Misteri bukit kor(TESDEC)

Assalamualaikum semua pembaca FS. Terlebih dahulu aku perkenalkan diri aku. Nama aku Fadhil(bukan nama sebenar). Aku harap admin dapat siarkan kisah yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Banyak sudah kisah seram yang aku alami tapi kali ni aku kongsikan satu kisah saja dulu. Kalau cerita aku ni admin siarkan kat FS InsyaALLAH next cerita akan aku kongsikan…

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2005, ketika tu aku sedang ambik kursus kat salah sebuah pusat latihan di Terengganu. Kalau sebut saje Tesdec Bukit Kor mesti orang2 Terengganu tahu laaa. Bermacam2 kisah misteri yang pernah berlaku sekitar pusat latihan dan jalan 2 yang sewaktu dengan Bukit Kor…

Bnyak dah kisah yang dah aku dengar sebelum aku masuk kursus kat tempat tu tapi aku ni ambik kisah tak kisah je. Maybe aku ni jenis keras dan ade la 2,3 ayat Quran yang aku amalkan sebagai pelindung diri. Tu la aku tak ambik kisah mana apa yang orang cerita tentang kisah mistik yang pernah berlaku di situ sehingga lah aku alami sendiri. Kat atas ni baru intro…hehehe. Harap korang tak boring la dengan cerita aku ni sebab panjang lg kisah yang akan aku tulis dibawah nanti…

Berbalik pada cerita yang nak aku kongsikan dengan semua peminat FS. Aku masuk kursus sekitar tahun 2004 dan habis akhir tahun 2005. Kalau dah masuk kursus semestinya sinonim dengan asrama. Asrama aku 2 block saje. Maklum la time tu pusat belajar tu tak ramai lagi pelajar yang masuk.

Kursus pun time tu ada dalam 4 kos saje. So tak ramai la student kat pusat kemahiran tu. Aku intro sikit ye kos ape yg aku ambik kat situ. Aku ambik kos kimpalan N fabrikasi logam. Aku memang aku minat dengan kos ni. Memang jenis aku suka kerja yang lasak kot lagi pun peluang kerja dalam bidang welding ni memang bnyak di kawasan Terengganu time tu. Maklum la negeri pengeluar minyak la kata kan.

So peluang sebagai welder ni memang boleh dikatakan cerah la time tu lagi pun imbuhan pendapatan welder time tu memang kaw-kaw la. Korang jangan boring dulu ye coz aku intro sikit pasal kos yang aku study ni berkait rapat dengan kisah mistik yang aku nk kongsikan dengan korang semua..

Berbalik kisah di asrama aku tadi. Ade 2 block asrama kat pusat latihan tu. 1 block asrama lelaki kat bagian belakang dan satu block asrama perempuan kat bahagian hadapan tapi kedua2 asrama lelaki dan perempuan betul2 bersebelahan bukit dan hutan. So boleh dikatakan seram la kalau dilihat dari kawasan asrama tu. Dorm aku di aras 1. Aras 2 kos lain yang tinggal kat situ dan aras 3 tiada penghuni.

Bangunan asrama tu 3 tingkat,bilik warden di bawah..kawasan pusat kemahiran tu dulu memang kawasan hutan kira tempat jin betendang la kata orang terengganu..

Mula2 aku masuk kat situ memang tak ada apa yang pelik aku alami  tapi ramai dah student yang kena kacau. Jenis aku ni susah nak percaya kalau aku tak alami sendiri. Bukan aku tak percaya tentang kewujudan benda halus dan ghaib ni, aku cuma kurang percaya dengan orang yang bawa cerita. Korang faham2 la mulut manusia ni. Suka sangat tokok tambah, benda yang tak ade pun dia kata ada…

Bermula la kisah mistik aku sendiri.. hehehe. Pagi tu aku tak masuk kelas sebab mata aku bengkak dan merah kerana terkena cahaya welding semalam. Tu yang aku cakap kisah seram aku berkait rapat dengan kos yang aku ambil kat pusat latihan tu. Pagi tu semua orang dah siap2 nak pergi kelas. Aku duk lena lagi lepas solat subuh pagi tadi aku sambung tidur balik sebab semalaman aku tak dapat tidur dek kerana bengkak mata yg aku alami ni. So pagi tu aku malas nak pergi kelas…

“Oiiiii Fad, kau tak masuk kelas ke hari ni” laung member aku si Hazir (bukan nama sebenar).

