Menjadi Perantaraan Untuk Membalas Dendam

Salam Alaikh warga FS . Nama aku Nur . Ok , peristiwa nie terjadi waktu aku sekolah asrama agama dulu . Peristiwa aku dirasuk dan jadi seperti orang yang tak waras . Aku ingat sikit jer , selebihnya kawan ngan ibu ayah aku cerita .

Peristiwa nie terjadi bila kawan aku Fie histeria disekolah . Waktu tu kami tengah solat jemaah di mussola , belakang mussola kami padang pelajar lelaki main takraw . tiba tiba pintu belakang mussola diketuk . Aku ngan fie yang waktu tu tengah mengaji terkejut . Pastu kami biarkan jer . Fie duduk berhadapan ngan aku . Aku plak duduk dekat pintu belakang mussola tu , tapi menghadap depan . Kira fie menghadap pintu tu larh . Tengah mengaji nie , tiba tiba mata fie terbuntang dan merah . Lepas tu dia nangis . Aku tanya dia kenapa . Dia cakap “benda tu ada . Benda tu ada ” seolah nak tunjuk kat belakang aku . Aku kuatkan bacaan aku . Terus fie jerit dengan kuat sambil mendengus jeling aku .

Kawan kawan yang lain semua da berkumpul kat kami . Waktu tu , aku rasa kaki aku berat sangat . Tak boleh nak bangun sampai ustaz aku datang tolong . Aku call mak ayah fie . esok nya fie balik umah dengan aku .

Fie satu kampung ngan aku . Dipendekkan cerita , sebelum balik ke asrama kakak fie bawak kami pergi rumah seorang lelaki nie untuk berubat . Waktu dalam perjalanan tu entah mengapa hati aku dah tak sedap . Jantung aku berdegup laju macam baru lepas marathon . Sampai jer kat rumah tu pakcik tu dah pandang aku lain macam . Dia cakap kat kakak fie , ada orang hantar “benda” kat fie sebab fie jual mahal ngan dia . Aku waktu tu tak percaya sangat ngan pakcik nie . Sebab dia macam mensyirikkan . Jahat aku kan ?

Sebelum balik dari rumah pakcik tu , aku terkejut dan menjerit terdengar bunyi kuat kaca pecah . Masalahnya , aku sorang yang dengar . Yang lain pelik pandang aku . Aku tanya lah “tak dengar ker bunyi kaca pecah tu ? ” mereka cakap mana ada . Dari belakang pakcik tu cakap , “pagar” rumah pakcik pecah . Ada orang langgar pantang . Sambil dia senyum sinis kat aku . Aku dah seram terus cepat masuk kereta .

Sampai di asrama , waktu maghrib tu tiba tiba aku rasa ada yang mengikut aku . Aku baca ayat kursi dengan kuat pastu terus lari masuk mussola . Lepas solat maghrib tu , pelajar ada buat zikir tapi tutup lampu . Kira bagi kita muhasabah diri lah . Time lampu ditutup tu , tiba tiba ada satu angin tiup seluruh badan aku . Aku tak pikir apa . Sebab aku duduk kat tepi tingkap . Dalam tengah zikir sambil pejam mata tu , tiba tiba badan aku panas . Panas macam ada api tau . Lepas tu aku dah tak sedar diri .

Part nie aku da tak ingat apa tapi kawan aku cerita kat aku , time zikir tu , tiba tiba aku tepuk belakang kawan sebelah aku . Kawan aku marah lah sebab sakit . Tapi aku menyeringai pandang kawan aku tu . Kawan aku terus menjerit . Pastu diorang buka lampu tengok aku tengah berdiri depa kan tangan (ala ala titanic) . Pastu aku sebut nama fie .

