#MissT: Rupa-rupanya kau yang…

Assalamualaikum warga FS sekalian. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ini diterbitkan. Nama aku Tasnim dan cerita yang bakal korang baca ni merupakan kisah sebenar yang terjadi kepada diri aku sebagai mahasiswa sebuah universiti awam. Ramai yang mengatakan aku cantik walaupun kulit aku agak gelap. Bukan nak bangga diri tapi “kecantikan” itulah yang membuatkan hidup aku sengsara sampai hari ini. Kisah ini agak panjang sebab……dah memang panjang nak buat macam mana kan. Hahaha.
2009 (SPM)

Aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Syed. Kami berkenalan dan mula berkawan rapat tanpa sebarang perasaan sayang atau cinta. Aku pernah tanya Syed, dia tak pernah suka aku ke tapi dia cakap tak pernah sebab dia anggap aku sebagai kawan (truly friend). Aku akui, sejak aku kenal Syed, dia tak pernah ambil kesempatan terhadap aku dan sentiasa menyokong tindakan aku termasuklah mencari pasangan couple untuk aku.

Aku pernah couple dengan beberapa orang lelaki tapi semuanya tak kekal lama sebab cemburu. Aku jenis yang suka berkawan dengan lelaki sebab orang macam aku, perempuan tak suka. Diorang anggap aku musuh konon la aku nak rampas boyfriend diorang. Huh! So, aku banyak berkawan dengan lelaki. Syed pernah nasihatkan aku supaya kurangkan berkawan dengan lelaki sebab takut menyusahkan aku nanti tapi aku tak endahkan nasihat Syed dan terus berkawan dengan lelaki. Lepas result SPM keluar, Syed dapat tawaran masuk UITM buat diploma. Aku? Cuma dapat tawaran masuk Form6. Kah! Disebabkan aku rasa loser, aku putuskan hubungan aku dengan boyfriend aku bernama Hisham yang dapat tawaran ke Matrikulasi. Aku malu weh. Malu sangat. Muka je cantik tapi otak udang. Hahaha.

2010 – 2011 (STPM)
Masa form6, aku pindah sekolah lain tapi masih dalam negeri yang sama muma aku mohon duduk di asrama. Aku lost contact dengan kawan-kawan lelaki aku kononnya bawa diri sebab malu. Aku mulakan hidup baru dan azam baru di sekolah baru. Di sekolah tersebut, aku berjumpa dengan seorang kawan perempuan bernama Munirah. Baik orangnya dan bertudung labuh. Aku selesa berkawan dengan Munirah. Yang buat aku tak selesa ialah Munirah sering kenen-kenenkan aku dengan budak lelaki sekolah tu. Kalau tak pun, dia akan jadi orang tengah kalau ada lelaki nak berkenalan dengan aku.

Aku pernah cerita dengan Munirah serba sedikit kisah aku dan aku minta dia tolong aku jauhi lelaki tapi malangnya, aku tercouple juga dengan sorang mamat bernama Jafni hasil kerja keras Munirah. Jafni baik cuma nakal. Nak dijadikan cerita, Jafni ni jiran lama Syed masa diorang duduk kem askar dulu. Terpisah masa ayah Syed bertukar kawasan ke tempat aku. Bila aku cerita dengan Syed tentang Jafni, Syed sokong sebab dia tahu Jafni Baik. Aku pun on la sebab member baik bagi greenlight. Hehehe alahai miangnya! Okay kalau dikira-kira, Jafni boyfriend aku yang keempat! Tapi…aku terpaksa putuskan hubungan dengan Jafni atas sebab-sebab tertentu. Aku just mention nama tertentu sebab diorang ni suspek. Lepas result STPM keluar, aku dapat tawaran sambung degree dekat universiti di Terengganu. Yeay! Yeay!

2012 – 2015 (U** Terengganu)
Aku call Syed sehari sebelum aku daftar masuk U. Jauh dah aku dengan Syed. Tapi kami masih contact dan Syed masih nasihatkan aku supaya jaga diri and so on. Bapak2 sangat si Syed ni. Zaman di uni merupakan zaman kegemilangan aku. Hahaha. Time ni memang ramai gila yang nak jadikan aku girlfriend mereka plus aku aktif bersukan. Kira ada nilai tambah la KOT!. Tapi aku cuba control sehabis baik untuk setia dengan yang satu, iaitu Aiman. Jurusan Sains sama macam aku. Tapi hubungan aku dengan Aiman tak kekal lama. Aku rasa dua sem je kami berpacaran sebab aku dah mula sakit2. Sebelum aku sakit, ada beberapa kejadian mistik berlaku dan semuanya bermula dengan malam ituuuu.
~~~~~~

Malam tu, aku cuci muka dan basuh kaki seperti biasa sebelum tidur. Masa naik atas katil, aku terbau bau busuk hanyir macam darah period (girl knows better). Aku abaikan sebab mata dah mengantuk sangat. Dalam seminit mata aku terlelap, aku dengar bunyi “TUK TUK TUK” pelan dan berkali-kali. Aku terjaga mata terbeliak sebab aku tahu bunyi tu datang dari tingkap belakang kepala aku. “TUK TUK TUK” jelas bunyinya dan aku tahu yang mengetuk itu ialah jari yang berkuku panjang sebab kalau jari takberkuku panjang, bunyinya lain.

Mula-mula aku ingat budak lelaki masuk kolej perempuan tapi andaian aku meleset bila aku dengar “haerrrrmmmmm” “haermmmmm” “haerrmmmmm” macam orang semput tu. Aku tarik selimut sambil menggigil. Aku takut sebab itu pertama kali aku dengar macam tu. Ya Allah meremang bulu roma aku masa menaip ni. Tiba-tiba aku dengar suara “aku nak masuuukkkkkkkkkkkk…….aku nak masukkkkkkkkk….. haerrrmmmm…. Haermmmm.

Kali ni suaranya lebih garau dan mendengus marah. Aku baca apa yang patut dan tak patut (yang x patut tu sebab dah nervous sangat maka terkeluarlah yang tak patut). Lepas tu aku beranikan diri toleh ke tingkap. Allahurabbi. Sekor pontianak sedang bergayut dekat tingkap aku dan sebelahnya pocong bengis dengan bunyi haermmmm haermmm tu. Aku dapat lihat cara pocong tu tenung aku memang sungguh berdendam. Cik pon pula, bergerak ke kiri ke kanan dengan rambut panjang mengurai. Aku menjerit sekuat hati. Sekuat-kuatnya. Pap! Aku pengsan.
Keesokan hari, aku sedar aku dah ada di hospital. Aku pelik sungguh pelik. Kenapa aku ada di hospital? Bukan ke malam tadi aku dalam bilik aku dan nampak pontianak dengan pocong?

Nurse: adik dah bangun?
Aku: nurse, kenapa saya kat sini? Semalam saya dekat kolej, nurse.
Nurse: eh, semalam pukul 12:30 pagi felo hantar adik ke sini. Katanya adik tergelincir masa keluar dari bilik air.
Aku: hah? Felo? Mana felo saya?
Burse: tu ada depan tu ha.
Aku: tolong panggil dia sekejap, nurse.

Aku: Kak Mik, betul ke saya jatuh bilik air semalam?
Kak Mik: Kamu rasa?
Aku: eh akak ni, saya serius ni. semalam lepas saya keluar bilik air basuh muka semua saya tak jatuh kak. Elok saya masuk bilik dan tidur. Cuma…
Kak Mik: Cuma apa? Cuma kamu terjaga sebab nampak pontianak dengan pocong kan?
Aku: hah? Macam mana akak tau?
Kak Mik: Syyyyhhhhhhhhh…jom kita keluar dulu dari sini. Nanti akak cerita. Packing barang kamu. Nanti kantoi akak menipu.
Aku: tipu? Akak tipu apa dan tipu siapa?
Kak Mik: nanti akak cerita. Cepat!

Kak Mik membawa aku ke rumahnya yang tak jauh dari uni. Kak Mik ni janda dan belum ada anak. Jadi dia tinggal sorang. Lepas makan, Kak Mik cerita semula apa yang berlaku pada aku malam tu. menurut Kak Mik, malam tu Kak Mik lalu depan bilik aku lima enam tujuh kali lepas aku keluar tandas. Oh ya, bilik Kak Mik selaku felo, di hujung aras kami.

