Mimpi Terakhir

Kehilangan

Bismillah.
Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Aku ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana pernah menyiarkan 2 buah kisah angker yang pernah aku lalui, bertajuk “kau cabar aku datang” dan “pocong terbaring di tepi jalan”.

Seorang teman ku memberitahu yang tulisan ku diplagiat oleh sebuah page bernama “kisah SERAM Malaysia” dengan mengubah lokasi dari Bukit Jalil ke Labuan, dan name pena ku di tambah Labuan di hujung nya. Motif? Tak dapat aku huraikan.

Mari kita teruskan. Ingin aku tegaskan pada kalian, cerita yang bakal aku sampai kan tidak ada sedikit pun unsur-unsur seram,melainkan sebuah kisah tragis,kehilangan dan kesedihan melanda ku yang berlaku pada tahun 2012.
Atau lebih tepat, 9 Jun 2012.

Dua hari sebelum tarikh tersebut, aku pulang ke kampung halaman ku di utara tanah air kerana pakcik ku bakal melansungkan perkahwinan pada hari sabtu, 9 Jun 2012. Seperti kebiasaan, setiap kali aku di kampung halaman bercuti, aku akan mengajak rakan2 ku melepak berbual kosong. Oleh kerana rata-rata daripada mereka masih di universiti, hanya beberapa orang sahaja teman ku bersama ku malam itu.

7 Jun 2012. “Hampa jangan lupa mai, pakcik aku nak menikah sabtu ni,depa yang takdak sini esok aku call jemput mai sabtu ni.”
Mereka bersetuju untuk turut serta meraikan hari bahagia untuk pakcik ku.

8 Jun 2012. Hari Jumaat yang agak lain dari yang biasa bagi ku, kerana solat Jumaat buat sementara waktu dipindahkan ke masjid berhampiran oleh kerana masjid di kampungku sedang diperbaiki dan dibesarkan demi menampung jumlah jemaah yang kian bertambah.

Sebelum azan berkumandang, aku mula menghubungi beberapa sahabat ku ingin mengajak mereka turut serta ke majlis perkahwinan pakcik ku. Seorang demi seorang menjawab panggilan ku dan berjanji akan menghadiri nya. Kecuali seorang. Seorang yang begitu penting pada ku. Seorang sahabat yang susah senang bersama. Kami berkawan semenjak kami berusia 10 tahun. Dan paling menarik, kami berkongsi nama yang sama! Dia ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di utara tanah air juga.

Setiap panggilan aku kepadanya disudahi dengan voicemail. aku cuba bersangka baik, barangkali dia berada di dalam masjid sedangkan aku masih lagi di luar pekarangan masjid. Usai solat aku cuba beberapa kali , tapi hampa. Aku mengambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya menjemput ke kenduri sekiranya dia dapat pulang.

Oleh kerana kenduri bakal berlangsung keesokkan hari nya, jadi ramailah rumah ku dengan sanak saudara datang bertandang dan membantu keluargaku apa yang patut. Aku yang agak bosan mengajak kawan ku untuk makan di restaurant makanan segera di kawasan bandar . Ketika kami rancak berborak, aku menerima panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. aku menjawab panggilan tersebut, tapi apa yang aku dengar hanyalah suara seorang wanita menangis dan menyebut nama ku berulang kali.

Aku panik, sangkaan aku ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di rumah ku, kerana suara wanita tersebut seakan-akan ibu saudara ku yang kebetulan berada dirumah membantu keluargaku. Apabila panggilan itu dimatikan, aku yang tidak tentu arah ketika itu terus menelefon ibu ku. “Mak!! Sapa call tadi? Semua kat rumah ok ka???”
Ibu ku menjawab”semua ok, takdak sapa pun call ,Awat?” Aku terdiam. Siapa yang telefon aku? Apabila aku kembali ke meja makan , pelayan sudah pun mengambil makanan dari meja kami yang kami jamah tidak sampai separuh.

Selera ku hilang. Aku mengajak kawan ku pulang. Sepanjang perjalan aku hanya terdiam memikirkan siapakah wanita yang menelefon aku tadi. Kenapa dia memanggil manggil nama ku? Dan, kenapa dia menangis? Ketika kami dalam perjalanan pulang ,ibu aku menelefon.

