Assalamualaikum kepada admin dan sahabat-sahabat di Fiksyen Shasha. Semoga semuanya sihat hendaknya. Namaku Mia Nasuha. Sebenarnya aku ingin cerita serba sedikit tentang diriku. Aku ada juga pengalaman mistik, tak pasti gangguan atau hijab aku pun terbuka juga. Gangguan ini kadangkala mengganggu emosi aku, sehingga aku berasa rimas. Sehingga mengganggu kerja seharian dan pembelajaran aku.
Dari kecik naik sekolah rendah sehinggalah naik ke sekolah menengah. Sebenarnya sudah beberapa kali dari sekolah rendah sehinggalah naik sekolah menengah ayah dan ibu sudah bawa aku jumpa ustaz untuk ditutupkan hijab mata ni, tapi bertahan beberapa bulan sahaja kemudian aku akan nampak lagi, dan lagi dan lagi dan lagi. Bukan seorang ustaz, ramai jugalah. Hanya dapat bertahan sekejap sahaja. Sesiapa yang tidak dapat melihat, janganlah meminta-minta untuk melihat. Takut akan memakan diri dan ia amatlah menyeksakan diri serta menyesakkan jiwa.
Sekolah rendah ada juga aku pengsan sebab terlalu takut nampak benda-benda yang menggerunkan cuma tidak kerap,ialah budak kecik lagikan. Sehinggalah sampai naik sekolah menengah aku palng kerap pengsan sebab melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dan amatlah menakutkan. Asyik pengsan saje, dalam seminggu pasti sekali aku pengsan. Sampai aku dah naik segan dengan cikgu dan kawan- kawan. Mujur mereka memahami. Sudah tentulah ibu yang paling risau dengan keadaan aku.
Hendak belajar pun sampai terganggu. Korang janganlah tanya fasal jin atau seangkatan dengannya, sebab aku tak berapa reti fasal ni. Semuanya menakutkan tidak ada yang indah pun. Macam-macam rupa yang aku dah tengok. Ini adalah Anygerah yang sangat menggerunkan padaku. Tetapi aku harus hadapi semua ni, sebab ibu kata mungkin Allah menguji tahap keimanan aku ataupun kuat atau tidak aku menghadapi dugaan itu. Mungkin kelebihan itu akan aku gunakan untuk membantu orang lain. Manatahukan, insyaAllah.
Pernah masa disekolah waktu pendidikan jasmani, cikgu mengarahkan aku dan kawan aku Hani pergi ke bilik stor untuk mengambil bola jaring dan beberapa alatan lain. Apabila Hani buka saja pintu bilik stor mata aku sudah sedia nampak ada dua mahkluk, satu kecil dan satu tegap. Lagipun memang aku dah tahu memang dua ekor tu ada dalam bilik stor tu. Yang kecil tu duduk diatas almari sambil mencangkung tengok kami dan yang tegap tu hanya berdiri kat penjuru tanpa bergerak sedikit pun.
Muka mahkluk dua ekor tu sama je tapi agak cengkung dan mata mahkluk tu besar macam nak tersembul keluar. Mata mahkluk tu mula membeliakkan lebih besar matanya yang sudah tersedia besar, sedang lagut memandang Hani yang sedang mengutip bola dilantai. Nasib baik Hani tak nampak mahkluk tu yang cuma lima jengkal dari depan dia. Kaku kaki aku nak melangkah kebilik stor dan aku langsung tak sanggup nak pandang dua ekor makhluk tu. Aku pun tak pasti dua ekor tu tahu atau tidak aku boleh nampak mereka. Aku hanya biar Hani je yang masuk dalam tu. Walaupun dipaksa banyak kali oleh Hani, aku tetap tak nak masuk.
Masa aku balik tusyen pada satu malam tu dalam nak dekat pukul 10.00 malam. Aku selalu tunggu ayah datang ambil dekat bus stop yang berhampiran dengan tempat aku tusyen. Bukan aku sorang ramai jugaklah kawan-kawan yang tunggu parents masing-masing kat situ. Masalahnya sorang-sorang kawan aku dah balik. Akhirnya tinggal aku sorang je. Ayah aku masih tak muncul-muncul jugak.
Tengah menunggu ayah datang tu ada satu perempuan dalam lingkungan 30an sambil berpimpin tangan dengan anak perempuannya dalam lingkungan umur 4 tahun berjalan perlahan menuju kearah bus stop yang aku tunggu ni. Aku tak fikir apa pun masa tu sebab apa yang aku fikir…
“Ada jugak orang, taklah takut sangat……” Begitulah monolog bahagia dan rasa selamatku.
Tetapi, aku mula terfikir sesuatu, kenapa perempuan tu dan anaknya berjalan perlahan sangat……
Terasa macam lama sangat dia berjalan atau aku salah menilai. Aku perhati saja dua beranak tu tanpa berkedip mata. Aku tenung dari atas sampai ke bawah KAKI….? Ya Allah, baru aku perasan ( malamkan tak berapa nampak) kaki dua beranak tu langsung tak jejak tanah, langsung TIDAK…!!! Kecut perut aku apabila dah dapat menilai, bahawa dua beranak tu bukan manusia tetapi mahkluk yang tidak bernyawa.
Lagi sekali kalau nampak makhluk mesti keadaan aku payah nak bergerak. Kaku je. Aku cuba menenangkan diri bila mahkluk dua beranak tu dah semakin hampir depan aku. Boleh pulak sampai depan aku, diorang pandang je aku. Tak berkedip langsung. Jadinya baru aku tahu rupanya diorang pun nak duduk kat bus stop. Paling best boleh pulak duduk kat sebelah aku. Kalau ada orang nampak pun, aku rasa diorang fikir aku lagi berpotensi jadi hantu.
