Mengeteh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Terima kasih Min yang sudi publish ketiga-tiga stories aku yang lepas. Jasamu sentiasa kukenang. Terima kasih jugak kepada pembaca yang sudi membaca karya tak seberapa daripada seorang penulis baru ini.

Okay, cerita aku kali ni, bukanlah fiksyen. Tapi, aku nak bagitau korang tentang fakta di sebalik Kembara Enam Sahabat (K. E. S) yang aku tulis dan yang korang baca selama ni (ceh. Macamlah lama sangat dah menulis. Haha).

K. E. S Episod Pertama
Okay. Ini adalah kali pertama aku hantar cerita kat FS. Berdebor jugak, takut-takut FS tolak mentah-mentah anak sulung aku tu. Tapi Alhamdulillah, selang beberapa hari lepas tu, FS pun publish dan korang pun baca.

Aku baca komen korang, ramai yang bagitau yang korang rasa macam real. Hah, di sini aku nak bagitau korang satu rahsia yang warga FS orang pertama yang tahu.

Sebenarnya, dekat bekas sekolah aku tu, memang wujud buluh yang macam aku ceritakan di episod yang pertama dulu.

Banyak dah kes orang jumpa buluh tu bertukar jadi kapal. Lagi-lagi kalau hujan panas.

Cerita dia macam ni. Aku ambik dua peristiwa jelah.

Masa tu dalam pukul empat petang. Hujan panas, langit pun kekuningan.  Aku tak pasti apa yang ustaz buat di kawasan belakang makmal komputer.

Sedang dia elok laksanakan tanggungjawab dia di belakang makmal komputer (untuk pengetahuan, belakang makmal komputer sekolah kitorang tu adalah padang bola sepak), ustaz pun macam terkaku.

Memang jelas dia nampak yang buluh tu berubah jadi kapal dan padang tu jadi laut.

Aku tak tahu apa yang jadi dekat ustaz lepastu, yang pasti, kes tu sedikit kecohlah. Biasalah, benda jarang berlaku, bila ustaz sendiri yang nampak, mana tak kecohnya.

Member aku pun pernah bagitau aku. Kes ni berlaku masa sepupu dia adakan kem kat sekolah ke apa entah. Yang aku ingat apa yang dia cakap, masa tu sepupu dia terbangun dari tidur.

Dia tengok dekat luar, dan dia ternampak apa yang ustaz aku nampak. Persis, tak ada beza. Buluh tu bertukar jadi kapal, dan padang bertukar jadi laut. Sampai ke jalan raya, hilang. Lesap macam tu saja.

Sebab tu, setiap kali cikgu-cikgu aku cerita dulu, memang sesiapa yang bertuah jelah yang akan nampak benda tu. Dan, boleh buat demam jugak. Kau bayangkan, buluh yang hidup dia tak kacau orang, tiba-tiba boleh berubah jadi kapal macam Pirates Of The Caribbean punya tu, tanpa pemandu, boleh bergerak sendiri lepasi pagar sekolah. Ko rasa?

Banyak misteri dekat buluh tu. Menurut kata-kata cikgu-cikgu otai yang dah lama berkhidmat di sekolah tu, sebenarnya sekolah tu dulu adalah laut yang sangat luas. Aku tak tahu proses apa benda tu yang membuatkan laut tersebut menjadi tanah pamah yang menempatkan banyak rumah dan bangunan.

Nak dijadikan cerita, ada lah serpihan kayu kapal yang masih tersekat kat kawasan buluh tu sampai-sampai buluh tu jadi berhantu sekarang.

Sesiapa yang menebang buluh tu, memang dapat akibatlah. Aku dengar, dah berapa ramai dah yang meninggal sebab kena kacau ngan benda tu. Semuanya kerana arahan guru-guru untuk menebang buluh tersebut.

Bahkan jugak, kesan penebangan buluh tu jugak akan menyebabkan semua pelajar perempuan asrama kerasukan. Memang kalau kita nak analogikan, buluh tu adalah tempat tinggal abadi diorang. Kalau kita pun, mana kita nak rumah kita kena roboh orang sesuka hati. Kan?

Kalau korang tanya pasal buluh tu sekarang, aku nak bagitau yang dia tu baik-baik je. Makin tumbuh dengan subur je dia masa ni.

Pernah dulu, masa aku Form 1, aku dengan classmate semua pj dekat padang sekolah. Masa tu, buluh tu kena bakar. Memang kesan dia akan terkena kepada pelajar asrama perempuan. Mengamuk sakan diorang sebab tempat tinggal kena bakor hidup-hidup.

Tak sampai seminggu lepas tu, buluh tu tumbuh seperti biasa. Dia membesar macam sebelum dia dibakar tu. Kitorang pun fahamlah, kalau dah buluh boleh subur macam sediakala dalam masa kurang daripada seminggu, memang berpuakalah tempat tu. Huhu.

