Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha dan terima kasih kepada admin jika publish kisah saya.
Sebelum kita mulakan. Pernah kah anda terdengar tentang aplikasi Snapchat? Rata-rata semua tahu dan bagi yang tak tahu biar saya terangkan apa itu Snapchat. Snapchat adalah satu aplikasi yang boleh kita muat naik video pendek dalam 15 saat macam tu. Senang cerita korang mesti pakai Insta Story kan? Ha samalah macam Snapchat. Asalnya Snapchat yang buat dulu dan sekarang Instagram tiru Snapchat.
Okay, cukup perkenalan tentang Snapchat. Mari kita lungsuri kisah saya. Haha.
Saya dah ada Snapchat selama 3 tahun dan belum pernah berlaku benda-benda pelik mahu pun yang menakutkan. Kira ni first time ah. Nak di jadikan cerita, saya dengan dua orang lagi kawan saya yang bernama Farouk dan Hariz baru balik dari tengok wayang cerita Mission Impossible: Fallout tu kami lepak mamak berbual pasal movie tadi ni. Masing-masing minat movie-movie spy ni termasuk saya. Berbual punya berbual jam dah pukul 3:25am. Kami bayar dan terus balik tanpa ada benda pelik berlaku.
Keesokan harinya, kawan saya Hariz called saya menggunakan nombor telefon ayah dia. Dia tanya saya sama ada saya jumpa tak phone dia. Saya pun cakap takda lah. Saya pun tanya macam mana boleh hilang? Dia pun tak tahu. Saya pun bagi idea bernas untuk si Hariz ni. Dia pakai iPhone dan sudah tentu ada Find My iPhone. Saya suruh trace melalui aplikasi tu. Malangnya dia tak ingat password. Lepas tu dia letak telefon. Saya pun menjalani kehidupan saya dengan indah. Tergerak hati nak buat “story” dekat Snapchat sebab ada kucing pelik terpusing-pusing dekat tong sampah. Saya pun post dekat group dalam Snapchat. Dalam group tu ada 5 orang. 3 orang termasuk kami bertiga, saya, Farouk, dan Hariz. Lagi 2 orang kawan perempuan kami. Bila dah post dekat group masing-masing “open” apa yang saya sent tu. Apa yang jadi musykil ialah saya nampak Hariz “opened” post saya tu. Saya terus telefon Hariz tapi “call rejected” Saya telefon bapak Hariz:
Ayah Hariz: Assalamualaikum
Saya: Waalaikumusalam cik, Ni saya Zar.
Ayah Hariz: Oh Zar, Ha kenapa?
Saya: Hariz ada? Nak cakap denga dia jap.
Hariz: Ha asal?
Saya: Wehh! Kau dah jumpa ke phone kau?
Hariz: Belum. Kenapa?
Saya: Wehhh!!! Ada orang bukak post yang aku sent dekat group. Nama kau yang buka tu.
Hariz: Serious ah?!
Saya: Serious lah dohh.
Hariz: Buka Snap Mapping weh. Aku tak off location dekat situ.
Saya pun buka Snap Mapping dan saya nampak Bitmoji (avatar) Hariz dekat kawasan tanah perkuburan islam. Sebelum saya teruskan. Biar saya terangkan apa itu Snap Mapping bagi yang tak tahu. Snap Mapping ni kita boleh tengok kawan-kawan kita yang kita dah added dalam Snapchat. Kita boleh tengok seseorang berada di kawasan mana dan boleh di matikan lokasi nya kalau tak nak diketahui oleh orang lain. Dalam situasi ni kami semua tak matikan. Mari kita sambung. Saya pun screen cap dan post dekat group dalam Snapchat dan masing-masjng replied:
Siti: Ishhh. Apa pasal boleh ada dekat situ?!
Saya: Tulahhh. Dah lah jauh.
Farouk: Aku rasa Hariz punya phone ni jatuh lah kat mamak semalam.
Siti: Korang lepak ke semalam? Tak ajak eh.
Saya: Kejap je. Lepas tengok wayang.
