik kedua yang dalam lorong, dan tu terus masuk master bedroom. So aku pon melompat la takut dia langgr aku. Aku pon berani sangat masa tuh bukak pintu master bedroom. Teka lah ape aku nampak??Haaa kauuu sekali aku nampak mata berwarna merah. Aku tak nampak pape just nmpk mata jer. Terus aku lari masuk bilikk dan selubung dalam selimut. Aku ambik fon try nak call mak aku sbb mmg aku tak nampk mak aku time tu. Tapi bila mak aku angkat, aku terus cakap semua benda yang jadi tadi, dan yang paling teruk sekali yg jwb bukan mak aku, tapi hantu keparat tuhh. Ya Allahh. Tuhan jer yang rasa apa yang aku rasa masa tuhh.

Ntah macam mana tetibe aku menangis meraung jerit nama mak aku. Mak aku masuk bilik tenangkan aku and aku tak tau lah macam mana leh terlena. Pagi tu mak & ayah aku tanya lah ape yang jadi. Aku cite lah dari A-Z. Mak & ayah aku ambik keputusan untuk call ustaz. Malam tu ustaz tu datang, ustaz tu tgk-tgk rumah dan dia kata kat mak ayah aku yang kacau tu saka. Tuan dia dah mati dan takde waris so dia berkenan dengan aku. Ustaz tu pesan kat aku suruh solat jgn tinggal, banyakkan berzikir. Aku pon ikutkan lah ape yg ustaz tu kata. Tapi tiga bulan selepas itu, aku sekeluarga start dikacau balik. Dengar bayi nangis tu dah biasa dah. Bagi kami selagi tak cedera kan kami, tak tunjukkn diri dia, kami redho jerlah.

Tapi ada satu malam tu aku nak gosok baju. Tingkap bilik aku menghadap lorong belakang rumah, nak dijadikan cite mak aku letak papan gosok baju pon kat situ. Jadi aku gosok lah bju kt situ jer. Tengah syok aku nyanyi lagu lotto, ada bunyi nangis tp aku biarkn jer. Tau dah dia tuh nk main main. Aku pulak TERpandang tingkap…tup!! Dia kat depan aku dgn pkai bju putih rambut panjang ke lutut. Muka aku tak nampak, tapi mata dia warna merah macam mata kucing tuhh. Badan aku seakan tak berfungsi dan tak boleh bersuara langsung. Ntah macam mana aku boleh bergerak aku tutup tingkap dan aku tutup suis iron dan terus baring berselubung dengan selimut. Lepas tu ‘dia’ tarik aku punya selimut. Aku tarik blik. Dia main suis lampu, aku buat derk jer dalam selimut. Aku rasa macam nak pengsan dah ttbe mak aku ketuk, aku terus bangun bukak pintu. Aduhhh.. dia main tiru suara pulak. Alang-alang dah bukak pintu tu aku terus lari ke ruang tamu. Sampai jer kat ruangtamu aku nampk mak ayah dan abang aku tgh mengigil dah.Sahh bukan aku sorang jer kena kacau. Rupanya diorang semua kena kacau tpi abang aku lah pling dasyat sbb dia nih kalau ada hantu² mula la nak mencarut. Mungkin ‘dia’ marah kot. So lepas tu kami call ustaz  dan ustaz buat la ape yg ptut..smpai skng dh x de gangguan ape ape kt rumah kami.

Sekian, ZATUL.

 

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *