Misteri Lelaki Tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di ruangan FS. Apa pun aku nak ucap terima kasih pada korang yang sudi membaca kisah pertama aku yang lalu (Pengalaman Mengejar Langsuir), yang aku kongsikan disini berserta komen-komen yang murni. Terima kasih jugak buat FS kerana sudi menyiarkan kisah pengalaman aku bersama abang-abang aku. Jadi untuk pengalaman kali ini, ingin aku kongsikan sebuah pengalaman yang agak misteri aku yang kesorangan. Cerita ni agak panjang sebab ada sedikit cerita silam misteri tersebut. Kejadian ini berlaku sekitar 4 tahun yang lalu. Sewaktu itu isteri aku nak bersalin anak pertama kami.Untuk pengetahuan pembaca FS, isteri aku ni sepatutnya bersalin dalam 2 minggu lagi. Tapi entah bagaimana, dia dah mula sakit-sakit pulak waktu tu. Ngam-ngam pulak masa tu aku rehat tengahari (waktu kerja). Nak dijadikan cerita terpaksa la aku cuti separuh hari memandangkan nak urus isteri aku ni ke hospital. Waktu sampai dihospital, jururawat beritahu yang isteri aku perlu ditahan diwad sementara waktu kerana ‘bukaan’nya masih kecil dan perlu menunggu. Kebetulan juga bilik bersalin sedang sibuk dengan pesakit-pesakit lain yang nak bersalin jugak.

Jadi aku ambil keputusan untuk pulang dulu siapkan apa yang patut untuk isteri aku nanti. Lebih kurang jam 8.00 malam (lepas maghrib) aku pun bergegas la nak ke hospital semula. Sampai dihospital dalam pukul 9.30 malam macam tu. Dengan persiapan barang segala bagai untuk isteri aku bawak. Maklumlah, teruja nak dapat anak pertama. Aku pun ‘port’ la dekat tempat menunggu dikawasan bilik bersalin. Aku keluarkan telefon bimbit, aku layan apa yang patut untuk mengisi masa yang ada. Untuk makluman pembaca, bilik bersalin ni berdekatan dengan bilik pembedahan, unit rawatan rapi dan tak jauh dari laluan untuk ke bilik mayat (satu laluan yang sama). Hampir 3 jam jugak lamanya menunggu, tiba-tiba sorang jururawat memanggil waris bagi isteri aku. Bingkas aku bangun dan terus berjumpa jururawat tersebut. Rupanya jururawat tersebut beritahu yang aku berani ke tidak mendampingi isteri aku sewatu bersalin nanti. Jawapannya mestila ya.

Aku balik semula ke ruang menunggu, aku tengok ada yang ternganga, ada yang terlopong mulutnya tengah tidur. Aku pun dah mula nak layu. Aku pun bangun lalu merayau-rayau disepanjang laluan pejalan kaki disitu sambil menunggu giliran panggilan untuk masuk ke bilik bersalin. Waktu itu kawasan tersebut agak sunyi sambil bertiup bayu lembut yang mula menerjah keheningan malam (uittt bermadah bagai pulak). Disepanjang laluan pejalan kaki tu ada disediakan jugak kerusi menunggu awam. Waktu aku melintasi kerusi tersebut memang tiada siapa pun yang duduk disitu. Lebih kurang 10 meter berjalan melepasi kerusi tersebut tiba-tiba bulu roma aku tegak sendiri (bukan tahan nak berak eh??), tengkuk aku mula terasa panas (tu salah satu tanda bagi aku merasa kehadiran entiti). Aku keluarkan telefon bimbit aku, sambil melihat-lihat mesej yang masuk. Semuanya mesej yang mendoakan isteri serta anak aku dipermudahkan segala urusan. Aku tersenyum membaca sambil dalam hati aku meng“Aamiin”kan doa mereka. Jam ditelefon bimbit juga menunjukkan pukul 12 lebih. Aku simpan semula telefon bimbit aku ke dalam saku seluar. Teragak pula nak memandang kearah kerusi tu. Sewaktu aku menoleh semula ke arah kerusi tersebut, tiba-tiba terlihat sesosok tubuh seorang lelaki tua berkopiah lusuh, berbaju kemaja putih dan seluar berwarna krim comot serta berselipar putih (selipar Tat Sing tu..) sambil memeluk beg plastik (macam beg goodies rumah orang kahwin tu…tapi saiz die besar sikit..popular sekitar tahun 80an beg plastik nie..) duduk sambil menunduk ke bawah terdapat ditangannya seutas tasbih.

