Menangkap 7 Setan Versi Penuh

Jam sudah menunjukkan pukul 12:15 am, tetapi Ashraf masih lagi menonton televisyen kerana matanya tidak mahu pejam setelah mempersiapkan ayahnya yang bersedia untuk tidur.

Ayah ashraf merupakan seorang pesakit kanser tulang dan leukimia tahap 2. Aktiviti sehariannya adalah baring sahaja kerana ayah ashraf sudah tidak lagi boleh berdiri. Sebarang aktiviti seperti mandi, makan, dan membuang air kecil mahupun besar perlu diuruskan oleh orang lain. Selalunya,emak ashraf yang menyiapkan ayahnya dan seringkali bangun setiap malam apabilanya ayahnya mengadu sakit.

Kini,ashraf mengambil alih untuk sementara waktu selagi cuti semesternya belum berakhir. Keadaan ayah ashraf terlihat agak tenat kerana ayah ashraf iaitu Haji Daud bukan sahaja derita menanggung sakit dek penyakit fizikal itu, malah ditambah pula sakit buatan orang yang berhasad dengki dan juga anasir luar yang “menumpang” dirinya. Dua orang kanak2 iaitu budak perempuan yg berpakaian lengkap serta seorang budak lelaki bogel yang selalu menggangu Haji Daud semasa beliau mendapatkan rawatan di Hospital kini mengikutnya pulang ke rumah.

Ini disahkan lagi oleh ahli keluarga dan ashraf sendiri dimana dia sering diganggu dengan bermacam gangguan oleh kanak2 tersebut termasuklah telinganya dipulas, kaki ditarik semasa tidur, suara menangis pada suku malam dan pelbagai lagi. Ashraf masih lagi leka menonton televisyen pada siaran RTM TV2 yang sedang menyiarkan cerita cina kungfu. Sedang asyik menonton, ashraf dikejutkan dengan suatu deringan telefon.

“Siapa yang call malam2 gini?Xreti tengok jam kew?!!”bentak hati ashraf.
“Hello, assalamualaikum!Mak dan ayah dah tidur kew belum?”
“Wslm, dah tadi. Kenapa kak?”jawab ashraf terpaksa setelah mengetahui itu panggilan dari kakak sulungnya.
“Sekejap lagi ustaz nak pergi saner, nak buat upacara pembersihan. Kak long da mintak izin dengan ayah, tetapi emak xtow lagi. Boleh x kejutkan diorang dan bgtow psl ni?”
“Ok kak long!nanti sy kejutkan mereka.”balas ashraf pendek lalu menamatkan panggilan.

Tanpa banyak soal, ashraf bergegas ke bilik orang tuanya dan menyampaikan pesan kakak sulungnya. Emak ashraf yang tersedar dari tidur terpinga2 mahukan penjelasan tentang upacara pembersihan itu. Walaupun dia mahu Haji Daud sembuh, namun naluri perempuannya cukup takut untuk meneruskan upacara itu kerana ustaz yang merawat haji daud sebelum ini pernah memberitahu bahawasanya tubuh Haji Daud cukup lemah untuk menjalani upacara itu pada waktu sekarang. Besar kemungkinan Haji Daud boleh kehilangan nyawa kerana denyutan nadinya amat lemah ekoran tubuhnya telah lama “ditumpangi” makhluk lain dan memakan setiap zat yang ada pada diri Haji Daud.

Menitis air mata ashraf apabila melihat keadaan bapanya yang terlalu tenat. Hati anak mana yang tidak sedih tatkala melihat bapa sendiri menderita sakit kronik dan terkena buatan orang. Tubuh Haji Daud yang dahulunya sasa kerana selalu bekerja keras dengan mengerjakan pelbagai pekerjaan kampung bagi menyara anaknya sebelas orang itu kini hanya tinggal tulang sahaja. Ibarat tubuh penderita penyakit TB, sungguh ringan dan kulitnya amat sensitif bila disentuh orang. Masih terngiang2 dikepala ashraf sewaktu bapanya mula2 ditimpa sakit setahun yang lepas. Asal disebut sahaja dimana ustaz yang pandai berubat, terus dibawa bapanya.

Semua ini dilakukan kerana tidak tahan melihat bapanya yang mengaduh sakit tatkala matahari mula tenggelam. Bermulanya maghrib sampailah ke waktu subuh besok pagi bapanya tak henti2 menjerit mengaduh sakit sambil menangis.

“AKU NAK MATII!!AKU DAH XNA HIDUP!!CABUTLAH NYAWA AKU YA ALLAH!!”

Hanya itu yang diungkapkan oleh bapanya sampailah ke waktu subuh. Mengikut perkiraan doktor, sakit pada waktu malam itu disebabkan oleh cuaca sejuk dan menyebabkan pembekuan d***h pada tulang. Ashraf bukannya budak bodoh yang boleh ditipu bulat2 oleh perubatan moden. Kalau diikutkan, hospital lah penyebab bapanya hilang keupayaan untuk berdiri dan berjalan. Mana taknya, setiap hari dicucuk dengan dadah morfin bagi meredhakan sakit. Leher pula ditebuk dan d***h diambil sebagai sampel setiap 2 jam. Bergaduh besar ashraf dengan doktor pakar yang merawat bapanya dek kerana mahu membawa pulang ayahnya. Bertekak teruk sampailah pihak pengurusan hospital masuk campur dan doktor terpaksa rela memberi keizinan.

“PINNNNN!!!PINNNNN!!”

Bunyi hon kereta memecahkan lamunan ashraf. Ashraf melihat jam di dinding bilik bapanya.

“Hmm,sudah pukul 1 pagi. Lewatnya diorang sampai.” bisik hati ashraf.

Tanpa banyak soal, ashraf terus berjalan pergi ke pintu hadapan dan membuka pintu. Sebuah kereta Mercedes dan Perodua Alza kelihatan menyuluh halaman rumah. Kelihatan Ustaz Rahim dan anak muridnya Ustaz Hafizi turun dari kenderaan. Kereta Alza dimatikan enjin dan kakak sulung ashraf kelihatan turun dari kenderaan dan diikuti oleh suami serta anak2nya. Ashraf kenal sangat dengan ustaz berdua ni kerana mereka berdua ini pernah datang melawat bapanya beberapa kali sebelum ini. Lagipun, Ustaz Rahim bukannya orang lain, beliau adalah guru agama yang mengajar di sekolah anak kepada kakak sulung ashraf dan juga merupakan suami baru kepada sepupu ashraf setelah sepupunya bercerai dengan suami pertamanya. Lagak Ustaz Rahim cukup bersahaja bagi seorang yang bergelar insan istimewa. Lahir tanpa kaki tidak pernah menghalangnya untuk berjaya walau hanya berjalan dengan tangan.

Ashraf disentak dengan pertanyaan Ustaz Rahim.
“Ayah kat mana?” tanya ustaz rahim.
“Bilik.” jawab ashraf pendek.
“Ok bagos, kau meh sini!” arah ustaz rahim.

Ashraf bergegas ke bangku dihadapan rumah. Satu persatu bahan dikeluarkan Ustaz Rahim dengan dibantu Ustaz Hafizi serta abang ipar ashraf sendiri. Ashraf hanya mampu melihat kerana dia tidak biasa dengan perkara sebegini. Pulut kuning, cuka makan, burung merpati hitam, telur mentah, beras dan setanggi dikeluarkan dari guni. Entah kenapa apabila semua barang siap dikeluarkan dan dihamparkan atas tikar, angin mula bertiup kencang dan kedengaran bunyi mengilai serta bau wangi mula menusuk hidung.

Ashraf mencuit bahu abang iparnya sebagai tanda minta penjelasan tetapi respon abang iparnya sangat menghampakan. Ashraf mengeluh dan melihat sahaja drama yang bakal terjadi dihadapannya. Ustaz Rahim dan Ustaz Hafizi mula mempersiapkan perkakasan dengan meletak pulut kuning yang dibawa kedalam tujuh mangkuk kertas dan telur mentah dipecahkan pada bahagian atas bagi menghasilkan lubang lalu diletakkan diatas setiap pulut kuning. Burung merpati hitam disembelih dan darahnya dititikkan pada setiap pulut yang ada. Colok diletakkan dalam lubang yang dihasilkan pada telur dan dibakar.

“Ashraf,kau ambik bekas yang berisi beras tu dan taburkan sekeliling rumah!” arah Ustaz Rahim.

“Hah?saya sorang jew kew yang kena pergi tabur?”jawab ashraf seakan tidak puas hati.

“Kau sorang pon boleh pergi tabur! lagipun kau tu bukan budak lagi, tak payah nak takut sangat sebab kejap lagi kau akan lebih takut lagi dan ini semua aku buat untuk ubati ayah kau!” kata Ustaz Rahim dengan keras.

Ashraf mengalah lalu mengambil bekas beras dan mula menabur beras. Dengan berbantukan lampu suluh, ashraf berjalan sambil menabur sehinggalah ke belakang rumah iaitu tempat yang paling menakutkan bagi ashraf. Mana taknya, belakang rumah ashraf hanyalah ada pokok getah serta hutan tebal yang menyeramkan lagi suasana. Mulut ashraf terkumat kamit berzikir sambil menabur beras di belakang rumah dalam keadaan ketakutan. Malang tidak berbau, seperti yang dijangka memang ada yang menegur.

“Tengah buat apa tu?”

Jelas kedengaran suara garau dicuping telinga ashraf sebanyak dua kali semasa sedang menabur beras. Diikutkan hati, memang ashraf hendak lari dan buang bekas beras tersebut. Akan tetapi apabila memikirkan keadaan bapanya, ashraf cekalkan hati dan menyiapkan tugasan tersebut sambil berlari laju ke depan.
Ashraf ingatkan ini sudah berakhir tetapi masalah lain pula timbul semasa ashraf menghadap ustaz rahim dan hafizi serta abang iparnya.

“Ashraf,kau berani tak?”tanya Ustaz Rahim.
“Saya penakut!” jawab ashraf pantas.
“Tak kisahla kau berani atau tidak, aku tetap perlukan pertolongan kau! Jin ini sangat kuat dan besar,aku tahu kau ada mengamalkan ilmu pendinding batin yang cukup untuk menjaga diri kau! Aku hanya boleh membantu dari jauh kerana aku tak boleh berlari dalam keadaan fizikal sebegini! Semua ni perlu dilakukan dengan pantas! Tersilap langkah, kita semua akan derita! Kau kena bekerjasama dengan Ustaz Hafizi dan abang ipar kau kalau kau nak bapa kau sembuh!” tengking Ustaz Rahim keras.

Ashraf terkelu tanpa berkata sepatah pun. Dia mulai pelik dan gelisah, kerana tiada siapa pun tahu yang dia pernah menuntut ilmu batin dengan guru silatnya. Hatinya mulai seram sejuk kerana dia juga tahu dia bukannya seorang yang berani. Walau telah banyak kali diusik makhluk halus sebelum ini, dia masih lagi seorang yang penakut. Hendak menjawab, takut dimarah ustaz.

Ustaz Rahim mula duduk di atas tikar sejadah dan berzikir, lalu memberi isyarat supaya bersiap sedia bergerak ke tempat setiap pulut kuning yang diletakkan di dalam semak sebagai umpan bagi makhluk halus keluar dari persembunyian. Ashraf mulai gelisah dan……….

“DEBOOMMM!!”

Suatu bunyi yang kuat memecahkan kesunyian malam.

” PERGI CARI CEPAT!!! HANTU TENGAH MAKAN!! CEPATTTTT!!” jerit Ustaz Rahim.

