Menantu Nenek

Assalamualaikum and hai semua pembaca FS. Aku tak reti sangat nak buat pendahuluan ni. Hahaha. Just nak cakap thanks kat admin kalau sudi publish cerita aku ni. And thanks gak kat korang sebab sudi baca cerita aku yang tak berapa seram ni. Kk dah, aku mulakan dengan bismillah dulu. Peristiwa ni terjadi masa cuti sekolah beberapa tahun lepas. Masa ni aku takde kat rumah sebab berada di luar kawasan. Ala cuti budak U mana lah sama dengan cuti sekolah kan. So kisah ni di ceritakan semula oleh ahli keluarga aku la.

Malam tu semua macam ok je. Takde apa-apa yang pelik. Tapi pada pagi tu, dalam pukul 2:30 pagi, satu rumah kecoh dengan nenek aku tetibe kena rasuk. Adik aku tidur kat ruang tamu sebab dalam bilik banyak nyamuk. Katanya lah. Mak ayah aku tidur dalam bilik diorang lah. Nak di jadikan cerita, nenek aku ni dari dapur tetibe meluru ke arah adik aku yang duk tidur kat ruang tamu ni dengan rambut putih mengerbang. Laju giler dia lari nak gi cekik adik aku. Yang adik aku ni pulak dalam tengah mamai nampak macam satu lembaga datang nak cekik dia, terus on suis lampu, bukak pintu rumah keluar dari rumah. Tangga tak tangga dia tak kesah dah. Main terjun macam tu je. Mak ayah aku keluar bila terdengar bising-bising macam tu. Yang nenek aku pulak, berlari nak keluar rumah jugak. Adik aku terus azan.

Tetibe nenek aku jatuh terkulai kat muka pintu. Lepas tu pakcik makcik aku datang. Rumah makcik aku ni sebelah rumah kami je. Kira nya senang lah kalau apa-apa terjadi nak mintak tolong. K dah settle part ni. Sebenarnya yang paling kena kacau dalam rumah ni nenek aku lah. Kesian duhh orang tua tu. Masa dia nak tidur tetibe ada yang datang memalu gendang sebelah telinga laa, bertepuk tangan la. Hari tu benda tu tampar kaki nenek aku. Seminggu gak sakit kaki nenek aku. Kesian betul. Hmm.

Ni kisah lain pulak, tapi kat rumah aku jugaklah. Macam ni, sejak ayah aku tak beberapa sihat ni, mak ayah dengan adik bongsu aku tidur dengan nenek aku. Dekat belakang means dekat dapur la. So dekat bahagian depan adik-adik aku yang lain jela yang tolong meriahkan. Okay, nak di jadikan cerita lah malam tu semua rasa takut nak tidur kat luar. So, semua angkut toto bantal selimut p tidur dekat parents aku. Sempit tak sempit suku kira. Asal rasa tenang. Bila dah tenang confirm lah senang terlena kan. Yang masih belum tidur ni laa yang kena usikan manja dari si dia.

Elok-elok je bunyi kipas menghiasi malam tu, tetibe di cemari dengan bunyi suara perempuan merintih macam sakit teramat-amat. ” Mak mak mak~ tskk tskk tskk “. Masa ni ayah aku, mak aku, adik aku dan nenek aku dengar. Nenek aku apa lagi, terus mengamuk suruh benda tu jangan kacau kami. Dan cakap bahawasa nya nenek aku bukan mak dia. Dah la suara tu betul sebelah pintu dapur tu. Ngeri giler. Masa ni aku takde kat rumah jugak. So keluarga aku lah yang cerita ni. Nenek aku cakap, nasib baik dia dah tak larat nak bangun, kalau dia macam muda-muda dulu, dia dah pergi pukul hantu tu pakai parang yang sentiasa ada di sebelah pintu tu.

Ni pulak kisah sepupu aku masa dia tumpang rumah kami dulu. Sepupu aku ni macam alim la sikit dari aku. Haha. So, lepas solat dia selalu mengaji. Dia guna bilik aku waktu tu memandangkan aku takde kat rumah. Satu malam tu, lepas mengaji apa semua, dia nak tidur lah. Dah tarik selimut ni, lampu pun dah tutup. Berbekalkan cahaya lampu dari luar jela. Tetibe pintu bilik aku terbuka sikit, macam di tolak. Sepupu aku ingat adik aku.

Sebab terkadang adik bongsu aku ni suka teman sepupu aku tidur. Sepupu aku ni angkat lah kepala sikit sambil bersiap sedia nak ajak adik aku tidur. Haa sekali, bukan adik aku. Tapi benda tu. Ketinggian lebih kurang adik aku dah. Cuma mata dia merah membuntang tengok sepupu aku. Sepupu aku apa lagi, istighfar banyak-banyak then benda tu hilang. Kira nya macam nak jenguk la siapa dalam bilik tu. Rajin beribadat hingga buat dia panas kot. Hoho. Tapi cuba bayangkan benda tu mata dia tak merah, mesti sepupu aku dah ajak tidur dah. Hm, kesian sepupu aku. Tidur dengan sape la. Hahaha.

Haa korang mesti pelik kan kenapa tetibe ada gangguan macam ni? Nenek aku takde membela-bela ni. Benda tu datang dari menantu nenek aku sendiri. Dari tajuk cerita pun mesti korang dapat agak kan siapa punya angkara. Huhu. Yang dia merintih malam tu sebab tuan dia sakit kot. Yela bila keadaan rumah tak aman macam dulu, confirm lah kita pergi berubat kan? Bila lepas berubat tu, tetiba je datang merintih sebelah pintu dapur rumah kami. Nak minta maaf kot. Entah la. Ni aku rasa dia tahu aku tengah menaip nak kongsi cerita dengan korang ni, tapi kesah pulak aku. Hahaha. Aku rasa setakat ni dulu. Nanti kalau ada cerita lagi, aku kongsi lah. Itu pun kalau korang sudi membaca cerita aku dan itu pun kalau cerita ni di publish. Hahaha. Pape pun, sorry kalau gaya penceritaan tak best. Paling penting jangan kecam. Bukan apa, ppl nowadays suka sangat mengecam termasuk myself! Hahaha. Komen mana salah di persilakan. Hehe. Rakk luu! Pape roger!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

HijauDaun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

11 thoughts on “Menantu Nenek”

  1. tak elok main tuduh2 kalau tak ada bukti…langsung tak ada related dengan cerita menantu ke ape..aku baca cerita ni pon tersekat sekat…

    Reply
  2. Menantu mana ni dik….bini/suami kpd mak sedara ke ..pak sedara ke…x de lah nk suh detail smpai bg ic tp at least jelaskan sket yer dik ^_^

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.