Mayang Rumah Nenek

Assalamualaikum kepada pembaca FS. Saya tak pasti samada kisah saya ni seram dan akan disiarkan. Ini perkongsian saya tentang kisah yg berlaku pada saya, nenek saya dan emak saudara saya. Ini berlaku sekitar tahun 1980an ketika saya masih bersekolah menengah upper six.

Saya sering ke rumah nenek untuk bermalam kerana kebetulan rumah nenek terletak dekat dengan sekolah saya….walking distance sahaja. Jika ada kelas tambahan, group discussion atau extracurriculum activities memang saya tidur di rumah nenek. Masa tu arwah nenek dan arwah wan masih sihat. Mereka tinggal berempat iaitu dengan emak dan bapa saudara saya. Emas saudara tak punya anak.

Satu hari saya balik dari sekolah dan mandi di bilik air atas. Ada 2 bilik di atas dan 2 bilik di bawah. Bilik air berkongsi utk 2 bilik (atas dan bawah). Lepas mandi saya solat asar di bilik wan. Masa tu wan duduk di bilik bawah. Lepas solat saya lalu kat bilik nenek. Masa tu pintu bilik renggang dan saya nampak nenek tengah solat….bertelekung dan duduk atas sejadah. Saya turun ke bawah dan alangkah terkejutnya saya sebab ternampak nenek di bawah.

Saya tanya, ‘ tok ada kat bawah ni. Tadi yati nampak tok dok solat dalam bilik atas. Sapa tu tok?’

Tok jawab ‘ oh mayang rumah kot’

Saya tanya ‘ mayang rumah tu apa tok?’

Tok jawab, ‘ mayang rumah tu penjaga rumah bukan hantu’

Saya pun mengangguk sambil berkata, ‘ oh macam tu’
Tapi sebenarnya tak berapa faham pun.

Baru la saya teringat 2-3 tahun dulu semasa rumah tu dibina memang banyak perkara aneh berlaku. Tukang rumah ada bawa balik ke rumahnya beberapa biji kelapa tua dan batu giling yang dia jumpa dalam kawasan rumah tu. Tapi esoknya dia pulangkan balik kelapa dan batu giling tu. Dia bagi tau nenek saya yang dia dapat mimpi seorang perempuan marah dia kerana ambik barang dia.

Masa rumah tu dibina memang tok wan saya ikut cara orang dulu2. Dia boh kain kuning dan ada bacaan semasa naikkan tiang seri di tengah rumah. Saya masih ingat sebab semua anak2 dan cucu2 hadir untuk tengok proses tu. Tapi sebab masih remaja, kami tak faham apa2 pun.

Setelah beberapa tahun rumah tu siap, tok wan saya meninggal dunia di bilik bawah kerana penyakit d***h dan mendapat stroke kali kedua. Masa dia dapat stroke kali kedua dia tak boleh bercakap atau menelan air lior dan dalam masa 2 hari meninggal dunia.

Selepas itu nenek saya pulak menunjukkan perangai pelik. Mak saudara yang menjaganya banyak bercerita pada emak iaitu adiknya. Kami panggil emak saudara ni Mami. Mami yang urus nenek sepanjang dia sakit. Masa tu dia dah 80 thn lbh umurnya dan tak berapa kuat. Bila masuk bilik air nak ambil wuduk dia akan tergolek jatuh.

Semua anak2 dan cucu2 anggap nenek dah nyanyuk, tak ingat nak ambil wuduk dan solat.

Malam dia tidur atas katil single bed tapi keesokan harinya memang dia berada di hujung katil dan hampir2 nak terjatuh.

Mami selalu cakap dengan nenek, ‘ mak napa tidur tepi katil sangat ni, nanti jatuh macam mana?’

Nenek diam saja hingga pada satu hari dia bercakap menerangkan apa yang berlaku. Baru kami tau masa tu yang nenek tak nyanyuk tapi dia didampingi makhluk halus.

Satu pagi, mami sedia sarapan pagi telur setengah masak dimakan dengan kicap dan serbuk lada.

Masa menyuap nenek, nenek berkata, ‘ hang bagi aku makan teluq ni satgi kawan tu marah kat aku. Dia akan tarik rambut aku’

Mami tanya, ‘ sapa mak?’

Nenek cakap, ‘ malam2 kawan tu tidoq sebelah aku. Badan dia besaq berbulu, kepala kecik, mata merah dan lidah terjelan sampai ke pusat. Dia tak bagi aku solat. Bila aku nak wuduk dia tolak aku sampai jatuh. Hangpa ingat aku nyanyuk. Aku tak nyanyuk’

Mami susah hati dan cerita pada adiknya yang duduk di Kuala Lumpur. Mak su bawa seorang perawat perubatan Islam dan membaca surah rukyah dan manzil. Ustaz tu kata ni hantu raya dan kepunyaan tuan tanah ni dulu. Dia ditugaskan jaga tanah tu dari diceroboh orang. Bila wan beli tanah tu, tanah bertukar tangan tapi hantu raya masih kekal jaga tanah.

Selepas rawatan tu tiada gangguan lagi kepada nenek saya. Sekian cerita saya dan harap ianya menyeramkan dan disiarkan.

Terima kasih

Hayati Radzi

Hantar kisah anda : fikssyenshasha.com/submit

Hayati Radzi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

1 thought on “Mayang Rumah Nenek”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.