Ashraf dan abang iparnya bergegas ke belukar yang terdapat salah satu pulut kuning tersebut. Tiada apa yang kelihatan, hanya pulut dan telur mentah bertaburan dikawasan semak.

” BELAKANG KAU!!!” Jerit Ustaz Rahim dari jauh.

Ashraf menoleh ke belakang. Satu makhluk berdiri betul2 dihadapannya. Matanya merenung tajam ke arah ashraf dan mulutnya mulai hendak mnyeringai……

“SETAN!!!!!!!!” jerit ashraf.

Suasana mulai kelam kabut! Antara perasaan takut dan tanggungjawab, ashraf memilih untuk takut. Terus ashraf langkah seribu meninggalkan abang iparnya dek kerana takut. Tetapi hanya selangkah bergerak, ashraf jatuh tersungkur. Ashraf mengangkat mukanya ingin melihat apakah penyebabnya dia jatuh tersungkur, kerana ashraf tahu dia bukan tersadung kaki mahupun tersadung akar kayu kerana dia berada di atas jalan yang berturap.

“Ini bukan mainan setan!ini ilmu pasak bumi!siapa yang celaka tahan aku gila!!” jerit ashraf.

Terlihat dihadapannya ustaz hafizi sedang berdiri gah tidak jauh dari tempatnya jatuh tersungkur. Boleh dilihat dengan jelas lagak ustaz hafizi menekan keras kakinya ke tanah bagi menghalang ashraf dari melarikan diri. Walau hanya disinari cahaya bulan, terlihat jelas di wajah ustaz hafizi akan perasaan marahnya pada ashraf.

“Kau jangan lari!kau paham bahasa tak budak!! Ingat derita bapa kau!!” bentak ustaz hafizi keras sambil mengangkat perlahan kakinya agar ashraf bebas dari penguncian.

Tanpa berkata sepatah pun, ashraf bangun dan menundukkan kepala. Bukan dia tidak mahu menolong bapanya, tetapi dia masih lagi rasa takut untuk berhadapan dengan makhluk tersebut. Selalunya dia dikacau paksa rela, kali ini setan diseru secara sukerala.

“Cepat tembak!!!!! Ini barang besar!!” jerit ustaz rahim dari jauh.

Tanpa mempedulikan ashraf, Ustaz hafizi terus berlari ke arah hantu tadi dan melontarkan paku tepat ke badan hantu tersebut. Jelas kedengaran bunyi suara mengilai kesakitan tatkala paku menyentuh tubuhnya dan setan tadi terus ghaib dari penglihatan.

“GEDEBUK!!” bunyi yang kuat seakan buah durian gugur tidak jauh dari kawasan setan tadi ditembak.


Ustaz Hafizi bergegas ke tempat bunyi tersebut dan terus mengambil sebatang kayu yang jatuh sebesar betis lelaki dewasa yang panjangnya dalam 20 sentimeter dengan beralaskan kain. Semua bergegas lari ke tempat ustaz rahim berzikir termasuklah ustaz hafizi yang memegang kemas kayu tadi.

“Ambil baldi dan buka penutup botol cuka makan!” kata ustaz rahim ringkas tetapi keras.

Tanpa banyak soal, ashraf terus berlari masuk ke dalam rumah dan mengambil baldi di ceruk dapur. Melintasi bilik ibu bapanya, ashraf ditahan oleh ibunya.

“Macam mana ashraf? Dah siap.” tanya ibu ashraf.
“Jap lagi emak.” jawab ashraf pantas lalu terus berlari ke halaman rumah.

Sebaik sahaja baldi diletakkan di hadapan ustaz rahim, ustaz hafizi terus meletakkan kayu tadi kedalamnya. Abang ipar ashraf terus menabur garam ke atas kayu tersebut dan cuka makan dicurahkan bersilih ganti dengan garam.

“HEEUUWWWWWWW SAKIIIIIITTTTT!” jelas kedengaran suatu suara dalam keadaan yang cukup nyaring dan lama kelamaan hilang dibawa angin.

Kayu tadi mulai hancur di bahagian tepi dan kelihatan sopak di beberapa bahagian tertentu. D***h pekat mula keluar membuak2 dari kayu tersebut disertai dengan bau busuk yang amat kuat. Ashraf memerhati kayu tersebut sambil menutup hidung kerana tidak tahan akan bau yang timbul ekoran dari tindak balas cuka makan dan d***h yang keluar dari kayu tersebut.

Jelas kelihatan salib yang diperbuat dari besi diikat pada kayu tersebut dan juga terdapat 3 biji paku dipakukan tepat pada “vodoo” di sebelah salib tadi.

“Inilah mainan orang yang mengamalkan ilmu syaitan! Syirik kepada Allah hanya kerana kepentingan dunia.” kata ustaz rahim dalam keadaan mengeluh. Ashraf tidak mahu ambil pusing tentang kayu tersebut dan hanya memerhati dan mendengar setiap patah kata yang dituturkan ustaz rahim. Baginya, biarlah semua benda ini selesai dengan segera tanpa perlu dia tahu siapakah gerangan yang melakukan khianat pada bapanya dan apakah motif semua benda ini.
“Belum selesai lagi ashraf.” kata Ustaz Rahim seolah2 mengetahui apa yang sedang bermain dalam fikiran ashraf.

Selesai sahaja Ustaz Rahim berbicara, suatu bau yang cukup wangi menusuk hidung ashraf. Semua berpandangan sesama sendiri kecuali abang ipar ashraf yang gagal menghidu bau tersebut.

“Ada bau wangi tak?” tanya ustaz rahim lembut sambil menunjuk ke arah semak di tepi pagar rumah.

Semua mengangguk kecuali abang ashraf yang masih lagi terpinga2 kerana gagal mengesan bau tersebut.

“Ada hantu pari yang datang menjenguk.”kata ustaz rahim pendek.
“Dia bukan setan yang kita cari kerana dia hanya datang melintas. Tetapi alang2 kita lakukan pembersihan, biarlah kita sapu semua setan yang berani menghampiri.” tambah ustaz rahim lagi.