Usia dia boleh digambarkan sekitar hampir 70an macam tu la. Terhenti sekejap langkah aku. Tapi jauh disudut hati tak terdetik pun yang itu bukan manusia. Tapi aku pun terus menuju ke kerusi tersebut. Melabuhkan p******g dekat situ. Dengan selambe aku pun tegur la..”Assalamualaikum..Pakcik. Pakcik buat ape dekat sini?? Dia menjawab “Takde apa-apa nak. Pakcik tengah tunggu anak pakcik. Dia kemalangan siang tadi.” Dengan suara yang penuh lembut pakcik tu luahkan apa yang berlaku. Dalam hati aku berkata ‘Kesian jugak dekat pakcik nii. Dah tua-tua..sorang-sorang tunggu anak mesti orang susah. Iyalah sebab keadaan dia kelihatan macam tu. Tambahan pulak dengan usia begini serta waktu memalam yang sejuk-sejuk sepoi ni meningkatkan lagi perasaan syahdu’.

Tiba-tiba teringat dekat arwah ayah aku. Sepanjang hayat kami adik-beradik memang senantiasa menjaga ayah, apa kemahuan dia, kemana dia nak pergi…Inshaa Allah dapat kami penuhi. Al-Fatihah Ayah (Adam Bin Jani). Berbalik dengan pakcik tadi aku nampak seolah-olah bergenang airmatanya. Mungkin memikirkan nasib anaknya. “Anak pakcik tu diwad mana ye?”. “Masih diICU lagi, dia kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja. Sewaktu melintas jalan datang sebuah lori muatan tanah yang laju merempuh dia. Lori tu tak sempat brek. Anak pakcik terpelanting ke dalam parit. Pakcik dapat tau pun orang kampung yang sampaikan”. Begitulah luahan beliau. Sayu pulak hati aku mendengarnya. Tergendala sekejap ingatan aku pada isteri aku yang nak bersalin dekat bilik bersalin. Entah apa la kabarnya. Aku tanya lagi, “ Abis tu pakcik dah makan ni?? Mana anak yang lain?? Isteri pakcik tak ikut ke???”. Dia diam seribu bahasa. Hanya kepala sahaja digelengkan. Agak lama jugak nak menantikan jawapan yang selanjutnya. “Isteri pakcik dah meninggal, kanser. Tu pun pakcik tak dapat nak bawak ke hospital sebab tak mampu. Pakcik cuma ada sorang je anak perempuan. Dulu pakcik kerja tukang kebun rumah orang. Bila orang tu pindah, jadi pakcik hilang sumber pendapatan. Hanya bergantung kerja-kerja kampung je….” balas beliau.

Tengah asyik aku mendengar keluhan pakcik tu…tba-tiba jururawat memanggil aku kerana isteri aku sedang sedia untuk bersalin. Aku berpaling semula kearah pakcik tu sambil menyeluk saku seluar lalu menghulurkan sedikit wang tapi dia menolak dan berkata “Tak apelah nak…pakcik ade duit”. Tapi aku berkeras untuk menghulurkan bantuan tak seberapa tu. Aku pun bersalaman dengan pakcik tu. Sejuk tangan dia macam pegang air batu rasanya. “Tahniah ye nak, dapat anak perempuan…jaga dia elok-elok bagai sebutir permata yang berharga..” “Terima kasih pakcik”. Sambil tersenyum gembira aku terus berlalu pergi sampailah dipenghujung pintu masuk bilik tersebut aku terasa pelik, teringat kata-kata pakcik tu….macam mane le dia boleh tau aku nak dapat anak perempuan??? Lantas kepala ni nak menoleh semula dikerusi yang kami duduk bersama tadi. Berderau d***h…..dah hilang!!! Sewaktu berada dalam bilik bersalin, aku lihat isteri aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan puteri kami. Hilang sekejap ingatan pasal pakcik tadi. Alhamdulillah, masuk je waktu subuh maka lahir la satu jiwa satu khalifah adanya (macam lirik lagu kumpulan Khalifah pulak…hihihi…). Dengan penuh syukur aku diberikan peluang untuk mengiqamahkan puteri aku sendri.