“Aku tak masuk kelas la hari ni Bro. Sakit sangat ni mata aku. Nanti kau tolong bagitau kat Cek (cikgu) yang aku sakit mata ye”

“okey2” kata si hazir.

Dia pun terus berlalu pergi ke kelas. Aku pun apa lagi. Tarik selimut la jawabnye. Semalaman tak tidur…huhuhu…

Belum pun sempat aku nak lelapkan mata…..
Kriiikkkk…aku dengar mcm ada orang yang buka almari baju…aikkk.. Ada lagi ke yang belum pergi kelas. Kata aku dalam hati. Dah pukul 9 pagi ni ada ke ada juga orang yang tak pergi kelas hari ni. Aku pun buat tak tau je la. Malas nak layan sangat sebab mata ngantuk sangat time tu.

kriiiiikkkkk…kriiiikkkk…aiii…makin kuat pulak pintu almari ni bunyi.

“Oiiiiiii. Siapa tuuu” Aku cuba beri laungan.

Takde jawapan la pulak…kriikkkkk…krriiiiiikkkk..aiii.. Bunyi lagi nampak. Aku pun tak cakap bnyak dah. Terus aku bngun dan pergi ke tempat yang aku rasa bunyi pintu almari tu tadi. Dengan penuh hati2 aku pun mengatur langkah. Mana la tau kot2 ada member aku yang ponteng kelas jugak. Kalau ada orang nanti memang aku nak sarkat laa.

Tu yang bermain dalam fikiran aku..tapi bila sampai je kat tempat yang bunyi pintu almari tu tadi,takde la pulak aku nampak member aku..pintu almari pun elok je tertutup..siap berkunci lagi almari member aku tu..nak kata ada angin kuat, mustahil sebab semua tingkap bilik tertutup rapat..

Aiiii. macam ada yang nak bergurau ni dengan aku hari ni..kata aku dalam hati. Keras sangat ke tempat ni sampai siang2 hari pun kena kacau ni. Tu yang bermain dalam kepala otak aku time ni. Aku pun rase meremang juga la time tu tapi aku kuatkan semangat. Aku pun pergi balik kat katil aku. Nak sambung tidur balik la kata kan. Belum pun sempat aku sampai kat katil aku…

“dummmmmmmm” satu dentuman pintu aku dengar. Aikkkk. Dia main pintu pulakkk tapi aku ni bukan mudah takut. Aku pun pergi kat pintu besar nk tengok kalau2 ada member aku yang sengaja nak bergurau dengan aku tapi macam tadi juga la. Memang tak ada sorang pun member aku yang kelihatan kat situ. Pintu pun elok je terbuka. Tak tertutup pun pintu bilik aku tu..

Aku dah mula rasa lain macam dah time tu. Rasa nya aku dah terkena macam member aku kat tingkat atas baru2 ni. Dia pun alami benda yang sama aku kena hari ni tapi time tu aku sekadar dengar je cerita dari dia.

Nak percaya tu susah sikit la time tu sehingga la aku sendiri alami hari ni. Aku pun dah rasa lain macam time tu. Aku pun baca la ayat2 suci Al-Quran sekadar apa yang aku tahu. Aku pun pergi ke katil aku semula sambil baca ayat2 rukyah yang aku tahu sehingga la aku terlelap tak ada dah ganguan tu lagi.

Dalam pukul 2 petang member aku si Hazir balik dari kelas. Aku ceritakan semua kat Hazir ape yang aku alami pagi tadi. Berubah terus muka dia…haaaaa. Tu la kau. Diaorang cerita kau tak percaya. Haaa kan dah kene sendiri kat kau. Sekarang aku dah percaya la weyyy. Hazir pun tersengeh2 pandang muka aku. Okey laa. Aku stop dulu story pertama aku kisah misteri Bukit Kor. Kalau cerita aku ni admin siarkan aku akan sambung story seram yang lebih menyeramkan dan masih bnyak aku akan kongsikan tentang misteri Bukit Kor.

Kisah rumah sewa pertama aku dan kisah seram Perwaja still Terengganu yang aku sendiri alami..harap admin dapat siarkan kisah pertama aku ni. Okey laa salam jumpa lagi…assalamualaikum..

 

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Fadhil

4 thoughts on “Misteri bukit kor(TESDEC)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.