Misteri Kolej UITM Puncak Alam

Assalamualaikum dan hai semua. Ni aku nak share sikit cerita dengan pembaca setia Fiksyen Shasha. Nama aku Hani, student UITM Puncak Alam. Dah masuk sem 3 aku kat sini. Blok-blok kolej kat sini memang banyak. So aku memang tinggal kat kolej dia la. Kolej dia ni nak kata dikelilingi hutan pun tak jugak tapi sunyi la time malam.

Cerita dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Actually aku sampai awal untuk daftar tapi sebab tunggu kawan-kawan punya pasal untuk serumah so dekat pukul 3 petang jugak la daftar. Masam jugaklah muka pengurusan asrama tu sebab kami student yang last daftar nak masuk kolej. Sebab daftar last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki hanya rumah kami. Scary.

Satu hari tu aku balik kolej lewat malam dah sebab keluar beli barang. Tu hari ketiga selepas daftar. Pukul 1 pagi lebih kurang. Memang sunyi sepi kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terbukak sebab awal sem kan, siapa je rajin nak stay up. Lepas je kereta kawan aku pergi, aku pun tengok sekeliling kot-kot ada teman nak naik lif sekali. Aku ni cuak sikit dengan tempat sempit sensorang. Tapi memang tak adalah time macam tu. Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak. Aku fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat.

Tingkat satu, dua pastu tingkat tiga. Lif berhenti kat tingkat tiga. Aku dah lega dah sebab ada yang naik maybe tapi kau tahu siapa tunggu nak naik? Perempuan pegang buku lusuh berdebu kat tangan dia. Dengan pucat muka dia tu. Actually aku memang boleh nampak makhluk halus ni. Cuma setelah sekian lama tak pernah nampak sejak nenek aku tutup hijab aku yang terbuka, ni lah first time aku nampak balik. Aku dapat rasa badan aku sejuk gila.

Menggeletar seluruh badan tapi benda ni kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. So aku berdiri kat penjuru lif tu. Benda tu pulak kat depan. Aku memang nak nangis waktu tu sebab dia tak tekan lif. Aku fikir time tu, camne aku nak turun tingkat 9 nanti sebab dia halang aku. Sampai je tingkat 9, dia keluar heret kaki dia. Aku dah siap nak pecut masuk rumah dah lepas je keluar lif tapi guess what, dia berdiri depan rumah aku before lesap. Aku punyalah tak tau nak buat apa terus call housemate aku suruh bukak pintu.Takut macam mana sekalipun aku tutup je mulut walaupun diorang tanya kenapa muka aku pucat semacam.

Sebenarnya aku dah boleh agak. Rumah aku tu ada empat bilik. satu blik dua orang. Bilik A, B, C penuh tapi bilik D kosong. Aku dapat rasa bilik tu berpenghuni jugak. Cuma malas nak kecoh. Satu malam tu, beberapa hari lepas kejadian aku bangun nak ke toilet dalam pukul 2 pagi tak salah. Housemates aku semua dah tidur time tu.

Toilet kat sini ada tiga bilik kecik; shower, jamban duduk dengan jamban cangkung. Aku masuklah jamban cangkung tu. Waktu kat dalam tu aku dengar bunyi orang heret kaki. Dup dap dup dap dah jantung aku. Aku jenguklah kat bahagian pintu bawah tu sebab ada space kan, kotlah kawan-kawan aku, tapi ada kaki pucat gila macam mayat tu. Sebelah je okey. Bukan dua belah. Senyap je. Aku pun senyap. Tak berani nak keluar. Nak baca doa perlindungan pun tak boleh kat tempat syaitan tu. Beberapa minit lepas tu baru kaki tu hilang. Bukan nak kata aku ni berani, tapi kita tak boleh takut sangat dengan benda ni. Kita kena takut dengan Allah je. Tapi kena jugak hormat mereka ni sebab mereka pun makhluk Allah.

Ingat tak yang kecoh pasal geng jubah hitam masuk kolej di beberapa uni dulu tu? waktu tu tempat aku pun heboh gila. Sampai ada satu malam tu, diorang kecoh nampak jubah hitam tu dalam lif. Disebabkan takut, semua housemates aku tidur bilik aku. Bilik aku bilik C, sebelah bilik kosong tu. berhimpit-himpit enam orang tidur sekali. Bila dah tutup lampu, kawan aku sorang ni bukak sikit pintu sebab nak cari barang apa ntah kat pintu tu. so hanya ada sinaran lampu luar bilik je sikit. Time tu, aku ternampak dia berdiri tepi pintu bilik aku.

Aku nampak setengah je badan dia. Mata dia renung kawan aku yang cari barang tu. Mungkin sebab kitorang bising kot time tu. Then, aku mintak semua diam sebab dah malam baru benda tu mengundur.

Pernah satu malam tu, esok tu aku ada test. So aku stay up la. Memandangkan subjek tu kena hafal, aku pun masuk la bilik D tu nak hafal, tak nak kacau roommate aku. Penat menghafal, aku terlelap atas katil. Lepas tu aku terjaga sebab aku dengar bunyi orang tengah menulis. Pastu bunyi letak pen. Then sambung menulis balik. Aku bangun gosok-gosok mata la, sebab gelap. Siapa yang menulis dalam gelapkan.

Aku pun pandang ke arah meja study. Gulp. Ada sosok perempuan tengah tunduk dengan kepala dia sampai ke meja study. Time tu baru aku ingat yang aku duduk dalam bilik D ! cepat-cepat aku bangun tak berpaling dah ke arah tu dan terus keluar. Masuk je bilik aku, aku tengok kawan aku tengah study. Geram jugak la time tu.