Setelah selesai semuanya, aku keluar dengan penuh gembira. Aku capai telefon bimbit aku, berita ini aku khabarkan kepada mak aku dan mertua aku. Sementara itu isteri serta anak aku pula dihantar ke wad biasa untuk rawatan lanjut. Kaki aku pun melangkah pergi meninggalkan isteri serta cahaya mata baharu aku kerana siang nantinya aku datang semula. Mana taknya, semalaman aku dok tunggu kat hospital. Badan pun bau ubat je. Sedang dalam perjalanan nak pulang, tak jauh dari hospital tu ada la warung yang bukak, terasa nak sarapan pagi. Kelihatan ramai jugak orang yang berkunjung dekat warung tu, ada yang bungkus je (mungkin bekal nak bawak pi kerja agaknya..) ada yang bersarapan dekat situ..maklumlah awal pagi kan..hari bekerja pulak tu, jadi sibuk la. Toleh sana toleh sini ada satu tempat kosong. Aku pun duduk la kat meja tersebut. Kebetulan, sebelah meja aku nie ada meja pakcik-pakcik dok berborak (geng-geng pencen la tu…) bukan main riuh lagi. Selesai aku pesan sarapan pagi aku, salah sorang pakcik meja sebelah tu tegur la aku. Dia tanya aku dari mana, aku pun jawab la dari hospital tunggu isteri aku bersalin. Ramah pulak pakcik-pakcik dekat sini melayan aku. Elok-elok aku duduk sorang-sorang terus pindah meja sebab pesanan aku dah sampai dan nak sambung berborak lagi. Sedang rancak berborak, salah sorang kawan pakcik ni (pakcik jugak..) tiba-tiba bertanya “Maaf nak, pakcik nak tanya, sepanjang malam ko berjaga, ada ko jumpa apa-apa?” aku jawab “Jumpa apanye pakcik??” “Ala ada jumpa orang tua ke?? Macam usia macam dalam 70an??” Secara automatiknya minda aku teringat akan pakcik yang tunggu anak dia tu. Tapi aku jawab takde. Sebab nak pancing cerita sebenar (sambil tangan aku dok mengoyakkan roti canai untuk disumbatkan ke dalam mulut).

Akhirnya salah seorang dari mereka bersuara. Ceritanya begini, lebih kurang 30 tahun yang lalu. Dalam sebuah kampung ada satu keluarga ni yang tinggal sepasang suami isteri bersama anak perempuannya (anak tunggal) yang kehidupannya sederhana. Suaminya merupakan seorang tukang kebun, isterinya surirumah (takde kene mengena dengan suriram ye..) sepenuh masa dan menghidapi penyakit kanser. Anak beliau pulak seorang anak dara. Eh…salah pulak…pekerja kilang pada masa itu. Keluarga ni memang taat pada agama, hampir dikatakan setiap waktu sisuaminya sering bersolat disurau berdekatan, malamnya pulak mereka bertiga akan berjemaah disurau yang sama jika kesihatan isterinya mengizinkan. Nak dijadikan cerita suatu hari sisuami ni mendapat khabar bahawa tuan rumah tempat beliau bekerja akan berpindah. Jadi beliau yang merupakan tukang kebun disitu mau tak mau terpaksa la berhenti kerja. Bila dah berhenti kerja maka pendapatan pun semakin berkurangan. Walaupun terpaksa melakukan kerja-kerja kampung serta sering mendapat bantuan, nak harapkan pendapatan anak perempuannya pun masih tak cukup untuk menampung perbelanjaan seisi rumah dengan kos rawatan isterinya yang sedang sakit.

Dengan tak disangka-sangka, akhirnya siisterinya menghembuskan nafas yang terakhir. Tinggallah sisuami ni bersama dengan anak perempuannya. Hidup perlu diteruskan selagi kudrat termampu. Kadang-kadang sisuami ni sering terlihat ditanah perkuburan siisteri sambil menggenggam tasbih dan Surah Yasiin. Suatu hari, anak perempuan beliau ditimpa musibah. Sewaktu dari tempat kerja nak pulang kerumah, dalam perjalanan, sianak ini telah menerima kecelakaan jalan raya. Kejadian berlaku sewaktu nak melintas jalan lalu dirempuh oleh sebuah lori muatan tanah pada ketika itu. Diceritakan lagi, yang anaknya ini mengalami pendarahan dalam kepala, patah tulang rusuk, kaki serta tangan. Berita ini sampai ke pengetahuan orang kampung. Puas orang kampung mencari, akhirnya terjumpa beliau yang baru pulang dari tanah perkuburan isterinya. Orang kampung pun menceritakan serba sedikit tentang kejadian itu. Sisuami ini yang mendapat tau dengan tergesa-gesa bersiap dan berjalan menuju ke hospital. Sewaktu hendak melintas menuju ke pintu masuk hospital, sisuami ini telah dilanggar dengan sebuah bas. Beliau menghembuskan nafas terakhir disitu saja. Manakala anak perempuannya meninggal 2 hari selepas menerima rawatan diUnit Rawatan Rapi.

