Misteri Cik Gula-Gula Bungkus

Hi Assalamualaikum. Aku Naz student U dekat utara tanah air. Thanks to admin sebab siarkan cerita aku. Aku nak cerita pasal pengalaman aku yang tak seram pun untuk fans FS (sebab banyak lagi cerita yang lagi seram dari cerita aku) hahaha. Okay cerita ni pasal pengalaman aku.

Kejadian ini jadi masa aku form 3 macam tu laa. Masa tu kat area rumah aku dok bising pasal kewujudan cik gula2 berbungkus. Kata orang, benda ni muncul tetiba and dia akan pegi dari rumah ke rumah and dia akan suruh orang bukak ikatan kat atas kepala dia tu. So, orang akan nampak laa muka dia yang aku pun tak tau nak cakap macam mana sebab aku tak pernah nampak. Benda tu akan muncul kat satu2 kampung tu dalam tempoh seminggu pastu dia ke kampung lain pulak minggu depan tu (kat area rumah aku ada dalam 3 buah kampung).

Aku pada mulanya x mau ambik kisah sebab aku kena duduk rumah sorang2 sebab parent kerja. Paling awal pun depa balik kul 6 pm. Seram doe duduk rumah sorang2 time tu. Okay back to story, satu malam ni, aku penat sangat2. Lepas siap homework semua, aku terus kemas beg then nak tido. Baju pun aku x larat nak iron, esok pagi bangun subuh baru iron. So dalam pukul 10 pm tu, aku dah tarik selimut nak tido.

Lampu saja jaa aku biar menyala sebab sis sherem nak tutup lagipun parent kat ruang tamu and aku sorang je kat dalam bilik (bilik belakang sekali sebelah dapur). Dah lepas aku tido tu, ayah aku mai tutup lampu (ayah cerita balik). Entah pukul berapa aku terjaga tapi macam separuh sedar, aku rasa macam diperhati. Tapi yang memerhati aku tu bukan dalam bilik tapi kat tingkap kat hujung kepala aku. Tapi aku buat tak endah je, sambung tido balik.

Pastu aku terjaga lagi, tapi yang ni aku betul2 sedar sebab selimut aku tertanggal (aku tak boleh tido kalau selimut takdak). Pastu dalam kegelapan pagi buta tu, aku rasa macam ada something kat belakang aku (aku dalam posisi mengiring menghadap dinding) so aku pandang belakang aku. Then aku nampak ada something macam baju tapi entah laa mende terapung. Macam menghadap aku tapi tak sure sebab aku tak nampak muka.

Aku terus pejam mata rapat2 then tutup muka dengan selimut. Aku nak baca ayat kursi tapi lidah dah terbelit macam mana entah terus tak boleh. Aku dapat baca 3 qul je sampai terlelap. Hahaha. Entah kenapa aku tak jerit or berlari ke bilik parent. Hahaha. Esok tu aku cerita kat mak aku masa otw ke sekolah, mak aku kata mainan tido. Tapi lepas tu mak aku suruh aku tukar bilik tido.

Tapi lepas kejadian tu, aku daapt tau yang cik gula2 bungkus tu dah hilang dari kawasan rumah aku. So, aku assume maybe dia pegi kawasan lain pulak kot. Hahaha. Anyway, lepas aku pindah bilik lain, aku dapat mmpi lain pulak. Tapi yang tu aku akan cerita kemudian tu pun kalau cerita ni dapat sambutan laa. Jangan risau, mimpi lain ni tak berkaitan pun dengan misteri cik gula2 bungkus tu. So, sampai sini je laa pasal misteri ni. Byeyum~

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Naz

10 thoughts on “Misteri Cik Gula-Gula Bungkus”

  1. ini yg nak buat aku komen tak berapa sopan ni..apa kau citer ni lahabau !!! bebudak tak sunat ke kau ni? cerita ntah pape..intro bukan main, sampai tengah hambar…ending pun hambar..

    Reply
    • Penulis tu SIS…
      Maknanye pompuanleerr,anak dara gituuu…
      Jgnler tanye psl SUNAT…
      Seganler die nnt…
      Heheheeheh…
      Mane pegi langsat byk hari sonyaapp yooo…

      Reply
      • oo..SIS ke…..kalau setakat tengok citer hantu kelakar melayu kat wayang pastu rasa nak tulis kisah seram,tak yah ler kot

        sy sibuk kirje la hakak……semalam baru ada masa selak2 FS ni

        Reply
      • Xpeleeerrr…
        Kan ade byk kategori seram…
        Seram giler…
        Seram komedi…
        Seram sedih…
        Seram jijik…
        Seram psycho…

        Akk plak lameee (mcm lame bebenor jerr…2hari je kot) x view fs ni sbb aritu ghase bengang sesgt tgk pop up window tu galak noo kuor…
        Ni dh menenangkan diri dan blh terima dh…

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.