Mencari Penjelasan

Bismillahirrahmanirrahim.. Mula2, terima kasih andai cerita ini dipublish oleh admin..

Assalamualaikum para pembaca FS yang setia. Sebagai mukadimah, saya terlebih dahulu ingin menyatakan bahawa cerita ini lebih kepada satu pertanyaan, saya harap ada yang sudi utarakan pendapat masing2 tentang apa yang saya alami.

Nama saya Atie. Sejak dari kecil, seingat saya, dari sekolah rendah, saya sering mengalami fenomena “ditindih” atau “dihimpit”. Fenomena ini bermula dengan mimpi, tak semestinya mimpi seram, selalunya mimpi yang ada sesuatu menuju ke arah saya dengan niat yang tak baik.. Kadang2 nampak rupa yang menakutkan, tapi selalunya hanya rasa takut terhadap benda yang tak kelihatan.. Seterusnya terjaga tapi tak mampu bergerak dan bercakap, ini saya rasa ramai yang sedia tahu.. Fenomena ini terlalu kerap terjadi sampai lah saya mula belajar sendiri melalui internet, pembacaan dan bertanya dengan kawan2, dan membuat kesimpulan untuk menerima penerangan dari sudut sains..

Saya terus percaya bahawa semua yang terjadi tiada kaitan dengan alam ghaib.. Sampailah saya berpindah ke sebuah rumah sewa dua tahun lepas.. Malam pertama saya tidur di bilik baru, atas lantai berlapikkan toto.. Rumah ni adalah flat tingkat 4.. Saya baru terlelap apabila saya rasakan ada budak kecil berlari mengelilingi tempat tidur.. Apa yang pelik, lantai tu bergegar seolah-olah anak gergasi yang berlari tu.. Jelas sangat terasa sampai nak runtuh lantai.. Badan saya jadi kaku, mata masih terpejam.. Saya gerakkan jari dan baca bismillah berulang, bunyi tapak kaki makin perlahan, tapi terasa macam budak tu berada betul2 depan muka.. Hati saya cakap, apa nak jadi jadilah, kalau terkejut pun mungkin sebab wajah yang hodoh, bukak saja mata.. Saya bukak mata, gelap dan kosong.. Saya duduk baca ayat kursi dan tidur semula.. Alhamdulillah, lena sampai pagi..

Kejadian kedua dalam seminggu selepas tu.. Saya mimpi seorang budak sakit dekat hospital.. Budak ni memang dah tenat sangat, nampak muka dia pucat, keliling mata dia gelap, dan dia hanya baring atas katil.. Ada seorang wanita kat situ, budak tu panggil mak.. Budak tu macam takut sangat, tapi mak dia tinggalkan dia.. Ada sorang wanita yang sakit sedang diusung keluar.. Mak budak tu ikut wanita tu sambil menangis.. Saya? Hanya memandang dari perspektif ketiga, saya tak ada dekat situ.. Tapi sedar-sedar saya “ditindih” lagi, berlawan dengan diri untuk bangun.. Bukan mimpi yang biasa saya kena seperti selalu..

Kejadian seterusnya paling saya ingat.. Saya mimpi ada atas pelampung, terapung atas sungai buatan (macam dekat taman tema air tu).. Pelampung saya tak boleh kawal sendiri, arus deras bawa saya menuju ke arah satu titik hitam yang gelap.. Saya tak boleh buat apa2.. Tiba2 saya dengar suara budak ketawa.. Saya terjaga bila saya rasa ada tangan tarik saya dari atas.. (kedudukan tidur saya baring hadap siling, dengan tangan dua2 dilunjurkan ke atas, ke kepala katil, kepala katil rapat dengan dinding jadi tak mungkin ada orang boleh berdiri kat hujung).. Tangan tu besar sebab dia genggam dua2 tangan saya dan tarik.. Saya tarik balik tangan saya dan bukak mata perlahan, nafas terasa berat.. Ada budak duduk dekat atas dada saya.. Budak dengan muka pucat dan keliling mata yang hitam tengah pandang saya.. Saya terpegun sekejap, lepas beberapa saat baru saya tutup mata dan bukak balik.. Kosong..

