Mimpi @ Realiti?

Assalamualaikum pembaca FS. I’m back. Sorry cerita pasal Jalan Jabor Lama hari tu tak panjang. Takut terlebih panjang hari tu. Hahahaha. Okay aku ada satu lagi cerita. Kali ni aku tak tahu ni cerita seram atau misteri. Kisah ini juga terjadi pada diri aku sendiri. Macam yang aku bagitahu dalam kisah sebelumnya, aku memang dah terbiasa dengan gangguan2 ni sejak kecil lagi. Tapi kali ni agak berlainan.

Kisah kali ini mengenai mimpi yang aku lalui. Masa ni aku masih bujang. Form 6 masa tu. Biasanya weekend aku dengan member2 memang suka pergi tangkap ikan sama ada memancing atau menjala. Boleh dikatakan pantang cuti, memang kerja kami di sungai. Aku tinggal di Bentong. Kalau korang tahu pasal daerah ni, daerah ni memang banyak sungai2 yang jernih dan sesuai untuk memancing ikan.

Ada satu hari tu, aku rasa macam nak ajak member-member mancing dekat port lain. Kawasan ni di perkampungan orang asli. Kami sampai kat situ lebih kurang pukul 8 pagi. Macam biasa, aku jalan di depan sekali sambil menebas sikit2 semak untuk buat laluan ke sungai. Aku main redah je masa tu sebab dah excited gila nak mancing. Port nampak boek gila. Dekat sejam dekat situ. Bukan kata ikan, menarik pun tiada. Kami agak hairan, port dah cantik, tapi tiada ikan. Dalam hati aku memang bengang jugaklah. Tapi takpelah, bukan rezki. So aku decide dengan member2 untuk try port biasa. Agak jauh dari situ, tetapi berbaloi. Dapatlah juga beberapa ekor ikan.

Maka kisah pun bermula. Lepas balik tu, aku rasa penat gila. Kaki semua rasa lenguh gila. Maybe sebab mancing tadi kot. Lepas solat zohor aku terus tidur. Tak sempat nak mandi. Tidur dengan pakai tualanya. Penat lain macam. Sampai ke asar aku tertidur. Sedar je dah pukul 6 rasanya. Bilik aku terletak di tingkat atas, bilik air di tingkat bawah sebelah dapur. Jadi untuk mandi tu aku kena ke bawah lah dan melalui ruang tamu dulu. Boleh bayangkan? Aku tengok seorang pun tak ada di rumah, parent aku keluar kot pergi pasar malam. Aku tak ada rasa apa2 lagi. Siap je mandi dan ready untuk keluar.

Selangkah aku membelakangkan pintu bilik air, tiba2 aku dengar bunyi pintu tandas yang terletak berdepan dengan bilik air tadi berbunyi. Aku terdiam sekejap. Toleh belakang. Hairan. Kalau ada angin, mesti aku rasa. Tapi takkan angin begitu kuat sampai boleh tolak pintu tandas tu. Aku patah balik ke depan tandas. Tengok kot2 memang ada angin. Tapi tak ada apa2 pun. Haihhh. Dia nak bergurau pulakkkk.

So lepas dah settle semua aku keluar naik motor jalan2 area perumahan rumah aku tu. Masa ni sekali lagi aku rasa macam ada sesuatu mengikut aku. Untuk pengetahuan korang, aku dikurniakan dengan kelebihan untuk merasa kehadiran benda2 ni. Dan aku yakin memang ada sesuatu dengan aku sekarang. Dari mana pulak datang benda ni. Aku buat chill lagi. Pusing2 area perumahan sambil usha2 awek kat situ.

Aku memang tidur berseorang di dalam bilik. Dalan rumah tu ada kami bertiga je termasuk parent aku lah. Abang2 aku semua duduk universiti. So aku anak bongsu tinggallah di rumah. Malam tu aku yakin yang benda tu masih ada bersama aku. Nak tidur tapi macam2 terbayang dalam fikiran aku. Segala filem2 hantu yang pernah aku tengok melintas dalam fikiran aku. Tak boleh jadi ni. Aku pun mainkanlah surah2 dalam phone aku. Untuk teman aku tidur. Tak pakai earphone pun. Just pasang loudspeaker.

Maka mimpi aku pun bermula. Aku bermimpi, aku dipertontonkan sebuah gambar. Gambar para pelajar lebih kurang 5 atau 6 orang pelajar perempuan dan seorang guru lelaki. Guru lelaki tersebut berpakain track suit berbaju putih. Berdiri sambil memegang dahan pokok di belakang. Ada seorang perempuan cina berbaju kuning sedang membongkokkan badan melihat ke arah camera. Seorang perempuan melayu, berkulit gelap sedikit, tinggi maybe 145cm atau 150cm. Lebih kurang lah. Sedang duduk bersila sambil bertongkat tangan dan memandang ke arah camera.

Ada beberapa orang lain dengan posisi yang berbeza dalan gambar tu. Mesti korang pelik, macam mana aku boleh ingat sedetails tu mimpi aku. Bukan kata korang pelik, aku sendiri pun pelik. Biasa kita mimpi bangun pagi esok dah lupa. Tapi mimpi ni aku ingat details walaupun dah hampir 8 tahun. Okay balik kepada mimpi tadi. Latar suara mimpi tu sempat bagitahu aku. Lebih kurang macam ni. “Mereka semua adalah peserta ekspedisi. Semuanya m*ti!” Tiba2 aku dibawa keluar dari mimpi tu dan masuk ke dalam mimpi kedua.

