Misteri Kelahiran Kembar Sara

Tq admin sebab luluskan cite misteri aku ni..

4/2011 tahun yg amat bermakna utk diri aku.ye la rezeki bertimpa².dapat keje tetap dan disahkan “twin pregnancy”

Aku bukan jenis upload UPT kat FB.canang baby bumb,share gambar scan 3D bagai.Bila ada yg tanya status secara depan² baru ceq habaq.Jadinya time raya aku still tak heboh yg aku bakal melahirkan kembar seiras kelak.

Cerita aku bermula pada 27.11.2011.

tengah siap² nk pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nk datang rumah..tanpa rasa sangsi ayah terus on.So bila dorg sampai aku yg sambut maklum la dah 36 minggu.Tak larat dh buat pape kat umah mak.Bila dorg sampai makcik aku sorg ni dia teruja lain mcm.Sampai² je salam sambil pegang perut aku.Pastu aku declare la yg pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012.dia boleh tak caya.siap meragui pulak keje doktor kata salah cek..hahaha.

Abis warm up sembang.aku pegi la dapur nk tolong mak angkat² cawan nk bagi dorg minum.tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong.

“eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat keje” (sambil pegang perut aku).kita pn seronok la sbb badan tak larat.ada pulak yang datang bantu.Memang kena time la bantuan dia.by the way,mak cik aku ni ada 2 anak dara tau.Tapui anak dara dia suma pemalas.hehehe..

Dah ready makan minum,so dorg pn makan la kat meja yg disediakan.Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa.Dia perhati je ape yg aku buat.Time tu tengah suapkan anak makan.So piring tu stand atas perut buat macam meja.hehehe.Dia tegur “tgk tu perut dah besar smpai blh letak piring”.settle cite pasal ank lelaki dia yg nak bertunang bln 2/2012,dorang pun start nak gerak balik.ehhh..lagi skali pegang perut aku..3x dh dia pegang..

Esok malamnya lepas² isyak,tetiba perut aku berombak.Pergerakkan twin sangat² agresif.Ke kiri ke kanan dorg.Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu.Senak beb.2 orang dalam perut macam tengah wrestling.Aku pun dah tak tentu arah time tu.Lusa pergerakan twin sayup² je.So aku imagine tempat dah sempit so twin pn behave dalam perut bonda dia.

30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah.Tak mungkin la terkencing.Rupanya air ketuban dah pecah.Tapi kaler dia mcm kopi o cair.Terus panggil mak,semua kelam kabut bangun siap² pegi MHKL.

Sampai kat hospital,prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm.Dorang cek time tu still 1cm.So dorg pun wat lek wat pis sbb belum time.Dorg cari heartbeat twin belah kiri.Senyap.Belah kanan,senyap.Belah bawah pun senyap.So nurse panggil doktor,doktor pelatih pun scan.Tetiba doktor hilang.Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1.Pun senyap.Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar.Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE.

Aku tanya la sejak bila?dalam tempoh lebih 24 jam.Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu.so dorg bawak aku pegi bilik kaunseling.Cerita pulak dengan mak,mak yg nangis..aku?konfius dengan perasaan time tu.Air mata pun tak mampu nak keluar.Jiwa kosong.Perasaan berkecamuk,so decide admited..

Jam 2am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm.Terus dorg tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm.

Teran bagai nak rak.Sebab 100% tenaga kita kerah.Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”.Sumpah penat ! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni.sunyi LR.Aku peluk Qaisara.Mengalir darah kat hidung anak bonda.Aku nampak muka Qaisara dah biru.

Ya Allah bidadari syurga yg aku tengah lihat ni.Aku cium.Nurse balut Qaisara dan letak tepi.Subhanallah orang lain teran.Baby keluar riuh LR.Tapi aku hanya jasad je yg ada.Roh twin dah sampai di syurga.Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara.Dua² comel.Dua² pengiring bonda.Saham untuk bonda diakhirat kelak.Urusan pengebumian berjalan lancar.Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini.

4 hari lepas besalin baru discharge sebab darah banyak hilang waktu besalin.Siap kena refill 1 beg darah.Sampai kat rumah,rutin berpantang pun bermula.1st day berurut lepas settle tetiba darah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci.Azabnya la nk kuar bila jahitan tak elok lagi.Lepas je darah beku tu kuar,aku bleeding tak henti.

Dari pukul 12 malam smpai subuh aku dh tukar 12 keping pad.Punyalah banyak darah keluar.Esok pagi mak ajak pegi balik hospital.Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak,menjerit aku dalam bilik.Dah la sakit jahit blm baik.Doktor boleh seluk pulak.Bukan sekali,2 kali kena seluk.Rasa macam nak tendang doktor tu.

Dorang scan tengok ada darah beku dalam rahim.Esok kna cuci,bila dah “cuci” yg kuar hanya 2 cc je kot..lepas “cuci”..kna la refill balik HB (darah merah) 1 beg.

