Misteri Mimpi Mistik I

Assalamualaikum buat semua peminat FS. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku ni disiarkan. Aku akan ringkas kan cerita mistik yang penah jadi pada aku akhir-akhir ini.

Mulanya dengan mimpi-mimpi pelik sampai aku takut nak tidur bergelap. Setiap malam, mesti aku akan pasang lampu malam sebelum tidur. Jadinya, malam tu aku tidur malam tu macam biasa. Tiba-tiba macam biasa juga aku tersedar antara jam 3 ke 4 pagi Aku celik mata aku. Dalam posisi tidurku yang selalu mengiring ke kanan, aku nampak ada satu lembaga hitam memijak aku.

Tidak berwajah, tinggi lembaga tu mencecah ke siling bilikku. Lagak lembaga hitam tu seoalah-olah melihat tepat kearahku. Aku tak boleh menggerakkan tubuhku. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terasa tersangkut ditekakku. Aku rasa tak berdaya. Dalam aku mula panik, aku nampak bulu dari lembaga tu cuba mencapai rambut aku, macam nak ikat hujung rambutku dgn bulunya. Aku makin panik. Otak ligat fikir cara nak elak benda tu. Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang menyedarkan aku dari tidur aku. Aku rasa badanku seolah-olah dilepaskan oleh sesuatu. Aku pun menarik nafas panjang.

“Mimpi ke betul-betul?” tanya aku dalam hati. Aku kemudiannya membawa keluar bantal dan comforter aku untuk tidur di ruang tamu bersama ibuku. Aku terus sambung tidur.

Lepas aku mimpi lembaga hitam tu dalam bilik aku, aku mengambil keputusan untuk tidur diruang tamu buat sementara waktu dengan ibuku. Ibuku juga tidur diruang tamu sebab mimpi pelik didalam biliknya.

Tengah aku lena, aku tersedar. Aku celikkan mata aku. Aku nampak ruang tamu yang hanya samar-samar dari celahan cahaya dari dapur. Ibuku tak ada ditempat tidur. Tiba-tiba aku terlihat satu lembaga hitam yang kian mendekati aku. Lembaga hitam tu cuba untuk menyentuh leher aku, tapi aku menepis kasar. Lembaga hitam tu tak berwajah. Setelah ditepis aku, lembaga hitam tu tengok tangan hitam yang ditepis beberapa saat sebelum kembali untuk menyentuh aku dengan lebih kasar. Aku terus menepis makin kasar dan cuba untuk melepaskkan diri. Mataku mencari-cari kelibat ibuku.

Ibu mu tidak dapat membantumu” kata lembaga hitam itu. Kami bergelut sebelum aku tersedar dari tidurku. Aku menyentuh leherku. Aku melihat ibuku masih tidur ditempat tidurnya yang bersebelahan denganku.

“Mimpi kah?” soalku dalam hati.
Lepas dah rasa ok sikit, aku sambung tidur, kali ini dibantu dengan penutup mata yang aku beli dari Mr. DIY dengan harapan aku boleh lena. Aku kemudiannya terlena hanya untuk kembali tersedar tak lama lepas tu. Kali ni aku tersedar, tapi penutup mata yang aku guna seolah-olah melekat pada kulit muka aku. Aku terus cuba buka penutup mata tu dengan jeritan yang hanya tersangkut ditekak, semampu ku. Kemudiannya, aku tersedar dari mimpi tu.Terus aku buka dan lempar penutup mata tu.

Lepas dah rasa makin tenang, aku membaringkan badanku. Kemudiannya aku toleh sebelah kanan aku, aku melihat ibuku yang lena dibuai mimpi. “Ni betul-betul. Bukan mimpi” kataku dalam hati. Tiba-tiba aku nampak mata ibuku terbuka. Mata melihat kau tajam dengan dua-dua matanya yang putih! Aku terus tarik comforter dan baring ke posisi sebelah kiri aku.

“Ya, Allah. Mimpi ke, betul-betul ka? Cukup la, aku nak tidur. Jap nanti nak bangun pegi kerja”. Ngomel aku dalam hati. Dari sayup-sayup ke makin jelas aku terdengar namaku dipanggil diikuti tepukan lembut. Aku buka mataku dan menoleh, ibuku terlihat risau dengan keadaannku, dengan air mata mula bertakung, aku ceritakan semua mimpi pelik aku.

“Esok kita pergi berubat” kata ibuku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ciksyzl

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 3.6]

1 thought on “Misteri Mimpi Mistik I”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.