Misteri katil bilik isolasi

Hai dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan peminat setia ruagan Fiksyen Shasha, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. Terlebih dahulu sebelum memulakan cerita atau pengalaman saya yang seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak admin ruangan ini sebab sudi siarkan cerita saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca cerita Tong Sampah Kuning saya yang memberi galakkan untuk saya menulis lagi….

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya yang lain semasa bertugas di wad, saya masih lagi bertugas di wad yang sama iaitu wad multi disiplin perempuan pada masa mengalami pengalaman ini. Mungkin cerita kali ini tak berapa seram tapi izinkan saya untuk sekadar berkongsi pengalaman saya bersama pembaca yang lain.

Pada hari tersebut saya di tugaskan untuk berkerja di shif petang iaitu dari 2pm sehingga 9pm, seperti biasa selepas selesai passing and taking over report session saya mulakan tugas seperti biasa. Pada hari tersebut saya ditugaskan di acute cubical yang akan selalunya berdekatan dengan nurses kaunter, selepas mengambil repot saya memulakan tugas memberi ubat kepada semua pesakit, itu adalah perkara rutin atau biasa bagi kami yang berkerja sebagai jururawat di wad, seorang akan memberi ubat, seorang akan mengambil tekanan d***h semua pesakit, dan yang lain akan tolong membuat kerja-kerja yang lain.

So saya pun mulakan tugas dengan mengumpul semua medication chart pesakit dan letak di atas troli ubat, kemudian saya mulakan tugas dari cubical yang paling hadapan, dan telah sampai ke cubical paling belakang, saya mula pergi dari sebuah katil ke katil dan kejutkan pesakit supaya bangun makan ubat . Sewaktu saya jalan ke katil paling hujung di belakang saya tergerak hati untuk melihat katil yang berada di bilik isolasi. Bilik isolasi belakang ini selalu ada satu katil dan bilik ini di asingkan dengan dua lapis pintu, iaitu pintu kaca dan yang paling luar pintu kayu. Bilik ini kami selalu pakai untuk isolasi pesakit tibi atau pesakit lain yang di diagnos penyakit berjangkit. Bilik ini mempunyai tandasnya sendiri di dalam bilik jadi pesakit tidak akan dibenarkan keluar dari bilik ini sehingga di sahkan sembuh atau pulih.

Seingat saya minggu yang lepas ada seorang pesakit wanita yang bukan warganegara telah ditempatkan dalam bilik ini, dan pesakit itu belum discaj lagi, so in this case ubat untuk pesakit yang diisolasi akan diberikan paling last sekali sebab senang kita nak pakai PPE seperti mask, apron dan sarung tangan malah senang kami nak discard semuanya sejurus selesai urusan kami dengan pesakit ini. Malah ia juga bertujuan kita tak cross contaminated dengan pesakit lain.

Berbalik pada cerita, semasa saya lalu dihadapan bilik ini saya ternampak sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil dengan siap berselimut penuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Sedikit pun tidak nampak mana – mana bahagian tubuh pesakit ini even sehelai rambut dia pun. Saya pun terus rasa pelik, sebab sejak admit pesakit ini suka complain bahawa bilik ini panaslah, ada nyamuk lah, itulah , inilah. Tapi berbeza pulak pada petang itu, dia berselubung dengan selimut dari kepala sampai ke kaki, kalau dari luar pintu bilik iti kita tengok macam bantal peluk yang bulat panjang tu rupa dia.

Saya pun jalan balik ke depan menuju ke troli ubat saya tanpa apa-apa perasaan syak.l, sejurus sampai di depan saya pun tanya pada seorang lagi rakan setugas saya, weiii kenapa dengan pesakit bilik isolasi itu, berselubung bagai petang-petang ini. Sejuk sangat ke bilik tu?
Lalu dengan sepantas kilat rakan saya yang sedang duduk menulis repot memandang ke arah muka saya dengan penuh tanda tanya, saya pun pandang dia dengan perasaan pelik, dan soal dia balik ” dah kenapa kau ni, aku tanya je kot, tak payah la buat muka gitu”.
Lalu dia pun jawap ” weiii Rina kau ni biar betul, pesakit itu dah pergi ke Hospital **** untuk tujuan buat MRI, dia dah pergi awal pagi tadi pukul 8am kot, naik ambulans, malah dia juga ditemani oleh Dr Rajes pagi tadi. Sekarang ini giliran saya pulak terkejut beruk, ahhh sudah dia dah mula balik lah tu. Asyik nak kenakan saya je. Apalagi saya pun terus bawa rakan saya ke bilik itu balik untuk tunjuk yang benar saya nampak pesakit itu terbaring dia atas katil di dalam bilik itu.

Sampainya dia bilik itu, terkejut beruk sekali lagi saya, sebab ‘pesakit’ yang saya nampak tadi tiada di situ. Tubuh yang berselubung tadi tiada di situ. Katil tersebut kosong dengan selimut elok berlipat dan disemat di hujung kaki katil. Sedikit pun tiada tanda yang katil itu di guna oleh seseorang tadi, elok kemas saja katil itu. Tanpa berfikir panjang, saya pun balik ke kerja memberi ubat yang tergendala sebentar tadi, dalam hati saya rasa malas nak berfikir panjang sebab sejak saya mula berkerja sebagai seorang jururawat, saya telah berhadapan dengan banyak pengalaman seperti ini, lalu saya pun perlahan-lahan immunized pada pekara-perkara seperti ini.

Setelah habis memberi ubat pada pesakit terakhir, saya pun tolak troli ubat pergi ke tempat asalnya di hadapan, semasa saya tengah tolak troli ubat tersebut meghala ke hadapan, alangkah terkejutnya saya apabila nampak pesakit yang menghuni katil misteri tadi itu sedang ditolak masuk ke wad dengan wheel chair dari pintu hadapan wad oleh seorang PPK dan Dr Rajes yang menemani dia ke Hospital xxxx pagi tadi bagi tujuan MRI. So memang betullah cakap rakan saya tadi bahawa pesakit belum balik dari MRI. Terkebil- kebil saya memandang pesakit itu masuk ke wad menuju ke katil misterinya itu.

Dr Rajes yang berjalan seiring dengan pesakit pun pelik tengok saya terkebil- kebil pandang pesakit tersebut, dan dia pun bertanya pada saya. Kenapa dengan u, pandang pesakit semacam je, macam baru first time tengok pesakit naik wheel chair, kononnya nak buat lawak dengan saya.
Tanpa berselindung lagi saya pun menceritakan insiden tadi, malah rakan saya juga cakap pada Dr Rajes yang saya mengatakan bahawa nampak sekujur tubuh yang berselubung di atas katil. Seusai saya habis cerita, sekarang turn muka Dr Rajes pula yang turn blue, rasa macam nak tergelak je tengok muka Dr yang dah cuak tu, padan muka tadi bukan main kenakan saya kan. Dia memang tak puas hati dengan cerita kami, dia kata saya saja nak takutkan dia, lalu saya kata percaya atau tidak terpulang pada Dr, benda yang saya nampak tu.memang betul, sebab mata saya tak rosak lagi. Tulisan Dr yang macam cakar ayam pun boleh saya baca (hahahahaha) , mustahil benda sebesar itu hanya mainan perasaan saya.

Lalu dia pula yang ketakutan sekarang, Dr kata ” tolonglah jangan cerita lagi benda-benda macam ni saya, dah la saya oncall malam ni, sorang-sorang pulak saya malam ni”. Yang kelakarnya dia sampai tak nak tidur di bilik Dr oncall sebab dah terlalu takut.
Saya pun mengambil keputusan untuk tidak kaji lagi benda ini, sebab bagi saya dunia ni milik Tuhan, banyak lagi makhluk yang menghuni di dunia ini bersama dengan kita. Lagi pun saya minta-minta dalam hati supaya dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Walaupun saya tahu ianya mustahil, selagi kerja dalam bidang ini, masih lagi banyak untuk saya explore.
Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Asha Khartik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

1 thought on “Misteri katil bilik isolasi”

  1. Hi Asha Karthik,

    Terima kasih kongsi pengalaman. Saya dah baca dua-dua cerita awak. Pasal tong sampah kuning tu memang seramlah. Saya sendiri baru minggu lepas discaj dari Wad Ginekologi, tapi hospital tu bangunan baru jadi tak rasa seram pun hahahah. Apa- apa pun saya doakan awak dan semua petugas hospital lain sentiasa sihat dan diberkati ketika bertugas. Kongsi cerita lagi kalau ada ye ♥️

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.