MISTERI JALAN LAMA GENTING SEMPAH-GOMBAK

MISTERI JALAN LAMA GENTING SEMPAH-GOMBAK

Akhir bulan Januari lepas aku balik kampung dekat Kuantan, saja nak lepak relaks apa semua sebab dah 6 bulan aku praktikal dekat KL. Aku balik kampung dengan ibu aku sebab abah keja. Nak dijadikan cerita and rezeki, masa dok kat kampung ada company dekat KL call aku suruh attend interview hari khamis (2/2/2017), jadinya aku kena balik KL hari rabu sebab tak mau penat drive nanti, atleast boleh ready mental fizikal and nak prepare lah apa yg patut, atleast aku pi interview nanti dalam keadaan yg dah ready 100% cewah ??

Ok cerita ni start masa aku otw nak balik KL dari Kuantan. Perjalanan km masa tu alhamdulillah smooth sangat, takda apa yg pelik pun. Kami singgah RNR bila aku rasa penat sikit apa semua. Bila ada kat RNR, kiranya pekena ibu belikan aku jagung ka apa ka km pun bertolak la, kiranya bekai la dalam reta boleh makan haha.

Sebelum smpai KL, aku stop dekat RNR sebelum Genting sempah (tak igt nama apa dah). Kami lepak situ sat sebelum continue balik KL. And masa dah start drive tu aku dok dengar radio era hat traffic tu. Depa kata jalan nak masuk tol gombak tu jammed gila and depa suggest suruh masuk jalan lama Genting Sempah tu kalau nak jimat masa.

And aku pun masa tu langsung tak pikiaq apa pun sebab aku pun dok besa dah drive dekat jalan lama. Kiranya takda la negative thinking apa semua. Masa aku nak start masuk jalan lama tu, aku sempat tgok jam kiranya dalam 620/630pm mcm tu la. And masa tu jugak aku guna waze sebab aku taktau jalan. Bila dah masuk tu waze habaq kata aku kena straight dalam 30 mins mcm tu lah, then aku pun ok ja la.

Masa aku lalu jalan tu depan aku ada taxi. Laju gila dia drive serupa jalan tu straight, padahai ya Allah jalan dia bengkang bengkok dengan jalan kecik and tepi tu gaung. Aku dok sembang la gan ibu, dok kata kalau kita jatuh ni mau takda sapa tau sebab jalan dia tu memang sunyi, ada la kot 2/3bijik keta gan sebijik ja lori lalu tang tu. Masa taxi tu drive laju and dah hilang secara drastik tu aku tak pikiaq apa sgtt, kiranya dok positif ja sebab tak besa lagi la dok jadi apa2 selama dapat lesen and drive ni (alhamdulillah).

Nak jadi habuan km haritu, masa aku dok drive kat jalan lama tu, aku dok rasa pelik dah. Langsung takda 1 keta pun hat lalu or ada belakang kamu, aku rasa nak turun ke bawah ni mcm lama sangat and aku dah heran tahap babeng dah tapi dok diam ja tak cakap sepatah apa pun. Lagi 1 heran sebab bila kita lalu jalan lama hat ada hutan, mesti akan dengar gak bunyi unggas ka cengkerik ka apa benda lah tp jalan yg aku lalu tu sunyi sepi!

Langsung takda bunyi apa pun. Masa tu bila tgok jam ada laa dalam 7 lebih dah kira nak masuk maghrib. Kalau ikut waze kata dalam 30 mins tapi ni dah 7 lebih apa citanya dok tang ni lagi. Patutnya kami dah sampai bawah dah. Masa aku dok drive tu, aku rasa sejuk sangat, lain mcm pulak dah aircond kereta ni. And aku rasa sepi lama sangat, ibu hat sebelah pun diam ja lgsung tak kata apa.

Aku dok rasa ibu pikiar benda sama mcm aku cuma dia tak terluah ja kot. And masa tu aku gerak hati nak baca ayat qursi, tak boleh jadi dah ni pelik betui, mula2 tu macam lintang pukang gak la bacaan aku tapi aku baca jugak ayat qursi, aku zikir banyak kali sbb dah rasa tak sedap hati.

