Empty parking lot at night.

Memang Nak Kacau Aku

Aku juga tak lari dari mengalami pengalaman mistik ni. Kejadian berlaku dalam tahun ini. Aku ni bukan seorang yang berani tapi bukan juga seorang yang penakut sangat. Boleh la. hai semua aku Mia. Sepanjang hidup aku mmg pernah la kene ganggu. Tapi tidaklah extrim sangat. Cuma kisah aku nak kongsi ni bagi aku seram sangat.

Tuntutan kerja buat aku selalu balik malam. Terutama setiap hujung bulan. Malam tu aku ingat lagi hari Selasa. Selalu aku akan sampai rumah dalam pukal 12 mlm. Entah macam masa kat lebuhraya aku terlepas simpang. Selalu kalau aku terlepas simpang pertama ada simpang kedua. Entah macam mana aku termengelamun lebih aku pula sehingga terlepas kedua2 simpang. Malam tu dah la pula aku tak pakai cermin mata.

Akau pakai contact lanse. Lebih 8 jam pakai contact lanse penglihatan jadi agak kabur tambah aku ni rabun silau. Dalam hati, aku sumpah seranah diri sendiri sebab terlepas simpang and pakai contact lanse. Aku teruskan perjalanan sambil tengok2 papan tanda. Tapi tak nampak sangat jadi aku perlahankan kenderaan dan tengok betul2 papan tanda. Tol 1km dihadapan. Nak tak nak hadap jugak la. Aku bayar la tol. Aku tak pasti aku kat mana. Sebab malam aku rasa macam asing sangat jalan tu. Walhal bukan aku tak penah terlepas simpang. So aku dicide nak tanya petugas tol tu.

“Dik jalan ni boleh exit rawang ker?”
“Boleh kak terus nanti sampai trafic light kedua akak u turn”
Selamat bayar tol. Aku gerak and ikut mcm petugas tol tu cakap. Die punya trafic kedua mak datok punya jauh. Aku tengok jam dah dekat 12.20am. Tak sampai rumah lagi. Aku terus je macam info yang petugas tu bagi.

Lepas tu aku rasa perjalanan aku macam lagi jauh. Aku tak tahu aku kat jalan mana dan gelap sangat tak ada lampu jalan. Sebijik kereta pon tak ada. Aku laju kan kereta sebab aku dah start cuak. Dari jauh aku nampak cahaya. Okey aku kejar cahaya tu. Aku pasti tu kereta kat hadapan, aku nak jalan seiring dengan kereta tu. Nak dekat baru kau perasan tu lori sebenarnya. Mmg slow gila lori tu aku hampir nak terbabas.

Aku potong lori tu. And lori tu hon aku panjang. Masa tu memang berdebar2 gila. Nasib baik je aku tak kemalangan. Lori tu hon lagi. Hon lori kot.. kuat buat aku terperanjat . Aku usha lori tu dari cermin. Die bagi higth bim kat aku banyak kali. Pada hemat aku marah betul abg lori tu kat aku. So aku pon lajukan lagi kenderaan sabab nak blah dari pandangan lori tu.

Elok je aku tengah laju tu tetibe rasa macam ada sesuatu jatuh hempap kereta aku. Tak pasti nak explain macam mn. Bunyik “buk” macam ade plastik sampah besar jatuh atas kereta. Aku dah start la takut.

Tp aku tenangkan aje..macam nak berenti tgk pon ye jugak. Tapi tak cukup berani nak buat gitu tambah pula jalan gelap and kereta aku sebijik je kat jalan raya. Pastu dengar macam air jatuh. Ala, macam kita ambil air dalam gayung dan simbah atas kereta tu. Zapp!! Sekali.. aku tengok kat luar tak hujan pon.

Aku perati jer kat cermin kereta kot la air tu meleleh mengalir tak ada jugak. Masa ni aku dah mula rasa seram sangat2. Bekumat kamit aku baca ape yang patut. Aku teruskan jalan tapi tak tahu aku kat mana. Ada la dalam setengah jam aku kat lebuhraya tu tetibe aku nampak jalan yang selalu aku lalu. Aku nampak papan tulis Bestari Jaya Rawang. Simpang kedua. So aku pasti sangant tu jalan balik and aku tak boleh terlepas lagi kali ni. Aku masuk and bayar tol. Fuh baru la aku rasa lega.

Tapi gangguan tak terhenti kat situ jer. Walau pon dah tenang dan kereta dah banyak. Tapi aku still rase takut. Dalam hati nak cepat2 sampai rumah. Aku sebenarnyer prefer exit simpang pertama sebab simpang kedua nie aku kena lalu tanah perkuburan. Aku dengar macam2 cerita la pasal kawasan tu. Tu yang aku tak berani.

Tengah pandu tu kepala aku terbayang mcm2 kisah mistik yang aku dengar pasal orang yang lalui kat jalan depan tanah perkuburan tu. Aku cuba tak nak fikir.. tapi benda tu juga yang berlegar2 dalam fikiran aku.

So, nak jadi cerita aku sampai kat jalan tanah perkuburan tu.. Malam tu memang die nak kacau aku. Lalu jer situ meremang bulu roma aku. Buk!! Kereta aku macam langgar sesuatu. SESUATU! Kuat weh hentaman aku langgar bende tu.. Alkisah ramai yang lalu kat situ akan berdepan dengan situasi dimana ko macan terlanggar binatang seperti anjing or babi. Tapi bila keluar tengok tak ada pape. Than, kereta ko tak boleh start. And tetibe ade bau busuk yang amat!!

Tidak..tidak…tidak!!!! aku x nak kene macam tu. Sumpah aku takut gila and aku berpeluh2 tapi tangan aku dan kaki aku sejuk. Tetiba kereta aku mati!! What… jangan cari pasal aku start kereta tak boleh. Try lagi. pon tak hidup juga. Aku tengok kiri kanan kot2 ada kereta lalu. Tak ada sebijik pon wehhh.aku cari handphone, dlm kepala masa tu nak call parent aku jer. Aku tak keluar dari kereta. Tidak! Tidak sama sekali untuk keluar dari kereta!. Dalam tengah kelam kabut tu, tetiba aku dengar orang ketuk cermin kereta. Aku terperanjat giler and habis tercampak beg aku kat bawah. Gila tak ada sesiapa! Terus mati niat aku nak cari handphone.

Aku punya takut tu rasa nak lari.. tapi tidak la aku keluar dari kereta kan.. tengah aku dok takut tu tetibe cermin tingkat aku terbukak.ko bayang weh. laju jer cermin tu terbukak. tapi aku rase macam aku yang bukak. maybe tertekan kot sebab takut sangat.

Punya la menggigil tu aku cari butang nak tutup balik cermin. Tak tahu apa aku tekan. Tadi cermin sebelah penumpang terbukak ni cermin sebelah pemandu plak aku tertekan. Terbuka sikit.. aku dah macam kene sawan. Menggigil beb. Tetibe aku hidu bau… bau wangi.. bau wangi tu bukan pewangi kereta. ( Sebenarnya aku nak cakap tu bau bunga pokok bunga kemboja macam biasa dalam cerita2 hantu tu.. tapi masalahnya aku pon sendiri tak tahu bau bunga tu macam mana..hehe… ) okey sambung balik. Bau wangi tu sekejap jer tau… terus tukar bau busuk!!. Busuk sangat macam bau bangkai.

Aku kumpul semua kekuatan yang ada aku tutup tingkap rapat2 and aku jerit kuat2. Jangan kacau aku!!!! Aku start kereta sekali jer terus hidup. Ape lagi aku terus la jalan. Laju tak hingat dah. Kawasan perumahan aku masa tu dah tak ada orang pon. Aku sampai kat depan rumah tengok kereta adik aku parking depan so aku parking kereta kat arah bertentangan. Depan rumah kosong. Aku amek beg and cari kunci aku terus masuk rumah. Cepat2 kunci pintu semua aku lari naik atas.

Fuh… masuk bilik baru aku rasa lega. Aku tengok jam dah nak dekat pukul dua. Huhu.. tula pengalaman paling ngeri dalam hidup aku. Tapi aku bersyukur sgt sbb bende tu tak menjelama depan aku. Aku tak tahu la kalau mende tu menjelma depan aku. Aku rasa aku dah pengsan.

Dan malam tu aku tidur dengan nyenyak sbb aku dah penant sangat walaupon takut tu masih bersisa. Tgh layan tido tu tetiba aku dengar alarm kereta aku bunyik!! Terus terbutang mata aku. Aku bangun and intai la dari tingkap. Mmg kereta aku yang bunyi. Tgk jam pkl 3.15 pagi. Tak sampai sejam pon aku tido tadi.

Aku cari la kunci aku tak ada. Ish mana plak puas aku cari. Last2 baru aku teringat kunci kereta kat bawah. Huhu.. memang tak la nak turun.. so aku usha jer kereta aku.. bila la nak berenti bunyi nie, sebab bising sangat takut ganggu jiran2. Tak ingat berapa lame, tetibe berhenti sendiri bunyi kereta aku. Than bunyi 2 kali bib.. tanda kereta x berkunci. Aku pelik..aku perati jer kereta aku tu. Lepastu bunyi bib sekali.. tanda kereta dikunci. Aku bukak pintu panggil la sesape ade kat bawah ker. Tapi tak ader orang menyahut pon.. tetibe aku rase seram balik.. aku amek Al Quran siap letak sebelah bantal aku than aku tido… Esok tu aku demam tak gi keje..

Hurm aku tanya jugak family aku ade tak sape2 mlm tadi kat bawah dalam pukul 3 pagi. Semua cakap tak ade. Huhu… seram kan!!

7 comments

  1. Cik mia kalau nak guna perkataan bahasa english tu boleh tapi biar la ejaan yang betul, kalau tak tahu eja guna la perkataan melayu. Sekadar menasihat harap faham..

    1. takde ape pon..dia typo sikit je tu. Selagi boleh paham ok la.
      We don’t have to bash people over a small issue. Perhaps we should learn to indulge more in the story than fixing grammar(s)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *