Matrik – Musim Peperiksaan

Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak cerita pengalaman waktu matrik dulu. Matrik aku antara matrik yang baru juga kat Malaysia ni berbanding matrik yang lain dan satu-satunya matrik yang bertanah rata. Haa pandai-pandai korang teka sendiri. Kali ni pasal kes histeria berantai kat matrik menjelang musim peperiksaan.

Seingat aku waktu tu nak dekat-dekat exam akhir untuk semester 1. Cerita dia mula apabila salah seorang budak perempuan kat kolej C kena histeria sebab ternampak benda. Start dari tu memang hampir tiap minggu ada kes yang sama. Kebetulan kolej C ni terletak betul-betul sebelah korperasi. Siapa yang study matrik mesti tau korperasi ni la tempat pertemuan budak-budak matrik. Kat sini la kau akan terjumpa classmates la, crush la, semua la. Ada seorang budak lelaki kelas aku, Romi. Dia ni aku taktau boleh percaya ke tak tapi dia kata dia pernah ternampak benda putih dekat salah satu tingkap kolej C tu. Kolej perempuan C dengan kolej lelaki D terletak sebelah-sebelah je, cuma terpisah dengan korperasi.

Ada juga kes budak-budak kena kacau waktu tengah study group kat bangunan akademik malam-malam. So sejak kes histeria ni terjadi, pak guard memang akan rajin halau budak-budak yang ada kat bangunan akademik tu untuk balik study kat bilik masing-masing je untuk elak kena gangguan. Dan sejak kes histeria ni juga, para pelajar yang perempuan terutamanya takut untuk balik bilik bila ada waktu rehat. Sebabnya ramai juga yang kena kacau bila duduk sorang-sorang kat bilik. Almaklum waktu rehat memang ramai yang tak balik bilik, so kolej-kolej kediaman memang akan sunyi sikit.

Cerita dari kawan aku, Emma. Emma ni kolej B. Sebelah je dengan kolej C tadi. Kebetulan waktu rehat tu dia balik bilik. Jiran bilik depan dia, nama Resti memang selalu keluar masuk bilik dia so memang selalu juga la si Resti ni tidur bilik Emma ni. Resti pula ada sorang kawan yang selalu sleepover bilik dia. Nak dijadikan cerita, Emma ni waktu nak masuk bilik dia, dia terserempak dengan sorang perempuan yang baru keluar dari bilik dia menuju ke bilik air. Perempuan tu tunduk bawah je dan bawa barang-barang nak mandi. Jadi Emma ni pun ingat yang tu kawan kepada salah sorang roommate dia, or mungkin kawan si Resti ni sebab kawan-kawan Resti adalah kawan-kawan roommate Emma juga. Menjelang petang bila semua orang dah balik bilik, Emma ni tanya roommates dia kot la ada kawan diorang yang datang tumpang bilik ke tadi. Tapi takde sorang pun mengaku bawa kawan tumpang bilik hari tu. Termasuk Resti. So siapa agaknya perempuan tadi? Bila tanya Emma, dia kata tak perasan sangat muka budak tu sebab dia tunduk je waktu berselisihan tu, tapi gaya dia macam student juga. Berkaca mata. Sampai sekarang takde siapa pun tau budak tu siapa.

Satu lagi kes histeria jadi kat kolej C. Kali ni teruk sikit. Yang kena tu pula senior, means dia program 2 tahun la kat matrik tu. Nama dia Ros. Apa yang aku dengar waktu tu, Ros ni dah siap merangkak keluar bilik dan turun tangga. Masih merangkak. Menurut sumber, laju juga si Ros ni merangkak lari. Bila ustaz datang dan berlaku sesi perbualan, si Ros ni boleh pula speaking mandarin. Terpaksa ustaz minta tolong student chinese untuk translate perbualan tu. Rupanya hantu yang merasuk Ros tu adalah bekas penyanyi opera cina. Ya memang susah nak hadam guys tapi ini kenyataan. Benda tu suka Ros sebab suara Ros ni sedap. Mengikut apa yang roommate Ros bagitau, Ros memang suka menyanyi tak kira tempat. Kat dalam bilik dia menyanyi, tengah mandi pun menyanyi. So benda tu dah berkenan kat dia.