Lepas jaa aku baca ayat qursi and berkali2 zikir, tiba2 waze tu mcm loading balik and tunjuk jalan, mcm jalan yg aku lalu tadi tu takda dalam waze, and yg peliknya boleh pulak waze tu kata ‘straight for 25mins’. Weh! Habis tu selama aku dok menempuh jalan tadi tuu aku jalan kot manaaaaa! ?? Masa tu nak teriak ada, ketaq kepala lutut apa semua cukup.

Lepas pada baca ayat qursi tuu, tetiba belakang aku ada keta and nampak org naik moto apa semua. Dalam hati aku dok heran dah, mai kot mana keta belakang ni, ferrari ka apa weh, selama aku turun tadi lgsung takda keta, cahaya lampu pun takda. Laju betui dia boleh ligan akuuu haha. Ketaq dia nauzubillah aku habaq ampa, Allah ja tau apa aku rasa masa tu. Alhamdulillah Allah pelihara km anak beranak tak jadi apa2. Kalau dak, taktau nak kata, takbalik la kami dua. Bila dah turun, dah nampak ada kampung apa semua and dah masuk kl baru ibu cakap dekat aku apa dia rasa. Ibu kata dia pun tak sedap hati sbb pelik sgt jalan tu, mcm dok pusing situ saja apa semua.

Kalau aku balik Kuantan lagi, tobat lahum aku tak lalu dah jalan lama tu. Kalau kena hadap 10 jam jammed pun takpa la dari aku hadap benda sama. Allah ja tau apa yg jadi masa tu. Alhamdulillah, terima kasih Allah ?

*For those yang drive nak balik KL dari pantai timur ni, please be careful dekat jalan ni. Sapa yang nak guna boleh, takda larangan pun. Cuma beringat lah sesama kita.

Coretan,
FA

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
Fa

14 thoughts on “MISTERI JALAN LAMA GENTING SEMPAH-GOMBAK”

  1. Rasanya mcm RnR Genting Sempah tu satu je kan…hmm tetiba cakap tak ingat nama plak..then cakap dh biasa ikut jalan lama, tetiba buka waze plak sbb nak tahu jalan mana..hmmm mana satu ni..lagi satu, time drive tu bukak tingkap ka yg nak dgq bunyi unggas/ cengkerik bagai..hahahaha

    Reply
    • RnR Lentang kot. Situ pun boleh berhenti kejap. Dia bukan macam RnR sangat tapi memang ramai yang berhentikan kereta kat situ. Kedai pun ada 1 je. kot lah.

      Reply
  2. Selalu gak ikut situ kalo tol gombak jem kaw2x..memang waze pun akan tunjuk situ kalo nak jimat masa..jawapnye memang aku bwk mcm rally lah..rekod aku bwk lalu situ start dari rnr genting sempah sampai kat wira seafood tu dlm 18min..Mlm lak tu..tapi keta ada jugak..depan aku takde keta..blkg aku ada sebijik dua yg bawak pun mcm f1

    Reply
  3. Subahaallah sy baru ikut jln tu mlm tadi..sumpah sy mmg tahu tu jln lama genting sempah..sbb time sy drive sy dah feel something yg x baik tp sy diam je..Allah je tahu mcmna perasan sy time tu..memikirkan dlm kereta ada budak2..sy kuatkan jugak hati nie..tobat xnk lalu situ lg.

    Reply
  4. Ya Allahhh saya baru balik dari lalu jalan gombak tu. Pastu terus google pasal jln ni. Rupe ye banyak cerita seram. Alhamdulillah selamat xde jadi ape2. Mmg xkan lalu lagi la jln tu. Biaq p la xyah bayaq tol ka.x sanggop cheqq

    Reply
  5. Aku pernah lalu situ. Sepanjang perjalanan jumpa air terjun.. ada banyak kedai.. pak haji mak haji lambai lambai bagi salam. Aku pun jawab sambil lambai lambai ” ya hanana…ya hanana..”

    Pakcik tu tanya…best tak layan jalan jem. Padan muka hang. Len kali ikut jalan lama..aman damai..boleh rally .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.