Melisa -Sumpah Iblis

Assalammualaikum wbt. Terima kasih admin, untuk ke sekian kalinya memuat naik cerita yang Mel hantarkan.

Kepada pembaca yang tidak jemu mengikuti kisah yang Mel lakarkan, jutaan terima kasih kepada kalian.

—————————————–

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
-Surah Al-A’raf ayat 16 dan 17.

***

Dua tahun lepas. Mel membuat keputusan menyambung Sijil Tinggi Agama Malaysia di Sekolah Menengah Agama Bantuan kerajaan, Perak. Tahun itu merupakan detik pertama, Mel diizinkan Allah melihat Iblis yang berjanji dengan nama Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam sehingga datangnya hari akhirat.

Jadual yang padat dengan kelas tambahan kerana peperiksaan akhir sudah tidak lama, memaksa Mel pulang lewat pada hari itu. Mel tinggal dekat Penang. Penang yang sempadan dengan Kedah dan Perak. Bukan kawasan pulau sana. Jadi, Mel terpaksa ulang alik ke sekolah dengan menaiki kereta kancil kepunyaan ibu. Bukan tak mahu ‘stay’ asrama, tapi atas dasar tanggungjawab menjaga adik-adik di rumah, Mel perlu berulang ke sekolah.

Jam waktu itu seingat Mel sudah melonjak ke 6 petang. Mel tak fikir banyak dah, memang hati nak balik dan terbayang katil ja kat rumah. (Mengalahkan orang dewasa penatnya! Hahaha). Jadi, Mel hidupkan enjin seperti biasa dan pulang ke rumah. Ada la dekat jam 7 petang Mel tiba di rumah ekoran menghadap jem dekat jambatan Parit Buntar tu kerana penjawat awam semua bergesa mahu pulang ke rumah kan.

“Lambat balik anak ibu hari ni. Ibu pula yang sampai rumah dulu”.

Mel cuma menghadiahkan senyuman dan mencium tangan ibu, lalu bergerak naik ke tingkat atas. Faham lah, ‘waktu kritikal’ memang tak patut pun berada di luar. Takut ter’ajak’ ‘ummu sibyan’ sekali masuk ke dalam rumah. Tahu ‘ummu sibyan’ tu siapa? Dia lah ‘wanita’ yang gemar bertamu ke rumah kita pada waktu langit nan merah.

Ummu Sibyan memiliki wajah mengerikan dengan mata 1 yang besar dan merangkak di dinding-dinding dan siling rumah seperti cicak. Dalam kisah kerajaan Nabi Sulaiman dan jin Ummu Sibyan, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung. Anak-anak sekitar 2 tahun ke bawah pasti akan diganggu. Sebab itu setiap anak muslim yang dilahirkan perlu diazan terlebih dahulu untuk mengelakkan gangguan jin ini. Jin ummu sibyan juga mampu masuk ke dalam perut wanita hamil disaat janinnya sedang tumbuh. Jin ini akan menendang sehingga berlakunya keguguran dan menjadikan rahim itu kosong semula.

Kaki Mel melangkah menaiki anak tangga terakhir sebelum menuju ke bilik. Rumah lama.. sebelumnya rumah ini disewa oleh orang India. Kemudian abah membelinya dan tinggallah kami sehingga ke hari ini. ‘Krek.. krek.. ‘ tangga kayu berbunyi setiap kali ada orang naik turun. Sudah menjadi kebiasaan. So memang tak kesah. Bilik Mel hujung sekali, bahagian belakang.

‘Bammm!” Mel menghempaskan badan ke atas tilam. Cadangnya nak rehat kejap sebelum azan maghrib berkumandang. Tapi otak penat sangat lepas subjek Tarikh wal adab (sejarah Mesir dan syair arab), Mel pon terlelap. Macam mana pergi sekolah pakai baju tu, macam tu jugakla pakaian Mel tidur. Teruk betul! Mata terpisat-pisat sewaktu Mel terjaga dari tidur. Mel rasa badan berat sangat. Macam lumpuh pon ada. Tak boleh gerak langsung.

Dalam keadaan sedikit meronta, telinga Mel tertancap pada satu suara halus dan nyaring. Seakan-akan anak gadis sedang mengongoi.. menangis teresak-esak di sudut hujung bilik dekat almari pakaian sebelah tingkap itu.

‘Haa sudah.. bala apa pulak ni..’ perasaan jadi tak menentu dengan tenaga yang dikerah untuk menggerakkan badan..membuatkan Mel lemah. Dalam masa yang sama, suara mengongoi tadi semakin menghampiri dan jelas kedengaran.

Mel pula balik tak buka lampu. Memang terus tidur. Bangun je bilik gelap hitam pekat malam, memang tak nampak apa. Suara yang tadi semakin menghampiri, tiba-tiba diam. Mel menarik nafas lega. Lega tak lega sangat la sebab badan memang tak boleh gerak. Belum pun sempat Mel berfikir apa nak buat, Mel terasa ada hembusan nafas naik turun kuat menghampiri telinga kanan.

“Aku dekat sebelah kau…” suara angin kasar kuat berbisik.

Mel dah terketar-ketar dengan hati yang kencang bagai nak pecah! Mel palingkan juga wajah nak tengok siapa yang bergurau dengan Mel waktu-waktu macam ni. Allahurabbi!!! Pantas Mel pejamkan mata serapat rapatnya lepas terpandang muka yang pecah, kulit yang merekah dan terbelah bernanah nanah seolah kesan direjam ke dalam kawah api yang mendidih, dengan matanya yang seakan menyembul keluar. Jelas kelihatan urat mata biru dan merah timbul di mata putih jin tersebut! Bentuk bibirnya melecur, diselaputi darah dan ulat-ulat kecil banyak! Gigi taring.. lidah terkeluar macam ular.

Mel pon tak faham, sebab bilik gelap. Tak nampak apa.. tapi macam ada cahaya luar yang membolehkan Mel nampak riak wajah jin tersebut. Dekat tak payah cakap la.. memang waktu Mel palingkan muka, dia dah betul betul dalam posisi merangkak, tangan hitam penuh kudis mencengkam katil dan muka dia sejengkal je dari Mel. Dalam keadaan cemas, Mel usaha baca ayatul Kursi, tapi berterabur.. tunggang terbalik.

“HAHAHAHAHAHAHA!!!!”. menyeringai nyaring suara jin tersebut mentertawakan Mel.

“Kau baca pon salah!!!! Baca pon tak betul!!!”” Jin tersebut menjerkah marah dengan nada mengejek. Mel tercari cari dia pergi mana. Tadi ada dekat sebelah.

“Dum!!! “. Jin laknatullah ini dah merangkak betul atas badan Mel. Dengan lidah yang terjelir- jelir panjang berlendir terasa menjilat jilat muka. Memang berjurai air mata! Mel nangis teresak esak panggil abah. Mel boleh telepati dengan abah. (Sejak umur 15 tahun). Dalam keadaan genting, selalunya boleh minta bantuan. Tapi ada syarat. Kalau abah Mel ketika itu tidur juga, baru boleh abah datang tolong. Keadaan tak menyebelahi Mel masa ni. Mel kejutkan abah, Mel goncang goncang kan badan abah, tapi abah tak bangun. Abah tengah kerja shift malam.

Jin tadi tak berhenti ketawa mengilai. Tapi dia tak cederakan Mel pon. Mel dah tak boleh pikir. Mel nangis semahunya. Lepas tu Mel tarik nafas dalam dalam. Hati Mel cakap ingat Allah.. ingat Allah. Lepas tu baru Mel tak berhenti sebut Allah.. Allah.. Allah.. yang tu ja yang Mel yakin, Mel tawakal sepenuh hati.

“Kau diam!! Aku kata diammmm!!!”. Rasa bergegar bilik dengan suara dia tengking. Panas la kot.. Tapi Mel lawan. Mel dah rasa yakin. Rasa macam satu kekuatan meresap dalam diri. Mel teruskan zikir nama Allah. Sampailah tangan Mel rasa boleh genggam. Lepas Mel dapat kawal balik badan Mel, Mel hentak tangan sekuatnya untuk lonjakkan badan bangun dan lari ke bilik utama. Rambut Mel dah serabai. Kusut!

