Menghalau Dua Ponti

Assalamualaikum, nama aku Aishah. Aku berasal dari Sarawak.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2013 atau 2014. Aku mempunyai seorang adik yang bernama Aina. Biasalah budak kecil kadang memang dapat melihat makhluk-makhluk halus. Memang dari kecil adikku ini dapat melihat benda-benda yang dari alam lain.

Pada suatu malam, ada kejadian aneh yang menimpa adikku. Waktu itu aku berumur 12/13 tahun. Aku suka sangat bermain dirumah Cik Mama dan bermain dengan anaknya Zu. Cik Mama adalah adik kepada ibuku. Pada malam itu, ayahku tiada dirumah dia sibuk bekerja. Kalau ayahku tiada dirumah, alahai memang merayaulah aku dan bermain dirumah Cik Mama. Rumah kami tidaklah jauh hanya bersebelahan sahaja.

Sibuk aku bermain dengan anaknya Zu, aku tidak perasan bahawa jam sudah menunjukkan pada pukul 11 malam. Aku khuatir jika ayahku sudah pulang. Memang kena aku nanti. Aku pun pulang dengan segera. Selepas itu, aku pun duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar dan menonton televisyen pada malam-malam buta.

Di ruang tamu rumahku, kerusi-kerusi di susun di suatu sudut dan ditutup dengan kain. Sofa itu hanya akan diguna pada hari raya sahaja. Ada dua sofa sahaja di depan televisyen.

Tetapi aku duduk di atas lantai kerana lebih selesa. Waktu aku sedang membaca surat khabar sambil mendengar suara dari televisyen, aku berasa hairan dan seram sejuk. Waktu itu aku memang berasa suasana di ruang tamu memang lain.

Sudahlah aku seorang sahaja di ruang tamu. Ibu, kakak, dan adikku di bilik tingkat atas. Abangku pula sedang bekerja. Aku berseorangan sahajalah di tingkat bawah. Aku pun rasa kurang senang, tutup televisyen terus naik ke atas.

Aku pergi ke bilik kakakku, kosong tiada orang. Rupa-rupanya mereka berada di bilik ibu dan ayah. Aku membuka pintu bilik dan tidak menutup pintu bilik. Mereka semua menonton televisyen di bilik ibu dan ayah. Kakak aku menegurku dan berkata haiii... tutuplah balik pintutuuu...' dan adikku Aina berkata kakak tutup pintu, nanti hantu masuk’ dia bersembunyi di belakang tubuh badan kakakku.

Aku berasa hairan dan aku pun menutup pintu tersebut. Semasa adik aku berkata begitu, kakak dan ibuku hanya diam tanpa berkata apa-apa. Biasalah budak kecil matanya memang tajam. Aku duduk di hadapan televisyen dan hanya berdiam sahaja. Tiba-tiba kakak memanggilku dan berbisik dengan nada yang perlahan supaya adik tidak mendengar.

Kakak berkata Aishah, tadi semasa aku, dan ibu di dapur Aina menonton televisyen di ruang tamu. Dia berlari dan memanggil aku dan berkata kakak ada hantu di ruang tamu’ aku pun menjawab` ahhhh??? Yeke mane hantu itu’ dia pun tunjuk dengan kakakku yang ada hantu di sudut tempat sofa disusun. Aku hanya berdiam seketika. Patutlah aku berasa seram sejuk. Kalau aku sudah tahu, memang tidaklah aku nak duduk berseorangan di ruang tamu. Bodohnya aku.

Kami semua menunggu ayah pulang untuk memberi tahu kejadian tersebut. Aku dapat melihat reaksi wajah adik dalam ketakutan. Kakak aku sempat bertanya bagaimana rupa hantu tersebut. Dia berkata bahawa hantu tersebut berambut panjang dan mukanya sangat hodoh. Giginya tajam. Meremang gila bulu romaku semasa kakak menceritakan kejadian tersebut.

Ibuku khuatir dengan keadaan adikku yang asyik berkata bahawa dia takut. Ibu pun menyuruh kakak untuk sms abangku untuk menbawa orang untuk menghalau segala tetamu yang tidak diundang. Abangku ini pernah mempelajari ilmu untuk menghalau hantu di pusat Islam. Abang menyuruh cikgunya yang bernama Achik melihat keadaan di rumah kami dengan melihat dari jauh sahaja.

Abang membalas sms dan berkata bahawa Achik sudah melihat dan rasa apa yang terjadi sebenarnya. Dia berkata bahawa memang ada tetamu yang tidak diundang datang di rumah kami. Dia berkata bahawa benda tersebut adalah dua ponti. Seorang ibu, seorang anak. Aku pun terkejut dan berasa takut. Abangku berkata Achik akan pergi ke rumah kami besok.

Pada besok pagi, Achik berpesan kepada abangku untuk membeli garam kasar untuk ditabur di sekeliling rumah. Malam nanti Achik ada datang ke rumah kami. Sebelum Achik datang ke rumah.

Banyak sekali benda yang berlaku di rumah kami. Contohnya, ibu mendengar seperti ada barang yang terjatuh lagi-lagi pada waktu maghrib. Ibuku melihat seperti ada orang yang berada di bilikku sedangkan tiada seseorang yang berada di bilik pada waktu itu. Kami hanya menunggu kedatangan Achik.

Apabila Achik pun sudah tiba, dia berpesan untuk membawa adikku ke rumah Cik Mama. Jadi ibu dan adikku di rumah Cik Mama. Hanya aku, kakak,abang,ayah dan Achik sahaja berada di rumah. Aku dan kakak membancuh air teh untuk di hidangkan.

Ayah dan abang sibuk menyediakan barang yang perlu digunakan semasa aktiviti menghalau makhluk halus. Hanya Achik sahaja di ruang tamu. Kami semua berada di dapur. Semasa kami sudah duduk di ruang tamu. Achik berkata bahawa benda tersebut sudah menunjuk mukanya kepada Achik dengan menyintai di sebalik pintu bilik tidur.

Dia tahu kedatangan Achik. Semasa aktiviti itu mahu bermula, kami di pesan bahawa jika mendengar bunyi jangan di tegur. Api rumah harus di tutup semua supaya lebih senang untuk mencari dimana makhluk tersebut bersembunyi.

Achik harus menghalau makhluk tersebut. Achik mula membaca ayat-ayat al-Quran pada garam kasar yang untuk di tabur di sekeliling rumah. Dia merantau seluruh rumah kami dan menabur di luar rumah mahupun di dalam rumah dalam keadaan gelap gelita sambil menabur gram kasar. Selepas tamat aktiviti tersebut, alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku pada kami sekeluarga. Selepas tamat aktiviti tersebut, segala api rumah pun dibuka kembali.

Achik berkata seekor makhluk tersebut berada di dalam rumah, seekor lagi di luar rumah. Dia berkata yang di dalam rumah adalah ibu ponti yang garang, di luar pula anaknya. Anaknya tidak mengacau kami sekeluarga. Hanya ibunya yang mengacau adikku dan ibu. Benda tersebutlah yang dilihat oleh adikku Aina. Selepas kejadian tersebut, aku sudah jarang keluar rumah pada malam-malam hari. Aku tidak mahu perkara tersebut akan berlaku lagi.

Itu sahajalah pengalaman yang ingin saya kongsikan.Terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Aishah Halimshah

10 thoughts on “Menghalau Dua Ponti”

  1. Dasyattt2…dah laa dtg umah x diundang…dikacau nya org2 dlm umah…betul2 x sopan laa syaithon nir rojim nii….😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.