Misteri Phone Hilang

Hai, aku adalah peminat tegar fiksyen shasha sejak terjumpa page ni 3/4 minggu lepas. Sejak tuh memang hari-hari aku akan baca semua cerita dekat page ni. Maybe sebab aku memang minat kot bab cerita mistik ni. Even act tak adalah berani sangat. Setakat ni benda tuh jelma betul depan mata tidaklah lagi, tapi kalau setakat bayang or lintasan, ada benda tegur tapi bila tengok tak ada orang, rasa macam ada benda perhati tuh dah biasa dah.

Benda aku nak cerita ni maybe bagi korang tak ada seram mana, tapi bagi aku masa terjadi tuh tegak jugaklah bulu roma. Hm, aku kenalkan nama aku E, sekarang dah 20 an. Cerita ni berlaku masa aku form 2 or form 3. Masa tuh aku tengah duduk flat. Rumah aku selalulah jadi port tempat kawan aku melepak lepas sekolah sekali temankan aku dekat rumah sebab mak ayah aku dua-dua kerja. Honestly aku takut juga sebenarnya duduk rumah sorang-sorang sebab aku selalu ada rasa kehadiran benda tuh. Just aku buat bodoh. Aku belajar silat, so sejak aku masuk silat aku selalu dapat rasa ada benda tuh. I dont know why.

Masa aku form 2 aku terkantoi dengan mak aku ada boyfriend so dia ambik balik phone aku. Sejak dari tuh aku kumpul duit and beli phone senyap2. So my parents memang tak pernah tahu aku actually pakai phone tanpa pengetahuan diorang. One day, aku kena pergi silat pada hari Rabu sebab nak training untuk persembahan. Selalunya kalau pergi mana-mana, aku sorokkan phone aku dalam beg monyet aku. Tapi disebabkan haritu kelam kabut sangat, aku just sorokkan bawah meja komputer dekat dalam bilik aku. And haritu jugak, aku sorokkan phone kawan aku sekali sebab dia suruh simpankan phone dia sebab tengah gaduh and taknak contact boyfriend dia (bebudak sangat, haha) Then, aku pun pergilah silat.

Balik silat th dalam pukul 12.30am, lepas basuh kaki apa semua, aku pun masuklah bilik niat dihati nak check je lah phone aku ada lagi tak bawah tu sebelum mandi. Seluk punya seluk. TAK ADA WEHHH! Aku dah gelabah gila-gila dah. Nak terkeluar jantung! Dah kantoi dengan mak aku ke aku pakai phone? Mak aku dah tahu ke. Takut gilaa, kalau phone aku je aku tak kesah. Ni phone member aku pun ada sekali. Aku nak jawab apa dekat dia. Serious dah gelabah tak tahu nak buat apa dah. Mak aku dah tidur masa tu dengan adik aku. Bapak aku tengah menyembang dengan kawan dia dekat bawah. Tak mungkin bapak aku ambik sebab dia pergi silat dengan aku tadi.

So antara mak aku dengan adik aku je. Nak taknak aku terpaksa kejut mak aku tanya nampak tak phone bawah meja komputer aku, dia ke ambik. Mak aku cakap dia tak ambik dalam mamai. Then aku kejut adik aku, and dah start marah-marah sebab siapa lagi kalau bukan diorang dua. Dia pun kata bukan. Then mak aku halau aku keluar bilik dia. Sebab bising tengah malam buta.

Then aku tak puas hati, aku call number aku guna phone rumah. Walaupun aku tahu tindakan aku maybe sia-sia sebab aku silentkan phone. Tapi aku call juga. Call punya call tetiba aku dengar bunyi vibrate. Kuat gila. Bunyi tu stop bila aku aku letak call yang guna phone rumah tu. So maknanya tu memang bunyi phone aku. Aku call lagi sambil cari mana datang bunyi tu. Cari cari punya cari.

Bang!!! Bunyi tu datang dari dalam almari baju bilik mak aku!! The hell! Macam mana dia boleh masuk dalam bilik mak aku! Masa tu aku bebel dekat mak aku cakap dia saja sorokkan phone tu. Mak aku nafikan dia tak pernah tahu kewujudan phone tu buat apa dia nak sorok. Aku pun dah lega phone aku dah jumpa. Tapi phone kawan aku still hilang.

Aku cari tak jumpa-jumpa, seluk bawah meja computer tuh pun tak jumpa. Sampai merah lengan aku seluk bawah tuh. Bawah meja komputer kan kecik je. Besar lengan perempuan je boleh masuk. Aku dah give up plus letih balik silat lagi. Aku mandi terus tidur.

Esok pergi sekolah aku cerita deakt kawan aku. Dia mcm tak percaya je. Tapi dia tak adalah marah phone dia hilang. Dia cakap, “ada tu dekat rumah kau, mak kau ke sorok”. Aku tak puas hati. Balik tu aku cari lagi tak jumpa jugak. Aku seluk sampai lebam lengan aku. Puas aku selongkar seceruk rumah, tanya mak aku pun dia tetap tak tahu.

Then hari Jumaat, kawan aku tu datang rumah aku, konon nak cari sesama lah kan. Sebab dia kata aku ni careless sangat. And aku suruh dia seluk sendiri bawah meja tu memandangkan dia lagi keding dari aku kan. Maybe lengan dia boleh masuk dalam lagi. Dia seluk-seluk pun tak dapat juga. Kitaorang pun giveup. Lepak dekat ruang tamu. Sembang sambil aku lipat kain. Dah lipat tu aku masukkan dalam almari dalam bilik aku. Sambil tu sajalah seluk bawah meja tuh, saja je lah kan. Tetibaaaa!!! Phone tuh meluncur weh keluar sendiri!!! Aku dah menjerit kuat gilaaa, rasanya satu flat boleh dengar.

Jerit takut+happy sebab phone dah jumpa. Aku terus lari pergi ruang tamu peluk kawan aku cakap phone dah jumpa. Dia pun happy lah. Dia tanya macam mana boleh jumpa kan dah seluk tadi tak ada. Aku cakap dia meluncur keluar sendiri dari bawah meja tu. Terus muka dia pucat wehh and serentak dengan itu bulu roma kitaorang dua-dua meremang.

Persoalannyaaa, siapa yang sorokkan phone kami? Siapa yang letak phone aku dalam almari mak aku? Macam mana phone dia boleh meluncur keluar sendiri sedangkan kitaorang dua dah seluk tak ada pun? Semua tu menjadi persoalan sampai sekarang. Tapi aku rasa aku tahu jawapannya.

Kalau admin approvekan cerita aku ni, lain kali aku cerita apa yang sebenarnya ada dalam bilik aku tu dulu. And kisah yang pernah terjadi masa aku duduk rumah sorang and masa aku tengah bersilat.

Seseorang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 thoughts on “Misteri Phone Hilang”

  1. lahanat…takyah citer la ngok…citer pasal phone hilang…seram apa jadah….pastu cerita seram sebenar tak tulis….patut ambil fon tu baling kt kepala kau

    Reply
  2. Yg paling kepala bana. Fon kau, kau reti plak call cari. Fon kawan kau xcall2 pon. Pastu sanggup tunggu smpai esok. Aduhai aduhai dedak oh dedak

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.