Misteri Adikku

Hujan dah start renyai renyai tengahari ni bak kata orang ‘hujan panas ‘ dan aku masih di bangunan kelas yang lama berhampiran hutan untuk meneruskan aktiviti bergotong royong dengan kawan-kawan yang lain.

Tengah syok buat kerja, aku terdengar beberapa kawan bergosip tentang seorang pelajar perempuan sekolah aku lari masuk hutan sebelah bangunan ni sebab terkantoi nak b***h diri di asrama. Dia tak boleh terima mak dia meninggal, jadi dia nak ikut mak dia. Terhenti disitu aku dengar sebab aku takut kerja aku tak siap pulak kalau aku join gosip sekali.

Selesai semua kerja dan aktiviti, aku dengan kawan aku singgah sekejap dekat kelas sebelum balik, kawan aku tertinggal barang katanya. Kejadian misteri yang tak berapa seram terjadi apabila aku nak balik.. Elok je kiteorang berjalan keluar dari sekolah, aku nampak kereta ayah sampai. ( Oh ya, aku pernah tulis di FS ni sebelum ni tentang adik aku yang hilang tu .. ) Adik aku nama dia Am. Aku bukan nampak ayah aku je dalam kereta tu tapi aku nampak adik aku ni sekali. Dia duduk dekat seat belakang pemandu. Dalam hati aku ‘ oh si Am ni ikut babah ‘. Aku nampak adik aku pandang aku dengan pandang scary gila and tetiba dia senyum sinis. Kawan aku pun pelik and tanya aku kenapa Am senyum macam tu. Aku ignore je.

Sebelum ayah aku u-turn nak ambik aku dekat pagar, aku nampak Am melompat ke seat belakang sekali ( kereta grand livina ). Aku pun tak faham lah kenapa Am ni suka sangat main nyorok2.. So, masuk je dalam kereta, aku panggil Am. Aku cakap ‘ tak payah la menyorok, kakak tahu kamu dekat mana ‘ , tapi senyap sunyi takde langsung suara Am gelak ke apa. Aku panggil lagi adik aku ni suruh keluar tapi tetiba ayah aku pandang pelik, ayah aku cakap yang dia mana ada bawak adik aku pun.

Masa ni aku macam berderau juga d***h tapi masih fikir positif, ayah aku mesti nak backup Am. Aku tak puas hati, aku bukak kasut sekolah then terus lompat ke belakang cari Am. Ya betul, Am takde pun dekat seat belakang tu. Apa aku nampak tadi ? Siapa ?

Sepanjang perjalanan tu aku diam je dalam kereta. Ayah aku cakap jangan difikirkan sangat.. Huhuhu sampai je dekat rumah, aku bukak pintu kereta, hidung aku tertangkap bau yang wangi sangat sampai lah depan pintu rumah aku.. Masa aku nak melangkah masuk rumah, aku nampak Am ni keluar dari toilet. Dia pakai baju dgn seluar yang sama dan betul betul sebijik dengan yang aku nampak tadi. Aku blur sekejap.

Mak aku tanya la kenapa aku tak jadi masuk, then ayah aku jawab yang aku mimpi di siang hari and aku nampak hantu copy paste Am tadi.. Mak aku bangun dari sofa tarik aku masuk dalam rumah. Dah siap mandi solat makan apa semua, aku cerita kan semua apa yang aku alami tadi dekat mak aku, pastu mak aku cakap ‘ tula, main kat luar masa hujan panas lagi, tengahari pulak tu,orang tua2 kata tak elok ‘…

Malam nya, aku tidur awal sebab penat.. Masa aku tidur tu, aku terasa ada cecair sejuk menitis atas pipi aku and aku pun bukak la mata tapi takde apa-apa pun, so aku ignore jela sebab aku ingat air liur basi. Bila dah pagi mak aku tetiba jerit dekat aku, goncang2 aku, aku pun bangun la, mak aku tanya aku okay ke tak, kenapa d***h penuh dekat bahagian pipi dengan mulut aku? Aku terus berdiri and pergi dekat cermin, ya memang ada d***h tu.. even darahnya dah kering, tapi warnanya still merah pekat.. terus aku terfikir kejadian semasa aku tidur tu. Benda ni jadi dekat aku 3 malam berturut-turut. Yang follow-up cerita aku sebelum ni ( KEHILANGAN TERUNGKAI ), korang masih ingat tentang adik aku cerita pasal hantu yang dah tua rambut panjang and mulut berdarah tu ? Aku pun syak benda tu ganggu tidur aku. So, kalau korang tengah tidur, tiba-tiba rasa macam aku kena, jangan bukak mata tau! hehehe.

