Misteri Hotel Lama

Salam and hello guys.
Ini kali pertama aku nak post story dekat sini.
Kalau kurang menarik atau kurang terhibur tu mintak maap laaa ya, hehe.

Kisah ini baru sahaja berlaku beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Pengkalan Lumut. Sebelum terlupa aku dari Alor Star dan oleh kerana mesyuarat dijalankan awal pagi aku memilih untuk menetap di sana sehari lebih awal bagi memudahkan perjalanan aku, tidak lah kelam kabut esoknya itu nak kena bertolak awal-awal pagi.

Aku mulakan dengan pencarian hotel di booking.com untuk melihat hotel-hotel yang bersesuaian tidak terlalu mahal dan tidak terlalu budget dan aku terjumpa 1 hotel ni di area Ipoh yang bagi aku harganya berpatutan bertaraf 4 bintang dan disebabkan kawasannya didalam bandar ipoh jadi aku memilih hotel itu kerana mudah untuk aku pergi makan atau meronda-ronda dan sebagainya jadi awal-awal pagi esok tu tidaklah terlalu jauh nak bergerak dari Ipoh ke Lumut.

Pada hari kejadian tersebut aku sampai ke bandar Ipoh lebih kurang jam 2 petang. Aku singgah di kawasan Sg Rokam untuk makan tengahari siap-siap sebab time checkin hotel pada jam 3petang.

Setibanya aku di hotel tersebut, boleh ku katakan bangunan hotelnya agak sedikit lama dengan kereta di kawasan parking yang tidak terlalu banyak walaupun hari itu adalah sabtu hujung minggu. Hotel ini terletak di sebelah bangunan UN Perak, kalau kome pandai cari lah sendiri haha. Selesai checkin aku terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 6. Suasana agak sunyi pada level tersebut semasa aku berjalan dari lif ke bilik, mungkin tidak ramai yang menetap di situ pada hari itu gumam hatiku.

Sesampainya aku di bilik, first impression aku pada bilik itu adalah pada perabotnya yang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman mungkin telah berusia belasan tahun, cuma tv saja yang baru LED 32inci, kalau masih pakai tv CRT besar gajah tu mohon meninggal lah owner hotel haha.

Petang tu tak ada aktiviti yang aku lakukan sekadar berehat di bilik menonton tv melepaskan penat memandu hampir 3jam daripada Alor Star ke Ipoh. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku. Malam itu selepas Maghrib aku keluar untuk makan malam dan aku balik ke hotel lebih kurang jam 11 malam untuk rehat tidur lebih awal kerana esok nya aku perlu berada di Pengkalan Lumut seawal jam 8 pagi.

Panas ku sangkakan hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari. Tidur aku terganggu dan aku terjaga dari mimpi indah. Loceng kebakaran berbunyi di aras aku. Panjang bunyinya tiada henti membuatkan aku susah untuk lelap kembali.

Setelah berkira-kira aku bangun juga dari katil untuk mengendap di lubang pintu untuk melihat ke luar sama ada memang situasi kecemasan atau loceng sekadar berbunyi. Tetapi kosong. Hati ini masih tidak berpuas. Dengan masih dalam keadaan mamai dengan beraninya aku memusing tombol dan menolak pintu untuk melihat ke luar bilik. SUNYI SEPI. Loceng terus berhenti berbunyi sekilas aku membuka pintu bilik. Tidak ada kelibat siapa-siapa di koridor bilik mahupun guest dari bilik lain yang mungkin berfikir seperti aku untuk melihat apa puncanya loceng kebakaran berbunyi.

Aku masuk semula ke dalam bilik dan kembali ke katil. Aku capai handphone yang terletak di meja sebelah katil. Jam di handphone menunjukkan tepat jam 3 pagi. Ya 3 PAGI. masa itu tiba-tiba jantung aku berdegup lebih laju dari normal. Aku berasa tak sedap hati tetapi di waktu itu aku tidak terfikir ini adalah gangguan mistik.

Aku cuba melelapkan mata semula. Hampa. Belum sempat aku melelapkan mata loceng kebakaran berbunyi lagi. Kali ini ia tidak berbunyi panjang tetapi putus-putus seolah-olah ada iramanya berbunyi. Ahhh sudah kenapa pulak bunyi lagi ni, aku sekadar mengumam di dalam hati.

Aku istighfar, membaca ayat qursi dan doa tidur dengan harapan aku dapat endahkan bunyi-bunyi tersebut dan kembali tidur dengan nyenyak. Percubaan aku gagal kerana pintu bilik aku pulak yang diketuk. Setiap ketukan sebanyak 3kali ‘tok tok tok’. Selang beberapa saat ketukan masih didengari,tiada noktah. Kali ni aku sudah hampir hilang sabar. Aku bingkas bangun dari katil menuju ke pintu dengan bacaan ayat kursis sebelum aku membuka pintu. Buka saja pintu, guess what ? Bunyi loceng kebakaran tadi berhenti berbunyi dan tiada sapa di depan bilik aku. Jadi siapa yang ketuk tadi ?

Di waktu itu aku tersedar, ni bukan masalah teknikal bangunan hotel itu, ini punca dari makhluk tu. Aku berbaring semula di katil dengan bermacam-macam perkara terlintas di benak fikiran. Ini adalah kali pertama aku diganggu seperti itu di hotel. Sepanjang hidup aku x pernah diganggu makhluk itu apabila menetap di hotel, di tempat-tempat lain adalah jadi aku buntu x tahu nak buat apa.

Tidak lama selepas itu hampir saja aku terlelap lena, ketukan berbunyi lagi. Aku dah penat. YA aku dah penat melayan gangguan kau. Aku tahu benda ini kalau kita takut lagi dia excited akan menganggu kita. Aku nekad. Aku abaikan ketukan-ketukan di pintu bilik. Aku capai semula handphone ku di tepi katil dan mainkan bacaan al Quran.

Bunyi ketukan masih tidak berhenti dan semakin kuat daripada awal-awal tadi seolah-olah ‘benda’ itu marah padaku. Tidak lama daripada kuat bunyi itu kembali perlahan semakin reda dan terus senyap. Selang beberapa saat aku terdengar bunyi gelak tawa dan hilaian bersahutan di luar bilik. Yang pasti hilaian itu bukan hilai dari suara manusia. Ya bunyi hilaian yang lain dari yang lain.

Keesokannya aku checkout seawal jam 7pagi tanpa sempat breakfast di cafe. Aku ingin tinggalkan hotel itu secepat mungkin. Mungkin ada yang akan cakap apasal x keluar ja malam yang kena gangguan tu? Come on bro, dekat rm200 aku bayar bilik tu kalau blah tanpa sempat tidur kat situ rugi lah aku, haha. Tapi aku bersyukur kerana malam itu benda tersebut tak menjelma di depan mata aku. Kalau dia tiba-tiba muncul depan mata mungkin malam tu aku lari turun ke lobby dengan selimut dan bantal. Haha.

Ok guys, thanks sebab membaca.
See u again next time.

Pahlawan Bugis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

68 thoughts on “Misteri Hotel Lama”

  1. “Jam di handphone menunjukkan tepat jam 3 pagi. Ya 3 PAGI. masa itu tiba-tiba jantung aku berdegup lebih laju dari normal. Aku berasa tak sedap hati tetapi di waktu itu aku tidak terfikir ini adalah gangguan mistik.”

    nak tanya je. kenapa jantung berdegup lebih laju dari normal dan rasa tak sedap hati tapi masih lagi tak terfikir ia adalah gangguan mistik? jadi degupan jantung yang laju tu sebab apa ye?

    Reply
    • Im not sure.
      Cuma time tu terkejut dari tidur dan masih mamai sel2 otak masij x berhubung x tergerak hati ianya gangguan mistik sbb x nampak apa2 kelibat dan sebagainya.

      Reply
    • Saya first time kena ganggu di hotel.
      Sebelum2 ni x pernah.
      Jadi masa awal2 kena ganggu tu x terasa laaa ianya gangguan mistik sbb x nampak jelmaan apa2 or gangguan yg direct.
      Bila hujung dengar mengilai tu baru sedar memang sah dah benda tu.
      Alhamdulillah dapat tidur jugak malam tu walaupun hati x berapa tenteram.

      Reply
    • X tergerak hati nak tanya.
      Bila dah balik alorstar tu saya google review2 and feedback guest, dalam 10org yang menginap tu ada laaa dalam 4,5orang yang kena ganggu. Dan gangguan yang saya kena tu agak ringan berbanding orang lain di hotel tu.

      Reply
    • Masa saya datang tu memang x ramai.
      Kereta x sampai 10buah pun di depan hotel.
      Di parking bawah x pasti lah.
      Tapi sepanjang saya menetap di 6th floor tu memang saya x pernah jumpa guest lain or at least dengar suara2 guest dari bilik lain.

      Reply
  2. Saya org perak dan kampung di daerah manjung. Dekat saja dgn bandar lumut. Saya hairan kenapa saudara duduk di hotel ipoh. Sbb jarak dari ipoh ke lumut hampir 80km. Sedangkan di bandar manjung dan lumut banyak hotel-hotel yang menarik dan harga pun berpatutan. Apa-apa pun cerita tuan menarik. Tq.

    Reply
    • Sbb saya ada ramai kawan di ipoh.
      Di manjung atau lumut saya x kenal sapa.
      Sbb tu saya datang sehari awal, lepak di ipoh malam tu dengan kawan2.
      Kalau diikutkan saya boleh ja request kuarters pegawai di pengkalan lumut tu tapi malam tu lepak sorang2 lah kalau saya stay di sana. Hehe

      Reply
  3. I feel u bro. Pernah sekali kena ganggu wktu stay kt hotel di taiping. Berhampiran perkuburan kristian. Pukul 1pagi terkejut sbb pintu dan dinding kena ketuk dari luar. Lps bunyi tu senyap kejap, terus check out balik kl terus.

    Reply
    • Aduhhh sadisnya.
      Saya nak tido balik malam tu pun gagah je pejam mata.
      Ikutkan hati mmg kecik dah d***h dah hilang kt muka ni cuak 😂😂😂

      Reply
  4. Sesampainya aku di bilik, first impression aku pada bilik itu adalah pada perabotnya yang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman mungkin telah berusia belasan tahun, cuma tv saja yang baru LED 32inci, kalau masih pakai tv CRT besar gajah tu mohon meninggal lah owner hotel haha.

    😂😂😂😂😂 Ini memang LAWAK hahahaha. Saya selalu balik jb. Check in hotel. Saya penah dpt tv box yg kuno. Kuno tu takpe lagi. KECIK siap nak kena adjust antenna walaupun ade astro 😩😩😩😩 harey sungguh.

    Reply
    • Itulah saya dah terkena.
      X pernah stay situ dan x teragak pulak nak survey2 review orang ramai.
      Bila dah kena baru laa bukak tgok review ada yang kena lagi teruk dari saya pun ada.
      Sabor jer laaaa haihhh

      Reply
      • Ada juga kawan husband cerita sblm ni. Pihak hotel sampai kena panggil budak2 tahfiz minta buatkan bacaan yasin sebab teruk sangat kena gangguan. Kerusi bergerak bagai. Tapi kwn saya stay situ alhamdulillah tak ada apa. Kira awak ni insan bertuah la hehehe

        Reply
    • Dekat ipoh kawan ramai.
      Malam tu lepak dengan kawan2.
      Kalau stah di manjung ka lumut ka saya x kenal sapa2 kt sana kang membatu pulak sorang2 seharian.
      Itu yg stay ipoh.
      Xda laa jauh sangat kalau nk banding saya nak gerak awal2 pagi dari Alor Star direct ke Lumut 😂

      Reply
  5. Teman org gunung rapat.. sebelah sg rokam jer.. tu le teman mikior jugak knape sedare nak ke ipoh dulu.. x ker jauh tu.. setiap hari teman lalu depan Impiana ke tempat koje. Biasanya mmg ramai org.. takdir sedara kena kacau mlm tu.. 😂
    but anyway harap sedare tak serik ke ipoh ye.. hantu tu bukan ipoh mali tu.. oghang ipoh sume baik2 😊

    Reply
  6. i feel you bro, haha i stay sana kena kacau gak pintu kena gegar 2 pagi, nasib tak dengar suara merdu mcm you kena kalau tak mau langkah seribu cabut, hahahaha nice story bro

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.