Ashraf hanya mengangguk sambil diikuti abang iparnya dan ustaz hafizi. Ustaz Rahim mulai lemah dan bersandar di batang pokok rambutan yang berdekatan dengan tikar tempatnya berzikir tadi.

“Hafizi, tolong ambil alih dan pandulah mereka berdua ini agar semuanya dapat diselesaikan malam ini juga. Aku sudah tidak larat kerana makhluk yang tadi sangat kuat dek kerana sudah lama bersarang disini.” kata ustaz rahim lemah.

Ustaz Hafizi mengangguk dan mula mengambil alih tempat Ustaz Rahim dan mula berzikir. Ashraf dapat menangkap setiap zikir yang dituturkan ustaz hafizi kerana zikir itu dibacanya dengan suara yang amat lantang dan kuat.

“Ashraf, takutlah hanya pada Allah dan jangan sesekali lari bila berhadapan dengan setan kerana tiada yang berkuasa melainkan Allah.” kata ustaz rahim seolah2 kecewa dengan tindakan ashraf yang sebelum ini apabila lari dari tanggungjawab yang diberikan.

“Perhatikan pokok getah tadi dan zikir lah pada Allah. Insyaallah,kau akan nampak dengan jelas apa yang aku tengah nampak kerana makhluk tadi masih lagi di atas sana.”tambah ustaz rahim lagi.

Ashraf terus berzikir sambil diikuti abang iparnya sekusyuk yang boleh atas saranan ustaz rahim. Ashraf tahu abang iparnya memang boleh melihat makhluk tersebut walaupun abang iparnya tidak pernah berkata sepatah pun ketika upacara pembersihan ini mula berlangsung sehinggalah sekarang. Abang iparnya bukanlah orang lain, dia juga mengamalkan perubatan islam dan juga anak murid kepada ustaz rahim. Cuma abang iparnya belum cukup kuat untuk melakukan semua proses ini berseorangan dek kerana masih lagi belum cukup ilmu.

'' KUN FA YA KUN''

Apabila Allah membenarkan, tiada lagi yang dapat berselindung dari zat dan penglihatanNYA. Ashraf dapat melihat dengan jelas seorang perempuan cantik memakai pakaian yang serba elok dihiasi dengan perhiasan yang cukup membuat remaja seperti ashraf jatuh hati melihatnya. Hilang rasa takut ashraf tatkala melihat perempuan tersebut duduk di dahan pokok getah di tepi pagar rumahnya sambil tersenyum. Walau ashraf tahu itu adalah setan, tetapi dia tidak dapat membendung naluri lelakinya yang suka pada sesuatu yang cantik.

“Kalau semua hantu macam ni, tak ada lah aku hendak lari.” bisik hati ashraf.

“Jangan terpedaya dengan setan ashraf! Kalau kau hendak semua ini selesai dengan cepat dan mudah, bagi kerjasama!” bentak ustaz rahim keras yang sedang berehat di batang pokok rambutan.

Ashraf terdiam dan terus mematikan lamunannya. Ashraf terus menyambung zikirnya dan memejamkan mata agar lebih khusyuk bagi memperoleh sedikit keberanian untuk menghadapi makhluk tersebut.

“HIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIIHIHHIHIIHIHIHIHIHHIHIHI”

Satu suara memecahkan kesunyian malam dan ashraf terus membuka matanya bagi melihat apa yang sedang berlaku. Terkejut ashraf tatkala melihat perempuan yang cantik tadi telah tiada dan digantikan pula oleh makhluk yang sangat buruk rupanya. Hidung yang sedikit terangkat tanpa adanya tulang hidung menambahkan lagi keseraman pada wajah makhluk tersebut. Rambut yang mengerbang dan kulitnya yg berkedut serta mukanya yang tiada daging pada bahagian bawah mata kiri menyebabkan ashraf hampir hilang semangat untuk meneruskan proses pembersihan ini.

” TEMBAKKKKKKK!!” jerit ustaz hafizi.

Abang ipar ashraf terus menembak setan tadi dengan paku yang dipegangnya, tetapi gagal apabila setan tadi sempat melompat ke dahan pokok yang lain. Ashraf hanya mampu melihat walaupun dia juga ada membawa paku yang dibekalkan oleh ustaz rahim agar menembak setan yang muncul apabila terdesak.

“ASHRAF!TEMBAKKK!!” sekali lagi kedengaran jeritan ustaz hafizi apabila makhluk tadi berubah tempat dan berdiri lebih kurang 30 meter dari tempat duduk ashraf.

Ashraf terus berdiri dan mengangkat tangannya untuk menembak makhluk tadi dengan paku yang dipegangnya. Paku yang pertama dilontarkan dengan laju masih lagi gagal menembak makhluk tersebut kerana sekali lagi makhluk itu berpindah tempat tidak jauh dari tempat asalnya. Ashraf mula mengangkat tangan untuk cubaan kali kedua dan hantu pari yang seolah mengetahui terus ghaib dan muncul pada jarak 5 meter dihadapan ashraf.


Kini kedudukan ashraf dan makhluk terkutuk tersebut terlalu hampir antara antara satu sama lain. Lima meter merupakan suatu jarak yang cukup untuk membuatkan ashraf hilang semangatnya. Hendak dibaling paku, tangannya pula ketar ketakutan. Hendak lari, risau pelempang ustaz rahim singgah ke mukanya. Hilang segala daya, maka ashraf terus duduk sambil memejamkan mata. Otaknya ligat mencari jalan untuk melawan takutnya pada makhluk durjana itu. Ashraf mula teringat pesan guru silatnya.

“Kalau kalian tidak yakin akan ilmu kalian, pinjamlah ilmu dan kekuatan orang dahulu kala sebagai penyokong kalian dalam menghadapi cabaran.