Jadi Kak Mik boleh nampak kami ke tandas or turun tangga kalau dia keluar bilik. Kenapa Kak Mik lalu-lalang depan bilik aku? Sebab Kak Mik dah nampak dulu pontianak dan pocong tu berlegar-legar dekat aras kami masa maghrib. Dan lebih tepat lagi, Kak Mik nampak dua ekor makhluk tu tembus bilik aku. Kebetulan roommate aku tak balik bilik so Kak Mik dah syak aku akan diganggu. Masa aku menjerit, Kak Mik dan standby nak bukak pintu dan tarik aku keluar tapi malangnya aku dah pengsan dulu.

Mujur penghuni aras yang lain tido mati. Kalau ada yang dengar pun mesti pekakkan telinga je. Kak Mik panik tengok aku pengsan dan idea yang terlintas di kepala dia adalah bawa aku ke hospital dan cakap aku pengsan sebab tergelincir. Kenapa Kak Mik bawa aku ke hospital? Kenapa tak bawa ke bilik felo dan panggil felo2 lain? Sebab dia taknak kes ni kecoh dekat kolej sebab benda gini belum pernah berlaku dan dia pun pelik.

Kak Mik: Tasnim, awak tau kan kolej kita tak pernah ada kes macam ni?
Aku: manalah saya tau kak. Tahun-tahun sebelum ni? normal la ada benda-benda macam tu dekat hostel kak.
Kak Mik: akak rasa lain la Tasnim. Kalau ye pun normal, takkan la sampai dua ekor? Selalunya yang datang kacau pun sekor-sekor atau sama jenis. Kenapa yang kacau kamu dua ekor yang lain jenis? Kamu ada buat salah dengan siapa-siapa ke?
Aku: Eh, kenapa akak cakap macam tu! saya duduk sini tak pernah kacau orang kak.
Kak Mik: janganlah marah. Akak Cuma heran je. Dah la. Jom akak hantar kamu balik kolej tapi kamu kena rahsiakan benda ni. Jangan sampai satu kolej tau. Faham?
Aku: hmmmmm.

Aku dapat MC sehari. So aku habiskan masa mengemas bilik je. Masa mengemas around 10:30 pagi, roomate aku balik. Dia cakap kelas cancel dan nak join aku kemas bilik. Aku pun on la sebab ada geng. Masa mengemas tu, aku perasan roomate aku pegang-pegang rambut aku. Aku cakap ko kenapa pegang-pegang rambut aku? Dia jawab, aku suka kau. Kau cantik (sambil jari belai-belai rambut aku).

Eh, dah la wei. Aku nak kemas ni kang siap lambat. Aku teruskan mengemas sambil tangan dia merayap-rayap ke tengkuk aku. Tiba-tiba, Nim, kenapa semua lelaki suka dekat awak? Kenapa lelaki suka dekat awak? kenapa lelaki suka dekat awk? Kenapa lelaki suka dekat awak?kenapa lelaki suka dekat awk? eeehehehehehehehe…haermmmmm haermmmm..roommate aku mendengus sambil pandang tepat ke mata aku. Aku tekup telinga sebab suara dia berdengung. Dia pegang tangan aku, Allahuakbar sejuk macam mayat ada urat-urat hijau timbul sampai ke muka dia. urat hijau tu akhirnya bertukar merah dan berselirat-selirat. Dia genggam tangan aku sambil warning “jauhi mana-mana lelaki yang suka kamu kecuali …..pap! dia hilang. What? Kecuali sape?

Aku termenung sekejap memikirkan apa yang “roommate” aku cakap. Tiba-tiba….bluerkkkkkkkk. bluerkkkkk. Aku muntah bulu burung atau ayam aku tak pasti tapi ada la dalam 3-4 pelepah berserta lendir hijau. Dalam hati aku berkata “Aku kena sihir ke?. SYED! I need to call SYED!

Aku: Assalamaulaikum. Hye Syed! Ko sihat?
Syed: Sihat. Aikk mimpi ape call aku?
Aku: Syed, I need to tell you something.
Syed: What is it?
Aku: Aku rasa, aku kena sihir la sebab aku muntah benda pelik tadi then aku nampak penampakan.
Syed: Woa Woaaa. Baru muntah dan nampak benda gitu SEMALAM dah terus kata kena sihir? Selidik dulu Nim. Aku takut jatuh fitnah.