Settle masukkan darah dalam kol 5 ptg,makan² sembang² sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yg amat².Sampai tangan merekot² kejang.Nurse kelam kabut tengok aku.Sumpah tak tipu time tu rasa nak pecah urat² nak cari blood pressure pun tak dapat.Nak detect temperature pun tak boleh.

Masa tu macam² ayat baca.Aku fikir malaikat maut nak cabut nyawa dah ke.Aku kuatkan semangat.Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku,aku ada anak.Kuatkanlah semangat aku demi dia yg masih kecil”..lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow² terus bdn panas dan demam.Lepas dah ok,lusa dah boleh discharge.Balik rumah pantang lagi macam biasa.

Lepas 2 hari discharge..tetiba aku tumpah darah lagi..kali ni 3 hari lepak rumah sbb fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui..3 hari bleeding tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak..telinga dah berdesing.Bibir dengan lidag dah pucat.Muka pun dah jadi kuning.Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring..nak basuh jauh la skali..kumpul je dalm plastik skali darah beku yg keluar berketul² besar tapak tangan tebal seinci tu..sumpah sakit..!

Fikirkan anak..aku pegi jugak la hospital..betul la Allah cakap..selagi belum ajal..teruk mana pn dugaan kau..tetap belim sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko..sampai hosp..bleeding yg non stop 3 hari tu..terus takde..tp still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok darah beku..dalam PAC dorg amik darah dpt result tengok HB tggl 6 je.Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12.Separuh beb hilang darah sebab bleeding 3 hari non stop..admited lagi 3 hari..masuk 2 beg darah..kali ni ok je time ada kat wad.so lusa discharge..

Bila 2x dah tumpah darah..mak pun mintak bantuan sorg ustaz.Nak pulihkan semangat aku.Takut aku tak kuat.Twin meninggal.Tumpah darah pulak.Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah darah biasa,tapi sebenarnya ada gangguan.Orang yg terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang.Tapi sebenarnya niat dia lain.

Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yg mak makcik aku tu bidan.Ustaz yg explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni..aku terkilan sangat.Kenapa darah daging sendiri buat aku macam tu.Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” skali..sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni..risau aku tertumbuk muka dia..hehehe..

Kat sini aku nak nasihat sikit.apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan.Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..lagi 1 anak suamu mak ayah ni pinjaman..amanah utk kita..redhalah walaupun perit..sebab setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ni..

Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak..aku tak paksa dan aku tak mintak simpati..tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni..banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita..tq admin.muahhh cikeddd..

 

Penulis: Pae Alysha (FB)

 

 

11 comments

  1. Firstly, takziah utk puan sekeluarga…dugaan dari Allah Taala tp awesome sbb puan sgt2 kuat hadapi semuanya…Apapun, interesting…

    1. Hii Kak Lin
      Banyakkn bersedekah
      Banyakkn puasa sunat
      Mkn kurma,buah tin,kismis dll makanan sunnah yeh…
      Perbanyakn solat tahajud & berdoa pdnya
      Ada sorg Ustaz ne bg sy 1 zikir utk diamalkn,utk mmperolehi zuriat :
      Allahuma aj al mimma e basharo
      Amalkn bila2 masa free,zikir ne…inshaaAllah

  2. sama la kita kak lin, 3 tahun tanpa cahaya mata, sy pun sebenarnya sakit mcm penulis juga, ada hamba Allah yang hntar sesuatu dekat rahim sy sehingga sy keguguran tahun lepas, malah membuatkan period sy melebihi 15 hari sebulan, max sy pernah kena adalah 23 hari, Allah je tahu ujian berat yg sy tanggung, gangguan x payah ckp la, sentiasa berada dm ketakutan, sy berubat dgn seorg ustaz ni hgg ustaz ni terpaksa berlawan dgn makhluk dlm bdan sy, alhamdulillah berjaya dibuang tp sy msh mcm dulu jgk hgg sy mnjadi fobia, jd takut utk tidur sbb setiap kali sy tidur sy akan mengalami gngguan yg pelik2. sy tahu ini semua ujian dr Allah SWT utk sy n sy redha dgn semua yg berlaku, sy jg tdk prnah menaruh dendam dan benci pd org yg telah melakukannya kp sy dan sy berdoa semoga org yg melakukannya akan mendapat petunjuk dan hidayah Allah….

    1. Ya allah, mcm2 skg berlaku kn . Berat sungguh ujian. Sabar lah kak bunga. Pasti ada hikmahnyaa. Manusia ni mmg keje asyik mendengki je dgn org. Geram sgt lahh

  3. Sedih, geram, menyampah, sayu, sebak, seram, semua ni bercampur-baur dalam hati bila baca sampai habis, Pada yang menganiaya, biarlah Allah yang menentukan. Sabar ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *