Hai semua peminat setia FS. Pada kali ni penulis nak ceritakan tentang puaka di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Lebuhraya ni memang cukup sinonim dengan penduduk Alor Setar. Nama asalnya ialah Jalan Sultanah dan telah diupgrade oleh kerajaan negeri menjadi Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang diambil bersempena nama Almarhumah Permaisuri Kedah iaitu Sultanah Bahiyah. Jarak lebuhraya ni sekitar 15KM.
Suasana siang hari lebuhraya ini seperti jalan-jalan biasa di sekitar Alor Setar. Kesesakan jalan akibat daripada ribuan manusia yang berulang-alik dari tempat kerja ke kediaman mereka tidak dapat menutup kisah angker di sebelah malamnya. Lebuhraya ini telah menjadi saksi apabila beratus-ratus kemalangan maut dan salah satunya hampir meragut nyawa penulis. Pada bulan Ogos tahun 2013, penulis telah terlibat dengan suatu kemalangan yang sungguh misteri. Misteri itu sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis mahupun dari pemikiran logik penulis sendiri.
Kisahnya bermula pada penghujung bulan Oktober. Pada masa ini penulis baru sahaja tamat STPM dan menghabiskan cuti panjang dengan menjual burger berdekatan Stadium Darul Aman. Memandangkan lebuhraya ini hanya satu-satu sahaja jalan yang menghubungkan rumah penulis dengan tempat berniaga, mahu tak mahu penulis terpaksa menggunakan lebuhraya ini. Malam itu, pelanggan tidak seperti biasa, jumlahnya terlalu ramai sehingga penulis dan seorang kawan iaitu Mijan terpaksa menutup gerai pada jam 2 pagi.
Kebiasaannya kami menutup gerai paling lewat pun pukul 12 malam setelah selesai mengemas barang dan mengira stok untuk dibeli pada esok harinya. Semasa menghidupkan enjin motosikal Honda Wave S kesayangan penulis tu, tiba-tiba satu hembusan angin yang kuat menghempaskan ke muka penulis beserta lolongan anjing yang sayup-sayup kedengaran. Baru penulis sedar bahawa malam tu merupakan malam keliwon.
Perjalanan pulang ke rumah dari gerai burger mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Walau bagaimanapun, perjalanan tersebut dirasakan terlalu lama. Dalam perjalanan pulang, penulis terserempak dengan dua ekor anjing yang sedang bergaduh dan salah seekor anjing tersebut menggonggong tulang seakan-akan kaki manusia. Akibat terlalu penat, penulis meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan pergaduhan tersebut. Papan tanda tertulis Lebuhraya Sultanah Bahiyah, hal ini telah menandakan bahawa penulis sedang berada di jalan angker. Tiada sebuah kereta mahupun motosikal pada ketika itu. Jarum odometer pada awalnya berada pada 60km/j terus bertukar menjadi 90km/j setelah throttle dipulas habis.
Namun, kelajuan motor tidak seperti yang ditunjukkan oleh odometer, motor terasa berat seakan-akan penulis membonceng seseorang di belakang. Dengan cekal hati, penulis melihat side mirror tetapi tiada ‘sesiapa’ di belakang. Dengan perasaan takut, segala surah dan ayat suci al-Quran terus dibaca. Penulis kembali fokus pada jalan yang diselang-selikan dengan lampu jalan yang jaraknya 50 meter setiap satu. Di bawah salah satu lampu tersebut, penulis terpandang akan sesosok tubuh seorang lelaki yang berdiri tanpa kaki kanannya.
Motorsikal penulis melintasi lelaki tersebut dan mata penulis masih lagi tertacap memandang lelaki tersebut seperti sedang dipukau olehnya. Penulis masih lagi ingat sehingga sekarang akan wajahnya. Wajahnya seperti baru sahaja terbabit dalam kemalangan, isi mukanya terkeluar sehingga menampakkan tulang mukanya. Darah yang mengalir masih lagi segar. Bajunya koyak dan seluar jeans yang dipakainya dipenuhi dengan darah dan kakinya tiada sebelah.
Tersentak dari pukauan tersebut, tiba-tiba motosikal yang ditunggang penulis hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Keadaan itu menyebabkan penulis terpelanting ke arah jalan bertentangan. Dalam usaha untuk bangun, penulis terlihat sebuah cahaya seakan cahaya dari lampu kereta menghampiri diri penulis. Dalam kekalutan tersebut, sebuah kereta Nissan Sunny berwarna putih terus menghentam penulis. Setelah sedar dari pengsan, baru penulis tahu yang diri ini telah berada di wad sebuah hospital swasta setelah 2 hari penulis dalam keadaan koma. Kecederaan yang dialami penulis agak teruk juga. Kaki kanan penulis terpaksa dimasukkan besi kerana tulang lutut telah hancur. Mengikut doktor keadaan kaki penulis semasa itu seperti digilis lori dan dua jari tangan telah patah.