Ibu ku mengarahkan aku berhenti di bahu jalan. Aku dan kawan ku yg merasa agak pelik mengikut kata-katanya.
Dalam keadaan menangis, perlahan-lahan,ibu ku memberitahu, bahawa sahabat aku yang aku cuba menelefon dari tengah hari tadi, telah dijemput Illahi. Maka menangis lah aku disitu. Terduduk, cuba untuk memberitahu bahawa ini semua adalah tidak benar.

Aku bergegas ke rumah nya yang jaraknya dari rumah ku tidak sampai 500meter. Di sana aku melihat ramai berada dirumahnya. Nampaknya mereka tahu berita ini lebih awal dariku. Dari jauh aku terlihat pakcikku turut di rumah arwah sahabat aku. Mereka yang berada di sana termasuk pakcik ku cuba memujuk dan menyabarkan aku. Setelah aku dan beberapa sahabat ku mula reda, baru lah kami diberitahu yang arwah m**i lemas ketika cuba menyelamatkan kawan nya ketika mereka sedang berkelah. Jenazah sahabat ku ketika itu berada di sebuah hospital di utara. Ketika makin ramai orang mengerumuni rumah nya, ibu nya dipapah keluar . Mereka akan ke hospital untuk menuntut jenazah sahabat aku. Di sini, aku menangis lagi, kerana ketika mana ibunya sedang menangis,lalu melihat aku dan beberapa kawan ku yang lain, dia memanggil kami dan dalam keadaan menyanyat hati, dia mengulangi “ dia dah takda. Dia dah takda”. Hancur luluh hati ku mengenangkan arwah merupakan satu-satunya zuriat nya,dan dia telah pun kehilangan suami ketika arwah sahabat ku masih kecil lagi.

Semalaman aku dan beberapa kawan ku di rumah arwah. Menanti “kepulangannya”. Sedikit demi sedikit beransur -ansur pulang.

9 Jun 2012. Beberapa jam sebelum majlis pernikahan pakcik ku.
Begitu ramai yang hadir di rumah arwah. Memang tidak hairan, kerana arwah seorang sahabat yang baik dan disenangi, dan anak yang baik.
Solat jenazah dilakukan dirumah nya memandang kan masjid di kampung kami tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Usai solat, ramai yang turut serta ke perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabat kami.

Setelah semua nya selesai, persoalan ku terjawab. Wanita yang menangis dalam panggilan adalah salah seorang dari rakan nya yang turut serta dalam perkelahan itu. Kenapa aku yang ditelefon nya, itu tidak aku ketahui. Tapi nama yang disebutnya, merujuk pada arwah sahabat ku,bukan nya aku.

Kehilangan ini sangat memberi kesan dalam hidup ku, kerana hari pengebumian arwah, ianya juga merupakan tarikh lahir aku. Ya, di mana sebelum ini hari lahir ku disambut dengan gembira bersama keluarga tersayang,kini ia juga satu peringatan kepada ku yang aku kehilangan seorang sahabat pada hari tersebut.

Keesokkan harinya merupakan hari terakhir aku di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki. Dan pada malam tersebut,aku tidur di rumah nenek ku dan aku didatangi dengan sebuah mimpi.Dalam mimpi tersebut, keadaan rumah ku meriah seperti hari kenduri. Dan dalam mimpi tersebut, aku sedang berehat di beranda rumah ku . Dan ketika itu, aku didatangi oleh arwah. Dia tampak begitu tenang,muka nya bersih, dan baju nya putih. Dia duduk disebelah ku.
“Hang rindu aku ka? Aku ok la.” Itu lah kata-katanya dalam mimpi aku,mimpi terakhir aku melihatnya.Sempat aku memeluknya . Aku bangun dari tidur dengan linangan air mata. Aku merindui mu sahabat. Semoga kita bertemu lagi.

Al-fatihah.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Shafix Fixie

3 thoughts on “Mimpi Terakhir”

  1. Sy pun pernah mimpi org yg baru meninggal dunia mcm ni. Kehilangan arwah abg angkat tersyg. 3 hari berturut2 menangis kenangkan arwah, then dtg dlm mimpi pakai serba putih, muka senyum, keliling badan bercahaya. Mulut tak berucap, tapi mesej yg disampaikan jelas, “jaga diri”. Bila cerita kat gf arwah, rupanya mimpi yg serupa.. Keadaan arwah yg serupa, serba putih senyum bercahaya. Mak arwah pun mimpi yg sama juga. Huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.