Okaylah korang, tamatlah kisah tentang buluh tu. Aku ceritakan apa yang aku dengar je. Sebab tu dia berterabur semacam tu. Dah namapun kisah benar, daripada mulut ke mulut pulak tu, mana nak adanya jalan cerita yang tersusun rapi. Lainlah kalau aku sendiri yang alami. Hahaha. Mintak jauh.

K. E. S Episod Dua
Yang ni, aku taknak komen banyak sebab yang ni seratus peratus fiksyen. Aku dapat ilham pun masa tengok Annabelle dekat wayang. Masa tulah aku terfikir nak buat satu cerita tentang patung berhantu. Dan hasilnya ialah, Kembara Enam Sahabat – Patung Nanabelle.

K. E. S Episod Ketiga
Hah, yang ni adalah favourite aku sendiri. Sebabnya, kisah sebenar dia lebih dahsyat daripada kisah yang aku ceritakan dekat FS di episod yang lepas.

Nana (bukan nama sebenar), budak tu form 4 kalau tak silap aku. Dia mula sakit dalam tahun yang sama.

Apa yang aku ceritakan dalam kisah fiksyen tu, tu bukanlah sedahsyat dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Ini adalah berdasarkan apa yang mak dia kongsikan kepada kawan mak aku. Mak aku pulak tukang cerita dekat aku.

Sebenarnya, bapak dia bukanlah seorang yang jenis nak membela. Pendiam pun ya. Tapi, lepas je dia balik dari Indo, tiba-tiba dia bagitau family dia yang dia ada belajar ilmu dekat sana.

Sebagai taruhan, dia kena korbankan salah satu nyawa ahli keluarga dia.

Sebab tulah, setiap kali Nana tu kerasukan, dia mesti akan cakap, “Aku nak b***h budak ni! Aku nak b***h semua orang dalam rumah ni!”

Itu adalah perjanjian dengan iblis laknatullah.

Sepanjang dia sakit tu, macam-macam benda yang jadi kat dia. Macam yang aku cakap tu, dia boleh merangkak guna hujung jari dia je. Kadang-kadang, masa dia mandi, boleh pulak dia hilang dari bilik mandi. Masa dia datang kain bak kata orang tua, mak dia akan jaga dia takut-takut nanti dia pergi jilat d***h dia sendiri.

Macam-macam benda dah jadi dekat dia. Ada masa tu dia sakit sangat-sangat, bila bawak pergi hospital, hospital cakap tak sakit. Sihat walafiat. Padahal, badan dia kurus kering. Boleh hitung berapa ketulan tulang yang ada dekat badan dia. Ini menurut apa yang mak dia cakaplah.

Pergi bawak jumpa ustaz, pun tak boleh jugak sebab benda tu memang nak satu nyawa dan nyawa tu adalah kepunyaan Nana.

Dia ada pakwe. Pakwe dialah yang tolong jagakan dia masa mak dia jaga adik-adik dia. Adik-adik semua menangis takut tengok kakak diorang macam tu.

Macam apa yang mak dia cakap, asal nak tidur je, mesti dia akan mengamuk sakan. Memang sepanjang dia sakit tu boleh kira berapa minit je diorang tidur. Mengantuk memang mengantuk, tapi anak punya pasal, nak tak nak, kena jaga jugak. Sebab dia sakit bukan salah dia pun. Allah nak uji.

Dia meninggal kalau aku tak silap sebelum dia sempat kahwin dengan pakwe dia. Masa tu, mulut orang kampung memang hebohlah cakap yang diorang berdua tu terlanjurlah, apalah itulah inilah. Yelah, masa tu diorang muda lagi dah nak kahwin.

Tapi, diorang tetap dengan keputusan diorang walaupun banyak kata-kata negatif yang diorang terima. Sampailah masa tu on the way kursus nikah. Si Nana ni dia pengsan dan cepat-cepat dibawa pergi ke hospital.

Masa dekat hospital, pihak hospital pun sahkan kematian dia. Mereka cakap, Nana ni meninggal sebab kanser. Padahal, sebelum ni, ulang-alik hospital je. Takde pun doktor cakap dia ada sakit.

Tapi, keputusan akhir ialah, organ dalaman dia memang dah rosak, macam kena makan something pun ada. Tapi, doktor profesional, diorang hanya katakan bahawa Nana ni meninggal sebab kanser.