Beberapa hari di wad, penulis dibenarkan pulang dan membuat laporan polis tentang kemalangan tersebut. Setelah meneliti cctv yang dipasang di lebuhraya itu, polis tidak dapat mengesahkan kejadian langgar lari tersebut. Berdasarkan pemerhatian dari cctv, hanya penulis seorang sahaja yang berada di atas jalan semasa kejadian itu berlaku dan tiada sebarang kenderaan yang melanggar penulis. Penulis juga terdengar bahawa kaki seorang lelaki yang terputus semasa terlibat dalam kemalangan telah dijumpai. Penulis terus ingat tentang lelaki itu la yang penulis lihat di bawah lampu lebuhraya tersebut. Mungkinkah kemalangan yang berlaku ke atas lelaki itu dan diri penulis ada kaitan dengan kereta Nissan Sunny tersebut? Dan kenapa kaki kanan kami yang menjadi mangsa? Misteri ini masih belum dapat dirungkai sehingga sekarang.
P/S Berhati-hati di jalan raya, malang tiada bau.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tang mana jadi eksiden tu,……jalan depan shahab kaa atau depan smkak…?? aku pun nak tau gak…setau aku sebelum smpe kat tat nasi ayam tu ada titi lepas trafik light kat hsptal lama tu mmg keraih skit tang titi tu…depa besa saja gatai2 rakam p lalu bawah titi tu nampak laa dia dok ataih pokok pkui lima yang besaq tu
tulis “saya” sudahh
tulis jer aku,saya…kalau bahasakan diri sebagai ‘penulis’ macam pelik jer baca….
X pelik pun..perbanyakkan bacaan ok..majalah mastika contohnya..banyak je membahasakan diri sebagai penulis untuk artikel yg diorang publish..kalau nak yg formal, pakai bahasa pasar boleh baca cerita hantu budak2 wechat..kah3..
itu artikel yg dorang publish utk majalah…ini cerita2 macam kau duk duduk ngan member sembang2..setakat mastika tu aku baca tiap2 bulan la wahai budak, medium lain, so penulisan tepat dengan medium penulisan..dalam mastika sendiri pun dorang tak sentiasa bahasakan diri sebagai penulis,dorang tulis nama watak, atau “aku”..,kalau tulis kata ganti nama guna penulis pun dorang tak pakai banyak kali, 3,4 kali dalam sesuatu artikel. g belajar balik sastera penulisan wahai budak
kau dah kenapa..baca senyap2 sudah..komen itu ini..tulis sendiri la crita kalo x puas hati..sibuk
Hakikatnya, majoriti dalam FS bukanlah penulis pro pon, so be ignore jelah bab-bab kecik macam ni
Org yg komplen pasal bnda mcm ni jenis jarang mmbaca. Kalu bc pun, bc FS ngn komik je. Jenis **kun ngn penggunaan Bahasa yg btul. Klu Bahasa pasar masuk dlm penulisan die ok je pulak.
Hohoho…kg dkt sana..tp alhamdulillah xpenah lg dgr pasal jln anker tuu..huu
Maybe dia nk kau tlg dia, setelkan kes. First Kau nampak anjing tokak tulang kaki,, second kau xcident. Kaki budak tu jumpa. Kereta nissan tu yang langgar lari hantu yg kau jmpa tak berkaki tu. Mcm dy nak driver tu kena hukuman atas kesalahan dia..agak complicated lah nk tlg benda benda ghaib ni. Dh la tadak bukti. Nk ckp dkt polis kang dikata gila. Pemikiran aku je yg ni.. Bnyk drama kot maybe haha but nothing impossible sbb drama pun mesti penah jdi betul baru org tahu n cipta skrip cerita.
mmg taklah aku nk lalu highway ni sorang sorang haih seram
Kesiannye. Huhu….
misteri ni…apa yang langgar penulis tu erk
Ini semua khayalan penulis semata2. Tak masuk akal, ko dh jatuh pastu tgh kalot nk bangun then nmpak lampu keta bersinar depan mata then GEDEBOOM. Tapi ko boleh tau warna keta siap dengan model sekali. kah kah kah….lawak. Logik la kat CCTV tak nampak ape2.
Sorry mencelah. Saya selalu je lalu jalan tu lewat2, siap time jaga mak di hospital lama tu, park moto dekat bilik mayat n penah balik pkl 2 3 pg dr hospital, alhamdulillah xda pun benda pelik2. Even br 2 3 hari lepas pun duk ulang alik ke hospital lama time2 lewat, xde pulak benda pelik2