Sebab, kekakukan aku lebih hebat dari hantu dua beranak yang duduk disebelah aku. Tahap ketakutan aku yang sedang bersendirian bersama hantu memang tidak dapat disangkal lagi. Tak lama tu mujur ayah sampai tepat pada masanya, walaupun lambat sebenarnya. Terus aku masuk kedalam perut kereta.
“Ayah nampak tak, nampak perempuan tu dengan anaknya…”
“Perempuan…? Mana ada, takde sesiapa pun.” Sambil mata ayah memerhati keluar.
“Betullah tu hantu….” Aku cakap dalam hati, nakkan kepastian je walaupun memang sudah ku tahu itu hantu.
Sebenarnya klimaks dia, bermula dari sekolah menengah ada satu “budak perempuan” tu, dalam lingkungan umur 16 atau 17 tahun selalu je ikut kemana sahaja aku pergi sampai sekarang ni…!!! Dia perkenalkan dirinya Mala.Dia kerap pakai baju kurung warna kelabu. Tidak ada yang dalam kelas pun nampak dia, hanya aku sahaja. Dialah yang selalu buat aku pengsan.
Sebelum aku pengsan dia akan datang dekat dengan aku seolah-olah nak ambil alih tubuh badan aku sampai kepala aku dah rasa berat macam dihempap batu, kemudian terus aku tak ingat apa yang jadi. Pengsan kat sekolah bangun je dah ada kat rumah. Setiap minggu, sampai aku rasa dia dah melampau mengganggu kehidupan seharian aku. Setiap hari dia akan datang untuk tengok aku. Dia kata, dia nak berkawan dengan aku sebab aku je yang boleh nampak dia. Dimana aku berada, dia pasti ada. Sehingga aku membiarkan sahaja kehadiran dia.
Ada juga ustaz kata, rumah dia ada kat dalam kawasan sekolah jadi dia tahu kelebihan aku yang boleh nampak sesuatu. Dia tak jahat cuma nak berkawan. Tapi aku tetap TAK NAK…kawan dengan kau Mala…!!! Sebab itu dia cuba nak ambil alih badan aku sampai aku pengsan. Sekarang pun masih lagi. Sekarang ni aku stop dulu berubat sebab ibu nak tumpu pada ayah sebab ayah aku sudah disahkan kena canser usus stage 4. Pelbagai dugaan yang harus aku harung sekarang ni.
Wahai sahabat semua doakan aku kuat hadapi semua ni. Segala makhluk sentiasa datang bertandang sehingga ayah tumbang hendak menyembuhkan aku. InsyaAllah aku akan sambung kisah lain jika ada masa. Sekian.
#mianasuha
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kesiannya..moga ayah kau smbuh cpat. Amal mathurat
Kita sama. Aku pun dulu mcm kau. Dan ada seorang budak kecik, around 5 years old, yang ashik ikut aku kemana aja aku pegi. Tidur pun dia tunggu kat tepi. Dia tak ganggu, dia cuma perhatikan aku. Naseb baik dia tak hodoh. Badan dia mcm kanak-kanak biasa. Berkulit gelap dan sekeliling mata lebam. Kalau makhluk lain, selalu jugak gamggu aku. Tapi dia tak. Paling teruk dia ganggu pun, dia ketuk locker (asrama) sampai aku bangun dan tunggu sebelah aku masa aku jawab PMR. Disebabkan stress, aku solat hajat mohon dekat Allah, tutupkan hijab aku. Seminggu aku buat alhamdulillah sampai sekarang tak ada apa-apa.
kalau tak keberatan saya meminta dibuka hijab sebab dah lama saya meminta utk dibuka..takut hantu tak sama takut kita sesudah m**i so hidup ini dah boleh nampak benda bukan2 selain manusia iaitu makhlus halus dan lain2 supaya saya lebih takut dan kembali pada jalan lurus iaitu jalan ke arah kebaikan amalan2 ibadah bertambah sebab skrng saya berada dalam keadaan jahil, tidak keterlaluan dikata saya terlalu ego sombong jahil.. mohon dibukakan hijab
Kalau bole jgn lh ad niat cmni.. kalau ilmu agama blom cukup xpyh lh nk buka hijab.. jin dan syaitan ni bole bt kte rosak akidah.. kalau ibadah kte pon krg cmne nk hadapi godaan jin dan syaitan bila hijab terbuka? Sy hijab terbuka 10 taon. Alhamdulillah skrg dh xde.. sy nasihatkn jgn lh ad niat cmni..ni berdasarkan pengalaman sy.. kalau jahil pergi berguru dgn org alim.. kalau rasa diri sombong bnyk2 igt m**i..
ko ni aku rs ada penyakit mental…. gi berubat sblm terlambat
xbace ke nasihat penulis ni? “Sesiapa yang tidak dapat melihat, janganlah meminta-minta untuk melihat. Takut akan memakan diri dan ia amatlah menyeksakan diri serta menyesakkan jiwa”. aku rs ko ni acah2 nak glemer jugak… sbb ko bace ramai penulis yg hijab tbuka mcm alim2 kan? jd dihormati org kan? ish2 niat mcm ape. klu jahil, bace quran ar bro. byk2kan amalan sunat. takpun g kubur, insafi m**i. ranap ar ego ko
bullshit hijab la apa la,bugima punye cerita nak berbohong saje
Banyakkan berdoa semoga apa yg dilalui tu lenyap dan juga semoga ayah adik diberi kesihatan dan kuat harungi ujian Allah. Biar si bangang bugima mak dia tu bagi komen macam bugima mak dia…!!!