Misteri Kampung Harum Manis

Assalammualaikum dan salam sejahtera, terutama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada fiksyen shasha sebab terima perkongsian aku ni.

Nama aku “Saiful HeHe” orang panggil aku apun atau pun..aku dilahirkan disebuah negeri paling tercomel di Malaysia dan paling manis dengan harum manisnya. Aku merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.

Kisah yang bakal aku ceritakan ni berlaku sekitar tahun 1997-2003 di sebuah kampung yang aku namakan kampung harum manis. Tapak kampung tersebut kini telah menjadi tapak IPK PERLIS.

Kisah-kisah ini hanya cerbisan-cerbisan kisah mistik yang masih segar dalam inggatan aku.

a )KISAH PERTAMA (Sang Pari²)

Kisah mistik pertama yang berlaku ini berlaku di rumah aku sendiri, rumah aku ni adalah sebuah rumah kayu 2 tingkat (gaya rumah lama) dikelilingi kawasan hutan yang agak tebal.

Kisahnya bermula ketika kami, enam adik-beradik tidur beramai-ramai dalam kelambu di tengah rumah, setelah semuanya tidur lena diulai mimpi indah. Aku secara tiba-tiba terjaga daripada tidur dan terlihat satu cahaya mengelilingi kelambu tidur kami, bulu roma aku pada ketika itu, tiba-tiba naik meremang, tetapi lansung tidak boleh mengeluarkan apa-apa suara.

Ketika cahaya itu menghampiri aku, aku dapat dengan sangat jelas, mahluk itu menyerupai pari-pari yang dilihat dalam sineteron tv3 dan filem-filem barat, rupanya tidak terlalu jelas, tetapi bentuk badannya seperti manusia dan berkepak seperti pepatung, kakinya sedikit panjang.

Mahluk tersebut lansung tidak menganggu aku, hanya mengelilingi kelambu tidur kami semua..sehingga lah kakak sulung aku terjaga, dan menjerit sekuat hati. Mahluk tersebut berlalu pergi.

Kami sekeluarga terjaga pada ketika itu, aku hanya mendiamkan diri, dan membiarkan kakak sulung aku bercerita pada ayah dan ibu aku sambil menangis. Bagi pengetahuan semua, kakak sulung aku ni memang lemah semangat, tengok cerita hantu pun menjerit dah tua-tua pun (-_-) .

Semenjak dari haritu, aku tak pernah lagi nampak mahluk tu sampai la ke hari ini.

b) KISAH KEDUA – Hantu JENGLOT

Jelmaan kedua yang aku jumpa ni turut berlaku pada waktu tengah malam. Ketika satu malam tu, aku terjaga dari tidur, terasa dahaga, aku kejutkan abang dan kakak aku seorang pun tak bangun, hampeh betul la (-_-), nak je aku sekeh sorang². Tak ada pilihan lain, aku kejutkan mak aku bangun dari tidur untuk turun ambil air dekat dapur, (rumah zaman dulu, rumah atas kayu, rumah bawah bersimen kat bawah)

Setibanya kat dapur, ibu aku tunggu terus ke tandas disebelah dapur sambil menyuruh aku mengambil sendiri cawan dan air sendiri, dalam samar² kegelapan ketika aku mahu ambil cawan di rak cawan, aku terlihat satu lembaga bersaiz patung mr.bean, berambut panjang, hingga ke kaki, giginya bertaring panjang hingga ke perut, matanya merah, mukanya hitam dan seperti berkurap.

Pada ketika itu aku berdiri kaku kerana terkejut, bulu roma aku berdiri tegak, nafas aku turun naik-turun naik, mata aku dah berlinang macam nak nangis dan pada ketika itu juga mahluk itu seperti cuba mengigit jari tangan aku yang telah aku hulurkan untuk mengambil cawan, segera aku berlari ke arah mak aku yang baru keluar dari tandas sambil menjerit “arrrrrrrrr………!!!!! makkkkkkkkkkk!!”
mak aku tanya “hang ni pasaipa, habis tak ada kerja ka duk jerit² mcm org gila” sekali kena marah pulak, aku diam membisu dan kembali dalam kelambu untuk tidur.