Aku: fitnah ape bendanya aku tak tuduh sapa2 pun. Jap, mana ko tau aku nampak benda tu SEMALAM?
Syed: ko tunggu kat sana. Malam ni aku datang.
Aku: wei, jauh gila wei. Takkan ko nak datang.
Syed: aku kat KL. Ko tunggu je.

Tut! Tuuut! Tutttt!

Pukul 8:30 malam. Syed datang jumpa aku di Terengganu. Aku berjumpa Syed dalam keadaan lemah sebab sebelum tu aku muntah-muntah lagi. Syed tegur muka aku pucat. Dia nampak risau sangat. aku cuba convince Syed yang aku okay. Aku menceritakan apa yang berlaku dari A-Z kepada Syed. Dia hanya setia mendengar. Selesai aku bercerita, Syed hanya ajukan satu Soalan. “Ko ada buat orang sakit hati?” Aku jawab, tak dan aku tak tahu kalau aku ada sakitkan hati orang secara tak sengaja. Kalau aku tau, aku nak mintak maaf. Syed diam dan nasihatkan aku supaya bertenang. Dia akan bermalam di Terengganu selama tiga hari untuk tengokkan aku. Syed hantar aku ke hostel dalam pukul 11:00 malam. sebelum keluar kereta, aku terdengar Syed cakap “tu la sape suruh cantik sangat”. “Ko cakap ape Syed?” “Aaaa tak ada apa-apa. Ko rehat la”.

Suspek pertama: Syed si kawan baik

Pukul 11:50 malam. Aku siapkan diri untuk tidur. Tiba-tiba. Nim, temankan aku pergi tandas. Roommate aku kejutkan aku untuk pergi tandas. Aku bangun dan temankan dia. masa jalan dekat koridor tiba-tiba roommate aku tarik tangan aku supaya berhenti dan tekup mulut aku. Dia bisik “Diam. Ada benda atas kepala kita”. Allahuakbar. Dup Dap! Dup dap! Dup Dap! Jantung aku berdenyut. Kami berhenti dalam satu minit. Kemudiannnnnnn….benda tu merangkak atas syiling koridor ke depan membelakangkan kami.

Roommate aku bisik lagi “Dia tahu kita nampak dia” pap! Lampu koridor mati. Serentak tu jugak benda tu berpusing patah balik menghadap kami berdua! Waktu seakan berhenti tatkala kami berdua bertentangan mata dengan seekor makhluk yang aku sendiri tak dapat nak sebut sebagai apa. Mungkin pontianak juga sebab dia berbaju putih lusuh, rambut hitam menggerbang dan mukanya agak hancur. Pelan-pelan benda tu merangkak masih di atas syiling menuju ke arah kami berdua. Aku dengan roommate dah terpaku habis.

Hanya mampu melihat. Tiba-tiba dia bersuara “Dikkkkkkk….boleh makcik masuk dalammmm….” Serentak tu roommate tarik tangan aku berlari masuk bilik kunci pintu rapat-rapat. Hilaian panjang heeeeeheeeheeeeeeeeheeeeeee masih kedengaran. Nim! Nim! Nim! Please jangan pengsan. Roommate aku tampar-tampar muka aku. Aku separa sedar tapi aku kuatkan diri untuk lawan kelemahan batin aku. Dalam masa aku melawan supaya aku tak kerasukan atau histeria, aku ternampak muka Jafni!

Suspek kedua: Jafni, boyfriend masa form6

Aku call Syed suruh dia ambil aku di hostel. Kami berjumpa dan berbincang. Aku bagitau Syed pasal aku nampak muka Jafni masa aku separa sedar.

Syed: Jafni? Member aku masa dekat kem dulu?
Aku: haah la. Kan aku pernah bagitau ko yang kitorg pernah couple.
Syed: ye, ye aku ingat. Tapi takkan la Jafni. Ko tau tak bapak dia imam kat kem tau. Mak dia pulak ustazah sekolah agama.
Aku: habis, ko ingat iman tu boleh diwarisi? Boleh bluetooth?
Syed: takdela. Ko cakap macam ko tuduh dia je. Wait, lagipun ko memandai je cakap ko kena sihir. Mana la tahu Cuma gangguan je.
Aku: Syed, aku tak bodoh tau. Memang la dulu aku bodoh tapi tu dulu zaman SPM. Huh! Aku dah google semua ciri-ciri orang kena sihir. Almost 97% ciri tu ada pada aku sekarang ni. Ko faham tak! Aku dah mula jadi panas baran.
Syed: okay relax. Cuba ko ingat betul-betul tentang Jafni. Pernah ko buat dia sakit hati? Kenapa korang putus?
Aku: ~~~~~~~

2011 (STPM)

Cikgu Nazrah panggil aku dengan Jafni masuk bilik kaunseling. Kami ditangkap berdua-duaan di dalam kelas selepas waktu sekolah. “sumpah, kami tak buat apa-apa cikgu”. “ohhh tak buat pa pa. entah2 tangan dok meraba”. “Wooooaa cikgu. Mulut cikgu jaga sikit. Cikgu jangan fitnah!”, kata Jafni. “Await, hampa ingat hampa dok berdua-duaan dalam tu orang lain tak fitnah?” kata cikgu Nazrah. Kami tertunduk.

Ya kami berdua masa tu tapi Jafni datang sebab nak bagi aku hadiah. Tu je. Tapi nak buat macam mana. Tapi kami selamat sebab Cikgu Nazrah lepaskan kami dengan warning je. Sejak kejadian tu, aku mula menjauhkan diri daripada Jafni. Aku cuba renggangkan hubungan kami. Bukan niat aku tapi entahlah. Aku tak suka. Hari-hari Jafni call dan text aku tapi aku tak balas pun. Dekat sekolah, dia cari aku. Sampailah satu hari aku ajak dia jumpa untuk selesaikan masalah ni.

Aku: Jaf. Lepas ni awak tak payah cari saya ye. Kita putus.
Jafni: tapi kenapa. Look, takkan la sebab Cikgu Nazrah kot. Mana ada orang tau pasal tu.
Aku: bukan pasal tu.
Jafni: habis tu? Sebab ko bosan dah dengan aku? (Jafni menjeling)
Aku: hmmmmm saya tak tahu. Tapi kita kan nak exam. Elok kita fokus study.
Jafni: kepala otak ko study! Ohhh sebelum ni tak fikir pun study. Menggelinjang dengan lelaki lain tak pe pulak!

Panggggg! Aku lempang Jafni sebelum aku lari. Sejak tu, aku terus jadi halimunan untuk dia. seksanya lahai nak menghadap dia. Nasib baik exam dah dekat dan masing-masing buat hal sendiri sampailah result keluar dan aku di sini.

2012 – 2015 (U** Terengganu)
Syed: hanya dengan satu pelempang sudah cukup buat dia berdendam dengan kau. Tau tak?
Aku: aku tak dapat control diri aku masa tu, Syed. (menangis)
Syed: Nim, aku takut Jafni…
Aku: sihir aku?
Syed: hmmm..tapi jangan tuduh dulu. Jom kita berubat. Untuk tahu masalah sebenar ko.
Aku: syed, bukan ko kan?
Syed: weiiiii.. gila apa aku nak sihir ko. Kalau aku nak ko, dulu lagi aku dh cakap aku suka ko. Lagipun kalau aku sihir ko, takkan la aku beriya nak tolong ko ni. Ko la ni ramai sangat kawan lelaki. Mana tahu diorang tak puas hati lepas ko dump diorang. Aku pulak kena.
Aku: maaf Syed. Aku celaru.

Tuduhan Syed sebagai suspek: dibatalkan. Tinggal Jafni sebagai suspek.

Syed bawa aku berjumpa dengan seorang lelaki lingkungan umur 40-an. Lebih tepat lagi, Syed bawa aku jumpa bomoh. Lepas bomoh tu scan badan aku, dia kata “haaaa..muka molek macam awk ni memang ramai orang suka. Jin pun suka. Ada yang hantar ni.”. “apa tok? Sape yang hantar tok?”, tanya aku. Aku disuruh bertenang.

Bomoh tu cakap dia tak boleh bagitau sape yang hantar tapi dia boleh pulang balik. Aku cakap tak payah sebab aku takut benda2 syirik ni. Aku ajak Syed balik. Sebelum balik, Syed senyum kepada bomoh dan bawa aku balik ke hostel.

