Salam warga FS. Aku tak da pengalaman seram pun nak diceritakan, tapi kisah mimpi misteri abang aku. Aku dan abang memang sangat rapat sebab hanya kami berdua sahaja adik beradik dalam keluarga kami. Dan memang tiada rahsia antara aku dan abang aku.
Ibu dan ayah aku pun tak tahu pasal mimpi misteri abang aku sebab kami tak pernah cerita pun dekat diorang. Hanya aku dan abang aku yang tahu. Mungkin bagi pembaca ianya tidak seram, tapi bagi aku, ianya kisah misteri yang tidak dapat diungkaikan. Umur abang aku sekarang 28 tahun. Bukan aku nak memuji ke ape, tapi abg aku menjadi idaman setiap wanita sebab abang aku boleh dikategorikan seorang yang agak hensem. Tapi jenis abang aku, dia tak suke sangat layan2 perempuan ni. Sebab tu lah sampai sekarang abang aku ferever alone, hehehe.
Ok, berbalik pada kisah mimpi abang aku tu. Pada tahun lepas, abang aku 4 kali bermimpi dengan orang yang sama dan mimpi tu seolah2 bersambung sambung. Awal tahun lepas, abang aku bermimpi dia berkenalan dengan seorang gadis. Gadis tu memang cantik, putih, lemah lembut. Rambut panjang sampai ke pinggang. Gadis tu ajak abang aku bersiar-siar ke kampung halamannya. Abang aku ikut gadis tu. Kampung tu sangat cantik, para penduduk kat situ semua ramah2 dan semuanya pakai baju orang2 lama macam pahlawan. Lepas tu abang tersedar dari mimpi. Tapi abang aku tak peduli lah dengan mimpi sebab tu hanyalah satu mimpi.
Tapi, pada pertengahan bulan lepas, lagi sekali abang aku termimpi pada gadis yang sama. Abang aku mimpi dia berkahwin dengan gadis tu. Semua penduduk dalam kampung halaman gadis tu meraikan majlis diorang dengan meriah. Sekali lagi abang aku tersedar dari mimpi yang indah itu. Abang aku bagitahu lepas pada dia mimpi dia berkahwin dengan gadis tu, dia sering terasa seperti diperhatikan. Macam ada seseorang yang selalu dengan dia.
Contohnya, sebelum abang aku mandi nak pergi kerje. Selepas abang aku keluar bilik air, dia ternampak baju yang hendak digosok sudah pun siap digosok dan diletakkan atas katil. Bila abang aku tanye aku ada tolong gosokkan baju dia, memang tak lah aku jawab sebab aku bukan rajin sangat nak gosok2 baju orang ni. Bila tanye ibu aku, lagi lah ibu aku tak gosok. Takkan ayah aku pulak kot. Sejak dari tu, segala macam keperluan abang aku akan disediakan. Tapi abang aku buat2 macam xde ape yang berlaku sebab abang aku tak percaya sangat kisah2 mistik ni.
Sampailah bulan 8 tahun lepas. Abang aku lagi sekali bermimpi pasal gadis itu. Kali ini gadis yang dalam mimpinya sah menjadi isteri abang aku dan mengandung. Dalam mimpi abang aku tu, dia bahagia sambil usap2 perut gadis tu. Aku nak cerita pun bukan pndai sangat sebab bukan aku yang mengalami mimpi tu. Bila abang aku terjaga dari mimpi tu, abang aku terus muntah2 dan loya macam orang mengandung. Mengidam macam2 mengalahkan ibu mengandung.
Abang aku ada ceritalah akan perihal mimpi tu dengan aku. Aku suruh pergi jumpa ustaz, tapi abang aku taknak sebab dia cakap tu hanyalah mimpi. Mainan tidur. Aku pun malaslah nak ajak abang aku lebih2 sebab aku tau jenis abang aku ni. Kalau A, A lah jawabnya. Takkan ada B dan C dah. Akhirnye, pada akhir tahun lepas. Lagi sekali abang aku bermimpi. Mimpi dengan orang yang sama. Gadis tu dah selamat melahirkan baby boy. Gadis tu suruh abang aku berjanji yang abang aku akan selalu menjaga dan menyayangi dia. Abang aku berjanji dengan gadis tu dia takkan tinggalkan gadis tu.
Dan sekarang, hidup abang aku memang orang nampak normal tapi itulah, abang aku rasa macam dia hidup berdua. Memang abang aku tak nampak apa2 yang pelik dalam rumah aku. Cuma dengan melalui mimpi tu abang aku berjumpa dengan dia. Dan setiap kali abang aku dapat gaji, dia mesti cakap macam ada tanggungjawab yang besar je dalam hidup dia. Entah lah aku pun tak tahu. Puas pujuk jumpa ustaz tapi abang aku xnak. Dia cakap mainan tidur je. Aku kekadang takut duk kat rumah sorang2. Yelah kan, duduk sorang2 kat rumah, buat nye aku nampak ‘isteri’ abang aku kang naya.
Aku harap pembaca janganlah kecam aku ke ape. Aku sekadar berkongsi. Aku harap suatu hari nanti aku dapatlah pujuk abang aku tu untuk jumpa ustaz k. Sampai sini dululah. Aku bukan pandai sangat karang panjang2. Ayat pun tunggang langgang. Ok lah admin. Tq..
Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Hang ajak la abg hg tu p berubat…ntah2 kawen dgn jin mcm cer awek kebaya tu…….klu nampak dlm ropa sebenaq……phuuuiiii….kompom muntah hijau la…..
yess..npk gaya cm dh jd cm dlm awek kebaya tu..huu..haruuuu..nikah ngn bunian..dh ada ank pulak tu, lg ler xmau lepas…cepat2 lah bwk pi berubat, n sambung kembali penceritaan ko ye..bgtahu pas berubat tu jd apa pulak..sekiann
salam, yup, smoga 1 masa dpat pujuk abg awak tu utk jumpe ustaz. n memang kene jumpe ust pon. ada 1 cerita yang aku baca , hampir sama dengan kisah awak ni (dlm web ni juga) alhamdulillah org tu pi jumpe ustz.
kalau x jumpe ust utk selesaikan hal ini, mungkin sampai ke tua x kahwin dgn manusia di alam realiti.
wallahualam
Patutlah dh xnak melayan awekzzz ghupenyer hati die dh ditutup kot…
Alahaaaiii ruginye gadis2 malaya…
Melopeh korg nk dpt abg penulis yg baik dan ensem gituuuu…
Sape2 berhajat nk berjodoh ngan abg penulis, tuluskan hati doakan semoga Allah buka hati die utk berubat…
Mane tau pastu korg berjodoh ekkk…
Hehehehee….
cite macam awek kebaya tu je kan….hahaha amboi kak yulie xnak terai ker… moh kita makan nasi lemak dlulu pagi2
Kaannn…
Tp hat ni die mcm redhaaaa je dh gayenye…
Hati dh kena keypad lock ar tu kot…
Hade hakak plak nk terai…
Akk dh ade suami BUKAN bunianlah…
Hahahahahah…
Apid…ekau bujang aannn…
Poie ar torai…
Abg penulis tu baeeekkk orgnye…
hahahahaha den dah ado juga kak
teman tapi mesra…klw abg penulis baik
den jadikan dia abg ipar lah huhuhu
Woo woooo mcm dah jauh je perjalanan hidup abg ko ni. Usahalah utk berubat. Jangan dibiarkan. Rugi rugi rugi…melepasssssss gadis melayu terakhir.
ya ya betol kata KK berusaha lah utk pulihkan abg ko tu dik
tanya abang ko. dia pernah mimpi basah tak? ni kes jin betina jatuh cinta pd abg ko ni. biasanyanya jin mcm ni guna sihir pukau pd org yg dia suka. kalau suruh berubat sendiri, mmg dia takkan pergi. ko kena diam2 bawak ustaz balik rumah utk ubat abg ko. atau pun, mintak ustaz2 yg pandai ni, scan dari jauh dulu. kes haru…
Sori la kalau aku rasa cerita ko ni cuma rekaan..macam sengaja direka untuk dikaitkan dengan cerita awek kebaya buat hal tu..terlalu banyak persamaan..memang ada spesis manusia yg suke berimaginasi selepas baca sesebuah cerita samada daripada novel @ cerpen..dia akan membayangkan diri sendiri @ orang terdekat jadi watak dalam cerita tu & terhasil la cerita yg kite baca sekarang..hahaha..
takleh tegur camtu…nanti ramai2 bash ko…dlm ni biar rekaan & berterabur cerita..asalkan dia hantar cerita,pembaca percaya jer
kalau betul cerita ni…saya teringat sorang lelaki berusia 40 tahun…bujang…jaga solat tp tak kawin2 dan relax aje…adakah dia alami benda sama? akan ku siasat nanti….si bujang ni tinggal sendirian…dunia dia gi keje lik keje dan jadi tok bilal di masjid waktu malam…sebelum ni ramai dia pinang anak dara tp ditolak…sejak tu dia malas fikir hal jodoh…ntah2 dah kawin org bunian kot…huuu
kalau betul, ko sendiri p jumpa ustaz.. kot2 ustaz tu leh ubat dari jauh macam brader awek kebaya tu…. tapi itu pn kalau betul lah….
1st thing bgtw parents ttg hal ny. And mnx parents pujuk atau bw ustaz dtg terus atau ubatkan dr jauh. Kalo you syg abg you lah
Mcm dah kawin ja dngn bunian tu sbb tu x kisah dngn mna2 perempuan kat dunia ni. X jadi masalah mcm aerk kebaya tu ke yg x boleh fokus keje?
*awek
Klu betul cite ni. Confirm dah tu alam lain bukan mimpi. Doa2lah bagi terbuka hati jumpa ustaz.
Mksd kat ats td masalah atas tu, x ada kesian negatif ke kat kehidupan?maaflah, curious betullah sya pasal alam ghaib ni.
Kawin dgn jin la tu.
Jin ni hodoh tp boleh kaburi mata pndgn mnusia bg nmpk cntik amat..hakikatnya fhm2 je la
Tu namanya abg awk tu dh trkhwin dgn jin atau bunian.. Lebih baik sruh dia cpat2 pegi jmpe org yg bijak agama.. Kita ni even hidup zaman millenium tp jgn sesekali lupa skeliling kita ni pun ada makhluk Allah yg lain jgk
Bwak berubat cepat..dia dh ‘terkena’ ni..bahaya klau biar lama2
Selalu kalo kes camni mmg mangsa takkan g berubat sbb jin tu dah ttup ati dia spya jgn prcaya sbb takmau dibuang.. Keluarga kena cepat2 amek tindakan.. Bwk snyap2 g berubat..
Ada jugak kes makcik kwn aku..gini jgk.. Tp dgn hantu raya..maleh nk cite pnjang..ngeh3
owh
Hmm.. elok ikhtiarkn abg ko tu sblm trlmbt..