“Hang ok dak ni??”. Damia dan Qilah sedikit cuak melihat Mel yang masih lagi tercungap-cungap. Mel diam je. Macam blur. Adik Mel tengah tengok movie.

” Tadi kami dengaq macam hang mendesah. Merengek. Pastu tetiba berdentum tapak kaki lari mai sini. Terkejut tau dak? Mamai ka apa ni??” Damia sedikit merungut. Qilah dah turun bawah. Nak ke dapur.. dahaga katanya. Mel memang macam patung. Diam je pandang skrin laptop yang terang benderang.

*bunyi panggilan telefon*

“Kak.. fon hang bunyi dari tadi tu. Eish kacau la. P la amek tengok kat bi…” Damia yang rasa sedikit terganggu dengan deringan telefon tak berhenti terus terdiam bila dia berpaling tengok Mel menghulurkan tangan ke arah dia. Tangan Mel tengah menggenggam telefon. Habis tu fon siapa yang galak mendendangkan lagu dekat bilik Mel?

“Bang!! Bang!! Bang!!!”. Qilah memandang pintu dapur yang sedari tadi diketuk bagai nak roboh. Tapi hairan sebab ibu Mel yang tidur dekat ruang tamu tak terjaga pon sedangkan dapur tak jauh dengan ruangtamu. Qilah teragak-agak untuk membuka pintu.

‘Nak bukak ka dak ni.. kot la orang nak minta bantuan ka.. india belakang gaduh ka..’ Tangan Qilah menggigil untuk membuka tombol pintu dapur.

“Jangan! Bukan dia tu.. dah, pergi naik tidur dengan kakak. Buat apa kat bawah ni”. Abang Mel menahan tangan Qilah.

“Owang nak minum air. Dahaga.. lepastu..”

“Dah. Abaikan dia. Ajak kakak tidur. Tidur sama-sama”. Abang Mel mencelah. Taknak adik tegur benda tu. Malam tu kami bertiga tidur sekali. Tapi adik-adik Mel macam takut dengan Mel. Sebab Mel diam je. Masing-masing serabut dengan kejadian yang berlaku malam tu bermain di fikiran. Keesokan harinya, abang Mel demam panas. Lelaki kalau demam kan teruk. Memang satu hari dia tak keluar bilik.

Mel masih blur. Selalu Mel paling riuh dalam keluarga. Cuma dua tiga hari lepas kena ganggu tu, Mel macam hilang semangat. Jadi blur macam mana ntah. Orang tanya, tak jawab. Setiap kali naik tingkat atas, nak masuk bilik Mel mesti Mel akan rasa seram. Macam ada benda lain yang duduk sebilik dengan Mel. Terasa dia tunggu depan pintu, tengah tengok Mel, melambai-lambai suruh masuk. Bunyi tangga pon Mel rasa macam ada orang ikut. Pernah sekali bila bunyi, Mel terus pergi tengok, takda apa pon.

Kadang-kadang Mel ajak adik Mel temankan. Atau Mel lari cepat-cepat ambil baju dan bergegas lari macam kena kejar, turun ke bawah. 3 hari tak tidur bilik sendiri. Esoknya abah balik kerja petang, Mel buat keputusan cerita dekat abah. Abah diam. Mungkin memang dia tunggu Mel cerita. Ibu? Mel taknak buat ibu risau. Ibu lemah semangat.

“Malam ni kak tidur dengan adik. Jangan pergi bilik tu”. Abah bersuara. Mungkin abah ingat orang hantar kat anak dia. Sedikit ‘serious’ muka abah. Mel turutkan jela. Kalau abah tak suruh pon Mel taknak tidur bilik tu. Dah macam ape entah menyeramkan!

Malamnya Mel tengok abah masuk kat bilik Mel. Abah solat dalam tu. Lepas tu abah duduk atas sejadah. Abah baca yasin. Mel tak tahu abah baca berapa kali. Tapi yang pasti sepanjang malam.