Rentetan dari peristiwa itulah, kalau ada sesiapa yang berseorangan menunggu dikerusi tersebut pada dinihari, akan adalah penampakkan beliau. Jika bernasib baik, siap dapat beramas mesra sekali dengan beliau. Terdengar akan cerita tersebut, masa tu jugak Adrenaline aku mula nak berdegup kencang. Tapi masih dalam keadaan terkawal. Aku tak mau nanti pakcik-pakcik ni perasan akan perubahan air muka aku bila dengar cerita tu. Patutle aku salam orang tua tu tangan sejuk macam salam air batu ketul. Kemudian dia boleh tau yang aku dapat anak perempuan siap ucap tahniah lagi. Lepas tu, hilang macam tu je…entah ke mana bila aku toleh semula sebelum masuk bilik bersalin. Akhirnya selesai je sarapan pagi aku, aku pun bayar je untuk mereka sekali (geng-geng pencen tu la…). Bohong la kata kalau tak seram bila dah terdengar cerita dan mengalaminya sendiri peristiwa macam tu. Aku mohon izin untuk pulang sambil bersalaman dengan mereka. Dalam perjalanan pulang boleh pulak aku terlalu jalan yang dikatakan ‘pakcik tu meninggal’. Terimbas pulak kelibat lelaki berkopiah diseberang jalan tengah dok peluk beg plastik nak melintas jalan. Tak tau la samada pandangan mata aku atau khayalan (mana taknya mau ting tong semalaman berjaga..). Hanya surah Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan buat beliau sekeluarga. Semoga roh-roh mereka sekeluarga dicucuri rahmat hendakNya. Aku meneruskan perjalanan pulang sambil ditemani sinaran sang suria pagi.

Begitulah serba sedikit peristiwa yang aku alami sendiri. Aku tak pandai nak ubah suai cerita bagai. Sebab pengalaman tu aku lalui sendiri. Aku mohon maaf andai cerita ini agak panjang, tak seram dan membosankan. Aku bukan penulis yang baik. Tapi apapun aku ikhlas berkongsi dengan pembaca FS semua. Inshaa Allah, jika diberi lagi keizinan, akan aku ceritakan lagi pengalaman hidup aku yang lain. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita nie. Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman yang aku lalui, itu pun jika ada yang berminat dan diizinkan. Inshaa Allah. Wassalam.

-John Jenin-

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 5]
John Jenin

23 thoughts on “Misteri Lelaki Tua”

  1. “Jika bernasib baik, siap dapat beramas mesra sekali dengan beliau.”

    baru perasan ejaan beramah mesra jadi beramas mesra hiihi

    Reply
  2. hospital mmng menyeramkan….aku penah kerja dalam hospital,mmng seram malam lagilah seram….
    tapi aku bernasib baiklah sbb entiti tak penah munculkan diri depan aku…tapi aku dpat rasa n dengar….menegak bulu roma…..
    tak sampai setahun pun keje situ…disebabkan management dia tak ok…
    #GHPP

    Reply
  3. sedihnya.. cara author describe pakcik tu mmg terus boleh imagine.. rasanya kalau jd mcm ni kat saya, mungkin 25% takut, tp lg 75% sedih dan kesian.. (provided pakcik tu tak muncul dgn muka menakutkan lah).. mesti pakcik tu tgh risaukan sgt pasal anak dia sampai terburu2 nak melintas.. Allahuakbar.. tak sempat dia nk jumpa anak dia..

    Reply
  4. kesiannyaaa laa kt pakcik tu… sedihnyaaa… besar ujian dy.. xleh byg apa yg dy rasa,, mcmmna dy nk lalu smua tu 😭😭😭

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.