Banyak lagi sebenarnya kisah kena tindih dekat situ.. Tapi tak pelik sangat ataupun saya tak ingat sebab banyak sangat.. Lagipun saya dah pindah ke rumah baru, dan Alhamdulillah, dah beberapa bulan dah tak kena tindih.. Bilik sewa tu saja yang saya susah nak lupa insiden “ditindih“.. Sebab dari sudut sains dan pengalaman majoriti orang yang alami sleep paralysis ni akan cerita pasal lembaga hitam yang besar, tak pernah lagi dengar pasal budak2..

Jadi apa pendapat saudara/i? Adakah masih boleh dikatakan peristiwa disebabkan oleh kitaran REM yang terganggu? Tak ada kaitan dengan alam ghaib?

Sekian.. Terima kasih sudi baca.. Saya tak rasa benda ni seram, tapi saya tertanya-tanya apa penerangan di sebalik kejadian ni..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Atie

10 thoughts on “Mencari Penjelasan”

  1. sama macam saya kene beberapa hari lepas.. badan tidak boleh gerak lama gakla..baca ayat kursi semua..last2 boleh gerakkan badan ada suara orang berdengkur kat sebelah baru boleh gerak padahal dalam bilik sorang2.huhu….Insyaallah xde pape..baca doa sebelum tido yang penting..

    Reply
  2. Mimpi itu memang permainan tidur, tapi kalau ada kaitan dengan mimpi seram dan kena tindih itu mungkin lebih kepada salam perkenalan dan mungkin badan kita dalam keadaan lemah. Sebab saya sendiri pun pernah rasa benda yang sama. Kuatkan balik semangat, jangan stress dan minta perlindungan Allah. In Sha Allah xada apa2 dah lepas tu.

    Reply
  3. Kalau ikut pandangan dhaif saya ini, sememangnya ini ada kaitan dengan makhluk makhluk lain yang cuba untuk bermain main dengan jiwa kita…membuat kita berfikir yang kita benar benar disukai oleh benda benda ghaib ini. Terkadang, tempat yang kita tinggal itu agak kurang elok. Selalunya begitulah. Tapi kena yakin yang kita ini sentiasa ada yang menjaga…bacalah ayat ayat yang disarankan, seperti 3 kul dan ayat kursi sebelum tidur…wallahu alam bi sawab.

    Reply
  4. Hmmm…sukar nak rungkai.. Sebab saya juga pernah alaminya, dekat mana tidur pun selalu kena. Dari sekolah rendah lagi. Sekarang dah berkahwin Alhamdulillah lenyap semuanya. Dulu ada juga tanya2 orang, ada yang kata..ada jin berkenan.. mungkin..wallahu’alam

    Reply
  5. saya pernah rasa macam awak rasa… yang budak2 main atas tilam etc… tapi benda tu terjadi sebab saya tertidur, tak baca doa or solat etc… lepas benda tu berlaku, saya terus bangun. Saya solat, ambik wuduk before tidur, baca2 doa and then dapat tidur dengan aman. Just make sure awak tidur dalam keadaan dah wuduk, solat dan baca doa tidur In Sha Allah. Budak tu saya tak takda penjelasan except ia mungkin mainan tidur atau pun jin.