Sampai bilik, aku search FB Jafni. Cari punya cari, aku jumpa “Abdul Jafni Tawin; studied at U**, Terengganu”. Ya Allah, macam mana aku boleh tak tahu Jafni sama uni dengan aku? Aku add dia dan message dia. aku ajak jumpa. Jafni reply dan setuju untuk jumpa. Aku tutup laptop dan tidur. Pukul 2.20 pagi aku terjaga sebab nak buang air. Ahhh sudah. Dalam kepala teringat makhluk atas syiling kelmarin. Aku kejut roommate aku untuk temankan aku. Elok je aku nak turun kaki dan pijak lantai, Ya Allah bisanya kaki aku.

Aku tak dapat jejak langsung kaki atas lantai sebab bisa. Aku perasan ada kesan lebam bertompok-tompok di betis aku. Roommate aku papah aku dan pakaikan selipar. Aku cakap aku rasa nak muntah. Roomate apa lagi amek baldi terus tadah. Amek kau rambut entah sape punya bergumpal-gumpal keluar dari mulut aku. Rambut panjang. Rambut aku tak sepanjang tu. Roommate aku tanya aku kenapa sebab muka aku pucat dan bibir aku merekah sampai berdarah. Aku jawab aku okay Cuma keracunan makanan. Sebolehnya aku taknak roommate aku tau. Tiba-tiba roommate aku cakap “Nim, teghuk mu nim. Maghi kito gi sepita deh”. Aku cakap aku okay then mintak dia teman ke tandas. Ni roommate aku yg lain. Bukan yang temankan masa nampak benda atas syiling tu.

Dalam perjalanan ke tandas. “Eh nim, jak deh, aku nok pi amek beruh gigi jak. Ale-ale teme mu gi tandah elok aku gi cuci muko.” Aku Cuma reply okay dan tunggu tepi koridor bawah lampu kecemasan. Tak sampai berapa minit roommate aku datang balik dan kami terus ke bilik air. Selesai buang air aku keluar tapi roommate aku hilang. Aku panggil-panggil dia tapi dia tetap senyap. Tiba-tiba “Nim…mu caghi aku ko nim?”….suara tu di belakang aku tapi suara tuuuuuu….kenapa suara tu lain tak macam suara roommate aku. Aku serba salah nak pandang. “Nim, mu pande sini Nim. Aku belake mu Nim.” Zassssss berderau darah naik sampai otak. Aku masih menggeletar tak tahu nak pandang ke tak. “Nim, kalu mu tok pande sini, aku gi depe mu deh?”… elok je aku nak toleh ke belakang tiba tibaaaaaaa…. Tasnimmmmmm!!!!!!!!!!!!!! Suara roommate aku menjerit panggil nama aku dari koridor. Zappppp otak aku tangkap yang belakang aku bukan roommate aku then aku terus pecut keluar tandas. Malangnya aku tersadung dan terjatuh di tepi koridor. Masa tu aku nampak benda tu merangkak-rangkak datang dekat aku. Aku habiskan bacaan ayat kursi sambil tekup muka. Benda tu hilang. Aku jerit panggil roommate aku. Dia kata puas dia cari aku lepas selesai ambil pencuci muka dia. dia kata aku hilang ~~~~~

Pagi tu aku tak berapa sihat. Muka pucat, bibir kering. Nak make up pun malas. Biarlah Jafni lihat keadaan aku supaya dia hentikan kerja terkutuk dia (kalau dia yang buat). Aku jumpa Jafni. Ini perbualan kami:

Jafni: Tasnim, awk okay? Kenapa nampak lain ni?
Aku: awk tanya sebab nak tahu atau pura-pura tak tahu?
Jafni: apa awk cakap ni?
Aku: cukup la Jaf. Awk sihir saya kan? Awk dendam dengan saya sebab lempang awak masa kita form6 dulu. Lepas tu awk berdendam dengan saya sebab tinggalkan awak kan! (aku tengking Jafni. Aku di luar kawalan. Seakan ada sesuatu yang menguasai diri aku)
Jafni: astaghfirullahalazim. Apa awk cakap ni Tasnim! Awak sedar tak awk fitnah saya?
Aku: kenapa Jaf? Besar sangat ke dosa saya kat awak sampai awk sihir saya? Saya lempang awk bukan ada orang tahu pun. Kita berdua je. Bukan saya jatuhkan air muka awk depan orang ramai.