Kematian Nana ni bukanlah penamat kepada segala keseraman ni. Masa mayat dia dinandikan, bapak dia bersungguh nak bagi supaya jenazah anaknya dimandikan di rumah nenek dia. Entah apalah motif Si Durjana tu, aku tak pasti. Yang pasti, selang beberapa hari selepas pengebumian Si Nana, rumah nenek dia pulak kena ganggu. Macam ada yang berlari dalam rumahlah, macam rumah tu ada yang goncangkanlah, memang macam-macam.

Sebab tu, dalam cerita yang lepas, aku cakap aku tak tahu apa yang jadi dekat ayah Nana sebab kenyataannya, memang kisah dia hilang macam tu je. Keluarga dia pun aku dengar dah okay. Tak tahulah sahih ke tak.

Sebab tu, aku mintak korang doakan supaya Allah bagi hidayah dekat bapak Si Nana ni sebab dia sebelum ni memang orang yang baik. Tapi tulah, dah berjanji dengan iblis, segalanya berubah.

•••

Okaylah gang. Itu sahaja yang aku nak kongsikan kali ni. Sebenarnya, aku saja nak semakkan ruangan FS ni dengan cerita macam ni sementara aku nak atur jalan cerita yang selanjutnya.

Kalau nak lagi kisah seram realiti, aku akan ceritakan di laman sosial Facebook aku. Baru buat hari tu. Hahahha. -Kasyaf Mahmud-

Kalau tak jumpa, korang bolehlah cari dekat ruangan komen Fiksyen Shasha. Saja nak komen, lama bebenor dah tak main facebook. Hehe.

Bukan aku tak nak kongsikan dekat FS tentang kisah benar yang aku alami. Bagi aku, cerita dekat FS adalah cerita yang panjang berjela. Yang ceritanya ada jalan cerita yang kemas dan ada bahagian kalau terlampau panjang.

Sedangkan kisah sebenar yang aku alami ni hanyalah seciput je. Jadi, aku rasa, baik aku share dekat FB sendiri tentang pengalaman ngeri aku. Hehe.

Ah sudah, aku ni kalau dah menaip, memang tak reti nak berhenti. Dahlah, penat pulak aku bebel guna jari ni. Sekali lagi, kepada yang sudi, addlah FB aku yer. Hehe. Tak salah nak batak sikit.

Babai. Sampai ketemu di next story. Aku tahu mesti korang rindu dengan enam sahabat tu. Ke, tak? Ke, korang rindu dekat aku? Jangan rindu sangatlah. Kahkahkah.

Adios. Assalamualaikum.

P/s : Korang jangan seronok sangat baca. Tengok-tengok jugak sekeliling. Kut-kut ada yang otw merangkak ke arah korang. Wakaka :V

Kasyaf Mahmud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

126 thoughts on “Mengeteh”

  1. P/s : Korang jangan seronok sangat baca. Tengok-tengok jugak sekeliling. Kut-kut ada yang otw merangkak ke arah korang.

    eh eh dia ni kann sempat mengusik ..hahahaha
    btw, your sharing is best ! menarik

    Reply
  2. Macam pernah jadi kat sedara saya. Ulang alik hospital, last meninggal doktor kata kanser. Organ dalaman memang rosak semuanya. Kena buatan orang tak silap. Dua orang kena macam ni. Hati manusia, entahlah susah nak tafsirkan.

    Cerita best, Kasyaf.
    Part merangkak tu….terus terbayang.

    Reply
    • Manusia zaman skang ni, teknologi je yang berevolusi. Akal tah pergi mana tah. Aih, aku pulak yang emo. Haha.

      Trimas sudi baca ?

      Reply
      • Sy pernah dgr org tua² ckp,kematian sebab sihir memang biasanya doc disgnosis as a kanser sebab dalaman rosak teruk akibat terkena sihir.. Wallahualam

        Reply
    • Betul2.. sama macam sedara saya la.. Perut kena busung katak.. ada orang hantar sihir.. sihir tu pulak kuat sebab diambil dari orang asli.. dah ramai ustaz yang tolong ubatkan x baik2 jugak sebab katanye kuat sangat.. last skali meninggal.. doktor cakap die ada kanser perut. organ semua rosak.. memang betul dah ajalnye.. yang lain2 tu hanya penyebab..

      Reply
  3. Interesting…kesian kt nana jd mgsa.. Semoga ayh dia kmbali ke pgkal jalan

    Pasal rindu2 ni jgn disebut kasyaf kpop oiii..~
    Jap lagi teman pi add fb mika ye… Kalo mika cam teman yg mana satu, tu maknanya kita ada jodoh..eh..hahahaha Larikk

    FF.. Nak teh secawan

    Reply
  4. Hye lah kasyaf. Mmg aku suka baca cite kooo. Memang nama btol ko kasyaf mahmud ke cane?

    Aku tunggu next story. Rerajin lah singgah page aku. Aku pon kekadang ada sifat batak tu juga

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.