Terngiang2 di kepala ashraf kata2 guru silatnya. Tanpa membazirkan masa, ashraf terus memulakan ritual ilmu batinnya. Setelah mengucap dua kalimah syahadah, ashraf memulakan proses peminjaman haq batil. Dalam kepala ashraf, hanya Wali Sunan yang yang selalu diingati dan diseganinya, malah pernah sekali dia meminjam silat Wali Sunan sewaktu dia pertama kali menceburi ilmu itu.

“Ya Allah,pagarlah diriku dlm pagaran lam jalallah,kunci dari segala raja kunci ayat al quran 30 juz, Alif lam mim aku duduk dlm kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah .” bisik ashraf sehingga habis ke tahap peminjaman.

Bagaikan suatu nafas baru ditiupkan ke dalam tubuh ashraf, terus dia berdiri dan melaungkan azan dengan suara yang lantang. Terpekik terlolong hantu pari tatkala mendengar alunan azan. Abang ipar ashraf tidak mempersia2kan peluang yang ada, paku ditembak tepat ke badan hantu pari lalu ghaib entah ke mana. Botol kaca minyak mestika jatuh terpelanting entah dari mana, dan dikutip oleh abang ipar ashraf lalu dicampakkan ke dalam baldi. Garam ditaburkan dan dicurahkan cuka makan sebagai proses menamatkan nyawa makhluk durjana.

Ashraf jatuh terduduk. Tubuhnya terlalu lemah kerana tidak dapat mengawal dengan baik ilmu yang dipinjamnya. Sememangnya seperti yang telah diduga oleh ashraf, tubuhnya tidak terlalu kuat untuk meminjam ilmu manusia keramat seperti Wali Sunan, dek kerana ashraf sudah lama tidak mengamalkan ilmu batinnya. Bukan sengaja ilmu itu tidak diamalkan, dia hanya mahu berhenti mengamalkan dek kerana selalu diuji dengan pelbagai rintangan. Mimpi disembelih dan dicabar orang yang berilmu tinggi adalah rintangan biasa yang selalu dihadapi ashraf. Pernah sekali ashraf hampir m**i sesak nafas bila beradu dengan kawannya sendiri kerana sedikit salah faham. Bukan beradu fizikal, tetapi batin yang menjadi pilihan tatkala kawannya mendapat ilmu segera dari mahagurunya. Bila timbul perasaan riak akan ilmu dunia, inilah jadinya dan kesudahannya ashraf hampir m**i sesak nafas manakala kawannya menggelupur kepanasan.


Ashraf kian normal dan semangatnya kembali pulih setelah diubati oleh abang iparnya sendiri. Diberi minum air kelapa pada pukul 3 pagi memang cukup menyegarkan badan ashraf. “Pembersihan” dijalankan semula setelah semua orang termasuklah ustaz ,abang ipar serta ashraf sendiri mulai hilang penat masing2. Kini ustaz rahim ingin mencuba menembak sendiri syaitan laknatullah yang berada berdekatan bilik bapa ashraf. Ashraf hanya memerhati sambil berjaga2 kerana ashraf tahu nampak gayanya dialah sasaran utama hantu2 buat masa ini kerana dialah yang paling kurang ilmu dan lemah semangat antara mereka berempat.

Ustaz Rahim mula berzikir dan menembak tepat ke penjuru bumbung tandas di luar bilik Haji Daud setelah dia melihat bayangan anak kerak sedang melintas. Akan tetapi walau telah ditembak, masih tiada tanda2 akan jatuhnya sebarang benda berdekatan kawasan tersebut.

Masing2 sibuk mencari kalau2 ada yang terlepas dari pandangan sehinggalah ustaz rahim menggunanakan pancaindera batinnya bagi mengesan kedudukan anak kerak tersebut. Setelah diamati, tahulah ustaz rahim bahawanya barang yang dicari telah jatuh sebaik sahaja ditembaknya tetapi sedang bersembunyi di dalam saluran paip tandas.

“Ashraf,masuklah dalam rumah dan simbahkan air seberapa banyak yang boleh ke dalam saluran paip tandas agar kita boleh turut serta dalam permainan sembunyi2 ni.” kata ustaz rahim bersahaja.

Ashraf hilang mood untuk ketawa bila mendengar lawak yang tidak berapa menjadi, lalu terus disegerakannya tugas yang diberikan. Berlari masuk ke dalam rumah dan menyimbah air yang banyak ke dalam tandas di bilik bapanya.

“Sudah!Cukup! Barang sudah keluar.” laung abang iparnya.

Ashraf berhenti menyimbah air dan ashraf tahu bahawasanya barang yang dicari tersebut besar kemungkinan adalah botol dan akan menerima nasib yang sama iaitu akan dimatikan di dalam baldi di halaman rumah. Mengambil kesempatan yang ada, ashraf pergi mendapatkan ibu bapanya untuk bertanya khabar sambil melepaskan penat.

” Ayah camner? Ada perubahan tak?” tanya ashraf.

” Kaki kiri sudah boleh diangkat. Tiada lagi rasa berat dan hilang lenguh di kawasan peha ni.” balas Haji Daud sambil tersenyum.

“Alhamdulillah. Sejak bila?” tanya ashraf lagi.

“Masa kali pertama ayah dengar bunyi tempikan yang kuat, terus ayah sudah boleh angkat kaki ni.” jawab haji daud sambil tersenyum.

Ashraf membalas senyuman bapanya lalu berjalan keluar. Terlihat ibunya sedang nyenyak tidur, mungkin kepenatan menjaga bapanya yang masih lagi tidak mahu tidur. Sambil berjalan keluar dari rumah menuju ke halaman, fikiran ashraf hanya tertumpu pada kayu sebesar betis yang jatuh pada awal upacara pembersihan tadi.

Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran ashraf, mungkinkah “vodoo” dan salib itulah penyebab utama kepada perkara ini atau masih ada lagi yang lebih kuat dari itu. Semuanya masih misteri bagi ashraf lantas didiamkan sahaja fikirannya itu. Dihadapan ashraf, ustaz rahim serta ustaz hafizi dan abang iparnya sedang asyik memerhati “barang” yang berada di dalam baldi. Menyedari sahaja kelibat ashraf, ustaz rahim terus memanggilnya agar berada lebih dekat.

“Ashraf, ambilkan kayu dan bata.”kata ustaz rahim.

Dek kerana malas hendak menyibukkan diri dengan bertanyakan soalan yang tidak berfaedah, terus ashraf mencari kayu serta bata yang ada di sekitar rumah. Senang bagi ashraf mencari barang tersebut kereta bapa ashraf sememangnya jenis yang bejimat cermat. Segala barang akan disimpannya dibawah pondok di tepi rumah, tidak kiralah barang itu sudah rosak atau masih elok, tetap akan disimpannya kerana setiap benda amat bernilai katanya.

Bata dan kayu diletakkan dihadapan Ustaz Rahim dan ashraf menunggu sahaja apakah arahan seterusnya.

“Kita sudah tangkap 3 ekor dan masih ada lagi saki bakinya. Sekarang ini aku bukan hendak hentikan operasi, cuma hendak tunjukkan siapakah mereka ini.” kata Ustaz Rahim.

” Ashraf! Ambil botol dalam baldi tu. ” sambung ustaz rahim lagi.

Ashraf mengambil botol kaca sebesar botol gamat dan dikeluarkan dari baldi. Terus dipacahkan botol tersebut dengan menggunakan kayu setelah disuruh ustaz rahim untuk memecahkannya. Jelas kelihatan sedikit daging yang kering dan secara tiba2 d***h keluar dari botol dalam kuantiti yang banyak. Bau busuk yang keluar amat menusuk hidung ashraf , tetapi dia tidak meninggalkan kawasan tersebut kerana mahukan penjelasan ustaz rahim.

Bagaikan mengerti, Ustaz rahim terus menerangkan satu persatu termasuklah asal usul serta tujuan utama barang ini dihantar. Ashraf hanya mendiamkan diri dan menunggu agar ustaz rahim menceritakan lebih lanjut tentang perkara yang berkaitan.

“Kau tahu tak apa sebenarnya isi dalam botol ni?”tanya Ustaz Rahim.

Tiada siapa yang menjawab, terus ustaz rahim menceritakan kesemua yang dia tahu tentang isi botol tersebut.

“Daging yang kering tadilah saki baki daging anak kerak. Anak kerak ini adalah jelmaan bayi yang m**i selepas dilahirkan dan dipuja. D***h yang banyak tadi adalah minyak m**i b***h dan itulah punca kepada d***h yang keluar tadi.” kata ustaz Rahim panjang lebar.

“Sudahlah…..ada banyak lagi yang belum selesai. Semua orang tolong bersedia.” Sambung ustaz rahim lagi setelah dia selesai dengan penerangannya…

“Bismillahirrahmanirrahim.”
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu pesuruh Allah.”

Dua khalimah shahadah diucapkan oleh Ustaz Rahim semasa beliau hendak menyambung balik kerja yang tertangguh. Zikir dimulakan dan diikuti oleh Ustaz Hafizi serta abang ipar ashraf yang juga sedang kelihatan khusyuk melafazkan pujian kepada Maha Pencipta.

Ashraf hanya duduk di bangku di hadapan rumahnya sambil memerhati dari jauh dan mendengar setiap zikir yang dilafazkan oleh mereka bertiga. Hanya satu benda yang bermain di fikiran ashraf sekarang ini, iaitu harapan agar semuanya akan segera selesai.

“Ahh, sejuknya angin waktu pagi ni, kan bagus kalau angin ni berhenti bertiup sekejap.” bisik hati kecil ashraf.

Bagaikan mendengar bisik hati ashraf, angin yang tadi damai mula berhenti tiupannya sehinggakan bunyi belalang cengkerik pun jelas kedengaran. Ashraf mulai perasan akan perubahan angin tadi lalu terus meninggalkan bangku dan berjalan terus ke arah Ustaz Rahim yang sedang berzikir. Ustaz Rahim berhentikan zikirnya dan membuka mata setelah mendengar derapan kaki yang semakin hampir ke arahnya. Ashraf mengerutkan muka dan memandang tepat pada muka ustaz rahim sebagai tanda tertanya2. Ustaz rahim mengarahkan semua diam agar beliau dapat mendengar dengan jelas suara2 sumbang yang terhasil tatkala tiada tiupan angin itu.

Bunyi belalang cengkerik cukup jelas di semak samun berhampiran rumah ashraf. Bunyi unggas saling bersahutan antara satu sama lain cukup untuk memeriahkan suasana pagi tersebut. Bunyi yang cukup normal apabila berada di kawasan perkampungan, tetapi suara halus yang menambah perisa didalam kemerduan bunyian unggas itu adalah sangat tidak normal. Bunyi pelik itu dapat ditangkap dengan jelas oleh telinga ashraf walaupun ianya hanya bersahutan dari jauh jauh dan tonanya tidak berapa panjang. Ashraf tidak begitu pasti sama ada ustaz rahim serta orang lain dapat mendengarnya atau tidak kerana wajah mereka bertiga sangat bersahaja tanpa menggambarkan wajah orang yang ketakutan mahupun terpinga2.

“Mungkinkah ini bezanya diantara orang yang alim serta berilmu berbanding orang yang jahil dan tidak suci macam aku ni.” bisik hati ashraf.

Selama 24 tahun ashraf berada di kampung itu dan rumah itulah yang menjadi tempat kelahirannya, tidak pernah lagi ashraf mendengar bunyi unggas seakan2 suara orang ketawa. Walaupun ianya hanyalah bunyi yang sayup,tetap dapat ditangkap jelas sehinggalah bunyi itu bertambah kuat.

“HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.”

