MENUNTUT.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkenalkan nama aku, Nurul. Sedikit coretan seram ringkas yang ingin aku kongsikan buat bacaan kalian. Kisah ini berkaitan dengan arwah atuk sebelah mak aku. Aku berketurunan banjar. Ya, bila sebut sahaja banjar orang akan cakap dari keturunan jahat dan tidak baik!
Kejadian ni semasa umur aku 14 tahun iaitu pada tahun 2009. Maka kalian boleh agak usia aku sekarang. Waktu dan tempat kejadian adalah masa raya di kampung.
Pulang berhari raya di kampung adalah sesuatu yang indah saling bermaafan sesama ahli keluarga dan saudara mara. Tidak terlepas dapat menjamah makanan sedap dan paling penting duit raya.
Atuk dan nenek aku tinggal berasingan. Tidak cerai cuma berlainan rumah. Nenek aku merupakan isteri pertama dan atuk tinggal di rumah isteri kedua. Mak aku merupakan anak bongsu dari 6 beradik kepada nenek dan atuk, maka aku adalah cucu yang entah keberapa payah dihitung.
Setiap kali pulang ke kampung, kami sekeluarga akan berkumpul dan bermalam ni rumah maklong yang jauhnya cuma 200 meter dari rumah atuk. Nama saja bermalam di rumah maklong tapi mandi dan bersiap di rumah atuk. Mengapa? Kerana terlalu ramai saudara mara maka mandi pun sampai ke sana. Kalau nak tunggu turn memang lambat lah baru dapat mandi!
Pagi raya, aku serta 2 sepupu aku bernama Akila & Scha berjalan kaki ke rumah atuk untuk mandi dan bersiap. Seusai siap memakai baju, kami bertiga duduk ‘bermake-up’ di ruang tamu. Borak kami terhenti apabila ditegur oleh atuk dengan nada marah.
*Nota kaki: Atuk aku dikenali dengan nama Haji A. Bukan seorang ustaz dan bukan juga seorang pawang tapi memiliki kebolehan mengubat dan mengenakan orang. Boleh paham?
Atuk : Main pakai-pakai dekat muka tu dah baca ayat ke belum?
Kami : Belum. Nak baca apa?
Atuk : Bayar seorang 3 sen, amik buku dan pen. Tulis apa yang atuk baca ni.
Kami : Mana nak cari 3 sen tuk? – Dalam masa yang sama dah standby buku dan pen.
*Part bayaran ni aku tak berapa ingat tapi memang dah bayar. Dapat juga cari 9 sen untuk 3 orang.
Kami yang berdarah muda dengan iman senipis kulit bawang, tanpa rasa takut dan was-was telah ikut setiap kata-kata atuk. Automatik kami sudah di kira menuntut. Apa yang kami tuntut? Sempat belajar 2 perkara.
- NAIKKAN SERI MUKA. Effect dia memang ramai lelaki senang sukakan kau tapi terbalik dengan perempuan. Perempuan lain boleh jadi benci tengok kau sebab iri hati. Yang ni memang aku amalkan sebab bacaan kurang menyeramkan.
- TUNDUKKAN LELAKI. Ye, di usia yang masih mentah kami dah boleh tundukkan lelaki. Jujur aku cakap, aku langsung tak berani buat sebab bacaannya sangat rasa terseksa. Scha, sepupu aku memang gunakan untuk boyfriend dia dan yes! Menjadi. Nak tau apa ayat terakhir bacaan tersebut?
“TANGGAL KUKU DENGAN ISI BARU KAMU LUPA PADAKU”
Segala yang kami pelajari ini menggunakan ayat kedengaran seperti bacaan al-Quran tapi aku tidak pasti sama ada mempunyai maksud atau tidak kerana semakin besar, semakin aku tidak yakin dengan ayat tersebut. Terasa aku menduakan Allah! Sungguh syirik!
Tahun 2013.
Masa ni aku dah masuk kolej swasta. Berdua dengan Akila, amik pun course yang sama, satu dorm dan katil pun berjiran. Scha dah selamat membawa diri. Masih berhubung cuma tidak rapat seperti dulu. Tiada berita.
