Misteri “Ayam hitam berkokok”

Assalamualaikum semua!

Siapa pernah tinggal di asrama? Pasti ia kenangan terindah untuk diimbau kembali apabila anda sudah menamatkan sesi persekolahan kan? Samalah dengan saya ni. Banyak kenangan manis untuk diimbau berssama-sama rakan kerana di asramalah kita mula berdikari dan belajar erti kehidupan.. Namun pasti ada kenangan pahit untuk dilupakan sewaktu diasrama,lebih-lebih lagi sewaktu terjumpa “sesuatu yang tidak diingini”…

Setiap tahun,semua di sekolah asrama aka nada pelajar yang meninggalkan sekolah dan pasti akan ada pelajar baru yang masuk ke sekolah(asrama)..

Nama aku Lie. Aku merupakan second-intake sewaktu di tingkatan 1 dahulu. Atas sebab ingin berdikari, aku sendiri yang menyuruh ibu bapaku untuk menghantar aku ke asrama tersebut. Sekolah asrama tersebut merupakan di antara Sekolah Asrama yang terpilih di sekitar Sarawak. Sewaktu mendaftar bilik asrama, aku ditempatkan di hujung bilik. Setiap bilik ada 30 penghuni, kiranya akulah yang ke 30. Sudahlah bilik hujung sekali, katil pun hujung sekali..

Nak dipedekkan cerita, pada minggu pertama ok je sebab baru dapat kawan baru, senior baru dan guru-guru baru serta warden.

Namun pada minggu kedua bermulalah “cerekarama” tersebut,

Sewaktu prep malam di kelas,salah seorang kawan aku telah dirasuk dan dibawa ke bilik warden untuk dirawat oleh ustaz yang menjadi warden pada malam tersebut. Selepas pukul 10pm, pelajar baru dibenarkan untuk balik ke asrama. Pukul 10:30pm, aku masih lagi belajar di bilik untuk menyiapkan kerja rumah yang belum siap.

Sedar tidak sedar jam dah hampir pukul 12 tengah malam. Aku yang berada di katil susah untuk tidur sebab aku punya member katil sebelah tidur berdengkur. Waktu tu puas dia aku sumpah seranahkan, dah lah bising, kacau aku punya ketenteraman nak tidur. Aku pun membaiki jam loceng yang telah rosak.

Sewaktu aku khusyuk membaiki, tiba-tiba datang bunyi ayam berkokok..

“Mana pulak datang ayam ni dalam asrama”.

Aku pun tidak mengendahkannya. Lama jugaklah bunyi ayam tu.Yang aku hairan apasal kawan aku tak sedar bunyi ayam berkokok tu..

Selepas bunyi ayam berkokok berhenti seketika, datang pulak bunyi orang berlari di koridor luar asrama. Jelas bunyi tersebut bahawa benda yang berlari di luar koridor itu ulang alik. Time tu lh bulu aku start meremang. Giler lh, sudahlah aku sorang je yang terjaga waktu tu.

Tanpa teragak-agak, aku terus merebahkan badanku dan berpaling muka aku dari arah tingkap yang berada di koridor tersebut. Lepas tu semakin menjadi bunyi tu bila benda yang berlari di luar koridor tu berbunyi tangisan dan bunyi rantai yang diheret di lantai koridor. Aku pun kecutlah lalu terus menarik selimut aku dan menutupi seluruh badan aku.

Celaka juga lah masa tu! Bunyi tu semakin kuat dan semakin dekat dengan aku. Aku pun cuba untuk membaca apa-apa surah yang terlintas di kepala aku. Benda tu goyang katil aku lh pulak..Adoi..Menangis aku dibuatnya

Sedar tidak sedar aku terbangun dari tidur pada jam 5pagi.Cek je dekat cadar tilam,adui!! Bau lesing kuat pergh. Kawan aku yang berdengkur tu apa lagi, disebarnya berita aku dekat kawan-kawan yang lain. Hah, celaka punya kawan!! Lepas kejadian tu aku tidur awal je. Kalau ada kerja rumah tak siap lantak lh. Aku lebih rela dihukum cikgu daripada meroyan tengah malam dikacau benda tu..

Benda tu tak berenti setakat tu,

Sewaktu itu hari Sabtu, aku dan kawan-kawanku yang lain stay di asrama. Bukan apa, nak enjoy sebab pelajar lain balik, kiranya sedikitlah pelajar asrama waktu itu. Dalam bilik tu kira-kira 15 orang yang stay. Jadi pada waktu malam, kami bermain futsal dalam bilik sebab ruang tengah bilik tu besar..

Hui,memang berpeluh giler waktu tu.

Sedar tak sedar jam dah nk pukul 12 tgh malam.Ada geng yang telah tidur kepenatan(sama lh juga dgn aku). Waktu itu warden datang bilik dan ambush kami segeng. Apa lagi, terus kami tutup api dan berlari ke katil masing-masing. hahaha, memang lawak masa itu.

Selepas warden balik, tengok semua pelajar dah tido ,ada yang tido berpeluh… Ish Ish Ish! Kiranya aku nak mandi tengah malam tu tapi takda geng yang nak teman, dah lh jiwa masih dihantui dikacau hantu dulu.

Pada waktu tu tinggal aku, Koyong dengan Akim yang masih terbangun. Yang lain pula dah dibuai mimpi indah. Sedang kami berbual senyap-senyap,t etiba datang pulak bunyi ayam berkokok depan pintu. Kepala bana betullah masa tu.

Kawan aku yang sempat menoleh sekejap ke tingkap kata ada ayam hitam dekat luar bilik depan pintu. “Ayam hitam??Mana pulak datang ayam hitam ni.Bila masa pulak sekolah ada membela ayam?”

Kami pun cuba memerhati ke tingkat dari celah katil kelakuan ayam tersebut. Sejenak seketika bunyi ayam tersebut hilang. Serius, meremang bulu roma aku dengan kawan aku masa tu. Aku pun terbayang masa aku dengar bunyi ayam pada tengah malam dulu. Sedang aku terbayang, tetiba kawan aku mengejutkan aku dari lamunan dan menunjuk kea rah tingkap tersebut..

Terbeliak biji mata aku melihat dekat tingkap tu ada benda putih yang tinggi sedang lalu di tingkap bilik dengan rambut panjangnya dan benda itu seolah terapung dengan perlahan sekali lalu tingkap tersebut .

Aku pun cuba menenangkan diri aku yang resah gelisah ni.Kawan aku pulak perhati je benda tu. Seketika benda tu lalu tingkap tu,tetiba benda tu berhenti. Kepala benda itu menoleh tepat kearah kami..Uish, “MATA MERAH,MUKA PUTIH”, tu je yang aku dapat describe dekat benda tu. Aku cuba untuk menutup mulutku dari membuat sebarang bunyi dan mengganggu situasi tersebut. Toleh kami seketika lihat benda tu dah hilang..

Apa benda tu?Pasal benda tu ganggu aku ni?Takde benda lain ke yang nak dibuat sampai aku je yang dikacau.

Lepas tu,bunyi ayam berkokok dengan kuat sekali,seriously dari belakang asrama.Semua yang tidur time tu terbangun terkejut mendengar bunyi tersebut.Aku yang melihat situasi tadi hanya mampu terdiam dan lalu tertidur.

Keesokkan harinya,aku dan kawan-kawanku berjumpa dengan warden lalu menceritakan semuanya tentang kejadian semalam. Bak kata ustaz tu, mesti ada orang yang buat perkara yang benda tu tak suka. Ustaz tu pun menceritakan bahawa kes ini dah biasa sangat berlaku dekat abang-abang senior sebelum ini. Aku pun cuba mengambil ikhtibar dari situasi tersebut.

Syukurlah, sekolah asrama tersebut akhirya berpindah tapak ke tempat baru dengan sekolah baru. Dengan itu, segala benda yang mengacau pelajar tu dah tak ada lagi. Jiran di sekitar asrama lama tersebut memberitahu bahawa kekadang mereka ada juga diganggu benda itu tengah malam.. Setelah dikaji,rupanya sekolah tersebut mempunyai “SEJARAH HITAM” tersendiri yang nanti saya akan ceritakan.

Tapak baru dengan sekolah yang baru tak semestinya tiada berpenghuni.Sebab tiba di sekolah baru itu,ada benda lain yang sedang menunggu….

-bersambung-

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Abang Lie

4 thoughts on “Misteri “Ayam hitam berkokok””

  1. “Sedar tidak sedar aku terbangun dari tidur pada jam 5pagi.Cek je dekat cadar tilam,adui!! Bau lesing kuat pergh. Kawan aku yang berdengkur tu apa lagi, disebarnya berita aku dekat kawan-kawan yang lain…”

    Keluar jg bahasa Sarawaknya…
    …bau lesing…
    Lesing a.k.a hancing…

    ???

    Reply
  2. (Time tu lh bulu aku start meremang. Giler lh, sudahlah aku sorang je yang terjaga waktu tu) hahahahahahahahahhahahahahahahhaha….. bulu apa ya tek..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.