“Abahh.. “. Mel bersimpuh sebelah abahh. Dalam hati nak tanya keadaan ok ke tak. Hati Mel pon dah tenteram lepas cerita kat abah.

“Dia nak usik kak ja.. dia kata kak lalai hari tu”.

“Aik.. mana abah tau? Dia mai ka??”.

“Abah panggil dia.. malam tu abah tidoq bilik kak. Lepas tu rasa ada benda tampaq kaki abah. Terkejut la abah bangun. Dia tanya nak apa panggil dia. Abah berdialog sikit la..”

“Yang orang cerita muka dia apa semua tu.. betul kan? ”

“Betul la tu.. siap sengeh g waktu depan abah. Abah pesanla jangan kacau anak aku dah.”

Mel sengeh. Memang salah Mel pon.. Mel tidur senja. Dengan solat maghrib isyak semua terlepas. Mendapatla.

“Lepas ni jaga diri. Jaga solat”. Abah mencucuh api rokok sambil melayan cerita spongebob kat tv9. Lepas tu semua ok macam biasa. Mel dah dapat balik semangat. Walaupun kadang-kadang rasa ‘something wrong’, Mel abaikan ja.

Orang kata, setiap rumah akan ada satu bilik yang tidak berapa menyenangkan. Sebab tu kena ambil cakna struktur pembinaan rumah. Bilik tak boleh setentang dengan pintu tandas, atau bilik lain. Sebab itu laluan dia. Bilik kalau tingkat atas tak elok sebaris dengan tandas di bawah. Kedudukan katil jangan betul-betul bawah tiang tengah siling rumah. Nanti mudah kena tindih. Begitulah.

Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.”
– surah Sad, ayat 82 dan 83.

Allah berfirman: ” Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan. ” Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya “.
– surah Sad, ayat 84 dan 85.

Allah ciptakan Iblis dari api yang panas. Maka sifat amarah yang ada pada iblis menjadikan dia pemarah, dengki, pendendam dan penuh dengan sifat tercela.

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah Ta’ala dalam surat Al-A’raf ayat 17 pada permulaan tadi ialah:

“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”: Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat.

“dan dari belakang mereka”: membuat mereka cinta kepada dunia.

“dari kanan”: urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas.

“dan dari kiri mereka”: dan manusia akan dibuat tertarik dan seronok dalam kemaksiatan.

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang tahu adanya makhluk lain di atas muka bumi ini hendaklah sentiasa kukuhkan iman dalam diri agar tidak terlalai.

Takut-takut kita berkompromi dengan sumpah iblis untuk menyesatkan anak cucu nabi Adam dengan tidak beribadat kepada Allah.

Waallahualam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Melisa

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

43 Comments on "Melisa -Sumpah Iblis"

avatar
Raa

haaa tu la mel lalai lagi kan dah kena. lepasni jgn lalai lagi ok xD

Melisa

Mel ingat . Hehe inshaallah .. terima kaseh

Kak Yulie

Haaaa…
Tdo sampai terbabas waktu solat ekkk…
Kan dh kena ushaaaa…

Pasni pesan kat mak soh jenguk2 anak2 pantau dh solat ke belom…
At least xdelah terbabas sampai kena kacau sensorg dlm gelap camtu…

Klu akk mmg fobia, lemaasss dok dalam gelap xde cahaya…
Lelagi klu tdo ade cahaya pastu tup2 terjaga udah gelap gelita…
Mulelah kang terpikir aku ni dh di alam barzakh ke alam rahim ni…???
Mule ar kang bantal pelok pn akk ingatkan En. Cong…
Huhuhuhuuu…

Raa

HAHAHAHAHAHA KAK YULIE PUNYA COMMENT TAK PERNAH MENGHAMPA KAN xD

Melisa

Hahahahah inshaallah kak yulie. Serik dah lepas tu. Kalau mak tanya dah solat ke belum.. xpe. Jangan benda tu yang tanya, astu join jadi makmum. Aduh. Hahha alam barzakh boleh terima kak, alam rahim kena pikir jap. Hahahaha adoih lawak

Kak Yulie

Bab alam rahim tu tolong jgn pikir mendalam sgt…
Mau gangguan jiwa kang ko mel…
Hahahahahah…

Melisa

Hahahahaa tak jadi nak pikir

Kak Yulie

“haaa tu la mel lalai lagi kan dah kena. lepasni jgn lalai lagi ok xD”

Time akk type komen xde sape komen lg…
Ble dh POST COMMENT skali intro komen akk same daaa ngan komen ko dik, hahahhaha…
Nampak nooo kita sekepala bab menerjah org ni…
Heheheeheh…

Raa

Line kak yulie lambat la tu. Orang kate kan kak, kalau line lambat ni ada something…….. 🙂

Kak Yulie

Something????
Mmg something sgt dik…
Something wrong ngan hs ni yg dh mule menunjukkan tanda2 nk bersara awal sbb asyik hang jer skang…
Huwaaa…!!!

FazAhmad

Wah kenapa rasa meremang semacam bila baca ni?

Melisa

Meremang lagi dgn persiang ulaq ?

Hasfa

Haihh seram noh

Melisa

Terima kaseh sudi baca

CERITA EL

Hi 5 sikit ayah Mel! #SUKAspongebob

Melisa

Hahaha kalau hafal lagu spongebob baru boleh h5 ?

CERITA EL

Lagu ? Nak EL sebutkan dialogue & punchline Spongebob Patrick tak ? Dorang belum sebut , EL dah sebut dulu ?

Melisa

Try r. Klu betul Mel belanja kagebujino jutsu. Boleh date ramai cik ponti. Hahhahaa

Singkong & keju

woooahhhhh saya bagi 8/10..

Melisa

Terima kasih sudi baca. Siap rate. Hehe

kura2 hijau

dah lama menyepi para juri FS sekalian..hehehe

Ummi azzahra

Pestaim nk komen… Biasanya DOK bacaaaa ja… Tang pintu bilik xblh setentang ngan pint tndas.. Mgkin betul jgk sbb dlm rmh Ummi ada satu bilik yg bertentangan dgn pntu tndas.. Bilik tu dulu mmg bilik tidur Ummi… Tp bila kerap mimpi seram n yg plg takut skali baru ja nk lelap datang org tua bongkok nk cekik leher Ummi… Lps tu dh xbrani tdur d blk tu…jadi stor la bilik tu skrg..

Kak Yulie

Kt umh mak akk ade gak blk yg setentang ngan toilet…
Pastu dlm blk tu gak ade toilet…
Tak tau ar plak camtu pantangnye…
Yg akk tau yg haunted umh mak akk tu blk mak akk yg plg blkg tp xde plak setentang ngan memane pintu…
Lg yg haunted hall plg depan…
Pn xde gak setentang dgn pintu…

Gamaknye natang tu cr port yg sunyi2…
Riso agknye nk dok kat laluan2 ktorg sbb udahler ramei, besor2 plak tu orgnye…
Terpijak nayoo…
Heheehehehe…

Melisa

Mel kongsi yang Mel tahu. Dan dari pengalaman aje. Hehe. Mungkin kalau ada yang lebih arif, boleh komen kan. Yang Mel tahu, itu laluan dia la. Rumah sewa Mel dekat mesir ni pon somthing wrong dya sebab yang sama. Bilik depan setentang dengan pintu tandas n pntu dapur. Haunted sangat. Memag suka hati je menjelma jadi housemate Mel berlegar2 tengah malam. Bilik tu pulak… setiap kali ada housemate baru nak sewa, mesti xboleh lebih dari sorang.

Sepatutnya setiap bilik, 2 orang. Bilik depan je 3 kali dah ganti housemate baru bilik tu. Tetap sorang..

Kak Yulie

Sooo pasni buat umah kena elakkanlah yg pintu setentang2 ni ekkk…
Rasenye plg bagus setentang ngan pintu dapor…
Kot2 ngigau leh bukak esbox…
Hahahahahha…

abang parjo

nak hadis pasal tak boleh bina bilik selari pintu ke ape ke boleh dik ? kalau takda pon tunjuk kan penerangan alim ulama’ pasal benda ni ..

