Melawan ketakutan histeria

Saya peminat cerita seram di fs.Saya tak de cerita seram untuk di kongsi cuma saya pernah mengalami peristiwa berada dalam suasana histeria.Kejadian berlaku ketika kem spm di sebuah resort terceruk di dalam hutan di bandar kemaman.Kami sekelas pelajar perempuan ditempatkan di sebuah chalet di pinggir hutan.

Pada mulanya tiada peristiwa pelik berlaku.Kejadian bermula pada hari terakhir kem.Petang tu kem habis lambat.Jadi sewaktu perjalanan pulang selepas minum petang cuaca sudah senja.Kami beramai ramai menuruni tangga yang melalui pokok pokok besar untuk sampai ke chalet kami.Kami bergelak ketawa dan selfie ketika maghrib itu.Sampai ke chalet masing masing bising dengan cerita dan gelak ketawa.

Tingkap kami buka untuk angin malam masuk.Tetiba salah seorang kawan kami yang sedang gelak mengilai..Kitaorang semua terdiam sebab merasa seram..Tak lama kawan kami yang berada di bilik lain pulak yang menjerit dan mengilai.Kami semua dah kelam kabut dan penolong ketua kami cepat cepat menelefon cikgu untuk redakan keadaan.

Sementara menunggu cikgu datang kitaorang cuma diam tanpa terfikir untuk baca yasin kerana masih terkejut.Makin lama makin ramai yang histeria.Ada yang menjerit,ada yang menangis dan ada yang mengilai.Daripada 20 org pelajar hanya 7 orang yang tidak histeria termasuk saya.Saya masa tu berdebar debar dan rasa sejuk kaki dan tangan.Badan saya juga menggelatar kerana terlampau takut.Tapi oleh kerana taknak di serang histeria saya tutup mata dan telinga.Tapi saya rasa tubuh saya makin berat dan otak saya macam kosong dan terawang2.

Untuk lawan ketakutan yang ada saya membayangkan saya berada di konsert rock dimana ramai orang menjerit jerit ketika konsert.Dan imaginasi saya menjadi bila tubuh saya rasa ringan dan dah tak rasa sejuk lagi.Saya jadi berani kerana imaginasi saya dapat melawan rasa takut saya.Selepas saya rasa yakin saya terus bangun dan azan.Kawan kawan lain juga azan bila dengar saya azan.Kami azan berulang kali sampai cikgu datang dengan ustaz dan keadaan semakin pulih bila kami beramai ramai membaca surah yasin dan ustaz membuat ikhtiar untuk memulihkan keadaan.Selepas keadaan reda kami semua rasa penat sangat dan selepas menunaikan solat isyak dan solat hajat berjemaah kami tidur beramai ramai di ruang tamu.

Alhamdulillah tiada perkara pelik berlaku lagi sehingga kami semua pulang dengan pengalaman berharga itu.Apa yang saya boleh simpulkan yang histeria mungkin terjadi kerana benda halus dan emosi kita yang tidak stabil kerana rasa takut itu.Saya bernasib baik kerana dapat lawan rasa takut itu dengan membayangkan berada di konsert rock.Saya harap tak akan melalui lagi pengalaman seram itu dan tak akan terlibat dengan perkara mistik seperti di ganggu dan sebagainya.Itu saja pengalaman seram saya dan mungkin tak seram pun bagi anda.?

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Noyou

6 thoughts on “Melawan ketakutan histeria”

  1. Betol…
    Takot mmg takot…
    Tp cmne pn kena lawan perasaan tu sbb sllunye histeria blh jangkit sbb mainan perasaan bkn sepenuhnye sbb benda halus…

    Reply
  2. Nasib ko pun tak terlayan menjerit “rock brooo !!”.. haha.kalau tak pening org len duk ketawa ngilai..ko dok jerit “yeyeeeh rock !!”

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.