Misteri Digosok Gigi

Hai, kali ni aku nak kongsi dengan korang cerita sebenar yang aku alami sendiri di USM sebab aku student situ. Ok cerita dy cmni, aku baru balik dari satu game kat kuantan dengan teammate aku, memandangkan jarak Pahang ke Penang agak lama, kami bertolak petang dan sampai ke Penang dalam pukul 3 pagi. Ni la starting point aku kena kacau.

Sampai ja kat desasiswa, aku dan kawan bergegas bawak turun beg tapi kawan aku ni kuajaq sikit, dia tinggai aku, dia jalan dulu masuk ke dalam desasiswa. Aku nak kejar dia, aku berlari terus atas rumput, org cakap, tak elok pijak rumput pagi-pagi buta. orang la cakap. Lepas tu, sampai ja kat bilik, roomate aku dah tdoq, kui 3 pagi kot time tu, sunyi gila aras aku tu.

So, aku decide untuk tukar baju then terus tdoq sampai takmaw pi basuh kaki kat toilet sebab takut. Sapa tak takut oi, senyap gila aras aku tu, memang la toilet depan bilik ja tp takutt punya pasai, aku salin baju terus panjat atas katil, get ready nak lena.

Masa aku start nak pejam mata tu, tiba tiba aku rasa macam ada something ngah perhatikan aku dalam gelap. Aku kalih tgk roommate aku, sedap ja dy lena. So aku rasa tu maybe feeling aku ja, aku pun try pejam. Tiba-tiba, aku terdengar ada org berlari atas tikar di antara katil aku dan roomate aku. Aku dengar jelas, tapak kaki org sedang berlari ulang alik atas tikar tu, aku bukak mata aku sebab aku ingat roommate aku nak gi toilet. Tapi aku tgk roommate aku still tdo atas katil dy x. Sumpah aku cam terkedu sat, apa benda tadi tu. Aku just mampu sebut “Allah Allah Allah’ masa aku nak tdo tu seabb memang tak ingat apa dah. Doa semua hilang, tak ingat apa dah.

Then lepas bunyi lari tu hilang, aku dengar ada bunyi org mendengus sebelah telinga aku. Aku pejam mata, apa jadi pun, aku dah tekad x maw bukak mata. Then akhirnya aku tertido. Pagi tu, aku tanya roommate aku, dia ad gi toilet ka apa ka, sbb aku taknak la tu semua bayangan perasaan aku ja, ye la aku baru balik dari main game dari pahang, mesti penat. Tapi dia ckp, dia tdoq x sedaq apa dah. Aku terdiam…

Kali kedua aku kena kacau lagi, bukan dalam minggu yg sama, masa tu aku dah tdoq. Roommate aku pun dah tdoq. Tiba tiba aku tersedaq pukui 3 pagi, aku dapat rasa ada orang tarik kaki aku turun ke bawah tapi kepala aku still kat bantal. Ya Allah, sumpah betapa cuaknya aku time tu, aku tak bukak mata, aku pejam gila-gila punya sebab taknak tengok ada apa depan aku yg dok tarik kaki aku tu. Sumpah, dapat rasa gila badan aku turun ke bawah tapi kepala still dekat bantal, lepas tu terus aku kena himpit. Aku x ingat doa apa dah untuk perlindungan diri, aku cuma mampu sebut Allah Allah tu pun dalam hati, tak terkeluaq pun kat mulut, ntah kenapa, macm terkunci rapat mulut aku masa tu.

Masa tu, hanya tuhan ja tahu betapa nak nangihnya aku sbb kena himpit tu rasa mcm ada benda berat gajah gila dok atas badan. Dalam dua minit, trus benda tu hilang dan aku terus tertidoq. Pagi tu aku terjaga, dan benda ni aku xcita kat sesapa, include rumet aku sbb aku xnak dia takut kalau tdo sengsorang memandangkan aku slalu balik ke rumah sbb jarak rumah aku dkt ja ngn uni aku.

Kali ketiga, kali ni paling dahsyat, paling aku akan ingat sampai bila-bila, masa ni time exam week. Rumet aku balik dah sebab paper dy habis dulu, so hari tu, aku tdoq sengsorang la dalam bilik tu. Benda ni jadi dalam kui 3 jugak, sebab aku time tdo pakai jam tangan. Tetiap kali aku terjaga, aku check kui brpa aku terjaga tu. Masa tu aku dah tdoq, then aku terjaga dalam kui 3, aku bukak lampu kot time tdoq tu sbb aku takut tdoq sorang, haha.

Masa aku terjaga tu, aku dapat rasa ada angin panas masuk laju gila rempuh pintu bilik aku. Terus angin terpa kat aku, dan masa ni aku dapat rasa ada satu benda duduk atas aku dan jari dia masukkan dalam mulut aku. Walaupun mulut aku tertutup, tapi aku memang dapat rasa ada jari dan kuku panjang masuk dalam mulut aku sambil kuku tu dok gosok gigi aku. Sumpah masa tu, aku tak mampu nak jerit ka apa ka, aku mmg xbukak mata dah, doa semua dah xleh keluar dari mulut, aku hanya mampu ‘Allah Allah’ dalam hati ja. Lama jugak, dlm 2 minit lebih dia dok gosok gigi aku, yang aku dok meronta sorang-sorang ataih katil sebab ak dapat rasa ad benda berat ataih aku time tu.

Lepas 2 minit tu, benda tu pun dah hilang sebab aku dah mula rasa boleh bukak mulut, baca ayat qursi, doa perlindung diri. Masa tu aku taktaw nak buat apa, terus aku bukak laptop, bukak bacaan yasin sekuatnya dalam bilik. Aku tak tahu tu benda apa yang kacau aku. Sampai sekarang benda ni masih lagi fresh dalam otak aku, benda ni jadi tahun lepas, semasa aku pelajar tahun akhir di usm.

Pengajaran yg aku dapat kat sini, bila hang pi memana jauh-jauh, hg mmg kena basuh kaki, takpun mandi before hg tdoq, sbb hg taktaw apa benda yg ikut hang balik ke bilik. Ni pengalaman benar yang jadi kat diri aku… seram kan? Jangan lupa baca doa tdoq before tdoq. Kalau x, nanti dia datang gosok gigi korang pulak.

ok, habis dah cita aku. babai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

5 thoughts on “Misteri Digosok Gigi”

  1. Desa mana tuu?? Sy ex usm… Hehe selama stdy sna alhamdulillah laaa..xpnh kena ggu ngn ape2… Tgk dr segi keadaan bgnn yg awk gambarkan mcm kt desasiswa rst je… Hehe btw, sy dlu..tga thun kt restu, thun akhir kt tekun..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.