    Reply
  6. Salam semua. Cerita yg bagus, simple but nice. Psal “mimpi” klau nk ulas psal mimpi sahaja pn pnjang, dlm Islam ada ulama yg pakar ilmu tafsir mimpi dan ada kitab2 lama berkaitan mimpi ni. Mimpi bkn mainan tidur semata tp mainan syaitan. Mainan setan ni plak ada yg sekadar gangguan biasa, dan ada maksud tertentu mcm sihir atau saka. Dan ada jgk mimpi yg setan xmampu kcau antaranya mimpi jumpa para Anbiya. Ada mimpi krana ilmu ladunni seseorang. Byk lg lah asbab mimpi ni. Huhu.
    Sains plk akn cri logik dan penjelasan ats smua bnda based on experiment. Dan selalunya sains akn tolak unsur ghaib dlm buat fakta/kesimpulan. Sleep paralysis ni bg sy nama yg saintis bg bila bdn manusia react/bertindak balas dlm keadaan ditindih. Sbb sains tolak unsur ghaib. Sama jgk bila histeria, sains akn kata sawan/kegagalan saraf. Tp brapa rmai yg bila ada sakit “ghaib” ni sains xmampu nk analysis dan bg jwpan. Tp kna ingt bkn smua pnyakit berkait jin iblis. Huhu
    “Setan yg direjam” ni plak bkn bodoh, kita kna ingt, setan, jin, iblis ilmu mrk tinggi (wlaupun rmai je manusia lebih hebat). Setan2 ni smua mampu buat (bi iznillah) tubuh kita mcm sleep paralysis, sawan, muntah dan sebagainya meunurut sains.

    So balik pda soalan penulis, aku xkenal penulis, apa yg dia lalui kita xthu. Panjang2 aku taip tu mgkin ada jwpn terselit yg penulis bleh ambik. Aku sendiri pernah didatangi jelmaan yg baik rupa paras, tp xleh gerak. Bila aku bckap dlm hati dia thu apa aku ckap. Dan pernah jgk makhluk tangan, ye tangan sahaja kluar dri dinding peluk aku, xleh gerak, dlm hati aku ckap ko buat laa ape ko nk aku nk tido then aku ttup mata. Nk thu apa jd? Ttup je mata aku nmpak hijau, bkk mata xleh gerak, ttup hijau. Lama bila dh dpt gerak, tgn tu dh hilang aku bersila, baca apa yg patut then baring, once again ttup mata jd hijau.. 5 mnit lps ttup mata aku bkk angkt kpala skit terhantuk.. Rupanya kna tarik smpai bwh katil. Ntah la.. Mgkin sleep paralysis je kot😏. Wallahua’lam.

    Reply
  7. Aku pulak lain kisahnya..aku tido even ada wudhu, bc alfatihah, 3 qul, ayat kursi..confirm mimpi hantu syaitan..siap penah mimpi pocong dtg, mimpi aku nmpk aku dh m**i, siap berkafan bagai..tp bila aku just bc alfatihah, takde pulak mimpi pelik2..naik pelik aku dibuatnya..so sekrg aku just baca alfatihah je sebelum tido..kesimpulan kt sini, lg banyak aku baca, lagi meriah depa melawat dlm mimpi..kenapa ye?

    Reply
  8. salam.. ku anit ni.
    kisah awak sama macam kisah ku anit. dari sek rendah ku anit selalu jadi macam tu. sebelum fasa nak tidur, kita akan berada di fasa pertengahan, antara terjaga dan tidur. ha… masa ni lah ku anit akan diganggu hingga tak boleh bergerak, nafas berat. ku anit boleh rasa kehadiran makhluk. kdg2 nampak jelas, kdg2 byg2 saja.
    ku anit baca ayat kursi, tapi tak menjadi. ku anit akan baca yasin. pelikkan? ku anit hafal yasin skit2. baru boleh gerakkan badan.
    ku anit pernah cerita pada adik, adik mmg tak percaya. ialah, benda jadi masa kita tidur. off course adik tak nampak. tapi Allah nak tunjuk, satu malam masa baring2 nak tidur, ku anit sembang2 dgn adik. tiba2 terus kena tindih dlm keadaan ku anit tengah bercakap! mulut ku anit masa ni ternganga! lidah je yg boleh bergerak. badan ku anit totally parallyse. adik terkejut, dia tolak badan ku anit smp jatuh katil, baru ku anit boleh bergerak. apalagi… menjerit2 lah berlari keluar dr bilik. minta tolong kat arwah abah.
    dekat universiti, ku anit belajar silat. tamat silat, ada mandi limau. ada baca selawat ulul azmi. lepas dri tu, ku anit dah xde kena tindih lagi. smp la skg, umur ku anit pun dah hjung 30 series. alhamdulillah..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.