Misi Mencari Buluh

#Seram Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Fiksyen Shasha dan para Admin serta ucapan terima kasih buat pihak Admin kerana sudi menyiarkan kisah aku. Aku Elya berumur 15 tahun dan berasal dari Johor. Aku seorang gadis yang dikurniakan anugerah daripada ALLAH untuk melihat makhluk makhluk ghaib. Kisah ini menceritakan pengalaman aku serta sepupu sepapat untuk mencari buluh bagi membuat lemang. Pengalaman ini berlaku semasa aku berumur 11 tahun dan perkara ini berlaku 2 hari sebelum raya.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
…………………………………………………………………………….

Di sebuah kampung yang aman damai…

Maklong: Ucu!!! Bawak sepupu sepapat kau pegi cari buluh..
Aku: Ye mak!! Ani, Ayob, Epul, Ika, Ucop, Eman jom ikut aku masuk dusun atok nak cari buluh..
Ayob: Ade ke buluh kat dusun atok?

Jawab Ayob sambil khusyuk melihat PSP dia

Ucop: Engko je tak tau Ayob, kat belakang pondok tu ade pokok buluh.
Aku: Dah jom lah..

Ada yang naik basikal dan motor. Aku memilih menaiki motorsikal sambil membonceng Ani. Waktu ketika itu lewat petang dalam pukul 5:30 p.m. Sesampainya di dusun atok…

Ucop: Weh, korang pegi cari buluh aku, Elya ngan Ika pegi cari durian, weh Elya Ika jom..
Ika: Ala.. aku nak duduk sini banyak nyamuk..
Aku: Kau jangan nak mengada, cepat lah takyah nak menggedik duduk sini..
Ucop: Elya, Ika aku jumpa durian!! Amik bakul kat pondok tu cepat sikit..

Aku pun bergerak dari motor ke pondok sambil ditemani Ika.

Aku: Nah Ika bakul. Pegi bagi kat Ucop. Aku nak duduk sini..
Ika: Ala, aku nak duduk sini..
Aku:Kat pondok ni lah nyamuk bersarang, dah pegi pegi!! tolong Ucop tu sekali..

Aku duduk di pondok itu sambil mendengar lagu. Tiba tiba aku terdengar suara orang memanggil “psst, psst”. Aku terkejut lalu beredar hendak ke belakang rumah sambil melihat sepupu aku yang lain mengambil buluh tetapi sekali lagi aku terkejut kerana di pokok buluh itu tiada sesiapa. Aku berpaling ke arah motorsikal diparking dan semua sepupu sepapat aku termasuk Ucop dan Ika berada di tempat motor diparking. Aku berlari ke arah mereka.

Aku: Sampai hati korang tinggalkan aku, nasib baik aku tak nampak hantu masa kat pokok buluh tadi..
Ani: Aku lagi penat tunggu kau kat sini, dari tadi kitaorang panggil kau tapi kau bersiul. Kau nampak tak sekarang dh pukol berapa??
Aku: Ya ALLAH!!! 6:50. dah blah blah!! Aku tak sedap hati ni…

Preng preng preng!! Bergema bunyi ekzos motor tua atok aku. Sesampainya di rumah mak aku menyuruh kami mandi ramai ramai yang perempuan dengan perempuan dan yang lelaki dengan lelaki. Semasa aku mandi bersama Ika, Ani dan lain lain aku perasan ada mata seseorang sedang mengintai kami mandi tetapi matanya bewarna merah saga. Aku mempercepatkan urusan mandi dan menyalin baju. Semasa berbuka juga mata merah itu tetap ada. Selesai makan dan solat aku dan sepupu sepapat aku keluar rumah untuk bermain mercun.

Aku suka membakar mercun di pelita yang terakhir jadi waktu aku membakar mercun aku ternampak sesosok tubuh berbaju putih dan berikat memerhati kami bermain mercun. Eman terbaling mercun ke arah sosok itu atau pocong itu lalu pocong itu melompat ke arah Eman. Sungguh menghairankan pocong yang bermata merah bermuka hitam itu langsung tidak menakutkan Eman mungkin kerana hijab Eman tidak terbuka. Aku tidak senang bermain mercun lalu memilih tindakan duduk ditangga rumah sahaja. Selepas pocong itu berdiri statik di depan Eman dia pun berlalu pergi.

Paklang yang juga dikenali sebagai Ustaz telah memanggilku masuk ke dalam rumah. Dia berkata

Paklang: Elya, kamu sangat beruntung kerana hijab kamu terbuka. Dengan anugerah ini kamu boleh mengubati orang yang sakit akibat perbuatan syaitan..
Aku: Tapi kan ni bulan Ramadhan kenapa ada “bende”tu..
Paklang: Takpe yang tu kejap lagi paklang terangkan, pukul 9:30 malam nanti paklang nak buat tazkirah kat rumah ni. Kecil kecilan aje, untuk ahli keluarga..
Aku: Okey. Elya pegi main dulu..

…………………………………………………………………………….

Tamatlah kisah aku. Aku harap sangat cerita ini disiarkan oleh pihak Admin. Kisah ini merupakan kisah kedua aku selepas kisah pertama aku tidak diterima Admin mungkin banyak tersalah taip.
Di sini sahaja kisah kali ini sekian terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

-ELYA-

Elya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

9 thoughts on “Misi Mencari Buluh”

  1. ala awak..baru nak telan liur dah tamat cte…nt kongsi lg yg panjang punya ye cte sb hijab awk terbuka kan…

    Reply
  2. guys, kalau nak tau cite tu best ke x, baca dulu komen baru proceed with ur reading. kiranya anda telah scroll komen di bawah: JANGAN BACA. 5 minit anda bakal gone mcm tu jerrr.

    Reply
  3. maaflah bg komen yg x husnodzon…
    pngalaman 4 tahun lalu…
    umo 11 tahun mmng dha pndi bawa motor kah?
    ermmmm…
    aku baca smpi part yg kau nk bawa motor tu jew…
    so aku x baca hbis…?

    Reply
    • dik, akak boleh bawa motor masa umur 10 thn. kaki agak2 sampai je nk tekan brake tu. kami anak2 org kg area kedah, area bendang mmg naik motor tu bkn satu yg luar biasa. tp akak heran sbb umur kecik lagi dah kena suruh cari buluh lemang. mana org lelaki dewasa? yg ni luar biasa.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.