Melisa

Mel tak tahu. Tahu itu pertua orang dulu-dulu dan kebiasaan je. Kalau minta hadith atau kalam ulama, Mel xde. Seeloknya tanyelah ulama untuk kesahihan. Mel jahil

ezam969

Nas dia doa msuk tandas..bila nk msuk tandas org2 islam disunatkan bc doa utk mohon perlindungan Allah dari kejahatan syaitan..bila islam dh srh bc doa mknanya benar dan jelaslah tandas tu adalah tmpt yg disukai syaitan..jd klau bilik berhadapan dgn tandas bilik tu berada dkt dgn laluan syaitan..xmustahil la blh mimpi mcm2 masa tido..pengamal perubatan islam pn rata2 guna kaedah tabur garam dan lada hitam yg dh diruqyah dlm bilik air/tandas dlm rumah yg ada mslh gangguan..lg satu masa azan berkumandang tmpt yg dipilih olh setan2 melarikan diri ialah tandas..maka sedia maklum tandas merupakan tmpt setan2 mengenjoykan diri mereka..dh dua bukti dlm islam berkenaan setan dan tandas..dh tentu kwsn2 brhampiran tandas tu jd laluan mereka..tu je la stkt yg dpt sy jelaskan krn doa msuk tandas tu diajarkan olh rasulullah..klau nk lg jelas kna cari dlm kitab2 agama atau tnya org2 lbh arif lg mafhum..atau tnya org yg blh nmpk setan..sy xnmpk setan..klau santan segera sy blh la nmpk

Melisa

Wahhh terima kasih atas perkongsian ilmu ? kat mesir xde santan segera. Hahaha ad nyok afrika ja.

ezam969

Kira nas la tu kan sbb sahabat kita nk hadith..yg ajar doa msuk tnds tu rasulullah..so hadith la tu..bg sy yg melalui jgk kes2 merawat org dan pagar2 rmh org esp unit penyiasatan penderaan kanak2 ipk klantan..dari pnglmn ni so sy tlg la jelaskan..sy brguru dgn dato timb mufti klantan..bekas mudir sy di maahad muhammadi k.bharu dlu..yg herannya ms sy dtg dgn kwn sy xtau brp kali scan tetap xnmpk pape..blh jd diorg kesan kehadiran sy dgn kwn sy ust zaidi ipk yg hensem tu..kdg2 mkhluk2 ni bila kita dtg dgn benteng diri yg cukp diorg akan lari utk mngelak brtmbung dgn kita..yela ilmu benteng diri Allah tentunya maha hebat dari ilmu setan..diorg tu smpai nk pegi dapo ke,tndas ke msti nk kna brteman..ye la polis pn tp diorg ni ppuan trmssuk ktua unit..hantu xlut dgn pistol ye x?haha….alhamdulillah sy mslh tu dah settle..byk sy citer pnglmn sy tp masa xizinkan..ada masa insyaallah sy cuba kongsikan

Melisa

Hehe alhamdulillah. Bila sejalan, apa yang nak disampaikan tu dapat difahami. Bukan semua benda boleh diterangkan dengan terperinci.

Inshaallah Mel faham apa ezam cuba sampaikan

ezam969

Mel ambik course ape ye kt mesir?

Melisa

Usuluddin inshaallah

ezam969

Alhamdulillah..hebat..blh la kongsi2 ilmu

Melisa

Xlayak. Hahaha sapa la Mel ni. Jauh sgt nk kogsi

ezam969

bercerita kira kongsi ilmu jgk..cuma cara perkongsiannya dlm bentuk penceritaan

Baby June

Tq Mel for writing this. Suka sangat sebab selitkan ayat dari Al Quran. May Allah bless you.

Melisa

Hehe tq sudi baca

pijah

hai mel..org mana ni? nibong tebal ka?

Melisa

Hye pijah ? ha a Mel asal nibong tebal

uveveosas

Thorbaekkk 8/10

Melisa

Terima ksih sudi baca dan rate ??

Si Gemuk Pendek

?

wpDiscuz