Ketawa yang mulanya lembut tadi bertukar menjadi garau, lalu angin yang diam tadi bertukar menjadi ganas. Ibarat ribut torpedo, angin datang menerpa dalam satu kuantiti yang banyak sehingga menerbangkan kopiah abang ipar ashraf. Ustaz hafizi membaca sesuatu yang tidak dapat difahami oleh ashraf dan ditiupkan ke tapak tangannya lalu ditekan ke tanah. Bagaikan suatu kuasa ghaib , angin yang tadi terus hilang dan digantikan dengan angin yang bertiup damai seperti sediakala.

“Nampak gayanya ada cik lang.” kata ustaz rahim.
“Cik lang? Ni cik lang keturunan yang ayah pernah beritahu sebelum ni kew?” tanya ashraf.

“Yew! Cik lang yang sama.” jawab ustaz rahim pendek.

Ashraf cuba mengingati semula perihal cik lang yang pernah di debatkan ustaz rahim sewaktu kali pertama datang melawat ayahnya. Sewaktu kali pertama datang melawat Haji Daud, ustaz rahim ada menyebut bahawasanya Haji Daud menanggung sakit melibatkan empat benda. Satu persatu disebut Ustaz Rahim iaitu diantaranya adalah sakit fizikal ( kanser tulang & leukimia ), sakit buatan orang, sakit tercangkul penunggu, dan juga sakit akibat saka keturunan. Itu semua diberitahu ustaz rahim setelah beliau “scan” sendiri keadaan Haji Daud. Ayah ashraf menceritakan satu persatu tentang perihal cik lang yang tinggal dirumahnya sewaktu dia masih kecil dan menurut ayah ashraf lagi, cik lang itulah yang menjaga keluarganya pada waktu dahulu. Akan tetapi, Haji Daud menafikan tatkala ustaz rahim menuduhnya menjadi penjaga kepada saka itu. Ustaz rahim menekan ibu jari kaki dan jari kaki yang ketiga ( kiraan bermula dari ibu jari kaki ) untuk mengesahkan tentang penafian Haji Daud dan ternyata apa yang dinafikan oleh Haji Daud itu adalah benar. Menurut Ustaz Rahim, jika seseorang sakit apabila ditekan ibu jarinya, maka seseorang itu ada ” membela”, dan sekiranya seseorang itu sakit apabila ditekan pada jari kaki yang ketiga, maka seseorang itu tidak “membela” dan hanya ditumpangi makhluk lain.

“Binatang ni buat pew laaa kat sini masa orang tengah sibuk ni.” bisik ashraf.

Tatkala semua sedang berdiam diri, muncullah kelibat cik lang disebalik pokok getah tidak jauh dari kawasan rumah. Akan tetapi ashraf tidak sempat melibatnya dan kehadirannya hanya disedari setelah ustaz rahim memberi isyarat akan kehadiran makhluk tadi. Ashraf mencari2 kelibat tadi dan berharap dia akan dapat melihat sendiri rupa paras saka nenek moyangnya.
Tiba2, suatu kelibat berwarna putih muncul disebalik semak dan dapat dilihat dengan jelas oleh ashraf. Sewaktu ashraf hendak menatap muka, terus makhluk itu ghaib dari pandangan. Perkara yang sama berulang dan cik lang itu terus menerus ghaib dan berubah tempat kemunculannya. Ashraf berasa cukup kecewa kerana dia tidak dapat melihat makhluk itu dengan jelas tatkala semangatnya masih tinggi. Hanya penampakan kelibat yang muncul dan sepantas kilat hilang dari penglihatan yang dapat dijejaki oleh anak mata ashraf.

“Kenapa kau datang ke sini hah?” jerkah ustaz rahim.

“Aku datang kerana dia adalah keluarga jagaanku!” jawab suara ghaib yang garau.

“Dia tidak memerlukan jagaan kau! Kau sudah bertuan dan dia sudah memutuskan perhubungan yang berlaku secara tidak sengaja dengan kau!” bentak Ustaz Rahim.

“Tidakkkkk!!!!! Aku keluarga warisan nenek moyangnya dan tuan ku telah m**i tanpa adanya waris. Makanya aku mencari ahli kelurga yang lain dan dialah pilihanku!” sambung makhluk tersebut.

Ustaz Rahim diam sahaja kerana beliau tahu perkara ini mungkin tidak akan berakhir. Sudah malas dipanjangkan pertanyaan, maka beliau terus terkumat kamit membaca sesuatu. Cik lang terus terpekik seolah2 sedang dalam kepanasan dan terus blah dari situ. Ustaz rahim sengaja menghalau cik lang agar kerjanya untuk melakukan pembersihan dapat diteruskan dan disiapkan dengan segera. Dari gaya percakapannya, riak wajahnya jelas kelihatan bahawanya beliau malas nak pedulikan saka tersebut. Ashraf tahu, bukan senang untuk melepaskan dari belenggu saka dan memerlukan penghayatan serta ritual yang khusus. Pengalaman lama sewaktu turut serta mengubat kakak iparnya yang berdamping dengan saka keturunan telah memberi pengetahuan tidak formal pada ashraf tentang hantu dan jembalang.

Ustaz Rahim mula rancak berzikir dan menepuk tanah dengan kuat sehinggakan gegaran yang terhasil dari penggunaan ilmu Allah itu dapat dirasai sendiri oleh Ashraf.

“DUMMMM!!”

Jelas kedengaran dua bunyi sekaligus tetapi tempat jatuhnya adalah berbeza. Ashraf dan abang iparnya berpecah dan menuju ke arah tempat yang mereka dengar akan bunyi tadi. Abang ipar ashraf masuk ke dalam rumah dan ashraf memasuki bawah rumah. Sambil dipandu Ustaz Hafizi, ashraf mencari2 dibawah rumah dalam lagak “berjalan itik” kerana kawasan bawah rumah terlalu rendah untuk ashraf berjalan normal mahupun tunduk.