Hampir 4 tahun aku dan Akila mengamalkan ajaran atuk. Sejak mengamalkan ayat yang satu itu, kami terasa sentiasa ada yang memerhati atau melindungi. Jujur, perasaan ni bukan kali pertama tapi selama 4 tahun ni aku abaikan. Cuma kali ini bila berjauhan dari keluarga semakin terasa. Perasaan aku saja kah? Ahh!
Acap kali kejadian pelik berlaku di hostel tapi seperti ada yang melindungi sehingga bila tiba waktunya pasti aku dan Akila akan terlena awal atau masuk lambat. Perkara seperti apa?
- HISTERIA. Ya, hostel perempuan tidak asing dengan perkara begini. 2 tahun aku tinggal di situ dan lebih kurang 3-5 kali kejadian seperti ini berlaku. Aku dan Akila? Biasanya akan tetidur awal dan bangun keesokkan pagi macam tiada apa berlaku. Dengan kekecohan satu block hingga ke hostel lelaki boleh dengar kami boleh tidur? Hebat bukan?
*Nota kaki: Kedudukan dorm aku, sebelah kiri ada tangga dan sebelah kanan pula tandas. Belakang hutan, depan hostel lelaki terpisah antara padang sahaja. Satu dorm mempunyai 12 orang. Ramai kan?
- GANGGUAN MALAM. Pernah suatu malam, aku dikejutkan oleh Akila lebih kurang jam 4 pagi. Kedengaran seperti bunyi bayi menangis di luar pintu dorm. Bukan aku dan Akila sahaja dengar malah 10 orang lagi dalam dorm pun turut terjaga kerana takut. Sangat nyaring dan aku lah paling dekat dengan pintu. Aku beranikan diri untuk menjenguk tapi di tarik oleh Akila dek kerana terlalu takut. Pantas aku menyuruh membaca surah lazim dan selawat sampai tetidur. Bunyi tersebut senyap setelah azan subuh kedengaran dari surau.
- CAKARAN DI SELUAR. Kisah ni antara paling menarik. Berlaku pada malam hari juga. Jarang lah ye hantu keluar siang. Seluar jeans yang di sidai di birai katil helok tanpa sebarang koyak. Malam berlalu normal. Pagi tengah bersiap nak ke kelas, nak sarung seluar jeans ehh ada kesan cakar rabak bahagian poket belakang. Kerja siapa agaknya? Seluar pun langsung dibuang!
Sekian perkongsian dari aku. Mungkin tidak seram langsung mengikut piawaian kalian tapi aku mencuba mencoret di sini untuk dijadikan kenangan. Terima kasih semua.
Ini adalah ayat jampi versi penuh,cuma beberapa baris ayat telah saya buang atas tujuan tertentu..Sesungguhnya adalah berdosa jika mengamalkan ilmu2 sebegini..
Bismi ‘Ilahi – Rahmani ‘I-Rahim
Hei Malaikat Empat Puloh Empat
Aku Suruh Engkau Aku Pinjam Engkau
Seru Engkau Pergi Ambil Hati(Si anu)
Bawa Hantar Kasih Sayang Pada Aku
Siang Dan Malam Tidak Lupa Akan Aku
Lupa Sanggul Rambut Lupa Akan Aku
Lupa Engkau Menyusu Ibumu
Tiada Lupa Akan Aku
Tanggal Isi Dengan Kuku
Baru Kamu Lupa Padaku
Dengan Berkat Doa
Lailahaillalah Muhammadurasulullah
ayat yang ni lagi seram. ayat kami pendek je. ayat yang untuk tundukkan lelaki tu siap ada ayat tongkat nabi musa lagi. dah takpernah amalkan malah dah lupa ayatnya serta cara mandinya. bila dah besar memang rasa takut. dah jumpa ustaz. alhamdulillah ustaz kata tiada yang mendamping.
boleh dm i tak?
Dah yg kau tulis tu kenapa setannnn? Kelapaq pujian dn perhatian ka? Kurang kasih sayang betoi.
ko ckp baik2 ckit..aku santau nnt..
