Misteri Gadis Bertudung Merah Di Airport

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca fiksyen shasha. Sebelum tu aku nak ucapan terima kasih kepada admin sekiranya cerita yang aku kongsikan ini disiarkan. Aku merupakan orang ketiga yang hanya menceritakan kisah yang dialami oleh salah seorang pekerja di Airport kerana ianya melibatkan deparment aku. Airport yang mana satu itu adalah rahsia kerana sudah dinasihatkan untuk tidak memberitahu airport yang mana oleh rakan kerja. Hehehe.. Tahu takut..

Aku merupakan salah seorang pekerja yang bertugas di information counter di Airport. Kejadian ini berlaku pada awal bulan August 2020 haritu. Untuk pengetahuan semua, sejak bermulanya PKP iaitu 18 Mac 2020 yang disebabkan oleh wabak Corona, Airport memang sunyi dan banyak kedai-kedai yang tutup. Hanya staff yang bertugas sahaja boleh nampak setiap hari sehinggalah penerbangan domestik dibuka semula barulah orang semakin ramai datang ke Airport.

Disebabkan sepanjang PKP haritu hampir semua kedai terpaksa tutup untuk tempoh yang lama, pihak management mengeluarkan arahan baru iaitu sekiranya mana2 pekerja yang ingin masuk semula ke dalam kedai, mereka perlu datang ke counter information untuk merekod kehadiran mereka didalam buku catatan sebagai tanda dikedai tersebut merupakan pekerja itu sendiri untuk mengelakkan berlaku kecurian didalam kedai.

Untuk pengetahuan semua juga, counter information yang saya bertugas ini pun turut tutup selepas pukul 12 Malam sejak PKP haritu dan dibuka semula pada pukul 7.30 pagi keesokan harinya.

Dijadikan cerita pada hari kejadian berlaku, salah seorang staff Tenant/Kedai yang ada di dalam Airport bernama Nisa (Nama samaran) datang ke kaunter pertanyaan sekitar jam 6 lebih pagi untuk menanyakan apa yang perlu dia lakukan sekiranya ingin masuk ke kedai untuk membuat stocktake/pengambilan stok.

Pada masa Nisa datang ke kaunter, Nisa berjumpa dengan seorang staff yang berada di kaunter untuk menanyakan sekiranya perlu buat apa-apa untuk masuk ke kedai, dan staff tersebut hanya berkata tidak perlu buat apa-apa dan Nisa terus berlalu masuk ke kedai untuk melakukan tugasnya. Sehinggalah security yang bertugas ternampak ada orang didalam kedai dan security tersebut menanyakan kepada Nisa yang sedang bertugas sekiranya ada datang ke kaunter untuk membuat rekod kedatangan didalam buku di kaunter pertanyaan.

Nisa menjelaskan kepada security tersebut yang dia ada datang ke kaunter pagi tadi tetapi tidak ada menulis apa2 buku rekod kerana diberitahu yang dia tidak perlu membuat apa2 oleh staff yang berada di kaunter tersebut. Nisa yang tadi menidakan perbualan tersebut disuruh security datang ke kaunter untuk merekodkan kedatangannya.

Setelah datang ke kaunter, Nisa tadi terus bertanya kepada petugas yang berada dikaunter pada masa itu iaitu Aishah (Nama samaran) apa yang perlu Nisa buat sebab tadi security suruh datang untuk rekod kedatangan beliau. Nisa menjelaskan kepada Aishah yang tadi pagi dia sudah datang ke kaunter untuk bertanya berkenaan dengan perkara tersebut namun staff yang ada disitu pada masa kejadian memberitahu tidak perlu berbuat apa-apa.

Aishah lalu bertanya kepada Nisa berkenaan staff yang mana satu kerana takut tersalah maklumat yang diterima. Nisa memberitahu staff perempuan bertudung merah yang pakai uniform yang Aishah pakai. Aishah menunjukkan muka keliru kerana pada hari tersebut hanya 3 orang sahaja yang bertugas di kaunter iaitu dua lelaki dan Aishah seorang perempuan. Lalu Aishah bertanya lagi untuk kepastian adakah betul siapa yang Nisa jumpa itu adalah salah seorang daripada pekerja sama seperti Aishah dan Nisa mengiyakan.

Nisa juga memberitahu yang dia datang ke kaunter pada pukul 6 lebih pagi. Aishah terus memberitahu kepada Nisa yang kaunter ini hanya buka selepas pukul 7.30 pagi sehingga 12 malam sahaja. Nisa terus menunjukkan reaksi yang kaku lalu setelah selesai merekod kehadirannya dibuku dia pun terus berlalu pergi dari situ tanpa bercakap. Aishah yang tadi setelah mengetahui apa yang Nisa beritahu tidak berkata apa-apa dan hanya mampu berfikir siapa yang Nisa bertanya.

Masih menjadi tanda tanya siapakah perempuan yang bertudung Merah itu dan apa dia buat pada jam 6 pagi dikaunter sedangkan kaunter tersebut buka jam 7.30 pagi. Dan yang peliknya hanya seorang sahaja staff perempuan yang ada dipagi itu.

Itu sahaja kisah dari aku kali ini, walaupun kurang seram tetapi menjadi tanda tanya akankah dia ada setiap kali kaunter kami tutup? Hahaha. Sekian Terima Kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Rizal Anaz

3 thoughts on “Misteri Gadis Bertudung Merah Di Airport”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.