Jafni: sorang awk cakap? Habis yang awak bawak Syed sekali masa tu kenapa? Awk tau tak sebab mulut dia, satu sekolah tahu awk lempang saya. Saya malu, Tasnim.
Aku: Syed? Saya datang sorang jumpa awak masa tu…Syed kan dekat UITM. Masa bila pulak Syed……………..

Jafni: Syed masuk UITM? Tasnim, listen. Syed tu psiko. Dia boleh buat cerita apa je untuk kepentingan diri dia. Dia tak dapat tawaran mana-mana pun. Yang pasti dia selalu ikut awak. Masa awk lempang saya tu pun dia ada. Takkan awk tak perasan kot?
Aku: Jaf…saya datang sorang. Sumpah. Saya tak nampak pun Syed!
Jafni: dia ada jumpa awk dekat sini?
Aku: ada… dia memang ada dekat sini. Tapi hari ni dia balik KL dah. Dia stay sekejap sebab nak jaga saya.

Jafni: Tasnim, listen. I don’t know where he is. Tapi saya dapat rasa dia sedang perhatikan kita. Tasnim, keluarga Syed bukan orang baik-baik. Ayah dia bomoh tau tak!
Aku: hah? Bomoh? Berapa umur ayah dia?
Jafni: tak pasti. Tapi muda lagi. dalam 40-an mcm tu. Last saya jumpa keluarga dia, masa keluarga dia kena halau dari kem sebab ayah dia suka buat benda syirik.

Aku: 40-an? Bomoh yang dia bawak saya……
Jafni: dia bawak awk jumpa bomoh? Sah! Itu ayah dia. mungkin diorang ada dekat sini. Awak jaga-jaga Tasnim. Saya takut awak mangsa dia.
Aku: keluarga dia kena halau? Maksudnya, dia pindah kem sebab kena halau?
Jafni: ye, sayang.
Aku: Stop it Jaf!

Jafni: okay, okay. Saya rasa Syed cuba manipulasi awk. Dia nak tutup kesalahan dia, dia cuba tunjuk baik depan awak. Dia pernah suka awak?
Aku: tak pernah. Saya pernah tanya tapi dia jawab tak.
Jafni: habis kenapa gambar awak banyak dalam kereta dia?
Aku: hah? Kereta dia. mana awak tau!
Jafni: I saw both of you that night. I saw his car unlocked and saya buka. Banyak gambar awk dalam dashboard.
Aku: WHAT! Awak tau kita sama uni?
Jafni: Tau. Tapi saya takut nak muncul depan awak sebab saya tau awk benci saya. saya mintak maaf.
Aku: Syed, rupa-rupanya kau yang…

27 comments

  1. Hhehehee isu panas citer bersambung..pastikan ko smbung n terus abes citer ni k..pastu citer yg baru plak..sbb leh layan gaya penceritaan ko ni..mcm tgh sembang plak..hehhee

  2. aku tak rasa cite ni tergantung. Bila writer bagitau Syed yang sihir dia, thats it la. sebab aku nampak dekat sini, main point writer nak expose sapa yang sihir dia. Tapi aku rasa writer akan sambung jugak sebab ramai yang suruh. hahahaha

  3. Excuse me.. first of all sape ckp masuk form 6 tu otak udang.. Lempang ko kang.. Haa kan mak dah marah..

    1. kan? selamber je.. ingat form 6 tu cikai ke? padehal package kot kau dapat result baik, kau boleh sambung degree skip diploma. Aku pon Form 6 elok je sambung belajar dan dapat keja elok2 siap lagi bagus dari yg tak masuk form 6 (bukan riak cuma geram) haha

    2. Penulis tak pukul rata pun semua yang masuk 6 tu otak udang..dia cuma rasa dia tu otak udang sebab tak masuk matriks atau universiti macam kawan2 yang lain..aku dulu pun dapat tawaran masuk form 6 tapi aku tolak sebab nak masuk kolej..bosan dah berbelas tahun pakai baju sekolah..

  4. Ok seronok baca..but..

    Jafni: I saw both of you that night. I saw his car unlocked and saya buka. Banyak gambar awk dalam dashboard.
    – – – Dan-dan pula jaf tahu kereta berkunci ke tak ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *