Hai semua! Saya lebih selesa dengan nickname Hanna. Saya suka baca semua kisah yang admin kita share , dari situ rasa minat nak berkongsi kisah saya pulak. Ikutkan ada banyak cerita nak dikongsi tapi Hanna kongsi cerita yang ini dulu.
Pada tahun 2011 kalau tak silap. Hanna praktikal dan semua yang Hanna mohon hanya satu yang diterima. Masa itu tak memilih sangat sebab dah kesuntukkan masa nak final sem katakan kena lah cari tempat praktikal cepat cepat kan. Tempat yang Hanna dapat sekali dengan kawan classmate iaitu di jabatan Z sabah. Hanna tak boleh mention tempat praktikal sebab tertentu (sulit).
Tetapi kisah seram bukan dekat tempat praktikal pon, masa tu sebab nak save bajet apa semua so tinggal dengan kawan yang dikenali sebagai S Kebetulan tempat praktikal sama dan hanna pun tak pernah pergi mana mana kampung di sabah sebelum ni so happy dan excited lain macam. Tambahan pula, family S ni baik dan peramah semua walaupun diorg risau Hanna tak selesa bersama dorang. Biasalah tanggapan orang tua kan tapi Hanna jenis yang dah biasa bukan lah orang bandar sangat.
Ok, sekarang masanya Hanna bagitahu bermulanya kejadian ini masa tinggal di rumah S. Suasana rumah S ni kalau malam memang sunyi gila sebab dekat dengan hutan tapi ada kebun tanaman sayuran kepunyaa family S. Suasana malamnya mesti dengar bunyi katak atau cengkerik. S pernah jugak pesan kalau dengar apa apa yang ganjoil, buat bodoh atau jangan tegur. Hanna angguk kepala je tanda faham lah kan. Walaupun seram bagi hanna keindahan kat situ memang cantik tenang je tempat kampung S ni ,
Malam tu hanna ikut Family S ni pergi ke suatu tempat sebab nak hantar abang S. Hanna pon tak berapa ingat kat mana. Dalam perjalanan tu ada lalu satu tempat tapi hanna tak nampak sangat sebab bergurau ketawa. Macam tak ingat dunia dengan S sampai mak dia cakap kejap lagi jangan gelak sakan bila dah lalu tempat ni. Hanna ingat sebab kitaorg bising mak dia cakap macam tu so ignore je lah kan.
Tiba tiba S diam namun Hanna still lagi nak ketawa. Entah apa lucu kat muka S pun tak tahu. Hanna dah stop ketawa, namun bila terpandang S, Hanna ketawa lagi. Penat jugak lah ketawa tanpa sebab ni. Yang peliknya, family S diam je sampai S panggil nama Hanna dengan nada tinggi sedikit. Pastu baru Hanna stop ketawa.
Malam esoknya, sebelum nak berangkat balik, oh ya, hanna lupa bagitahu hanna ni rabun orangnya. Siapa yang lambai dari jauh memang Hanna akan balas lambai tanpa ragu2. Masa nak angkat beg luggage berat kemain nampak la susuk badan ayah S ni kat depan van. Tertanya-tanya jugak kenapa tak tolong hanna angkat beg kan, yelah selalu ayah S ni mudah hulurkan tangan bila nak menolong ni tak dia berdiri tunggu je dpan van tapi hanna tak hairan pun terus panggil pakcik! Time tu lupa nak pakai spect. Makin dekat Hanna ke depan, lembaga hitam tu bergerak sikit ke belakang pulak. Hanna jalan lagi ke depan dia pul undur lagi. Main main pulak dia kan. Benda tu sebenarnya mcam bayang2 tapi bayang2 berdiri macam mana nak terangkan pun susah. huhuhu.
Tapi susuk badan lelaki masa hanna berhenti depan tu tak tahu nak lari ke nak menjerit. Mata kaku pandang lembaga hitam tu tambah lagi rabun nampak tak nampak je benda tu bergerak. Lembaga yang menyerupai ayah S tu pulak yang datang dekat perlahan lahan. Kaki yang panjang ni pon tak dapat nak bergerak langsung dah macam orang kena beku. Sampai lah ayah S panggil banyak kali baru Hanna tersedar dan toleh ke belakang. Tengok ada ayah S nak pandang depan balik takut, apa lagi hanna nak tegur teringat pulak kata kata si S. Maka tak jadilah Hanna nak bgtau ayah S.
Keesokkan harinya, Hanna terus terang dengan S. S ni jenis yang mudah terkejut bila ada orang bagitahu dia benda yang tak masuk akal tapi kali ni dia rileks je . S pun buka mulut sebenarnya kat kampung sebelah ada seorang pakcik dah lama meninggal. Tambahan pula kampung sebelah memang banyak gangguan dengan benda yang macam tu sebab tu waktu malam jangan menggatal sangat nak celupar atau keluar sorang. Bila dengar macam tu Hanna senyum je walaupun dalam hati nak cakap OMG!!! Kuat2 haahaha. Satu lagi S ni dia tahu Hanna ni kadang boleh rasa atau nampak sesuatu sejak kolej lagi. Sebab tu dia tak hairan sangat bila hanna bercerita.
Orang kata bila kita terpandang suatu tempat mata tak berkelip tambah lagi waktu malam atau di tempat yang pelik bagi kita maksudnya ada sesuatu lah di situ berdiri disitu atau memerhatikan kita , Itulah yang hanna lalui sepanjang duduk di kampung S. Banyak tempat Hanna pandang tak berkelip. Macam ada benda menarik hati tapi Hanna tak bagitahu kat S sebab nanti apa pulak kata si S kan kampung dia . Cerita hanna permulaan ni mungkin tak lah seram sangat tapi sekadar nak berkongsi pengalaman .
Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit
cite okey2 jea wlaupn xbrape nk seram. .t.t
Cerita bbnu
Sampah nya cerita kau
#sampah sarap
Bosan dik cerita kau
bosannya dik cara penceritaan.. mcm ni pun admin approve..
hah?..ooohhhhh….
tak suka biar je la…. orang lain ada stail lain. baca lah cerita lain. simple