“Fie ! Kau ingat kau boleh lari dari aku ke ha ?!! ” aku teriak begitu kat fie . Waktu tu fie uzur . Dia ada dalam dorm asrama . Kawan kawan aku peluk aku bawak pergi dewan makan . Kawan aku , zack waktu tu pegang Al quran . Dia cakap aku jeling je Al quran tu pastu aku rentap sampai jatuh Al quran tu . Pastu aku bukak tudung aku , dengan berkaki ayam lari naik dorm fie . Aku macam orang tak waras . Jerit sambil menangis “fie .. fie .. aku tau kau ada kat sini fie . Sampai hati kau buat aku . Fie , tak guna kau !” Aku marah sambil gelak .

Fie dah menyorok dalam almari . Ustazah aku sampai , dia ubat ubat kan aku . Waktu tu aku rasa aku kat tempat panas . Aku dikurung dalam satu tempat gelap , luar tu ada buluh tajam . Tapi kat luar tu banyak muka fie senyum . Aku dah menangis . Tanpa aku sedar , kawan aku cakap aku dah naik kat koridor tingkat 4 . Aku macam nak terjun . Cikgu jerit jerit pon aku tak sedar . Aku gelak nangis pastu aku duduk sambil buai kaki aku . Nyaris nak jatuh kawan aku cakap . Tapi sempat ditarik ustaz aku .

Tak lama tu aku sedar . Time aku sedar aku terus menangis cakap kat kawan aku Lin . Lin aku takut lin . Gelap sangat lin . badan aku sakit . Lin check tempat sakit aku tu , dia terkejut tengok badan aku penuh cakaran . (Sampai sekarang ada parut tu ) .

Malam tu kami tidur beramai ramai . Aku demam panas . Tengah pagi tu dalam pukul 1 lebih aku terasa nak buang air . Aku kejut kawan aku zack , dia tak bangun . Last last aku pergi sorang . Dalam perjalanan nak ke toilet tu aku dengar kat belakang aku ada orang pakai selipar pastu follow aku kat belakang . Aku fikir junior aku lah tu . Lepas tu dia berlari sekejap naik tangga sekejap turun . Aku yang rimas bunyi bising aku marah lah “jangan berlari atas tangga lah . Bising orang lain nak tidur !” . Pastu diam jer . Aku tak peduli aku terus balik bilik tidur .

Esok tu ibu ayah aku sampai . Aku balik tu , aku terus tidur selama 2 hari tak bangun bangun . Waktu tu ibu aku ingat aku memang penat . Lepas tu ibu kejut aku , aku marah ibu . Aku tepis tangan ibu . Aku cakap , “kau jangan kacau aku . Kau siapa ?? ” . Ibu aku dah nangis nangis . Terus malam tu ibu bawak aku pergi perubatan islam . Waktu dalam kereta tu , ibu ayah terpaksa ikat aku . Sebab tangan aku asik mencakar badan dan muka aku sendiri . Aku tendang tendang . Sampai dekat pusat perubatan tu , aku tak payah ambik nombor , terus jumpa ustaz dalam bilik .

“Kenapa kau kacau dia ? Bukan dia yang buat kau !” Waktu tu ibu aku kata aku dah macam orang tua terbongkok , merangkak , melompat . Ibu aku dah kering air mata nak nangis . Akhirnya , aku tersedar .

Ustaz tu kata , ada orang jadikan aku perantaraan untuk balas dendam . Rupanya orang tu pekerja di sekolah aku jugak . Dia cakap kawan aku fie tu ada buat abang tu mengharap . Pastu dalam tak sedar fie dah hina dia . Aku ngan fie memang kawan baik . Selalu bersama . Sebab kami memang dari tadika bersama sampai naik skolah menengah .
Abang tu hantar “benda” untuk kacau fie . Tapi aku pulak selalu jaga fie . Tu yang abang tu bagi kat aku sekali.
Sekarang dah hampir 10 tahun peristiwa tu terjadi . Tapi masih segar dalam ingatan aku . Sorry larh kalau tak seram . Hehehe . Daaaa 💗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *