MISTERI ASRAMA TUN FATIMAH

Assalamualaikum . Pertama kali menulis di Fiksyen Shasha dan maaf kalau ada menyinggung mana-mana pihak.

Aku adalah penuntut di salah sebuah universiti di Parit Raja. Graduan tahun 2008-2011 dan menginap di asrama Tun Fatimah dalam universiti terbabit. Satu bilik ada 4 orang terdiri dari kawan-kawan aku semuanya geng pantai timur. Maaf, no bilik aku dah lupa cuma seingatnya bilik tersebut di aras 2.

Awalnya tiada kejadian aneh yang berlaku.sehingga sampai satu masa aku merasa sesuatu yang pelik berlaku . Aku kerap ditindih dan sukar bernafas. Ada suatu hari tu , ada program ‘fire hose drill’ pada lewat malam.semua pelajar diminta berkumpul di bawah. Aku dan kawan satu bilik buat keputusan taknak turun. Malas la, mahu duduk dalam bilik je dan lampu kipas kami tutup . Suasana sunyi dan jauh-jauh dengar pelajar berkumpul di bawah. Senang enak main hanfon dalam gelap, tombol bilik dipulas berkali-kali dengan kuatdan pintu kami diketuk kuat. Kami diam dan bimbang tu AJK asrama. Bila suasana kembali tenang, kami pergi bilik depan (sebab bilik depan pon tak turun jugak). Diorang cakap takde AJK buat rondaan dan pintu bilik dia tiada pon diketuk dan dipulas tombol.

Okey malam seterusnya, kawan sebilik aku ni bergayut lewat malam. Lampu bilik dah ditutup. Lepas tu boleh pulak pakwe dia tanya bunyi suara siapa kat belakang tu sedangkan kami yang lain dah tidur. Beberapa hari kemudian , masa nk bersiap pergi kelas kawan sebilik aku tanya, kau gaduh dengan pakwe ke semalam? Aku dengar kau bergayut dan dengar macam bergaduh dan menangis. Aku cakap mana ada, aku tidur, tak bergayut kat fon pon. Kawan aku cakap siap dengan bunyi gelang kaki aku berjalan dalam bilik.huhuuuuuu

Gangguan demi gangguan lagi kami alami. Satu hari tu kawan sebilik aku berpuasa ganti.jadi petang tu diorang keluar untuk berbuka puasa.aku sorang-sorang dalam bilik.lepas solat magrib aku baca yasin. Sampai ke mukasurat tengah dumnnn!! Aku dgr bunyi benda jatuh ke lantai. Terkejut tengok kotak “final projek ” kawan aku dari atas almari jatuh ke lantai sedangkan kotak tu berat.bagaimana boleh jatuh takkan melayang . Aku stop baca yasin, aku angkat kotak sambil lawan balik sebab aku dah rasa ni memang gangguan .aku menjerit

“jangan kurang ajar ! Aku tak ganggu kau,kau jangan ganggu aku.!!! Panas ke aku baca yasin?!!”

Buat-buat berani tapi lutut menggigil jgk la… Sampai tahap satu gangguan yang aku tak boleh terima

Disebabkan satu bilik kerap kena usik, minggu exam lagi.aku decide nak alihkan perabot dalam bilik. Meja study aku alih buat satu tempat ,lepas tu aku rapatkan katil dengan kawan aku. Disebabkan aku kerap kena tindih aku pesan pada kawan aku kalau dengar aku mengigau atau suara aku sakit, tolong sentuh tangan aku. Dan malam tu jam 3 pagi aku nak buang air sangat-sangat sampai tak boleh tidur. Tengok kawan aku kat sebelah nyenyak tidur baru lepas study . Tak sampai hati nak kejut. Aku bangun dan buka pintu bilik ,keluar ke tandas. Tandas dan bilik mandi depan bilik tapi di luar. Aku sengaja buka sedikit pintu bilik supaya apa-apa berlaku aku boleh berlari masuk bilik.

Aku keluar dan buang air cepat-cepat.aku masuk bilik dan tutup pintu.masa aku letakkan kepala pada bantal, aku nampak kawan sebelah pusingkan kepala pada aku untuk betulkan kedudukan baring. Aku tengok dia celik mata dan kononnya aku nak cakap yang maaf sebab buat tidur dia terganggu,aku tengok mata dia terbeliak sambil pandang aku dan menangis pejam mata rapat-rapat, tangan dia genggam lengan aku kuat giler. Aku tanya kenapa?Kenapa???? Dia pejam rapat sambil geleng-geleng kepala dan aku boleh tengok dada dia berombak turun naik..aku peluk kuat-kuat dan aku kuatkan semangat untuk tidur walaupon dalam kepala aku macam-macam yang fikir.

