Assaamualaikum pembaca setia FS. Thanks admin kalau up cerita ni. First time terasa nak share pengalaman seram+hairan+pelik.. Aku Cik (bukan nama sebenar). Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu (masa aku di matrikulasi) di mana sekarang aku dah habis belajar. Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara (yg digelar tempat jin bertandang). Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu (tu nnti aku share bila ada masa) tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 akhir keberadaan kami di sebuah matrikulasi (hint:matrik abg long di malaysia).
Cerita ni memang betul betul bagi kesan kat kami (8 sekawan). Atau lebih beri kesan pada aku dan roomates aku (4 org semuanya satu bilik) sebab cerita ni asalnya terjadi oleh salah seorang penghuni bilik ni sebelum kami.
Kami berlapan memang rapat walaupun bukan satu modul (jurusan di matrik) atau lebih kpada kami ni jiran tetangga.bilik aku, bilik depan dan bilik sebelah. Ruang tengah2 dalam bilik memang besar so kami solat jemaah sama2, g masjid sama2. Ni memang aku puji la perangai kawan2 aku yan memang mendorong kawan2 lain jadi baik.so. Apa2 yang terjadi, kami akan share.
Masa mula2 aku dan roomates duduk dalam bilik tu, kami tak ada rasa apa2 yang pelik pon dan alhamdulilah, kami tak ada kena ganggu sepanjang setahun duduk situ. Cuma ada salah seorang daripada roomate aku ni ada pendamping family dia nak kan dia., tp dia ni warak sikit cuma kadang2 kalau ‘benda’ family dia tu kacau dia ‘ringan2’, aku la yang akan tolong sikit memandangkan aku berani sikit.
Masuk semester ke 2, dan smpai la masa kami akan menduduki peperiksaan besar. Disebabkan ni sem 2 @ sem akhir sebagai pelajar matrik satu tahun, jadi kami struggle habis la. Sengkang mata, sengkang ape semua kami buat. Tidur lewat tak payah citer la, memang hari2 tidur lewat kecuali kalau ada exam. Plus kami tak takut study smpai lewat malam sbb kami berlapan akan sma2 study, cuma dibilik masing2 ja. Tapi pintu bilik masing2 terbukak luas sbb kami leh jerit2 panggil nama (in case takut). Sebab, sejak menjak tu, kami dengar cerita seram macam2. Katanya ada budak meniggal dalam toilet laa dlu. Cerita pasal bilik no.7 tingkat 2 setiap blok ‘dikunci’ sebab tempat ustaz simpan ‘benda2’ kat situ. Dan macam2 lagi. Tapi yang paling terkesan cerita pasal budak mati dalam toilet tu.
Sebab cerita tu sangat misteri sebab pihak atasan merahsiakan blok mana dan bilik air mana. Tapi kami berlapan ni buat tak tahu ja dan anggap cerita xberasas sebab xde cerita sahih. Ada satu malam, aku dan roomates semua tengah study la dlm pkol 10 mlm. Tiba2 pintu bilik diketuk. Memandangkan aku punya meja study memang dekat dengan pintu, jadi, aku buka la pintu smbil menyanyi. Tercengang sekejap kat pintu sebab ade warden dari blok lain datang dengan seorang lagi student.
Warden “boleh saya masuk?”
Aku “eh masukla cikgu.”
Warden tu masuk dengan budak perempuan tu salam kami semua. Sampai ja kat salah seorang roomate aku ( M ) warden tu macam terkejut, pastu dia cepat2 tersedar dan minta kami ambil wudhuk, dan buat bulatan di tengah2 bilik yang luas tu untuk baca yassin. Macam kena elektrik, kami terus pergi toilet, cuma sebelah bilik ja, ambil wudhuk, tutup pintu dan ikut bacaan yassin yang diketuai warden perempuan tu walaupun kami tak tahu menahu tujuan utama yassin tu. Lps baca yassin, warden dan student premuan tu minta diri nak balik, and lagi sekali warden tenung muka ( M) dan terus keluar. Esok nya kami tanya kawan yan dari bilik lain warden ada datang tak.
Semua cakap tak ada pon. Okey, ada 2 misteri di situ…
1) Kenapa baca yassin tetiba.
