Mee Goreng Pasar Malam di Kedah Berulat

Salam semua.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku sebelum ni : Bihun Goreng Basi di Taiping. Seperti yang aku janjikan, ada satu lagi kisah benar aku nak share di Pasar Malam di suatu daerah kecil di Kedah. Alang-alang cuti kan hari ni, bolehla mengarang cerita hehe.

Kisah kali ni pun sama macam sebelum ni. Juga bukan cerita berkaitan hantu seram terkejut atau jin, cuma pengalaman pelik yang aku alami, tak ada tokok tambah..berkenaan Mee Goreng Pasar Malam yang Berulat.

Suatu petang, dalam tahun 2012. Kami laki bini santai-santai je kat rumah. Yelah cuti ujung minggu. Kat tempat aku masa tu, Pekan P di Kedah, ada pasar malam hari Jumaat petang. Selalunya aku buat cucur ke, kuih-muih simple habuan kami anak beranak makan-makan ngan teh/kopi panas. Tapi petang tu aku segan nak buat apa-apa, lepas suami balik dari surau..aku habaq malas nak masak petang tu, bagi aku pi pasar malam jelah..beli-beli sikit. Maka suami aku pun jaga budak-budak kat rumah, aku ke sana sorang je sebab dekat.

Selalunya kalau ke pasar malam, aku round dulu skali untuk survey je apa nak beli. Bila patah balik barulah aku beli benda yang aku teringin. Maka masa patah balik tu, aku beli la buah-buahan serba sikit, coq peneram & apom lenggang.

Hangpa perasan dak, kalau kat pasar malam..kan ada gerai goreng mee/bihun/kueytiow kan…yang goreng atas meja, kuali dia kaler hitam macam built-in/melekat kat meja tu. Masa aku lalu tu, abang gerai tu baru mula menggoreng.

“Aih, seronok plak tengok abang ni goreng mee”.
Aku pun leka duk depan meja dia..rilek-rilek tengok dia goreng.

“Bang, bungkuih mee dua ringgit, bihun dua ringgit noh”.

Abang tu angguk sambil kata, “Orait!!”

Dia pun abis goreng..tolak mee dia ketepi kuali tu..nak bagi membukit tepi kuali. Pastu kais la sikit nak buh dlm kertas minyak yang aku order RM2 tu.

Tiba-tiba…..
Mata aku nampak sesuatu!!
Aku tarik spek ke bawah. Dekatkan sikit kepala aku.
Haa!!
Betoi ka ni??!!
Ulat/cacing warna kuning-kuning kurus-kurus dalam panjang 2 cm…. 4-5 ekor duk masuk keluar kat mee goreng panas-panas tu!!
Biar betoi!!
Aku tengok lagi..jegil lagi biji mata..alahai. Memang betul…haiwan-haiwan tu..
Melentuk liuk ulat-ulat tu rileks jer buat terjunan & selaman dalam mee panas tadi.
Sat-sat ada pastu kat atas pastu kat bawah.

“Ish betoi ka haiwan ni sebab panas baru goreng….depa tak m**i ka..” (dalam hati aku)
Ternganga mulut aku sebab tak percaya.

Semua tu berlaku terlalu cepat. Abang tadi pun dah siap bungkus mee goreng yang aku order tadi. Aku terus cakap kat abang tu, “Err bang, saya mintak maaf saya tak jadi lah mee bang..Teringin kueytiow lah pulak. Sori noh.”
Nak ambil hati dia aku bubuh sekali bubur nasi yang dia jual sama kat situ.

Abang tu macam.. “Ha tu ka, ok2.”
Maka dia bungkuskan kueytiow plak kat aku.

Dalam masa dia bungkuskan kueytiow tu…aku peratikan aje ulat-ulat/cacing tadi tengah bersuka ria kat dalam mee goreng tu…Kat dalam kueytiow aku tak nampak haiwan-haiwan tu pun, kat bihun pun tak. Dalam mee saja.

Lepas aku bayar semua, aku jalan laju-laju masuk kereta. Tergamam sekejap..Baca ayat Kursi..mohon supaya Allah lindung. Sampai je rumah..aku buang tiga makanan tadi – bubur nasi, kueytiow goreng & bihun goreng sebab semua dari kedai yang sama. Rasa membazir la buang makanan, tapi rasa geli lebih mengatasi segalanya.. lepas tu aku cerita kat suami aku apa yang jadi tadi.

Kami laki bini dua-dua pun tertanya-tanya..apa benda kah haiwan tu? Kenapa depa ada dalam mee tu? Kenapa kat bihun dengan kueytiow tak dak pun? Abang tu ka yang bubuh? Sapa yang bubuh haiwan-haiwan tu?..Allah saja yang tahu.

Sampai sekarang aku masih tak lupa rupa haiwan-haiwan kebal panas tu.
Pengajaran untuk kali ni…mungkin kita kena beringat & berjaga-jaga dengan apa yang kita nak beli & makan. Sentiasa baca doa supaya Allah lindungi kita daripada benda-benda yang tak elok. Semoga kita dijauhi segala bahaya..terutamanya daripada makanan, amin.

Itu saja kisah yang aku nak kongsikan kali ni dengan sahabat FS semua. Insyaallah pada masa lapang nanti aku akan kongsikan kisah : Dua Kedai Berbau Busuk/ Hanyir di Perlis.

Terima kasih kerana sudi membaca kisahku kali ini.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ayong

5 thoughts on “Mee Goreng Pasar Malam di Kedah Berulat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.