Hello warga FS. Nama saya Jo dan terima kasih admin kerana menerima coretan saya yg sebelum ini dan terima kasih kepada semua yang telah membaca dan meninggalkan komen atas coretan saya yang bertajuk Degil Menunggu https://fiksyenshasha.com/degil-menunggu/. Hari ni saya ingin tuliskan pengalaman saya di rumah sendiri dan seperti coretan saya sebelum ini, maafkan saya sebab cerita saya hari ini bukannya cerita seram dan maafkan saya sekiranya cerita saya tersinggung perasaan mana-mana pihak/kaum/bangsa/agama.
Tahun 2002
Saya dan keluarga saya baru pindah ke rumah kepunyaan sendiri ini dan masa itu mmg seronok dapat bilik sendiri (share dengan adik) dan esok dapat cuti sebab penat pindah rumah hari ni so bolehlah tidur lewat. Jam 11pm, parents saya dah bersiap nak tidur jadi saya bawak adik saya masuk bilik dan sekejap je dia dah tidur dan saya dengan semangat berkobar-kobar sibuk nak buat kerja rumah matematik. Agak-agak pada jam 1 tghmlm, terdengar pulak bunyi tangisan bayi dari luar rumah tapi setahu saya, rumah disebelah kiri takde penghuni dan jiran sebelah kanan tu takde pun budak kecil. Masatu saya tak fikir banyak, ingatkan mungkin ada orang buang bayi depan rumah ke apa, jadi saya keluar kepoh buka pintu papan dan jenguk ke luar tapi sunyi je. Balik bilik nak sambung kerja rumah tapi lagi sekali dengar bunyi tangisan bayi sekejap ada sekejap takde dan saya sememangnya dah mula takut so apa lagi? Tutup selimut sampai kepala, peluk adik tidur. Pagi besoknya bagitau mak ayah tapi dorang diam je tak cakap apa-apa.
Tahun 2003
Raya cina hari kedua dan kita sekeluarga baru pindah masuk beberapa bulan yg lepas dan malam ni, saudara saya semua datang mengunjung sebab keesokan harinya kita nak pergi bercuti. Malam tu kita semua keluar makan supper di mamak berdekatan rumah dan tengah syok makan dan bersembang, tiba-tiba kita terdengar tangisan suara perempuan seperti meminta tolong. Baru nak dengar betul-betul, tiba-tiba bertukar ke bunyi mengilai dan kejadian ini berterusan sepanjang malam sehingga balik rumah masih lagi kedengaran bunyi mengilai dan tangisan.
Sebelum tidur, saya sempat tanya mak ayah masih dengar tak tapi dua-dua diam je.
Pagi esok kita bertolak awal pagi dan maklong saya yang tumpang kereta ayah bukak cerita pasal bunyi mengilai malam tadi dan dia tanya mak sebelum pindah masuk dah “check” ke belum.
Ibu saya kata dah tapi medium cina (pengantara) cakap ada yang mengikut dan benda tu adalah roh adik saya yang tidak sempat dilahirkan. Disebabkan rumah kami ada “praying altar” jadi Dia tidak dapat masuk ke rumah dan hanya boleh duduk di tepi pagar sambil menangis. Kejadian ini berhenti selepas kami pulang dari cuti.
Tahun 2004
Kejadian ini berlaku Ketika saya masih di sekolah menengah dan sesi persekolahan bagi Ting1 & 2 adalah di waktu petang. Mak Ayah saya keluar kerja jam 7pagi, 2 orang adik saya ikut keluar sekali ke sekolah dan tinggallah saya seorang di rumah sampai jam 12pm baru keluar tunggu bas awam untuk ke sekolah. Dalam bilik saya ni ada satu cermin besar (dressing mirror) yang dibina sekali dengan meja solek dan katil saya terletak bertentangan dengan cermin besar ni.
Pagi itu saya tidur seperti biasa tetapi terbangun dan menyedari badan saya tidak dapat bergerak langsung (Kejadian sebegini selalu berlaku pada saya semenjak saya berpindah ke rumah ini, sering ditindih tak kira waktu, akan cerite selebihnya nanti). Dalam keadaan bertindih, saya sempat melihat sekeliling bilik dan dengan terkejut sekali, saya ternampak “seorang” wanita berbaju merah yang berdiri menghadap ke cermin sambil melihat saya melalui cermin tersebut. APAlagi, terus saya menutup mata, bergelut, berdoa, apa semua tapi masih lagi dalam keadaan yang sama. Last sekali, saya terus mengeluarkan segala kata-kata kesat yang saya tahu dan sejurus pada itu, badan saya dilepaskan. Nasib baik benda tu hilang bila saya membuka mata kalau tak, mungkin dah jadi gila la saya ni.
Seperti yang ditulis, saya biasa ditinding dan saya selalu bermimpi benda yang “berepisod”. Pernah sekali saya mimpi mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang digari pada dinding bilik saya dan saya tidak pernah bagitahu sesiapa sebab saya menganggap ni sebagai mimpi ngeri biasa je tapi mimpi ni sering muncul di alam mimpi saya. Sampailah satu hari, adik saya tegur saya ketika saya berada dalam mimpi saya. Menurutnya, mata saya terbuka masa itu dan melihatnya tanpa bercakap dan bila dia menegur, saya tidak mengendahkannya dan masih melihatnya. Adik saya ni berani jugak, boleh pulak dia goyangkan badan saya sambil memanggil nama saya sehingga saya bangun.
Adik saya tanya kenapa menenungnya sebegitu dan tidak menghirau teguran dia tadi jadi saya bagitau dia “I was having a bad dream and luckily you woke me up because it was so real”. Adik saya tanya mimpi apa, sebab dia pun selalu mimpi benda-benda mengarut seperti mimpikan seorang budak perempuan dalam keadaan bergari dalam bilik. Alangkah terkejutnya saya masa itu sebab saya sangat pasti saya tidak pernah bagitahu sesiapa pasal mimpi ni dah takkan kami berdua mimpikan benda yang sama. Saya beritahu adik saya yang saya mimpi benda sama dan kami berdua berdiam diri je walaupun benda ni berlaku beberapa kali atas kami berdua.
Last sekali berlaku ketika adik saya sedang membuat kerja rumah di atas katil tepi saya yang sedang tidur. Dalam mimpi itu, perkara yang sama tapi kali ni, saya “nampak” budak perempuan yang digari tu seperti sedang cuba menyentuh adik saya dan entah kenapa, saya takut benda tu akan apa-apakan adik saya, jadi cuba sedaya upaya untuk menarik tangan adik saya
daripada sentuhan benda tu, dan yang paling tidak dapat kami terangkan ialah…
Masa kejadian semua, adik saya nampak saya mmebuka mata secara tiba-tiba walaupun dia tahu saya sedang tidur sebenarnya dan dia seperti faham yang saya cuba memegangnya jadi dia terus pegang tangan saya. Sejurus dipegang adik saya, saya terbangun dari “mimpi” tersebut dan memberitahunya apa yang berlaku.
Selepas kejadian itu, saya sering berada di dalam “Lucid Dream” di mana saya mula mengawal mimpi saya sendiri dan lama-kelamaan, benda ni dah henti. Tapi sampai sekarang, kami berdua masih tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.
Sampai sini sajalah coretan saya hari ni. Terima kasih semua…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Suka baca nukilan jojo sbb bahasa melayu kamu sgt bagus 👍👍
Interesting, teruskan berkongsi pengalaman jojo. Semoga sentiasa dilindungi.