2) Kenapa macam terkejut tengok M.
Selang beberapa hari pertanyaan misteri tu hilang macam tu jek, sebab masing2 sibuk persiapan exam. Tup tup ! Kawan aku dari bilik atas menimbulakn misteri ke 3.
Kawan “wey, ko dengar tak cerita pasal budak meninggal dalam toilet tu? ”
Aku “ha..kenapa?”
Kawan ” seram weyh.aku dengar arwah tu dari blok kita..! ”
Aku ” ish, betul ke? Ko memandai jek. Ko tahu ke bilik mana?”
Kwn ” ko tak rasa ke bilik ko tu sejuuuuuk giler.setiap masa sejuk
Aku ” hahahah… Rahsianyaa kena la byk mengaji dlm bilik..best kan bilik aku.sejuk jek.rsa mcm nk tidur jekkan?”
Tanpa sebarang syak wasangka aku dgn kwn aku tu, aku terus biarkan misteri ke3 tu..
Aku ” wey nokkk, apesal ko da lama xdtg bilik aku ha? ”
Kwn ” ala, tak ada apa…mls nk turunla bilik kau jauh.”
Harey punye kwn, aku jek yang kene menapak ke bilik dia yan tinggi tu klu ada apa2 soalan nak tanya.
Sampai lagi 2 hari sebelum kami menghabiskan last paper dan saat2 akhir kami sebagai pelajar matrikulasi, kami struggle lagi malam tu. Esok siang, kami akan pulangkan kunci bilik. Jadi akan berbaki satu malam, pintu bilik tak kan berkunci. Malam tu kami study macam biasa, masing2 pintu bilik buka sikit, biar angin malam masuk. Tiba2, S dari bilik sebelah datang tanya ada sapa2 nak pegi toilet?
Masa tu dalam pukul 1.30 pagi. Roomte aku si A ni memang agak penakut. Jadi dia rela untuk ikut si S ke toilet. Selang beberapa seconds, datang lagi sorang dari bilik sebelah tanya aku nak g toilet ke tak. Aku pun layankan la sebab memang niat nak buang segala hajat sebelum tidur. Smpai depan toilet, si S masih menuggu giliran di toilet cangkung dan A masih di dalam (kami tak suka toilet duduk)
Aku ” S, asal lama sgt.A iyak ke?”
S ” tak la, tadi ada org pakai toilet ni ”
Aku ” siapa? Orang aras ni yang rajin berjaga tengah malam kite berlapan jek kot..hehe”
Dengan muke S tengah berfikir ” entah la, tak pernah nampak budak tu. Budak study kat bilik tv kot, sebab tadi dia keluar toilet, senyum kat org, pastu menghala ke bilik tv.”
Aku ” hmmm..pelik..jarang org study kat bilik tv”
S ” tula, lg pelik sebab dia pakai kasut sport, sluar, tshirt n muka macam berpeluh peluh. Mcm org bru balik besukan!”
S ” Muka dia pon mcm tak pernah nmpak.tapi….bdn dia, rambut dia lebih kurang mcm M ”
Aku dah mula tak sedap hati. Lepas je habis membuang hajat, aku berempat dengan roomate semua turunkan tilam kat tengah2 bilik tidur sama2.
Esok, lepas habis 2nd last paper, petang tu kami beratur la nak pulangkan kunci bilik memandangkan esok lepas habis paper terus balik ke rumah masing2. Jadi, kami pun beratur tunggu giliran. Dekat kunci setiap orang ada tag tulis nombor bilik. Aku dgn roomate aku perasan kenapa orang2 yang beratur sama2 ternmpk tag kunci kami and dorang akan berbisik sama sendiri dengan muka yang aku tak boleh nak describe. Tambahan lagi, kami perasan sejak menjak ni, setiap orang yang lalu depan bilik kami, semua akan jenguk ke dalam dengan muka seram (memandangkan bilik kami aras bwh dan jadi laluan utama orang nak ke kelas dan kami suka buka pintu besar2 setiap pagi untuk sarapan sama2 dkt tengah2 bilik tu sebelum ke kelas).
On da spot, terbayang semua conversation aku dengan kawan aku pasal bilik kami dan pasal budak mati dalam toilet tu.