Aku aliran sains so memang setiap hari balik lambat. Roommate aku, Lira aliran akaun so dia memang setiap hari balik awal. Aku pula jenis suka sumbat earphone dalam telinga dan dengar lagu kuat-kuat. Satu hari tu aku balik awal sebab kelas cancel. So aku pun capai cornflakes dan dengar lagu atas katil. Katil aku dan Lira dipisahkan dengan dinding dan pintu masuk. So kiranya dari pintu tu ada dinding kiri kanan dan disebalik dinding tu ada katil aku (kiri) dan katil Lira (kanan). Jadi bila Lira ni masuk bilik je, tiba-tiba dia dengar bunyi kruk-kruk. Dia panggil nama aku tapi takde orang sahut. So dia slowly jenguk walaupun takut. Aku lagi la terkejut bila tiba-tiba nampak kepala muncul disebalik dinding tu tengah pandang aku. Konklusinya dua-dua terkejut. Lepastu dia marah aku sebab takutkan dia. Masalahnya aku lapar kot so makan la cornflakes sambil dengar lagu. Manalah aku dengar dia panggil . Sebabnya, selalu juga dengar budak-budak lain bercerita terdengar suara mendayu-dayu kat koridor bila kolej tengah sunyi. Sebab tu aku sumbat earphone tu, selamat sikit hahaha.

Satu lagi kejadian. Waktu ni kelas aku tengah ada exam maths. Kitorang masa tu kat tingkat 3 so kiranya tingkat atas sekali kat bangunan akademik tu. Tengah fokus menjawab soalan, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan suara perempuan menjerit. Tengok sekeliling tak nampak apa-apa. Jenguk ke luar tingkap pun takde nampak apa-apa. Lepastu entah dari mana kitorang nampak sorang budak perempuan berlari kat tengah-tengah tapak perhimpunan. Dia berlari dari bangunan makmal ke arah perhimpunan. Lepastu nampak beberapa orang perempuan berlari kejar budak tu dan tolak dia ke tanah untuk tahan dia dari berlari jauh. Diorang terus papah budak tu ke surau yang berada kat hujung tapak perhimpunan. Sambil papah tu budak perempuan tu menjerit-jerit. Automatik semua orang kat bangunan tu tau ada lagi kes histeria berlaku.

Senang cerita, setiap kali menjelang musim peperiksaan mesti akan ada kes histeria ni. Dan mostly mesti kena dekat budak-budak perempuan melayu. Aku pun taktau kenapa. Anyway, terima kasih kepada yang sudi baca. Maaf andai ada yang terkurang. Kalau aku ingat lagi cerita-cerita yang best, aku akan hantar lagi okay. Assalamualaikum semua.

#Ischa

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ischa

6 thoughts on “Matrik – Musim Peperiksaan”

  1. Ak ad belajar la kn dgn sorg sifu ni, dy kata almost 88% histeria adalah bukan gangguan makhluk halus, tapi lebih kepada gangguan jiwa. Tekanan atau stress ni boleh menyebabkan manusia jadi mcm tu, soal boleh cakap bahasa asing, boleh jadi dy mmg pernah bljr bahasa tu pada masa lalu. Ad poin blkng leher yg kau org kena tekan dan dgn bacaan (sbgi affirmation dan energi ilahi) , bacalah apa pun ayat2 yg kau tahu dan pukul kt poin tu sederhana kuat. Org kata klu org tgh histeria kau tarik tudung dy, klu dy btulkan balik tu mknanya gangguan jiwa sahaja.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.