Lepas subuh aku kejut dia, dia bangun dan cerita. Dia tersedar masa aku bangun untuk ke tandas.dan masa aku masuk memang dia tersedar. Dia pusing kepala untuk hadap muka pada aku, sekali tengok ada muka buruk antara bantal aku dan dia. Tengah-tengah ruang antara kami tidur ada lembaga yang ikut aku masa aku ke toilet.
Allahuakbar meremang satu badan..

Kami rasa dah teruk sangat gangguan. Banyak lagi gangguan sehingga setiap malam kami kena baca yasin dan alquran dan memang tak study lewat malam. Itulah antara gangguan yang kami alami di asrama Tun fatimah dan tahun seterusnya kami lega sebab dah berpindah ke asrama taman universiti..

 

nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

7 thoughts on “MISTERI ASRAMA TUN FATIMAH”

  1. Budak UTHM rupanya.. Sama la kita. Ak batch 2006 – 2010, Mmg kolej kediaman kat belakang tu Tun Fatimah n Tun Dr Ismail bnyk cerita dulu. Bukan aku yg alami tapi membe aku kebanyakan budak Palapes… Diorg yg cerita…

    Reply
  2. “Tengah-tengah ruang antara kami tidur ada lembaga yang ikut aku masa aku ke toilet.
    Allahuakbar meremang satu badan…”

    Punyelah kol 1pagi akk tgh layan citer ni smbil tggu mesin siap basuh kain…
    Sekali tgh saspen part ats tu, mesin basuh punye alarm bunyik punyela kuat…
    Torkojut den…terlompat…
    Terus ngendeng2 sandar kat asben yg nyenyak tdo…
    Adeeehhhh…

    Reply
  3. Aku stay Tun Fatimah tahun 2012/2013 utk 2sem, alhamdulillah xpernah kena ganggu apa2 but cerita anda mmg seram ??

    Reply
  4. “Ada suatu hari tu , ada program ‘fire hose drill’ pada lewat malam.semua pelajar diminta berkumpul di bawah. Aku dan kawan satu bilik buat keputusan taknak turun. Malas la, mahu duduk dalam bilik je dan lampu kipas kami tutup”
    Padan muka kau..org turun berkumpul buat fire hose drill kau besar kepala xnak turun…kan dh kena…

    Reply
  5. Pengalaman aku time kat KKTF tahun 2014 camtu lebih kurang, minggu study week semua pakat tido lewat , ada yang study sambil dengaq ear phone ada yang main fon dekat Blok A satu bilik 4 orang, aku punya katil kiranya betul2 menghadap pintu masuk, buka pintu ja nampak muka aku, sebelah aku katil syifa, dan katil hujung kanan dan kiri aku ila, ani. Satu malam tu, lebih kurang jam 12 lebih cmtu, aku ni tengah dok study atas katil, pastu dengaq la orang bagi salam, dok pikir geng bilik depan nak mai study skali laa, cakap la dekat anis, tlog buka pintu sat ada orang nak masuk tu, pintu kunci. Yang anis ni dok khusyuk study, ibarat mcm dia buat xtau ja, aku pon dengan malasnya bangun dari katil , pi la buka pintu pintu, wehhhhhhh xdak sapa depan pintu, serious, aku jenguk belah kanan , kosong, depan kosong, sebelah kiri tu koridor ampaian , mmg xda bilik. Tapi serius masa buka pintu tu ja, rasa seram sejuk ketaq semua ada. Si anis ni dia tanya aku, awat hg buka pintu , aku cakap la yang ada org bagi salam, dia cakap dia yang duduk sebelah pintu pon xdengar sapa pon bagi salam. Fuhhhh, aku pon ttup pintu, ttup buku, sembang dengan syifa, semua x dengar wey orang ketuk pintu, kecuali aku. Bilik depan tu semua balik kampung sebab minggu study week cuti panjang, semua dari area parit raja jugak, cuma aku ja jauh kampung, kat kedah sana nu. Pengalaman tu aku ingat sampai bila2 , serious. Ouh ya bilik aku dekat Blok A Tingkat 3, A306 x silap aku, banyak kali gak dekat tingkat 3 tu jadi benda pelik2, contohnya satu malam tu aku ni gedik sikit dengan kawan2 aku ni, dok berlari pi mai pi mai antara bilik aku dengan bilik mimi, time aku lari nk balik bilik aku tu, mmg betul2 aku terasa ada orang yg sengaja tarik rambut aku, time tu rambut aku panjang dan aku lepas ja, x ikat. Bukan perasaan atau apa, mmg ada “orang” tarik sbb rasa wey sakit dia tu. Ni la pengalaman aku kt KKTF , bagi aku benda ni mmg wujud, dia pon makhluk ciptaan Allah jugak, cuma kena pandai kawal rasa takut tu, in shaa Allah dia x ganggu, Kepada yang bakal sambung pengajian di UTHM, tahniah yerr, best study di situ. Ok sekian , bye hahha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.