Sedang asyik mencari, akhirnya terjumpa botol kecil dalam lingkungan 20ml dan terus ashraf segera ingin mengambilnya dengan beralaskan kain. Tetapi ashraf gagal apabila botol tadi terus sahaja melompat dan berubah tempat ibarat belalang dewa yang sedang melompat ingin menjarakkan diri dari pemangsa. Ashraf berjalan selaju upayanya yang boleh dan terus menangkap botol tersebut. Saat menyentuh botol itu, dan………………

“CAKKKK!!…………………

Satu makhluk muncul dihadapan ashraf dalam keadaan terbalik seperti kelawar yang tengah menggantungkan diri dan hanya memperlihatkan kepalanya sahaja. Terkejut Ashraf dengan dugaan yang berlaku secara tiba2 itu, secara spontannya terus dilaungnya ” Allahu Akhbar”.

Laungan itu mengejutkan Ustaz Hafizi yang sedang berkawal diluar kawasan bawah rumah. Kawasan bawah rumah yang gelap menyebabkan Ustaz Hafizi terlepas pandang akan kehadiran makhluk itu. Tanpa berlengah, sekali lagi ” Allahuakhbar” dilaungkan dengan kuat oleh Ustaz Hafizi dan paku dilontarkan ke arah makluk yang muncul secara tiba2 tadi.

Setelah terkena paku tersebut, makhluk yang entah dari mana datangnya itu terus ghaib dan jatuhlah satu lagi botol kaca bersaiz botol minyak urut. Ashraf segera mengutip kedua2 botol yang ada dan “dimatikannya” botol tersebut didalam baldi bersama makhluk lain. Kelihatan abang ipar ashraf pon sudah selesai dengan tugasnya. Semua makhluk yang berada didalam baldi sudah dimatikan kesemuanya dan tiada labi bau busuk yang menerjah hidung.

“Ada dua lagi dan ianyalah pengakhir untuk malam ini.” kata ustaz rahim

Semua orang dalam keadaan berjaga2 dan bersemangat memandangkan iu adalah yang terakhir buat mereka. Ustaz Rahim menutup mata dan bertafakur sejenak. Ustaz Rahim membuka matanya selepas itu dan menyuruh kesemua dari mereka bergerak menghala ke dapur kerana menurut ustaz rahim, dapurlah yang paling dekat untuk dijatuhkan makhluk tersebut seiiring dengan keadaan ustaz rahim sendiri yang tengah penat itu.

“PING!!!”……………….

Sebagaimana yang diberitahu ustaz rahim, botol tersebut betul2 jatuh dihadapan ashraf dan ajaibnya kini 2 botol sekaligus yang jatuh. Terkial2 mereka hendak menangkap botol itu kerana botol itu asyik melompat2 dari satu tempat ke satu tempat. Dalam keadaan yang terpaksa itu, terus ustaz hafizi membaca sesuatu dan kedua-dua botol tadi berhenti melompat dan pegun di tempatnya. Tanpa membuang masa, abang ipar ashraf mengutip botol-botol yang agak “aktif” itu dan dihumbankannya dalam baldi. Sedozen cuka makan dibuka dan dicurahkan kedalam baldi tadi sebagai sesi penghabisan. Dua kilogram garam kasar dituangkan ke dalam baldi sehingga tenggelam botol2 tadi. Bermacam suara yang kedengaran ketika proses penghabisan, akan tetapi mereka semua buat endah tak endah sahaja kerana mahu siapkan sesi dengan segera. Sehelai kain kuning yang tertulis kalimah “ALLAH dan MUHAMMAD ﷺ” diberikan kepada ashraf dan diletakkan oleh ashraf kain itu kedalam baldi dengan menghamparkan pada segala botol dan kayu yang berada dalam baldi tersebut.

TAMATTT………………………………

P/S: Cerita 100% benar, tetapi semua nama adalah samaran. Anggaplah ini sebagai bacaan malam, realiti kehidupan di dunia.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Ash

19 thoughts on “Menangkap 7 Setan Versi Penuh”

  1. Ada bau2 antivac je..siap salahkan hospital lg..sedih geng2 kkm bila baca…ye la.saja pn memang depa suka2 bg dadah,dadih,dadu semua tu utk lemahkan pesakit,tebuk sana sini..buat la aduan persoalkan prosedur rawatan tu..tindakan mahkamah juga boleh diambil oleh pihak waris

    Reply
  2. Berapa kali aku terlelap baca citer ni…tak larat nak abiskan…tak macam citer jokescop yang santai dan menghiburkan walaupun bapak panjangnya…

    Reply
  3. Ehhh, Tu je??? Abis tangkap hantu dah tamat, apa ceta plak ngan ayah asraf tu sodara? Ceta dah rasa best tp endingnya tergantunglah plak..

    Reply
  4. Gigihnya aku baca sampai habis… Nampak tak betapa rajinnya aku membaca.. Wakakakaka… Papepun cite ni okey la sbb aku masih boleh bayangkan keadaan masa tu.. Ke aku punya imaginasi yg tinggi ni? Wakakakka

    Reply
      • kan..eja pon mcm siyal.eh jap asal mcm pelik nau citer.takkan ustad2 tu ada pulut kuning,ada d***h merpati,ada colok.tp nama ustad.pastu mcm geng suhaimi saad jah salahkan sepital.ada salib la pulak.ehh..dia ni kaki dvd ni…..!paling power aku pnh baca pon bomoh siam ke asli ke Dayak Kalimantan.ni sampai salib lak dah.pnjang dan bosannnnnn…duhhhh

        Reply
    • “Ustat” tu guna barang tu untuk umpan makhluk tu keluar, bukan memuja. Lain kali baca dulu baru judge. Tak semua ”ustat” sesat dalam dunia ni. Fikir tu biar elok sikit.

      Reply
  5. start dari kau eja macam budak wechat tak habis sekolah terus aku scroll ke bawah cari komen. ternyata cerita kau tak patut disiarkan disini. zzzzz

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.