Apa motif share benda ni? Org berilmu xkn buat mcm ni. Zaman tech ni ko xpyh tulis penuh pun xpe, amek sekerat je ayat tu pg paste kat google nah siap semua perenggan. Dalam fs ni pun ada full jampi tu org bley search. jadah Ko nih
Motif hanyalah untuk membuka minda2 pembaca..mudah2an dengan pengetahuan ini,jika ada yg mengamalkannya maka mereka dpt menilai sendiri bahawa jampi tersbut adlh tdk baik & bertentangan dgn akidah..
Lagi pula,saya telah menyatakan bahawa sebahagian ayat telah dibuang..
makanya jampi ini tidak lengkap..Lagipun,dengan hanya membaca jampi sebegini tidak akan memberi apa2 kesan tanpa amalan2 tertentu spt mndi bunga setiap mlm jumaat & etc..
So disini siapa yg harus fikir sikit wahai Mr/Mrs “PikirSikit”..?
Dungu!!!!
sabar….
dah sabar lah ni nenek kuntum oi..
kalau depan2 ni gerenti dah kena terajang
Amalkan ilmu yg mensyirikkan Allah nanti susah nak m**i
apa nak buat. masa tu kanak kanak ribena. tapi dah jumpa ustaz. ustaz kata takda apa apa yang mendamping.
salam,
saya pon orang banjar… saya kurang bersetuju bila anda cakap orang akan cakap banjar ni tak baik..
tak dinafikan,,ada yang tak baik dan ada juga amalan enek moyang kita yang bertentangan dengan agam..sebaliknya, perlu anda tahu, orang banjar sangat berpegang teguh pada agama islam,.ada dikalangan ilmuwan banjar diangkat sebagai imam dan mufti..salah sorang mufti perak..ustaz harussani.
Woi bila masa pulak aku keturunan banjar??
memandai-mandai lah kau nih..
Allah hu akbar. Semuanya aturan Allah adalah terbaik. Harap tuan puan tiada yg berdendam dgn komen 2 pembaca. Setiap yg berlaku ada hikmah ambil lah pengajaran. Kadang2 saya tergelak membaca komen 2 tu wlp ada yg agak kasar
dulu masa zaman sekolah menengah pun ade menuntut mcm ni ayah angkat bg ayat..satu buku.. tp x amalkn ..
Sis, bagi email. Nenek sy pun ada ajar ayat naikkan seri muka tu. Nak share ayat first kat email kot la sama.
Sis kalau berbentuk doa, hadiahkanlah sya juga. Akhlak saya tidaklah begitu murni,perlu dibaiki, tapi wajah saya sentiasa nampak tua dari umur sebenar..tak sama mcm kawan2 sebaya.. taujela netizen malaysia ckp apa kan..stress juga.buat botox harom.. hmm
saya pun berketurunan banjar. tapi, melalui apa yg mak sy cerita psl atok dan tokwan sy tiada pun diantara mereka yg mengamalkan ilmu yg mensyirikkan Allah. bukan sebab org banjar ke org jawa ke. kalau dah akhlak dan akidah sudah jauh terpesong pastinya menduakan Allah. jadi, cik Nurul tak boleh nak kata “semua org banjar itu tidak baik”. itu atas hak dan kepercayaan individu tidak terlibat dgn keturunan.
Boleh tak nak jampi diri sendiri bagi lupa kat A dan suka kat B?
YA BOLEH
SILA…SILA
Cik Yah dah buat dah jampi nie. Tapi tak menjadi. Last last, ternyanyi lagu “Jampi” pulak weiii
Ada step yang tertinggal lah tu Cik Yah oi..
Digalakkan ketika membaca mantera tersebut hendaklah dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi cahaya lilin dan menghadap cermin..
Cuba lagi ye..
ada ker pulok keturunan Banjar jahat …
Banjarkan Banyak melahirkan Pejuang,Ulama dan Guru-guru silat hebat menentang Komunis dan Bangsa Penjajah dari Eropah dan Jepun ..
sejarah banyak merekodkan sama ada dari yang mainstream atau tidak,ianya tetap terpahat dalam sejarah …