Smpai saja turn kami untuk pulang kunci bilik, penyelia asrama (PA)
PA “okey adik2 manis…bilik mana ni semua?”
Roomate ” bilik …………., Puan”
Daripada muka PA tu tengah tunduk pandang kertas untuk cari nama kami, terus dia angkat kepala lepas dengar nombor bilik kami disebut. Dia memerhati setiap sorang dari kami dan mata dia berhenti pada roomate aku si M sama macam warden dulu pandang. Lepas tu dia senyum sambil tanya dan mata ralit kembali ke atas kertas.
PA “okey tak duduk bilik tu?” Sambil senyum
Aku terus ambil peluang untuk nak bertanya setiap misteri yang dah bersarang dalam pale otak aku ni.
Aku “macam ni la puan. Memandangkan puan dah bertanya macam tu, kami pon ada banyak soalan nak tanya puan”
Roomate aku yang lain semua tekejut namun diam tanda setuju
PA “okey, kalau macam tu kamu semua duduk dulu, bagi saya habiskan kerja saya sikit”
Kami akur duduk di sofa di satu sudut pejabat itu memandangkan hanya tinggal beberapa pelajar sahaja lagi yang mahu memulang kunci. Setelah selesai, PA itu datang dan duduk bersama kami.
PA ” owrite, nak tanya apa?”
Aku pon memulakan langkah bercerita macam2 misteri yang melanda kami sejak sem 2 smpai ke hari ni. Start dari warden datang baca yassin, budak2 macam takut lalu depan bilik kami dan pasal kematian di toilet tu. Lepas sahaja bercerita, kami menunggu PA pula yang bercerita. Tapi take note, kami tak cerita psl budak perempuan di toilet tu.
PA
” Sebenarnya, bilik kamu tu kami dah tak buka untuk setahun lepas. Batch kamu ni, kami terpaksa buka sebab intake ramai. Ya, memang cerita pasal kematian di toilet tu betul. 2 tahun yang lepas, ada seorang pelajar prempuan modul 1, pandai dan baik. Dia disenangi semua termasuk warden2. Satu malam, dia sakit demam katanya. Roomate dia bagi la panadol dan dia rehat.
Esok pagi, dia tak larat ke kelas dan katanya sakit perut. Roomate dia kata tak apalah, nanti pkul 10 dia tak ada kelas, nanti dia bawak ke hep untuk ke klinik. Kemudian datang seorang makcik cleaner ke saya bagitahu ada satu tandas air da penuh smpai mencurah keluar dan bila dijenguk dari bawah pintu toilet,ada pelajr pengsan. Jadi saya dan beberapa lagi orang pergi pecahkan pintu toilet, malangnya kami terlambat mungkin, pelajar tersebut dah tak ada.
Kami bawa jenazah ke biliknya dan uruskan dengan pihak atasan dan keluarga. Biliknya kami buka untuk sahabat2 datag melawat jenazah kali terkahir. Namun disebabkan terlampau ramai yang datang melawat, jadi kami bawa jenazah ke bilik tv yang lebih besar. Beliau meninggal pada sem 2 dan tak sempat nak ambil peperiksaan akhir. Paling saya sedih, keluarganya seolah olah sudah bersedia dan tahu semuanya. Mereka sangat redha dan terima wlupun sedih.
Akhirnya, jenazah dibawa ke rumah diringi beberapa pensyarah. Bilik yang dimaksudkan tu adalah bilik kamu semua. Tapi jangan risau, tilam yang arwah guna dan kami guna untuk letakkan jenazah, kami dah buang sebelum bilik tu dibuka semula selepas setahun. Bilik air yang dimaksudkan pula adalah bilik air yang cangkung tu. Kalau kamu perasan, ada bekas pecah dekat pintu tu. Hmmmmm, mungkin pelajar yang lain dah tahu pasal bilik tu, sebab tu la dorang takut dengan bilik Kamu.Tapi sy pun tekejut dan alhamdulilah, sebab tak ada apa2 jadi kat kamu semua. Bukan sebab ape, sebab bilik tu dah tak berpenghuni setahun.!”
Tercengang kami semua dengar dan pandang sesama sendiri macam tak percaya. Dan PA tu sambung lagi..
” Budak tu baik sangat. Saya nak describe dia macam mana pon saya tak tahu. Orangnya kecil2 comel putih, suka senyum…ha..macam kamu!” Kata PA tu sambil tunjuk ke arah roomate aku M. M ape lagi merah terus muka sebab takut. Lepas dah terjawab semua, kami balik ke bilik masa tu dah nak maghrib.
Sampai di bilik, masing2 senyap dan buat tak tahu ja. Malam tu, kami berlapan buat keputusan untuk lepak dekat bilik sebelah sebab da takut duduk bilik aku. huhuhu. Kami pun bercerita setiap perbualan yang terjadi antara kami berempat dengan puan PA. Dan akhirnya terjawab juga. Warden yang datang ke bilik kami adalah salah seorang warden yang rapat dengan arwah.
Bacaan yassin pula dibuat sebab pada tarikh tersebut genap lah 2tahun pemergian arwah. Warden terkejut biila nampak M sebab fizikal M sama mcm fizikal arwah. Manakala perempuan yang kami terserempak keluar dari toilet (di mana tempat arwah ditemui ) yang berfizikal seperti M, kami konklusikan sebagai arwah yang mungkin datang ataupun apa2 sahaja makhluk Allah yang menyerupai arwah. wallahualam.
Dan kawan2 serta mereka2 yang takut nila lalu depan bilik kmi mungkin dah tahu cerita disebalik bilik kami, namun masing2 takut nak bercerita. Lepas ja berbual bual, kami sambung study untuk last paper esok dan kami tidur bersama.kali ni bukan berempat, malah berlapan.hehee..
Keesokkan harinya, setelah selesai paper, makaa habislah sudah semseter kami. Ahli keluarga sudah menunggu. Memandangkan keluarga aku lambat, jadi aku menghantar seorang demi seorang dengan perasaan sedih sayu. Semua roomate aku dah balik tinggal aku sorang. Masa tu tak ada perasaan takut dalam diri.
Yang ada hanya rasa tak percaya aku terlibat dalam kisah2 seram misteri ni. Masa masuk mendaftar dulu, aku adalah org pertama yang buka pintu bilik itu. Dan di saat akhir, aku jugalah orang terakhir yang menutup pintu bilik tu.
Untuk pengetahuan semua, bilik kami tu ditutup semula untuk semester berikutnya berdasarkan sumber2 yang masih ada di sana (pelajar dua tahun). Dan smpai sekarang, aku tak tahu lagi perihal bilik tu. Apa yang dah berlaku, aku jadikan pengalaman yang tak akan kulupakan sepanjang berada di matrikulasi selama setahun.
Punca kematian tidak akan dikongsikan walaupun puan PA ada ceritakan kepada kami. Walaubgaimana pun aku bersyukur sebab aku berpeluang untuk bacakan yassin kepada arwah.
Sekian kisah seram misteri yang aku dan kawan2 alami. Cerita ni berdasarkan kisah benar dan mungkin ada yang ditokok tambah untuk melancarkan jalan cerita. Mungkin ada yang kata tidak seram, namun cubalah letak diri anda ditempat kami yang menghuni bilik yang selama ni diperkatakan orangg, dan hanya pada hari terakhir di bilik tu, baru anda tahu biik anda rupanya yang dimaksudkan sebagai ‘Bilik Arwah’.
Diigtkan sekali lagi, cerita ini dikongsi sebagai hiburan seram anda. Untuk percaya atau tidak, anda nilai la sendiri. Kepada kawan2, yang terasa disebut sebut, sila lah sedar ?.
Tambahan, cerita ini bukan berniat untuk mengaibkan, tetapi untuk hiburan sahaj. maaf dipohon..sekian..assalamualaikum.
-cik S-
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
perrrr.seram! dapat bayangkan
sebelum ni saya pun pernah alami mcm sis.tapi saya bukan la tinggal dlm bilik arwah.sblh bilik asrama kami adalah tmpt yg keras dan dikunci.bilik kami adalah bilik paling last dan tingkat 3.
Matrik juga ke?? KMJ ke? Klu betul KMJ, sy pn mungkin sama bilik dgn awk…
Saya pun dari kmj sesi 16/17. Awak dari blok mana ye?
sambung cerita sis.
Sambung la cerita lagi.best cerita awak! good job
aku taw matrik mne..sbb matrik aku..mase kejadian tu,aku kat matrik tu..cuma tu bukan blok aku la..
sama… saya pun sempat ziarah arwah masa di bilik tv.
Matrik mana ni???
Cerita kematian tu mmg betul sbb arwah tu batch saya. Di blok biru. Tahun 2010/2011. Dan cerita pasal bilik no 7 tu pn betul. Pe pun matrik tu paling best.
Sy belajar di matriks ‘abang long’ ni. Alhamdulillah tadee ap2 berlaku.
Apa sebab budak meninggal sebnr nya…sebab sakit ke? Ke terkena buatan org…
Sy pon kenal arwah, 1st time jmpe dia adalah last time jmpe dia….
Satu batch, tp lain course & lain block… cuma nya dulu selalu lepak bilik member kt block tu… bilik arwah selang bpe bilik je dr bilik member aku yg selalu aku lepak…
Al-fatihah…
Semoga roh arwah tenang disana…
http://duniaitu.blogspot.in/2010/11/pelajar-ditemui-mati-dalam-tandas.html
ini rasanya.
Teringat kenangan masa dok matrik dlu.. Rindunya.. Walaupn dapat asrama paling seram.. huhu..
Teringat pula masa tinggal di asrama politeknik. Dpt bilik berdua. Mula2 tak rasa apa2 tp start x best bila roomate histeria dan balik bilik maghrib2 dgn mata merah. Fuuhh… Nasib baik aku x kene tempias.
Best citer anda, lebih2 lg sbb ia kisah benar. Aku pun bekas pelajar kt sane, 2007-2008. Kesian pelajar tu.. sudah ajal dia. Zmn matrik zmn yg stress, sgt sibuk dan terlalu bnyk nk kena study. Bagus sbb korg berlapan saling jage 1 same lain. Bnyk kenangan indah kt sane. Terutama ttg persahabatan, dan cinta monyet haha. Ape2pun semoge arwah tenang di sana.. amin.
seram…relax je dyeorg stay dlm bilik tu sampai abis belajar
xseram langsung…..
Sebenarnya arwah mengandungkan anak ayah dia sendiri. Sbb tu ayah dia xbg post mortem. Dia mati sbb kandungan dlm perut dia tu. Info dr mak dia sendiri
arwah meninggal sebab lemas ketika pengsan dalam bilik air. jangan buat sebarang spekulasi jika tiada bukti yang kukuh. tambah pula, arwah datang dari keluarga yang baik-baik dengan cukup didikkan agama.
dengan tuduhan sebergini boleh menjatuhkan fitnah.
sedih. tak seram tapi macam misteri. best best
Xseram, tpi sedih ðŸ˜
Madihah Fauzi ea nama nye 🤔
Ye betul . Madihah . Dia meninggal sebab apendiks dia pecah . Itu dr apa yang saya dengar dari jiran jiran nya . Kesian arwah meninggal dalam tandas .
Salam. Saya adalah staff di sana. Saya rasa ada perkara yang perlu saya perbetulkan berkenaan kenyataan ni..
“Sebab, sejak menjak tu, kami dengar cerita seram macam2. Katanya ada budak meninggal dalam toilet laa dlu. Cerita pasal bilik no.7 tingkat 2 setiap blok ‘dikunci’ sebab tempat ustaz simpan ‘benda2’ kat situ. Dan macam2 lagi. Tapi yang paling terkesan cerita pasal budak mati dalam toilet tu.”
For your information, semua bilik no 7 tingkat 2 di semua blok telah dijadikan stor atau tempat simpanan barang dan sebab itu ianya dikunci. Lokasi bilik tersebut yang berdekatan dengan tangga memudahkan pergerakan barang2 dan penyimpanan barang2 / aset2 kolej berkenaan. Jadi, ianya tiada kena mengena dengan kejadian pelik yang berlaku.
Hope that clears everything up.
O btw, happy haunting 🙂
Lerr korang ni pun pandai, pi la label bilik tu sebagai stor. Tak pepasal bebudak ni dok takut & buat spekulasi bukan-bukan..