Mimpi vs Realiti

Assalamualaikum semua..
Aku Anis sekali lagi menulis disini. Pertama, sebelum aku teruskan suka aku kabarkan yang cerita kalini bukan sekadar mahu berkongsi dengan para pembaca semua. Tapi juga aku mohon orang orang yang arif bab bab ini muncul di ruang komen dan bantu aku untuk tahu apa sebenarnya yang saya dan kawan kawan lalui!

Kisah satu;
Ini kisah yang berlaku pada aku sendiri. Aku sejenis yang sangat susah tidur. Mengalami mild isomnia bukan mudah untuk aku. Tapi bila badan serta otak aku dah penat dan terlalu penat. Aku boleh tertido dalam keadaan apa pun!

Ada satu haritu, aku memang sangat penat. Sebab seminggu tu sangat mencabar pada aku. Lalu sewaktu aku baring di sebelah suami sambil main handfone. Tah bila aku tak perasan aku terlena sambil meniarap. Aku memang sejenis yang TAK AKAN tidur meniarap sebab aku akan sesak nafas! Tapi haritu memang aku lelap macam tu ja sambil tangan masih pegang handfone.

Pada waktu ni, aku tak pasti aku sedar atau tak. Tapi yang aku tahu, otak dan badan aku dah shut down penat sangat sangat! Tapi malangnya rasa sesak nafas yang muncul buat aku separa sedar. Aku tak tahu macam mana nak explain tapi masa tu aku rasa betul betul nak m**i sebab aku tak boleh bernafas! Kepala aku di miring ke belah suami, mata aku tertutup tapi dalam masa sama terbuka sikittttt dan boleh nampak apa yang suami tengah buat. Aku masa tu cuba meronta untuk minta suami kejutkan aku sebab memang badan aku full shut down aku tak mampu gerak! Seolah aku di tindih tapi aku meniarap. Aku merengus, aku buat bunyi tapi laki aku boleh buat tak tahuuuu sambil terus layan facebook. Waktu aku dah hampir give up, aku ternampak sesuatu.

Benda tu terapung atas suami aku yang tengah main handfone sambil baring tu dan cakap “oi! Kejut bini kau dia dah nak m**i tu!” Benda tu cakap. Benda tu bukan terapung berdiri tau. Dia terapung berbaring tapi mengadap laki aku. Seolah mereka sedang bertentang mata tapi suami aku tu TAK NAMPAK! Benda tu terapung bebetul atas muka laki aku. Tapi dia leka main fb. Benda tu putih semua drp atas ke bawah. Dia berbentuk manusia tapi putih mcm cahaya. Tak ada mata hidung smua tapi bentuk manusia. Korang boleh imagine kan?

Banyak kali benda tu ulang ulang cakap macam tu tapi macam tak guna. Laki aku tak perasan apatah lagi dengar. Akhirnya anak aku, kalau korang ingat bulan 7/19 haritu aku ada post pasal anak aku Tasnim yang boleh nampak benda halus.. mujur anak aku yang nampak dan datang kacau aku. Dia tolak tolak aku bagi bangun dan tup! Aku terus sedar sepenuhnya dan aku pusingkan badan cepat cepat! Lega sangat dapat menikmati udara semula.. aku ingat aku dah nak m**i.

Kisah dua;
Ni bukan kisah aku. Ini kisah kawan aku Zura (bukan nama sebenar) masa ni dia baru lepas pantang anak pertama dan baru beberapa hari masuk kerja semula di syarikat airlines di klia. Aku tak pastilah benda ni jadi sebab dia pun kepenatan sebab anak dia tak sihat dan meragam malam tu ke atau sebab klia tu memang keras.

Masa tu dia baru lepas solat asar (tak salah) dia terlelap dalam surau sebab memang dia tak cukup tidur sangat masa tu. Tiba2 masa dia terlelap tu dia ternampak ada dua org manusia lelaki wanita berpakaian zaman dulu kala (baju melayu samping bagai dengan baju kurung kain batik di kepala) datang ke depan dia bawa sedulang makanan. Ada kuih kuih dia cakap. Kuih tradisional semuanya yang di bawa. Dia jemput si Zura ni makan. Yang pelik masa tu memang Zura tengah lapar tapi dia taknak pun makan makanan tu rasa tak selera. Benda yang datang tu jemput dia makan dan ajak dia ke dunia mereka (bunian ler gamaknyaa)

Lepas dah di ajak macam tu, terus si Zura ni merangkak keluar surau dengan telekung telekung tu sekali. Kawan kawan sekerja dia pelik tengok dia dah kenapa merangkak macam hantu dengan telekung macam tu keluar surau! Tapi muka dia pucat habis masa tu! Dia sendiri tak tahu mai mana dua org tu sebab tiba tiba muncul. Takkan makcik pakcik cleaner buat potluck tema dahulu kala dlm surau perempuan kot!

Kisah 3;
Sama jugak bukan kisah aku tapi kisah Ecah kawan aku. Kisah ni dah lamaaa tahun 2010 dulu dia story kat aku. Aku baru form3 masa ni. Citer dia ni simple je tapi tetap bertemakan benda dan perkara yang sama. Masa ni di tidur kat bilik dia atas katil. Siang tu ada latihan kawad di sekolah jadi badan penat lah cite dia kan.

Malam tu dia kata dia rasa yang badan dia terapung. Memang dia rasa sangat sebab dia sedar tapi dia freeze. Tak boleh buat apa apa. Dia cakap dia rasa badan dia terapung slow slow ke atas tangan dia tergantung lepas tu turun balik slow slow. Dia yakin dia memang terapung dalam 10saat sebab dia rasa tangan lepastu badan dia mencecah tilam masa di turunkan.

Kisah 4;
Ni kisah aku laa.. simple, aku pernah rasa ada benda tarik aku ke bawah masa tengah tidur. Bukan tarik ke bawah katil. Tapi ke bawah sikit macam dia rentap kaki aku sikit ke bawah masa aku tengah tidur.

Aku yakin memang aku di rentap sebab pertama aku RASA ada benda pegang kaki aku, dan aku terjaga sejurus lepas tu dan aku dapati badan aku atas katil kaki aku tergantung

TAMAT KISAH KISAH AKU.
Soalan aku sekarang (andai ada pakar bab bab mimpi/perubatan islam dalam ni) kenapa atau apa yang boleh buat jadi macam ni dalam keadaan minda tengah separa sedar ek? Benda yang kami lalui ni sebenarnya REALITI ATAU MAINAN MINDA?? Punca?? Sebab?? Sebab BADAN KITA TERLALU PENAT ke? Sebab OTAK TERLALU PENAT ke? Atau ada campur tangan mistik?? Harap ada yang sudi bantu memberi jawapan huhuhu.. terima kasih sudi baca. Assalamualaikum..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Anis

1 thought on “Mimpi vs Realiti”

  1. nasihat saya, kuatkan semangat sentiasa. jangan set dalam kepala otak yang “dia ada dengan kita”. bila kita letih badan kita lemah minda kita pun lemah, dari situ dengan mudahnya jin jin yg jahat ni mudah nak masuk/ganggu.
    kalau macam saya selalunya sebelum keluar rumah saya akan baca fatihah untuk permulaan doa kemudian baca ayatul qursi dan 3qul. InsyaAllah, dengan izin Maha Pencipta kita dilindungi dari semua iblis laknatullah ni.

    solat jangan tinggal ye. maaf andai ada yg baca komen saya ni tak berapa senang. salam dari penang <3

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.