Siti: Ohh. Eh pergi lah ambil balik phone dia. Suka-suka nak curi.
Sekali lagi, Hariz “opened” post saya tu dan baca perbualan kami walaupun tu bukan Hariz sebenar. Tepat pukul 8 lepas mahgrib gitu kami bertiga pergi tempat tu ikut dalam Snap Mapping tu dan hampir makan setengah jam juga nak kesana. Bila dah sampai situasi dekat situ tak berapa menyeramkan sangat sebab ada beberapa kedai makan dekat situ. Kami tak boleh masuk sebab pagar tu kunci. Farouk pun buka Snap Mapping dan tengok lokasi terakhir Hariz. “Online 1 minute ago”. Kami pun tercari-cari phone tu. Tiba-tiba bunyi orang snap gambar dan hantar kepada saya dan Farouk tapi tak ada gambar kami atau mungkin ada tapi gambar macam dia tengah berlari sambil snap.
Kami berlari sekuat hati dan terus tinggalkan tempat tu dan tak pedulikan phone Hariz tu. Lantak lah dia nak menangis ke apa. Sampai je mamak kami trace lagi dan itu lah terakhir lokasi phone Hariz. Farouk cuba call tapi straight to voicemail. Sama ada dia matikan atau dia hancurkan phone tu. Lat beberapa hari kami bercadang untuk buang Snapchat selamanya dan Hariz pun dah beli phone baru. Tapi dia masih lagi dengan Snapchat walaupun benda yang mengerikan kan tu dah berlaku pada dia.
Tamat.
Pesanan dekat sini. Jangan nak gatal tag location korang. Especially, kalau dekat rumah korang sendiri. Tak kisah lah Snapchat ke Instagram ke Facebook ke apa ke. Zaman sekarang kelahiran-kelahiran ni mempunyai level psychopath yang menakutkan. Maka berhati-hati lah.
Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak kerana pendapat sentiasa ada pada anda.
Sekian terima kasih
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
tak faham…
Bahaya jugak eh snapchat ni
Dahlah ada snap mapping yer
X pnh pakai apps ni. Tp aku saspek fon mangsa kena curi.
nasib dah uninstall..hahaha
same le kite…
Maybe terjatuh kat kedai makan mamak malam tu and then org yg jumpa phone tu pula keje kat kedai makan area perkuburan tu tak? So GPS pun tracked phone kat kawasan tu.
Lepas dia baca chat yg korang nak dtg cari handphone, dia pun check locatino
Korang pula and mmg expecting korang utk dtg cari.
Dia ter snapped gambar sambil berlari tak sengaja sbb sedar korang dah sampai dekat dgn lokasi hp tu.
Tu teori aku je lah berdasarkan apa cerita ni tulis. Al maklumlah usia ni dah tak berapa nak explore sgt apps yg mcm2 zaman skrg ni.
Rasanya lebih kepada misteri cerita ni.
kan..boleh jadi jugak
kemungkinan….
setuju dengan kemungkinan tersebut…..
Yea lah…mgkin jgak.. Wallahualam..
nasib aku tak terjebak dengan snapchat ni
Nasib x pndai main apps ne. Lpas bca ne, tba2 tertarik nk install balik. Dlu install sbb nk selfie je 😂
Fuh snapchat anak muda
Mama lagi lah tak tau ape natang senap cet tu…hantu skrg dah up to date..
soalan blh?
knp perlu g waktu malam?
sedangkan siang tu panjang masa dia…
-Husna-
Siang org bekerja husna. Cuba lah paham. Hahah. Lagi pun kalau pegi siang tak boleh la hantar cite kat FS ni.
Ntah knape ako rase penulis ni yg pelik… nk ber snapchat tu bkn masalahnye. Ntah2 mmg kna curi. Lg satu, klu da tahu penakut knape pegi cari malam2, tuggu la siang skit….
Arap si pencuri tu baca la kisah ni supaya dia terasa berdosa
Bukan kalau nak lock iphone kena pakai thumb ke? Ke da boleh reboot jaman skrunk ni?