Misteri Perempuan Terbalik

Maaf admin walaupun ini dinamakan blog “fiksyen” tetapi entri kali ini lebih kepada kejadian sebenar yang berlaku kat aku. Aku rasa elok jugakla untuk berkongsi pengalaman sebab bukan setiap orang akan mengalami kejadian mistik. Tak percaya takpa, yang penting aku cerita, the rest is up to you.

Aku ni jenis yang independent. Apa2 pun buat sendiri..makan sorang, shopping sorang..bukan la takda kawan, cuma bila dah biasa takda peneman dari zaman universiti sampai la sekarang..lama2 alah bisa tegal biasa. Apalaa sangat kan kalau semua pun asyik nak jalan berkumpulan hahaha jangan marah~
Zaman universiti memang semua orang tahu betapa hecticnya jadual pelajar tahun akhir especially bab tesis. Group study, assignments semua all in one. Dan kebanyakan students suka pergi belajar kat foyer universiti berbanding library sebab kat foyer ko bercakap2 teriak pun orang tak kisah sangat. Tapi kalau aku pergi ke fakulti sendiri tu..itu sebab aku boleh online buat kerja since kat sana kena provide wifi free untuk students. Dulu broadband macam siput kalau dah habis data. (T.T) Dan foyer ni jugakla sebenarnya macam2 cerita aku dengar dari tahun pertama hingga ke tahun akhir, pengalaman mistik kawan2. Tapi sendiri tak pernah merasa. Sampai la hari tu..

Aku ingat sangat2 time tu memang masa kritikal nak hantar thesis dah. Dalam 2-3 minggu sebelum tu aku masih boleh lagi relax, tapi seminggu terakhir sengsara gila. Dengan datangnya penyakit perempuan lagi sakit perut..tambah lagi dengan broadband speed siput, nak cari references pun susah. So I’ve no choice, aku buat keputusan untuk turun ke fakulti dengan menaiki bas. Ajak kawan-kawan lain, ada yang malas pegi la..belajar kat Starbucks la..roommate time tu plak tiba2 hilang entah ke mana. Malas nak text or call sebab dia ni spesis tak jawab phone or reply cepat. Kat bilik pun handphone atas meja tuan punya badan tempat lain. So malas banyak songeh pegi la sorang diri dalam jam 8 lebih gitu. Yang best pasal bas universiti ni..every 15 minutes mesti ada. And malam memang tak banyak yang guna. Bas universiti beroperasi smpai jam 11 malam. Aku risau sebenarnya kalau nak balik sorang diri jam 2 camtu. Tapi memang aku tahu krja aku takkan siap seawal jam 11..ah, biarlah. Aku berlegar2 cari tempat duduk di foyer dan yang ada suis supaya aku dapat buat kerja. Jalan punya jalan..nasib baik terserempak dengan coursemates yang kebetulan buat kerja di foyer jugak. Dan kawan2 ni ada kereta huehue. So dorang offer nak hantar balik after dah habis buat kerja. fuh nasib baik. Baiknya hati dorang nak tumpangkan balik hostel lepas habis buat keja.

Masa memang berlalu sangat pantas. Sedar tak sedar memang dah lepas jam 1 atau jam 2 pagi lebih time tu. Perut pulak berbunyi lapar. dorang ajak nak drive thru McD di tempat berdekatan tapi memang confirm pastu tak dapat masuk balik sebab gate masuk tutup tengah malam. So takpa la semua pun nak balik hostel masing2, makan maggi je la~Aku pun memang rasa tak selesa sebab datang bulan. Nak tukar lagi pad pagi2 buta hish. So aku kemas barang2 aku awal sambil tunggu yang lain tu kemas barang jugak. ada yang nak pegi toilet kejap so tinggal aku sorang2 kat foyer tu. Bosan2 aku keluar lah pegi ke main entrance foyer tu sorang2..

Sunyi.

Lampu jalan menyinari jalanan dan sebahagian bangunan fakulti.

