Misteri 2 dlm 1

Kisah ini terjadi pada beberapa tahun yang lepas…

Pada pagi itu…. “Dik, tolong hantar gelang kaki kakak ke kedai untuk direpair ok?” Aku on jer la sebab dia kasi duit minyak kereta dan duit makan sekali. Tapi, itu hanya cebisan daripada cerita ini.

“Giam waterfall” merupakan salah satu lokasi untuk bermandi-manda yang agak popular di Kuching.  Anak buah ku, baru sahaja habis mengambil peperiksaan PMR pada ketika itu, keluar bersama rakan-rakan nya untuk enjoy setelah berhempas pulas belajar. Seperti diberitahu si ayah, pelan asal mereka adalah untuk bermandi manda di Sungai Merah, yang teletak di Matang, rupa-rupanya mereka hendak ke Giam Waterfall. “Giam waterfall” merupakan salah satu lokasi untuk bermandi-manda yang agak popular di Kuching. Akan tetapi, banyak yang tidak tahu bahawa air terjun ini, telah banyak mengambil nyawa manusia, dan yang terbaru, seorang doctor dan seorang jururawat telah m**i lemas di situ.

Berbalik kepada cerita. Pada pagi itu, anak buah ku mengucapkan selamat pagi dan cium ibu bapanya meminta izin untuk pergi mandi manda bersama kawan-kawan nya, which is memang sangat-sangat rare. Dia bukan jenis yang nak peluk cium ibu bapanya. So, ibu bapa nya berfikiran bahawa anak mereka telah berubah.

Pukul 7pm, hari yang sama, saudara ku call, which is ayah kepada anak buah aku. Dia menyatakan bahawa anak nya m**i lemas. Aku hanya terdiam dan terkedu, kerana dia merupakan anak buah yang paling rapat dengan aku. Kebetulan pada masa itu aku tiba- tiba demam. Dalam hati, “besok jer lah aku balik kampung, badan tak sihat, lagi pun hari dah gelap”. Pada malam itu juga, aku rasa serba tak kena, sedih, badan menggigil sebab demam sehinggakan aku tak dapat tidur. Agak lama jugalah aku layan youtube sehingga aku terlelap.. “Kring… kring.. kring…kring…” Bunyi gelang kaki agak kuat kedengaran sehinggakan aku terkejut. Jam di dinding menunjukan jam 1am. “Eh, menyusahkan betul lah kakak ni, pagi2 gi dapur. Nak makan lah tu?” Bisik hati kecilku. Kemudian aku teringat yang aku hantar gelang kaki kakak untuk di repair pagi tadi, dan arwah mak memang tak pakai gelang kaki.

Tiba-tiba bulu roma ku meremang habis dan aku tarik selimut sampai over muka disebabkan terlalu takut. Bukan setakat tu sahaja, ada lagi benda yang terjadi yang menyebabkan aku terasa nak jerit, nak pengsan. Semua perasaan ada. Setelah bunyi gelang kaki tadi sayup-sayup kedengaran, tombol pintu bilik ku seakan di pusin perlahan2 selama seminit. Aku memberanikan diri untuk melihat dgn sebelah mata. Untuk memastikan siapa yang mahu masuk ke dalam bilik ku tengah-tengah malam buta ni. Alangkah terkejutnya aku pintu bilik ku terbuka dengan sendirinya dan tiada siapa-siapa pun yang berada diluar pintu. Aku hanya mampu berdoa didalam hati, diminta di jauhkan dari makhluk-makhluk yang jahat. Kemudian, pintu tersebut tertutup dengan sendirinya dengan agak kuat, dan menyebabkan ahli keluargaku yang lain terbangun dari tidur.

Pada pagi itu, aku menceritakan segala-galanya kepada keluarga aku. Dan mereka agak terkejut kerana perkara ini berlaku di rumah sendiri. Yang menghairankan lagi, semua ikan peliharaan dirumah kami m**i. Dalam perjalanan balik ke kampung untuk melihat jenazah anak buah, Ayah ku, pesan. “Nak, ayah rasa, yang buka pintu kamu semalam ada lah roh anak buah mu. Mungkin dia datang untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Jadi, Sama-samalah kita berdoa agar roh nya tenteram di dunia sana ya.” Aku hanya mampu terdiam dan airmataku mengalir mengingatkan segala kenangan manis yang kami pernah lalui bersama.

Tiba2 aku teringat semula bunyi gelang kaki semalam. Kalau betul roh anak buah ku yang buka pintu tu, roh siapa kah yang memakai gelang itu? Sampai sekarang aku masih lagi terfikir dan terbayang-bayang. Aku andaikan anak buah ku bukan datang untuk melawat ku semata-mata, mungkin dia datang untuk menghalau roh yang menggunakan gelang kaki tadi, dan dia buka pintu untuk memastikan aku selamat.

I miss you so much, anak buah. Semoga kamu tenang disana..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Wyatt Edward

3 thoughts on “Misteri 2 dlm 1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.