Banyak lagi peristiwa aku nak share dengan korang, tapi aku stop dekat sini dulu sebab aku rasa cerita ni dah panjang sangat nanti korang bosan pulak nak baca. So pesan aku berdasarkan pengalaman aku, jangan ignore apa orang tua tua pesan. Mereka lebih makan garam daripada kita. Jangan main dekat busut, jangan merayap masa tengahari rembang or hujan panas, kita tak tahu alam ghaib macam mana, tapi mereka tahu kita dan nampak kita. Jaga hubungan dengan Allah dan amalkan pelindung diri. Semoga berjumpa di cerita seterusnya! Tq admin kalau post cerita aku ni. Assalammualaikum.

Cha.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

71 thoughts on “Misteri Adikku”

  1. Uish takde komen lagi..
    Nais cerita, tapi cha, kalau nak stop cerita cha stop je cakap okey jumpa next story..jangan cakap rasa dah panjang sambil mengandaikan pembaca bosan, sedangkan keropok baru siap goreng tak sempat makan lagi dah habis ceritanya.. plis cha plis..haha.. Kipidap cha

    Reply
  2. AKU, MUHAMMAD JURI BIN ADIL/ JURIFS2/PENGKRITIKFS, DENGAN INI MENGUMUMKAN PENARIKAN DIRI DARI PENTAS KOMEN FIKSYEN SHASHA INI. MINYA MAAF ATAS SEGALA KEKASARAN BAHASA YANG TELAH SENGAJA MAHUPUN TIDAK SENGAJA YANG AKU TELAH LAKUKAN. HOPE TILL WE MEET AGAIN AT ANOTHER PLACE, ANOTHER TIME. IF ONEDAY WE CROSS PATH, JUST DONT BE SHY TO SAY HI! DO REMEMBER MY NAME, NOT MY PAST… ASSALAMUALAIKUM

    Reply
  3. Malam nya, aku tidur awal sebab penat.. Masa aku tidur tu, aku terasa ada cecair sejuk menitis atas pipi aku and aku pun bukak la mata tapi takde apa-apa pun, so aku ignore jela sebab aku ingat air liur basi. Bila dah pagi mak aku tetiba jerit dekat aku, goncang2 aku, aku pun bangun la, mak aku tanya aku okay ke tak, kenapa d***h penuh dekat bahagian pipi dengan mulut aku? Aku terus berdiri and pergi dekat cermin, ya memang ada d***h tu.. even darahnya dah kering, tapi warnanya still merah pekat.. terus aku terfikir kejadian semasa aku tidur tu.

    part ni seram…eishhh

    Reply
  4. cita ringkas dan menarik…mohon pada semua2 penulis FS tak perlulah di perenggan akhir tulis kata takut pembaca bosan/penat taip/jgn kecam dan mcm2 benda negatif…terus hilang mood tau…bila dah abis cukup bg tau akan tulis kisah lain jika ada kelapangan…kan lebih sedap bunyinya… kipidap…

    Reply
  5. “.. tapi aku stop dekat sini dulu sebab aku rasa cerita ni dah panjang sangat nanti korang bosan pulak nak baca.”

    Takde la panjang sangat pon. Cerita best, kalau tambah cerita bagi panjang lagi pon best. Orang datang sini nak baca cerita kan, takde la istilah bosan pulak nak baca ?.

    Ape pon, sila cerita lagi di lain waktu. ?

    Reply
  6. ape benda weyhhh menyerupai adik u tuh..

    pahtu kena kacau plk ngn d***h penuh mulut.. scary!

    apepun pesan org tua2 kini semakin diabaikan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.