Esoknya baru aku berani ceritakan kat mak aku, mak aku tersenyum tenang dan dia kata “mau hang nak tau, tu la hantu jenglot, dia memang suka kacau budak², kadang² dia boleh bertukar jadi ulaq (ular) dan tempat tinggal dia biasanya kat pokok kekabu” memang betul, masa tu ada pokok kekabu besar disebelah rumah aku.

c) Kisah 3 : Tengkorak syaitoon

Kisah ini berlaku lebih kurang hampir 1 tahun sebelum aku tinggalkan kampung ini, sebabnya pada ketika ini, rumah aku kena projek kerajaan, untuk bina highway changlun-kuala perlis.

Pada ketika itu, aku bermain sendirian di depan rumah di kawan sedikit berpaya dan berlumpur, sedang menangkap berudu yang aku sangkakan anak ikan pada usia tersebut. Sedang leka menangkap berudu tersebut, tangan aku tertangkap satu batu kecil bersaiz guli.

Apa yang peliknya batu ini bentuknya seperti tengkorak, dan di atas kepalanya tertulis ‘666’ (nombor syaitan), aku tak bersangka pelik pada ketika itu sebab aku hanya inggat batu tu adalah batu biasa yang cantik, aku segera membawanya pulang ke rumah dan menunjukan kepada ibu aku.

Wajah ibu aku terus berubah, dia kelihatan ketakutan dan segera membuang batu tersebut dalam kawasan semak dan terus menarik aku masuk dalam rumah. 2-3 hari lepas tu..baru mak aku ceritakan kat aku, “ni kalau hang nak tau..batu yang hang jumpa tu sebenarnya tengkorak budak kecil yang dipuja oleh orang dulu² (sebelum kita pindah masuk ke sini) untuk tujuan tertentu boleh jadi hantu toyol nak curi duit orang”.

Mak aku pesan lagi “mau hang jumpa lagi batu² mcmtu..amik tauk buang, keja setan semua tu” dan apa yang lagi menakutkan mak aku cakap, masa dia pegang batu tu..batu tu seolah-olah suruh mak aku jadi tuan dia..suruh puja dia. sebab tu mak aku terkejut & terus buang.

Sedikit tambahan cerita dari arwah tokwan aku..masa sebelum kami berpindah masuk kat kawasan tu..situ sebenarnya kawasan pembunuhan masa perang dulu & kawasan pemujaan masa dulu². Kemudian lepas dari kisah-kisah tu kami tinggalkan kampung tu dengan penuh kenangan misteri & mistik.

c)Kisah 4 : Bayangan Misteri

Kisah ni pulak berlaku masa kami berpindah ke kampung seberang, yang dahulunya sebuah hutan paya nipah, kini menjadi tanah rata dan di dirikan sebuah rumah tersergam indah baq hang.

Pada hari pertama masuk ke rumah ni, aku tak ada apa-apa perasaan aneh dan perasaan aku masa tu, cukup gembira la..dapat rumah baru, bilik pilih berkongsi 2 orang sahaja 1 bilik, kak sulung dengan abang no 2 aku masa tu dah hidup berdikari, tinggal lah kami 4 beradik nak bersuka ria kat rumah baru.

Hari pertama pada sebelah siangnya berlalu dengan tenang dan gembira dengan gelak ketawa riang kami 1 keluarga. Tapi sangkaan aku meleset, kerana bila tiba waktu malam, aku seakan² melihat banyangan yang melintas di setiap penjuru rumah kami, dalam sesaat. Hanya aku sahaja yang perasan pada ketika tu.

Aku sangkakan ‘usikan manja’ tu terhenti setakat tu sahaja, rupa-rupanya itu hanya permulaan. Ketika waktu tidur semua diulit mimpi indah, aku terdengar bunyi bising di dapur seolah-olah ada yang bermain dengan pintu kabinet di dapur, mahluk tu tarik pintu kabinet dan menutupnya kembali..berulang-ulang kali, aku segera menutup muka ke dalam selimut sampai tertidur.

Ganguan ini yang peliknya hanya disedari oleh aku seorang, aku pernah cerita kat mak aku, tapi hanya digelakan sahaja. Ganguan ini berlarutan sampai aku sudah lali dan membiarkannya saja berlaku, bayangan hitam yang aku lihat juga sering kelihatan namun tidak menganggu secara keterlaluan.

Kisah 5 : Pocong

Kisah ini pula berlaku setelah seminggu pemergian arwah abang aku yang no 2, bagi yang muslim mohon sedekahkan al-fatihah kepada arwah abg aku tersebut..
al-fatihah…

Setelah seminggu pemergian arwah abang aku tersebut, pada malam tersebut..hari khamis, malam jumaat, aku rasa tak sedap hati, seolah-olah diperhatikan..tapi aku hiraukan saja perasaan itu.

Sehinggalah masa aku ingin memasang kelambu, aku ingin menyangkut tali kelambu di tingkap bilik aku, tiba² diluar tingkap bilik aku dibawah samar² bulan kelihatan sekujur tubuh berbalut kain putih tepat ke arah muka aku.

Aku tak nampak secara jelas muka mahluk tersebut kerana dalam keadaan gelap, mukanya sangat gelap sampai aku tak dapat lihat mata dan mulutnya, aku berdiri kaku sebentar, xdapat apa-apa aku ungkapkan, badan aku terketar, badan aku tiba² sejuk, aku segera berlari memanggil ibu dan adk beradik aku yang lain. Namun setelah aku datang kembali, lembaga tersebut terus hilang dari pandangan, itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Selain bayangan hitam yang kerap muncul di penjuru rumah yang aku tinggal ini.

Kadangkala, ada juga berlaku kami sekeluarga mendengar orang memberi salam namun apabila melihat diluar..tidak ada apa² yang kelihatan, pernah juga aku merakam suara, ketika aku mendengar kembali rakaman tersebut tiba² aku dengar suara garau yang meniru percakapan aku, aku cuba replay rakaman tersebut, namun suara garau tersebut sudah tidak ada lagi, aku hanya menanggap gangguan di rumah baru ini hanya lah gurauan sopan, dan aku biarkan semuanya berlalu sampai la aku dewasa, dan gangguan itu terhenti bergitu sahaja…

Sekian sahaja kisah mistik yang aku laluai sendiri, maaf sekiranya cerita ini tidak menarik bagi anda..tapi cukup bermakna bagi aku..melaluai kisah² mistik terutamanya sekali pengalaman dapat melihat sang pari² yang diingat sekadar kisah dongeng yang tidak wujud, hanya tuhan yang tahu kebenarannya. Terima kasih pada semua pembaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]
Jejaka Harum Manis

11 thoughts on “Misteri Kampung Harum Manis”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Best jugak cerita nya. Cuma banyak peristiwa, tak sempat nak hadam sesebuah cerita. Bagi aku, part pocong boleh tahan seram, cuma part tengkorak, dan lain2, kurang seram. Dari segi gaya bahasa dapat 1 mark, sebab 3,4 kali typo. Dan setiap perenggan macam satu nafas. Btw, saya ingin mengucap kan Al-Fatihah untuk abg penulis. Semoga ditempat kan dikalangan insan beriman. Amin. 6/10

    Reply
  2. Kha ni kacip teruk Pon!! Jgn dok menangkap sgt noh. Kacau stg. Hahaha.. Lawak ja noh..
    Aku org Kampong Binjai pon…
    #BknDUMMEXXXxxx

    Reply
  3. Aku nak ko pejam mata n PERINTAHKAN TENGKORAK 666 TU N POCONG JENGLOT TU MUNCUL SEMULA N RANTAIKAN DIAORG DGN RANTAI EMAS KELANTAN

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.