Mimpi kedua ni pula berlaku di rumah aku sendiri. Lebih tepat lagi dalam bilik aku sendiri!!! Aku bermimpi aku di dalam bilik aku sendiri. Aku keseorangan. Berjalan untuk keluar dari bilik. Perlahan-lahan. Tiba-tiba kepala aku tertoleh ke arah pintu bilik parent aku. Dan alangkah terkejutnya aku budak perempuan melayu yang duduk bersila dalam gambar tadi tu ada dalam bilik mak aku!!! Kau buat apa kat sini!!!. Aku berlari turun tangga dan aku nampak mak aku. Aku terus peluk mak aku dan tiba2 benda tu terkam aku dari arah belakang mak aku!!

Dan aku pun terjaga. Tapi, asal susah sangat nak gerak badan ni. Selepas buka mata, baru aku tersedar. Tangan dan kaki aku terbuka keduanya seperti dipegang oleh sesuatu. Peluh keluar macam mandi woo. Dan.. aku tersedar ketika bacaan surah yaasin sedang dimainkan di phone aku. Betul2 tepat sewaktu ayat kedua terakhir surah yaasin dibaca. Aku hairan apa yang berlaku semua ni. Mimpi atau realiti.

Esoknya aku ceritakan pada ustaz di sekolah. Ustaz tu bagitahu kemungkinan benda tu saja nak mengusik aku atau dia memang benar2 mahu meminta pertolongan dari aku. Mungkin rohnya tidak tenang atau apa sahaja. Ustaz tu juga pesan, andai kata dia datang lagi dalam mimpi seterusnya, cepat2 bagitahu dia. Mungkin kita akan usahakan sesuatu. Lepas dengar pesanan ustaz tu, aku bertambah hairan. Kalau betul dia minta tolong, kenapa aku. Aku bukannya ustaz2 pun. Hanya manusia biasa yang banyak dosa2.

Jadi malam tu, aku pun berniat, andai dia datang lagi, aku akan bantu dia. Tapi dalam hati aku kata tolong jangan datang lagi. Sebab exam dah dekat. Banyak kerja lagi nak buat ni. So malam tu aku bacakan yaasin dan sedekahkan buat “benda” tu. Aku niatkan untuk hadiahkan dia al-fatihah dan yaasin. Andai betul dia tak tenang, aku buat solat hajat agar Allah mengampuni segala dosanya. Dan dia kembali tenang di sana. Habis segala zikir dan doa yang aku tahu aku baca.

Alhamdulillah. Dia tidak datang lagi. Semoga semuanya baik-baik saja. Walaupun selepas 8 tahun mimpi tu terjadi, tetapi mimpi tu masih segar dalam ingatan aku. Macam masih baru. Sampai sekarang aku tak tahu mimpi tu sekadar mainan tidur atau benar2 realiti. Korang rasa mimpi ke realiti? Emmm. Mungkin “dia” sedang menghampiri korangggg. Byeee. Nanti aku share lagi.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Mutalib

2 thoughts on “Mimpi @ Realiti?”

  1. Tajuk cerita hmpir sama dgn tajuk cerita yg saya karang dlm FS ni tp belum siap lagi. Bc cerita ni seolah ada persamaan seperti saya alami wpun berbeza. Mimpi seolah ada entiti mncul dlm mimpi seolah2 minta pertolongan. Kdg2 dlm keretapun kalau terlelap boleh mimpi seolah2 berkaitan dgn kawsn yg dilalui cth kbetulan lalu satu kawasan dlm ldg sawit. Saya terlelap sekejap tp seolah melihat seorg wanita muda cantik rmbut paras bahu berdiri membelakangkn jln tp kepala menoleh kearah saya dgn senyuman manis tp seolah tersimpan penoh makna dan meminta pertolongan dan dpt dirasa seolah2 seorg lelaki mengejar wanita tersebut utk mndptkn cintanya. Tersedar dr mimpi msih dlm ldg sawt tp hanya bbrp saat rasanya terlelap. Terpikir adakah kawasan tersebut pernh belku pmbunuhan dn ditanam tanpa tanda n ingn mnta pertolongn? Byk lagi kisah berkaitan mimpi@realiti dan pernh menjadi realiti.

    Reply
  2. saya penah alami jugak, sampai sekarang tak tau mimpi or realiti, keadaan keliling di tempat yg sama tp kelabu asap je..da 18 thn berlalu tp masih ingat details…yang pasti saya dapat keluar dr ‘tempat’ tu bila saya laungkan iqamat tatkala kedua pergelangan tangan saya di pegang kuat oleh seorang perempuan bertubuh gemok pendek, kulit gelap sikit, rambut kerinting kecik2 kasar, bertshirt putih, berseluar color cream/beige. bila part nk sebut ‘lailahaillallah’, belum sebut lagi ni, baru je nak sebut…terus mata saya terbukak n keadaan semua mcm masa saya baru tido td. tengok jam, saya tido baru 10 minit tp dalam mimpi tu terasa lamaaaaa sgt, lbh kurang nak dkt separuh hari rasanya..sampai sekarang tak tau mimpi or realiti..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.