Aku tanya dia siapa yang padamkan lampu bilik D tu, dia cakap dia yang padamkan sebab aku dah terlelap sebab kesian kat aku cerah nak tidur. Adoi! Kang aku cerita pasal bilik tu terkejut semua orang. So aku telan je lah kepahitan apa yang aku lalui seorang diri.

Bilik D tu pun kitorang tak biarkan kosong actually. Ada la jugak time masuk mengaji Quran dalam tu, tapi bukan setiap hari la. Aku tak rasa housemates aku boleh nampak dia. Dan aku pun taknak menakutkan diorang. Cuma, kita ni jangan la tinggal solat, mengaji jangan lupa. insyaAllah benda tu tak kacau kita. Aku nampak pun sebab hijab aku pernah terbukak dulu kot.

Hurm, tu je nak share. Buat sesiapa yang stay kat Palam, jaga diri. Jangan bising sangat. Tambah- tambah yang stay kat tingkat 9 tu yer. Kisah ni tak lama sangat tau. Tak kisah korang blok Rafflesia, Angsana, Dahlia or Casuarina. Please jaga hubungan dengan Allah.

hani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.8]

28 thoughts on “Misteri Kolej UITM Puncak Alam”

    • Akak sy dok kt puncak alam kt kolej dahlia dia dok tingkat 2 klau nk tau mlm tu pukul 11:30 msa tu sy trun dripda tangga dngn kak sy msa tu kolej tu mmg sunyi rsa seram sejuk dh ni aduii

      Reply
    • Dia ni samada angsana or raflesia….but it’s okay biasa la tu. Tempat dia dah tapi selagi mana kita berkelakuan baik, dia takkan kacau.

      Reply
  1. UiTM Puncak Alam….hurmm. Bayangkan hutan belantara sebelum ni, dah jadi universiti. Tempat membuang segala-mala makhluk disebalik bukit U kita tu dek non. Balik bukit tu kan dah ada Penjara Koreksional, diketahui situ pun tempat pembuangan “sisa-sisa makhluk” drpd penempatan lain yang ingin “dibersihkan”. Bertabahlah dek non ya.

    Reply
  2. best pulak baca cite ni…sy faham.. sy juga penah besituasi mcm tu… sy merupakan staf di uitm puncak alam…. sy ada byk yg misteri berkenaan dengan uitm puncak alam… tp tak perlulah sy share kat sini…. benda makhluk mcm ni…jgn berani sgt…dan jgn la sampai takut sgt… lagi pun makhluk tu tak leh nak mudaratkan kita pun….

    Reply
  3. nak mention jugak kolej zamrud and baiduri. hati2 lah ye bile balik malam. laluan yg satu2nya dri pintu depan nak ke alam bina tu. sepanjang jalan tu baca la apa patut supaya benda tu tak ikot kita sampai ke kolej.

    Reply
  4. Orang ckp, tiap blok hostel kt palam tu ade citer momok dye .
    Sape duduk A4 malam2 jgn gatal duk intai bustop kt bwh tu hehe

    Reply
  5. sy berjiran kt belakang uitm puncak alam ni haa…penjara koreksional puncak alam…belah sini pon ada jgk org yg ternampak…tp x teruk sgt kacaunya..mungkin dia takut sbb ada sy hihihi

    Reply
  6. aku pun student UiTM Puncak Alam jugak. tak tau pulak ada kisah seram kat UiTM Puncak Alam nie. seram jugak cerita engkau nie..

    Reply
  7. haha lawak cite ni sebijik .aku student baru,dok kolej casuarina tingkat 9 bilik D,dok sorang2 xde housemate.first night stay asrama ni terbaca cite ni pukul12tgh mlm sorg2 dlm bilik smbil tingkap bilik terbuka:))
    and guess what??x akuttt punn:))

    Reply
  8. haha lawak cite ni sebijik kena dgn aku .aku student baru,dok kolej casuarina tingkat 9 bilik D,dok sorang2 xde housemate.first night stay asrama ni terbaca cite ni pukul12tgh mlm sorg2 dlm bilik smbil tingkap bilik terbuka:))
    and guess what??x akuttt punn:))

    Reply
  9. tp nyesal jgak baca cite ko nih.da x pasal2 aku terbayang ada makhluk lain dok begayut tepi tingkap dan ada benda lain tido seblah katil kosong tuh.dah la aku tido gelap tutup lampoo.keseraman mula merasuki diriku.heheh

    Reply
  10. Uitm puncak alam mmg pemes tuh bole d katakan stiap pnghuni kolej ada cter trsndri psl ‘benda’ tuh nak bkwn jer tuh sbb daa lama ksnyian kan 😂

    Reply
  11. Kalau kitorang nak riki tmpt tu blh tak,, kira nak buat paranormal,,jika di izinkan,, sbb dh lama tertarik nak buat aktiviti kat tmpt tu..

    Reply
  12. Aq dlu ex student palam. First lelaki yang stay kat dahlia. Masa tu katil baru lagi. Plastik pon x buka lagi. Masok sem baru pindah ke casua. Kena kacau main flush jamban je. Agak dya berak kot. Lpas tu aw masok pulak. Patut bau semacam je

    Reply
  13. Alam Bina kolej zamrud bilik saya sis member bilik lain takleh tido kena kacau padahal saya tido dalam bilik tu terbongkang steady jer hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.