Aku tengok ke arah langit acah2 nak menikmati pemandangan malam sambil tarik nafas. Terbeliak mata kuyu nk tido kejap bila aku ternampak kat hujung kanan atas bumbung fakulti, ada asap macam berkepul2. Antara putih dan kelabu. Aku nampak sebab panahan lampu jalan. Awal2 aku nak panik sebab aku ingatkan ada kebakaran. Tapi bila diamati betul2, asap tu bukan macam asap yang selalu kena buat kalau bakar daun kering di kebun atau tepi jalan. Pastu apasal atas bumbung plak?? Fakulti ada 4 level kot..ni sapa plak nak naik bumbung main2 asap nih..ish. Dan kalau ya pun kebakaran, at least mesti ada bau kan? Aku pandang lama2. Aku tak tahu apa yang sebabkan hati aku berdegup kencang dan rasa tak selesa sangat, tapi aku tengok juga.

Aku rasa macam tak percaya dengan benda yang aku nampak. Ah sudah. Kenapa macam ni..

Dari jarak aku berdiri dan tempat tu, aku nampak dia tengah terbalik tengok aku. Pakaian putih. Aku tak tau gaun ke apa. Perempuan. Yang tak dapat terima dek akal aku, rambut dia panjang, tapi seolah2 tiada graviti. Semua dalam keadaan terbalik. Terbalik!! Mukanya memang macam tengkorak sangat2, mata kosong, mulut terlopong. Takda kulit langsung. aku tak tau dia ada senyum ke tak sebab macam mana nak tngok kalau dah mulut terlopong kosong macam tu. Tapi aku tau dia tengah tengok aku sebab posisi dia berdepan dengan aku. Aku dah terketar2 sebab aku takut sangat. Satu patah perkataan pun tak terkeluar dari mulut apalagi hendak menjerit. Lemah lutut nk berjalan.

Kebetulan time tu kawan2 aku kluar juga dari foyer dan terus bising2 nak masuk ke kereta. Nasib la dorg ni kecoh2 at least aku terkacau kejap dari tengok benda tu lama2. Dorang tak perasan langsung aku berdiri kaku sampai yang sorang tu tarik beg aku baru aku tersedar. Cepat2 aku berlari masuk ke kereta dan curi2 pandang ke luar sebab takut benda tu ikut. Aku tak cakap apa2 dengan dorang sebab takut semua panik sebab kitorang semua perempuan. Aku hampir lega bila dah sampai ke blok hostel aku. Aku ucapkan terima kasih dan trus keluar dari kereta. Tapi..

Zupp!

Sesuatu melintas betul2 di depan dan atas kepala aku. Baju putih. Aku cepat2 masuk ke dalam kereta balik. Aku hampir menangis dan aku merayu supaya sapa2 temankan aku sampai ke bilik hostel. Dorang pun dah panik sebab tau ada benda tak elok aku nampak. Perempuan..kalau dah panik semua emosi keluar. Haha. Ok balik cerita tadi. Roommate aku tak dapat dicall. Haish betul2 la perempuan ni. Ada jugak rasa marah cmpur geram sebab time ni jugak payah nak call. Aku kuatkan hati dengan membaca doa dalam hati. Semua tak nak keluar kereta padahal boleh je 3 orang keluar skali temankan. Aku nak naik marah tapi nak marah buat apa, semua penakut. Baru aku teringat orang bilik sebelah. Mizah! Perempuan ni jarang tido awal sebab suka belajar sampai awal2 pagi. Aku call Mizah trus dan suruh dia turun ambik aku di kereta. Dalam beberapa minit dia sampai dan dia suruh aku cepat2. “Perempuan ni tau something ke?” Aku bercakap dalam hati sebab aku tak cakap kenapa aku nak dia turun ambik aku di kereta. Tuhan saja yang tahu perasaan tu bila dah keluar dari kereta sebab mungkin bau darah period aku sangat kuat. Dan kemungkinan dia ikut lagi. Mizah pegang bahu aku kuat.

The next day aku ceritakan dekat Mizah ni. Dia ni sangat relax, dia tak takut pun bila aku cerita. Sebab dia cakap dah biasa tengok. Di blok hostel sekarang lagi lah banyak. Dia kalau nak kacau sukati dia nak datang dan pergi. Menyirap darah dengar. Huhu..
Misterinya sekarang..

Kenapa ada asap?

Kenapa dia terbalik?

Sampai sekarang aku masih terfikir pasal kejadian tu.

 

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Misteri Perempuan Terbalik”

  1. dia punya suka la nak terbalik
    dia punya suka la nak berasap… kadang2 dunhill, kadang2 U2 (nak jimat), kadang2 suria (nak stim)….

    Reply

Leave a Comment